Sunday, December 20, 2009

Mr Berry Outstation

Assalamualaikum

Salam 20 Disember, 3 Muharam..

Selamat menyambut Maal-Hijrah semua! Semoga kita semua terus dilindungi, dirahmati Allah..

Hari ni aku sgt sedih sbb Mr Berry outstation.. Utk 4 hari. Ini la 1st time kitorg berpisah sejak pas kahwin. ;(

Dia kena pegi Bali, Indonesia.. Huhu

Rasa berat sgt ati masa pegi anta dia ke airport pagi2 td.. Adui, dugaan je ni. Dia pun mcm berat hati nak tinggalkan aku. Yelah, sejak kahwin, mana penah dia pegi kerja luar memana lagi kan..

Mlm semalam aku sedih2 juga, tp tahan nangis. Kiranya berjaya la x nangis dpn Mr Berry. Hehehe.. Dah le aku skrng ni mmg takde menda nak buat kan, study dah abes, keje xdpt lg, so bosan sgt2 la, tmbhn plak Mr Berry xde ni. Klu tak, ada la kwn juga..

Pastu pagi nih lepas solat subuh, terus drive pegi anta dia. Masa turunkan dia di airport, aku bejaya lg x nangis.

:)

Mcm hebat je kan.. Hehehe..

Tup2 smp je rumah, masuk je bilik, terus nangis atas katil.. :)) Hehehe, mcm kelakar la aku ni!

Dan2 rasa rindu sgtttt kat dia. Baru beberapa jam je dia pegi. Haishhh.. Mr Berry plak x roaming number phone dia, so that, bila dia smp sana, xdpt le kitorg bercontact.. Huhu, hrp2 kot ada wifi ke apa ke kt hotel, baru la bleh ym ke apa ke mlm ni. :(

Sblm berlepas, Mr Berry sms "miss u.. jaga diri bebaik".. Lagi la sedih kan. ;)

Takpelah, aku doakan keselamatan Mr Berry pegi dan pulang dari Bali, Indonesia.. Dia pergi dgn tujuan mencari rezeki yg halal kan.. So insyaAllah diberkati dan dilindungi Allah.. AMin..

:)



P/S: Alah, suami org lain pun outstation jauh2 juga kan, tp rilek je.. :p

Tuesday, December 15, 2009

Sementara Ada Masa

Assalamualaikum

Salam 15 Disember, 27 Zulhijjah..

Seminggu dua ni aku rasa bosan amat.. Yelah, study pn dah abes, alhamdulillah. I managed to complete my Master on time dan sem ni aku nye result adalah yg terbaik. Since Diploma, Bachelor degree, aku xpenah dpt result se "best" gini.. Hihi.

Skrng, tgh usaha bersungguh2 mencari kerja.. Baru je 3 mggu aku dok saje2 di rumah, tp dah mula nak rasa stress BOSAN. ;) Nak kemas rumah pn, rumah tak semak.. :p

Tapi, yelah kan, bila dah keja nnti2, mula la rasa rindu nak lepak saje2 di rumah plak kan.. Biasa la, manusa kan LUPA untuk bersyukur. Huhu, so insaf kejap.. Aku berserah pada Allah je. If ada rezeki aku, ada la..

Tgh2 dok sesaje ni kan, mula la terfikir, klu ada baby best kan! :p

Maybe sbb peningkatan umo dari sehari ke sehari, so rasa nak memiliki anak sndiri tu makin menjadi2.. Bestnyaaa ada baby. Bau baby dah la best!

:D

Again, if ada rezeki dpt baby cpt, alhamdulillah. Mana2 je la kan, keja ke baby ke, sume itu Allah yg decide sama ada nak kasi ke tak.. Kita hnya mampu berusaha dan berdoa kan..

Yg penting, kita sebagai muslim, kena yakin dan percaya dgn Allah. :)

Sementara ada masa senggang yg byk ni kan, aku menjadi surirumah sepenuh masa dgn gigihnya.. Hehe.. Pagi2 prepare breakfast utk Mr Berry, ptg msak utk Mr Berry.. Syok juga kan.. Tghari aku xperlu la masak sbb selalunya Mr Berry keja..

:)

Yelah, bukan semua org diberi peluang camni kan.:p



P/S: Tak sbr nak bercuti hjung bulan ni, yeay!

Monday, December 7, 2009

Tidak Sabar

Assalamualaikum


Salam 7 Disember 2009, bersamaan dgn 19 Zulhijjah 1430.


:)


Mula dgn senyuman sbb hari ni rasa sungguh bersemangat!


Hari ni sibuk dgn urusan mencari kerja, buka web itu dan web ini, isi online, print borang dan sebagainya.. ;)


Ye2 je kan, result belum pun keluar tp dah menyibukkan diri mencari kerja. :p Lagi 3 hari insyaAllah dah boleh check result, huhu, sgt takut.. **gugugu**


25 hb nanti aku blk Kedah lg. Yeay! Actually blk utk wedding abg Mr Berry. Tapi, selepas majlis tu, we're planning to go Langkawi for honeymoon. Hihihi, dah sebulan lebih kawin baru plan nak p honeymoon kan.. :p Dah alang2 blk Kedah, so Langkawi je lah the rite place utk berbulan madu la kan.. Dah nak sgt pegi pulau.


Mak pun ada bgtau yg Kedah dah x kerap ujan mcm bulan lepas, so harap2 pegi pulau ketika itu adalah sgt sesuai la kan.. Boleh bergambar sakan di tepi pantai. Hahahaha..


Maybe famili aku join utk vacation tu. :) Lagiiii best!

Oke lah, shall stop here, ada kerja rumah yg belum selesai.. ;p






P/S: Pantang update status FB, ada je yg tanya "dah berisi belum".. Hehehe, lawak!

Thursday, December 3, 2009

Updating

Assalamualaikum


Salam 3 Disember 2009, 15 Zulhijjah 1430..

Lama2 sekali baru mood nak update blog ni dtg.. Hee..

Dah sebulan lebih aku bergelar isteri.. :) Kdg2 rasa x percaya pun masih ada..


Ohh, btw, aku nak update sket2 cite ttg diri sndiri.. :p Saje nak share2 kan.. Previous entries ada aku cite psl Master's thesis aku yg belum siap, tmbhan pulak dgn wedding preparation kan.. Nampak serabut je semua hal. Dah tu kira mcm berani gak la aku amek risiko, belum abes master, dah gedik nak kwin kan.. :p Hihihi..

Tp, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.. Wedding aku berjalan lancar, dan 2 mggu selepas itu, aku berjaya dptkan tarikh utk VIVA. Kira mcm rezeki slps kawin mungkin..



Dan sekali lagi syukur pada Allah, setelah settle VIVA dan buat sedikit pembetulan tesis, finally pada ari KHAMIS 26 November 2009, aku berjaya submitted hard bind tesis aku. Yeayyyy!!!

Secara tidak rasminya aku dah berjaya COMPLETE kan master aku on time. ALHAMDULILLAH ya ALLAH.

But still hae to wait for the final result lah kan, yg dijangka akan release mid of dec ni lah.. So skrng ni aku telah bertukar MODE aku.. From fulltime STUDENT kepada fulltime JOBSEEKER.. :)) Aku sedang bertungkus lumus mencari kerja.



Yelah, dah abes blaja nih tetiba rasa bosan lak kan.. Haishh, tetiba terdetik nak sambung ke PhD level pulak.. Hehehehe, gedik lagi! Nak abeskan master pun seksa. :p


Ohh, okelah, abes cite psl study.

Life after married lak, camne ek.. ;) Byk juga yg berubah, ye lah, sblm ni kita cuma jaga diri sndiri, skrng kena igt utk kepentingan berdua. **Berdua itu lebih baik**.. :D

Walaupun aku + Mr Berry dah bercinta selama hampir 6 tahun, tp kan bila dah kawin ni, rasa mcm seolah2 kami baru berkenalan. Yelah, masa bercinta lain, tak semua perkara kita tau. Bila dah kawin, dah hidup sebumbung, tidur sekatil, mkn semeja, of course la byk menda baru yg kita akan facing. Kan..



Cuma bezanya kan, mungkin disebabkan kitorg dah lama kenal dan bercinta (kononnya kan), so kitorg ni boleh diconsideredkan pasangan suami isteri merangkap teman karib. :)




Kadangkalanya kitorg boleh act as a bestfriend to our partner.. Contohnya sgt jelas ketika kitorg spend time together utk apa2 outdoors activities.. ;) Sgt best tau! Mungkin faktor tempoh masa yg lama membuatkan kitorg "rapat" not only in love r/ship tp juga friendship. Lagipun kitorg bercinta masa masing2 tgh nak belajar bina hidup masing2, dlm erti kata lain, masa zaman berhingus dlu lah.. ;)

Tp kan sebenarnya masa bercinta dlu, x realize sgt yg kitorg bleh jadi bestfriend selain daripada bercinta.. Sbb time tu dipengaruhi rasa cemburu tak bertempat, emosional, kurg matang dan sebagainya lah kan..

Sekarang ni, selepas kawin, baru tau kenapa org pesan utk sustain a marriage, kita tak hanya treat psgn kita as a husband or wife, tapi kita juga harus treat psgn kita as our bestfriend, so kita akan lebih selesa utk berkongsi cerita, mslh, kegembiraan dan sbgainya..



Itu bukan bermaksud kita x respect psgn kita.. TAK.. Malah kita mungkin akan lebih menghormati mereka.

Wahh, terpjg pulak entry aku ek.. :p

Aku juz nak share lah kan sedikit cerita aku slps kahwin ni, sbb itu apa yg aku alami dan rasa kan.. Org lain wallahualam lah. :D

But seriously, i felt more comfortable with my Mr Berry after we married.. Sbb dia adalah teman karib aku. :) Antara perkara yg buat aku sgt respect dia adalah, dia boleh bergaul dgn semua teman2 aku, sbb setahu aku, x sume husband bleh join dan berkwn dgn kwn2 wife diorg.. Kan? Kan? :)

Itu adalah satu dripadanya lah kan.. Byk lagi sbnrnya.. Tp dah xlarat menaip. Hahaha, boleh x camtu?





Okelah till then, jumpa lg next entry (tah bile lak) :p


P/S: Perkahwinan itu adalah suatu ibadah, ikhlas lah melakukan ibadah itu kerana ALLAH.

Thursday, November 26, 2009

Renovation..;)

Assalamualaikum

I'm on my way to edit the layout.. ;)

Sorry for any inconvenience..

C u..

Friday, October 30, 2009

Already changed my status..;)

Assalamualaikum

Salam 30 Oktober 2009 bersamaan dgn 11 Zulkaedah..

Alhamdulillah, syukur pd Allah, aku skrng bergelar seorg isteri.. :)


Majlis perkahwinan yg dirancang berjalan lancar, sgt berpuas hati. Semuanya dipermudahkan.. Sekali lagi alhamdulillah ya Allah..

Aku letak a few pictures utk tatapan kwn2 semua:














Sume ni gmbr pd 24 Okt lepas.. Gmbr nikah aku lum masukkan.. :) InsyaAllah jika rjin, aku upload nnti..




P/S: Berat tanggungjawab kan..


Saturday, October 17, 2009

Cuti

Assalamualaikum

Salam 17hb Oktober, 27 Syawal..

Fuhh, lagi 5 hari nak smp hari nikah.. **nervous**

Pagi tadi aku dah slmt smp Jitra, alhamdulillah.. :D

Sehari ni diabeskan dgn tido je, konon2 cover la sbb x cukup tdo smlm.. :p Tapi, awal mlm td aku dah kemas2 bilik 'pengantin'.. Hehehe..

Seriously aku dah mula berdebar2 nih.. Byk lg keje kawin yg belum settle ni. Esok start urus sume. Haish, risau plak kot xsempat siap.. Huhu.. Brg2 hantaran pun lum digubah lg. Mak x sempat nak buat wpun sbnrnya dia yg offer diri haritu.

Walaupun tgh cuti kawin, tp fikiran ni masih di ofis, study.. Hmm..

Apapun, aku hrp sume nya bjalan lancar.. Amin..


P/S: Baru aku fhm nape ada org ckp they all need more than 24 hour for a day.. Huhu

Thursday, October 1, 2009

Letih + Penat + Serabut = Stress

Assalamualaikum..
Salam 1 Oktober, 12 Syawal..
Masih belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA semua! ;)
Disebabkan busy yg amat sgt, x sempat nak buat entry raya atau sesi memenuhkan blog dgn gmbr2 raya ye.. Huhuhu..
:(
Perasaan ketika ini adalah sgt penat dan letih akibat tidak cukup tido mengejar deadline itu dan ini.. Masa juga dirasai sgt cpt berlalu.. Tup tup lagi 3 mggu je lg my BIG DAY akan tiba. Haish, smpai xde masa utk memikirkan psl hari tersebut.
Masa hnya lah dihabiskan dgn keje ofis, a'ment dan tesis. Hmmm..
Okelah, oleh sbb kesuntukan masa, smpai sini je ye entry nih.
There are lot of things queue to be done..
:(
Tata!
P/S: Pray for me plsss..

Saturday, September 12, 2009

Sayu Hati

Assalamualaikum

Salam 12 September, 22 Ramadan.

Kurang dari 10 hari je lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ni. Sedih la plak kan.. :(

Aku pun rasa mcm amal ibadat aku spjg bulan ni, sikit sgt.. Sbb asik sibuk dgn keje + study. Haihh, apa la nak jadi kan.. Hmmmm..

Dan counting days aku di sebelah pun, dah makin berkurang.. Preparation pun x 100% settle lagi. Byk juga la hal kecik2 yg belum settle. Tak sempat nak pk psl kawin pun, sbb dok risau psl study ni je. Huhuhu..

Oh, ari Rabu lepas kan, tetiba aku dpt sms dari ayah. Sayu sgt hati aku baca sms ayah tu. Sms nye camni:

"Ayah dah byrkan zakat utk long tahun ni. Long jgn byr dah tau. Tahun depan ayah dah tak dpt byrkan utk long sbb long dah kawin"

Menitik airmata aku baca sms ayah tu.

Sedihnyaaaa....

Ayah mesti sikit sebyk rasa sebak sbb slps ini tanggungjwb dia dah beralih kpd lelaki lain.. Lelaki yg bakal menjaga anak dia sehingga akhir hayat, insyaAllah. Aku dpt rskan yg jauh di sudut hati ayah, ayah mcm x sangka tau yg anak dia dah dewasa.

Tu baru baca sms camtuh, belum tiba hari nikah nnti lg tau.

:(

Risau plak aku kot ari nikah nnti, aku nangis x henti2 plak. Dah le aku ni kuat nangis.. Bila dah start nangis kot susah nak berhenti. Kang abes mekap ari nikah tu.. **sigh**

Aku ni terlalu emosional dan sensitif tau bila masuk bab2 family ni. Bila ayah dah tunjuk reaksi yg dia sedih anak dia akan jd milik org lain, aku lagi2 bertambah sedih. Tu belum kira perasaan mak lagi. Tapi, mak aku ni kuat smgt sikit orgnya, so maybe dia boleh lindung dan sembunyi perasaan sebenar dia..

Dah le aku ni anak sulung dalam family, 1st wedding plak tu.

Adik aku pun aritu ada ckp gini:

"Long, x lama lg long dah nak kawin, sedih la adik pas long kawin.."

Huhuhu, nangis lagi aku.. :(

Camne ni... Aku takut aku x kuat laaaa.. Sedih kan.. Aku slalu berdoa moga pilihan hati aku ni adalah pilihan yg tepat. Dan semoga dia adalah seorang yg boleh membuatkan keluarga aku bahagia..

Amin..



P/S: Ya Allah, Engkau lindungilah keluarga aku dgn rahmatMu..

Sunday, August 30, 2009

~ I am the happiest person in the world ~

Assalamualaikum..

Salam 30 Ogos, 9 Ramadan..

:)

Dah 9 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Syukur kerana masih dipanjangkan umur sehingga saat ini.

Tajuk entry sgt hebat kan. Saje, buat gimik. Takde kena mengena dgn entry kali ni. Hihi..

:D

Skrng jam dah 340 am, tp aku belum mengantuk. Huish, dasat juga ni.. Baru je sudah defrost peti sejuk, kemas2 dapur dan masak ayam goreng kicap. Utk sahur.. Sepjg 9 hari puasa ni, belum penah lagi la aku sahur mkn nasi. Diet kata kan.. Huhu.. Tp sbb ada tetamu dari Pahang dtg, so kena la masak dan jamu diorg kenyang2. Adab melayan tetamu.

;)

Siang tadi, jam 3 pm, Angah aku smp dari Pahang. Dia dtg dgn ex-officemate aku kat UPM dulu. Reyhan namanya. So, kitorg pegi Kompleks PKNS shah alam. Ya Allah, rmainya manusia.. Huhu.. Smpai pening nak shopping. Maybe sbb:

1) Hujung minggu (Sabtu)
2) Hujung bulan (baru dpt gaji)
3) Org pakat nak beli baju raya siap2, kononnya utk mengelakkan kekalutan di saat akhir
4) Kebetulan, ada bazar di kwsn parking kompleks, so lps shopping, boleh terus beli santapan berbuka

Aku last2 give-up & lepak2 di tembok tepi kompleks je smbil menunggu Angah aku, her future husband pegi shopping cincin tanda (raya ke-3 nak ikat), baju melayu, & baju kurung adik2 aku nak pkai utk wedding aku..

Masa memula smp lagi, kitorg dah siap reserve tmpt utk bbuka di Pizza Hut. Yelah, kalau x buat camtu, sah2 penuh.

Slps itu, balik solat Magrib di rumah, mkn laksa pulak di rumah (masak atas permintaan Reyhan), dan terus ke Serdang. Jumpa prospek bisnes.

:)

Blk tadi, jam 1pagi baru smp umah. So sehingga skrng, belum mengantuk. Mungkin sbb buat keje itu dan ini. Haihh, masa tu xpenah ckup. **sigh** Oh, pagi nnti nak p basuh keta, coz keta berbau hanyir udang.. Ada sekali tu kwn aku beli udang, dan maybe air udang tu menitik atas lapik keta. Huhuhu.. Geli oke!

Tgk counting days kat sebelah, takut la pulak. Tggl sebulan lebih je lagi nak tiba BIG DAY aku. Mampukah aku pikul tanggungjawab besar nnti? Hmm, tp menda yg baik, mesti diberkati Allah kan.. ;)

Okelah, shall stop here for this time! Tata..


P/S: Please appreciate people around you, because we do not know whether we still have time to do so!

Sunday, August 23, 2009

Almost Done!

Assalamualaikum

Salam 22 Ogos, 1 Ramadhan..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat semua kwn2 blogger.. :)

Previous entry, aku ada list down a few things yg aku kena settlekan. So sini aku update oke:

1) Fitting baju (Done) - Baju ngam2 dgn bdn aku, tp mak suh reduce some more weight supaya kelihatan cantik di hari persandingan.. Huhuhu..

2) Photographer (Done) - Hasil keje dia memuaskan hati aku dan sgt berpadanan dgn bajet.. :p So aku dah byr separuh, separuh lagi after wedding slps receive album. Aku pilih pakej custom album. Dia akan kasi CD semua gmbr2 plus edited one jg. Outdoor + separated day pun dia x charge..

3) Caterer (Done) - Dah confirm booking.. Cuma byrn dia mnta kasi sebulan sebelum kawin sikit dan bakinya selepas kenduri..

4) Kain langsir (Done) - Siang tadi dah p beli kain nak tempah utk buat langsir sliding (siang & mlm), tingkap bilik pengantin (siang & mlm), dan pintu bilik pengantin.. Beli di A'lamoda Sg Petani. So esok tggl nak antar tempah je.

5) Byrn utk pelamin, meja beradap, kek 3 tingkat (Done) - Aritu dah byr booking sikit. Pg tadi dah p settle. So lega, xpyh fikir dah bab2 tu.. :)


So, cuma esok nak p byr dewan, p book mekap.. Alhamdulillah, so far semua berjalan lancar..



P/S: Sempat ke nak reduce weight sikit lagi ni.. At least 1 kg pun oke dah mak kata.. :(

Friday, August 21, 2009

Sudah Sampai Jitra

Assalamualaikum

Salam 21 Ogos, 29 Syaaban..

Alhamdulillah, selamat aku smpai kg ptg semlm..:)

Rasa nyaman je udara kt pekan Jitra ni.. (Mainan psikologi je) ;p Bukan apa, sbb terlebih hepi dpt blk Jitra.. :D

Oke, aku blk ni bukan saje syok2 nak berehat. If kat S.Alam aku byk keje ofis & study nak kena settle, blk kg ni plak aku kena settle urusan2 kawin la. Huhuhu.. Nak buat mcm mana kan, Encik Tunang sgt bz orgnya, so nak x nak, aku ar kena selesaikan urusan2 nih. Dan Encik Tunang baru je blk dr Thailand, outstation sana, ikut Menteri Pertanian. Haihhh, bz nya seorang dia kan.

Hmm, antara urusan yg aku perlu settlekan esok, lusa & tulat adalah:

1) Fitting baju sanding (risau arr, takut ketat..sbb gemukkk)
2) Appointment dgn Photographer, nak runding price dan tgk hasil keje nya..
3) Nak p book Caterer, aritu mak cuma bincang2 n pilih menu je tp dia lum book.. Huhu
4) Nak pegi byr sewa dewan..
5) Jumpa juru make-up, book dia..:)
6) P teman mak cari kain langsir utk sliding door (for raya + ari kawin)

Haaa, byknya urusan. Sempat ke nak settle semua. Kdg2 rasa xckup je 24 jam dlm sehari kan.. :( Nak update blog ni pun curi masa 'thesis' je. :p

Yeay, Sabtu ni dah puasa. Syok sungguh bila masuknya bulan puasa. Sbb nnti semua org berbaik2 dan semua jadi pemurah, penyabar.. ;) Kan bagus kalau tetiap hari camni.. hehehe.. Nnti bila2 ada masa, aku cite psl memori2 puasa zaman dulu oke.

Ni nak sambung buat thesis. Pray the best for me yep!


P/S: Addicted with Kinder Bueno! Yummy!

Sunday, August 16, 2009

Sekali sekala

Assalamualaikum

Salam 16 Ogos, 25 Syaaban..

Sekali sekala ja aku dpt update blog ni. Bz sgt dgn keja ofis smpkan tesis pun xdak masa nak buat.. Haihhh!

:D

Syoknya kan, lagi 5 hari nak masuk bulan Ramadhan..Yeayyy! Doa aku moga2 umur aku pjg utk sekali lg menikmati bulan Ramadhan.. Amin..

Igt lagi, bulan Ramadhan tahun lepas, aku & kwn2 serumah (yg majoriti dah selamat berumah tangga), dok bersembang ttg bab2 kahwin ni.. Kitorg semua sepakat kata, tahun lepas adalah tahun terakhir kami berpuasa sbg seorg bujang.. Hihihi.. Tah hape2 tah..

Dan 4 org kwn aku mmg betul2 lah melaksanakan apa yg depa ckp tu.. Dan tahun ni depa akan berpuasa sbg isteri utk pertama kalinya.. Alhamdulillah. Dan seorg drpd 4 itu, sudah pun pregnant. TAHNIAH Ena! ;)

Aku je yg masih lagi bakal menempuh puasa sbgai seorg bujang lg.. ;p Tapi, xpe, aku bersyukur.. Bersyukur sbb masih panjang umur sehingga hari ini..

:) Terima kasih Ya Allah..

Ohh, sekarang ni mcm2 penyakit berjangkit, berbahaya n boleh membawa kpd kematian menular.. Itu adalah salah satu tanda2 kiamat.. Wallahualam. Takut kan.. Huhu.. Harap2 bulan Ramadhan akan dtg ni dpt memberi keberkatan kepada kita semua.

Oke, time's up.. Nak p anta adik blk UPM..

Tata!



P/S: Tak sbr nak blk Jitra Khamis ni.. Yeay!

Sunday, August 2, 2009

Rumah Sewa

Assalamualaikum

Salam 2 Ogos, 11 Syaaban..

Entry ni adalah utk update the latest wedding preparation aku..

So, Jumaat lepas aku dah p byr deposit rumah sewa yg aku + encik tunang akan stay pas kawin.. ;)

Deposit nye hanya la 1+1.. Agak murah la.. Alhamdulillah.. So insyaAllah dlm 8hb encik tunang akan masuk rumah baru tu. Excited sungguh dia.. Tak aci.. Huhu.. Aku nak juga masuk rumah sewa tu.. Uwaaaaa..

Tapi, xpelah.. Mak aku x kasi pun if aku yg nak stay dlu rumah tu.. Bahaya katanya..

Hari ni kebetulan encik tunang cuti, so aku nak teman dia p beli TV.. Sesetgh brg kecik2 aku dah beli dah kat IKEA jumaat lepas.. Syok ni!

Oke lah, nak p mandi.. TATA!


P/S: Sorg kwn aku cdg suh buat house warming after kawin nnti.. ;)

Thursday, July 30, 2009

Argghhhh..

Assalamualaikum

Salam 30 Julai, 7 Syaaban..


Skng hampir masuk bulan Ogos dah..


Ya Allah cepatnya masa berlalu. Huhu..


Takut pulak kan.. :(


Oke lah, taknak buang masa, terus buat keje.. Cayoooooo!!




P/S: Seharian padat dgn aktiviti..


Tuesday, July 28, 2009

Wedding Photography

Assalamualaikum

Salam 28 Julai, 5 Syaaban..

I'm in thinking mode.. Hmmmm....................

These two days, i cannot let my mind from thinking another thing beside than wedding photography.. Surfing here and there, this web and that web, but don't know which one to choose. Haishhh..

I'm thinking either to choose Sticky album or Custom album???

Of course Custom album is more up to date and convenience to keep, compared than Sticky album, which is conventional method of keeping our photo, whereby we need to open the sticky part and put the photo one by one..

And also i got info that keeping our photo in the Sticky album for a long-term, will let our photo to be damaged. Huhu..

The problem is price package for Custom album is quite expensive than Sticky album.. :(

The price differs is quite some juga la.. So bagaimana ya?? In addition, my solemnization and wedding will be at separate day,it will require the photographer to come and cover the events in two days, so the charge also will be added la. Aduiii...


P/S: Still thinking to get the best decision.

Friday, July 24, 2009

Pelbagai Cerita..:)

Assalamualaikum

Salam 24 Julai, 1 Syaaban..

Mlm ni aku sgt rajin, jadi aku post entry bercampur2 oke. :) Dan tak lupa diselang seli dgn gambar2 penghias entry. Hoho..

;) masa dating di JJ Bukit Tinggi..

Breakfast di Bangi Kopitiam..

Teh ais (aku), Kopi O (Encik Tunang)..

Gambar2 bawah ni, gambar kucings Amey.. Ya Allah bulat sungguh! Gerammm sgt tau. Kucings malas ni.. Hehehe


Then nak inform aktiviti terbaru aku. Sekarang ni aku dah join kelas aerobic. Baru 2 hari join. Sebelum2 ni buat aerobic sesorg je di rumah.. Agak bosan tau buat sorg2, so aku decided join kelas aerobic di Seksyen 7. Actually dah lama aku cari kelas2 mcm tu, tp xjumpa. Nak jadi cerita, Isnin aritu kwn aku bgtau ttg kewujudan kelas aerobic di Seksyen 7 tu, dan2 la2 tu juga aku teruih p register. Hehehe.. Bersmgt sungguh..

Almaklumlah, bakal pengantin x boleh dipisahkan dgn keinginin menguruskan badan. ;)


Nih semua gambar2 bukti aku p kelas aerobic. Hik hik..


Azwa, aku & Zue.. Gambar selepas aerobic.. Comot sungguh..

Dah siap, after aerobic..


Oke, tamat cerita itu..

Bwh ni gambar2 makanan yg aku mkn di Melaka.. Satu nasi beriani di Ujong Pasir.


Sgt sedap tauuu.. Seriussss.. Lagi satu gambar Yong Tau Fu, pun sgt sedap.. Tapi x igt la plak nama tmpt tu. Kat Bachang or Cheng ntah. :D



Terliur pulak tgk gambar2 mkanan kt atas.. Huhu.. Have to say NO! ;p

Esok pagi ada sesi aerobic lagi.. Yeay! Cayoooooooook!! Pastu plan tghari lunch di rumah je sok, nak masak pe ye??


Siap pun menaip n upload gmbr utk entry ni. So besiap utk tdo.. Nite everybody.. :)


P/S: Kurus lah wahai badan.. ;p


Tuesday, July 21, 2009

Very hectic & busy week

Assalamualaikum

Salam 21 Julai, 27 Rejab..

Entry kali ni aku nak start dgn senyuman.. :)

Memula kita update ttg preparation kawin oke. BTW, sabtu & ahad lepas aku p umah ayah di Melaka.. Selain melawat ayah, aku p anta kad kawin utk ayah cetak.. ;)

So ayah decided nak print + buat hot stamping. Aku x kisah la memana pun kan, janji kad tu siap. InsyaAllah after puasa, kad akan ready to distribute lah. FYI, kad kawin aku ada 3 version. Satu kad kaler putih spesel sket utk sedara & kenalan terdekat, satu kad kaler pink utk kenalan2 lain, dan satu lagi kad cream utk jiran..

Hihi..

Mcm kelakar je kad kawin ada 3 version, tp redahhh je la. ;D

So settle lagi satu hal. Caterer pun mak dah p bincang. Cuma belum booking je lg, mak tggu aku balik next month. Dan aku pun dah booked tiket flite 20hb Ogos - 24 Ogos. Yeahhh, syoknya nak blk kampung lg!

Ohhh, aku lupa nak announce tarikh nikah + sanding aku kan???

Oke, here officially i announce, my solemnization day will be on 23rd Oct 2009 & my wedding day will be on 24th Oct 2009. **dup dap dup dap**

Sgt berharap tidak ada apa2 halangan pada tarikh tersebut.. Amin..

Abes cite kawin, so kita move to cite lain. Mggu lepas adalah mggu yg sgt busy, memenatkan, stress utk aku. Dgn keje ofis yg sgt bertimbun telah membuatkan aku stress selama seminggu. Dan akibatnya aku telah mkn dgn byk sekali. Huhuhu, sgt tidak suka!!

Akibat lain adalah, tesis aku hanya sekadar dalam proposal je. Haihhhh.. Gara2 tak punya masa utk p library dan sebagainya. Yelah, pi keje pg2, blk ptg.. Then p kelas plak kan.. Kalau ari xde kelas, mlm2 di rumah pn aku buat keje ofis. Ape ke hal nya kan??!!

Tp xpelah, anggap je semua ini adalah dugaan kan.

So minggu ni stress, busy dan memenatkan sudah beransur kurang. So hrp dpt mula blk dgn tesis aku tu. :)

Oke, dah nantuk, tido dlu. Nite!



P/S: Mls mahu upload gambar2 terbaru.. :(



Saturday, July 11, 2009

Proposal Tesis

Assalamualaikum

Salam 11 Julai, 18 Rejab..

Update, update!

:D

Alhamdulillah proposal tesis aku telah diluluskan oleh DR aku. Cuma perlu restructure tajuk je utk avoid confusion dan jadi isu. ;)

Dan DR aku advice aku suh stay with one method je, x perlu buat mixed method. Yg tu aku lum decide lg.

So, boleh le aku proceed dgn research aku nih. Feel sooo relieve.. Lepas satu step. Since day yg DR aku approved proposal aku tuh, aku belum sempat mula dgn research aku coz keje ofis yg berlambak burdened aku. Haisshhh.. Letih betul. Juz imagine, aku tido jam 330pg semata2 buat keje ofis. Sbb masa siang x cukup utk aku siapkan keje tu. Gigih nya seorg aku.

Yelah, keje ofis aku kena buat, dah tu DIPAKSA jadi ahli utk seminar pulak. So, bila masa utk tesis aku? Huhuhu..

Kdg2 rasa tak puas hati juga sbb aku ni sbnrnya under skim, boleh kata scholarship la. Cuma syaratnya kena assist lecturer je. Assist oke bukan fulltime keje. Dan institut siswazah sndiri dah tetapkan working hours kitorg hnya 6 hours per week. That's mean 24hours per month. Ini sebab we are still students, so students nye objektif adalah fokus kat study. Kan..kan..

:(

Tp xpelah, dah x lama dah kan.. Hrp sgt dpt complete master aku on time. Amin..



P/S: Tgh sibuk2 online mencari umah sewa utk lepas kawin.. ;)


Wednesday, July 8, 2009

Perancangan

Assalamualaikum

Salam 8hb Julai, 15 Rejab..

Just nak update yg finally baju nikah aku dah siap.. Walaupun auntie tu asik postpone tarikh siap, & dia rushing2 siapkan baju aku, tp hasilnya agak memuaskan hati. :)

Auntie tu berjaya buat sebiji mcm yg aku arahkan. Alhamdulillah..

So tinggal aku nak tmbh bid je di baju tu, kasi meriah sket.. Dewan pn aku dah booked. Tapi x berani nak finalised lg tarikh tu coz aku kena pastikan tarikh viva master aku bukan lah di sekitar tarikh wedding aku.

Oke, itu je setakat ni. Tata!



P/S: Laksa or Nasi Ayam??

Friday, July 3, 2009

Hohoho..

Assalamualaikum

Salam 3 Julai, 10 Rejab..

Aku masih di kampung. :)

Esok dah nak blk S.Alam.. Sedihnya.. As usual la kan.

:(

Nak pisah dgn mak adalah saat yg paling tak best!

Sepanjang 5 hari ni, masa aku betul2 diisi dgn preparation kawin. Hehehe..

So di sini aku sudah berjaya settlekan:

1) Pelamin
2) Baju sanding + aksesori (belum fitting)
3) Kad kawin (tinggal nak buat hot stamping n isi dalam)
4) Set katil + almari di umah (utk wedding day)
5) Cat bilik pengantin (actually tu bilik mak..hehe)

Alhamdulillah sbb jalan dipermudahkan.. :)

Satu je yg paling tak best! Igt previous entry aku bertajuk "MARAH" tu.. Kan baju nikah aku belum siap, & auntie tailor tu janji nak siapkan 7 Jun kan.. Tp aku tak p amek pun 7 Jun tu coz aku di S.Alam. So, aku blk kali ni besar la hrpn aku nak tgk baju nikah aku tu, skali................ "Belum siap arrr" --> auntie tu tanpa rs bersalah ckp gitu.

Warghhhh, sgt marah oke. Tp sebab auntie tu baya2 mak aku, so aku masih lembutkan suara aku dan senyum. Tp adik aku bengang gila, so dia tlg sound auntie tu. Yelah, dah 2 kali postpone tarikh siap ni, apa hal kan?!!

:(

Teruk betul kan, memula 31hb Mei, then 7 Jun, then dia mnta postpone lagi seminggu.. Tapi adik aku x kasi, adik aku kasi masa kt dia smp tghari esok je, kul 12tghari. Isk2..

So nak tgk le esok siap ke dak!

Taktau le apa yg dia buat dgn kain aku tuh. Tah2 abes rosak..Huhu, risau nih.. Memula anta kain dlu, aku dah suh dia jahit manik di lengan baju, tp oleh sbb nak juga amek esok, dia kata xdan. Hish, alasan! So aku terpaksa la anta bidding kt tmpt lain pulak, so aku nak reduce kos upah yg dia tetapkan memula dlu. Sbb dia lebih masa dan dia xnak jahit manik.. Hampess!

Sib bek aku ni penyabar.. Heeee.. :D

Walaupun lagi 3 bulan nak smp wedding aku, tp mak dah siap suh cat bilik n segala bagai. Yelah, takut kelam kabut plak last2 minute, so penat ah aku dok punggah perabot yg sedia ada dlm bilik utk memudahkan proses mengecat. Gile penat oke! Baru sikit ni...

Huhuhu..

Tapi takpelah, kawin hanya sekali je seumur hidup, insyaAllah..

:)


P/S: Aku suka baju dan pelamin aku. Hehehehe.. ;)

Friday, June 26, 2009

Lagi Barang Hantaran

Assalamualaikum

Salam 26hb Jun, 3 Rejab..

Alhamdulillah dah membeli lagi brg2 untuk hantaran.. Ari Rabu lepas pegi beli lagi hantaran. Tp x complete lagi. Cincin nikah, kasut (lelaki), kamera (lelaki), belum lagi beli. Yg dah beli aritu hanyalah:

1) Set perfume Bvlgari for men
2) Set perfume Bvlgari for women
3) Long sleeve + slack (lelaki)

Itu je dulu.. Heee.. Sakit kaki nak round2 lagi dan kuasa membeli (pnjam kata2 my fren Azwa) xde, so mls nk membeli yg lain2..

So insyaAllah dlm ms terdekat ni, nak beli cincin nikah utk kami bdua dan settlekan sume hantaran2 lain..

:D

Oh, btw, proposal tesis aku almost complete.. So before abes cuti sem ni, insyaAllah aku dah bleh tunjuk kat supervisor aku.. Walaupun ramai2 kwn2 aku yg lain dah start proceed dgn tesis diorg, tp xpelah.. I'm not so late kot. Hehehe.. Kononnya biar lmbt asal selamat.. Kan.. Kan..



P/S: Work load lah for these coming weeks.. Haihhhh!

Sunday, June 21, 2009

Yipe..!!

Assalamualaikum

Salam 21 Jun, 27 Jamadilakhir..

Yesss!!

Next Wednesday (30 June), aku akan blk kampung.. Yipee..

Blk for goods!

Hehehehehe.. :D

Actually nak start p book mana yg patut, dewan, baju sanding, pelamin, bla, bla... Dan yg paling penting, amek borang la. ;) Kalau tak, xdpt le kawin kan..

Dan FYI, aku belum lagi amek baju nikah aku, so amek time blk tu juga arr.. So many works hve to be done blk bercuti itu nnti.. Dah le keje ofis pun dah mula bertambah, pdhal kontrak tamat hjung June ni. Sementara nak tggu kontrak renew, aku bcuti sebulan la, kiranya bulan July x keje.. Huuuu..

Ada gak bagusnya!

Boleh prepare apa yg patut.. Haihhh, juz thinking about it je.. Apa nak jadi ni Sara???!!


P/S: Excited tu boleh, tapi jgn hilang fokus oke!

Friday, June 19, 2009

Wedding Date

Assalamualaikum

Salam 19 Jun, 25 Jamadilakhir..

Alhamdulillah, finally both of us had decided our wedding date.. ;)

But still need some more discussion between our parents. Hopefully there will be no problem with the date.

My mom starting to push me here and there, urge me to do this and that.. Hihi, well i'm her 1st daughter and it will be the 1st wedding in our family. Also for my fiance's family.. So that is not their mistake to feel excited in preparing those wedding stuff.

Me also feel the same way.. Not really having much time to get prepare. So starting from today, i have to follow the list and settle it step by step.. InsyaAllah..

By the way, I won't reveal the date yet, because i'm still have to wait the confirmation and approval from our family. From my side, i've already get the "green light".. :)

So officially the subject is to be announced. Hehehehe..


P/S: Keterujaan Melanda!

Sunday, June 14, 2009

Wedding Ring

Assalamualaikum

Salam 14 Jun, 20 Jamadilakhir..

Semalam angah aku dtg sini, saje je bercuti.. So aku sempat teman dia p cari cincin "tanda"..


Katanya dia xmau bertunang, so cincin tanda tu juga la jadi cincin tunang "tak rasmi" nye.. Hehehe.. Faham ke??

Kisah cinta angah aku ni agak menarik, tapi xnak cite lagi la.. Nnti2 la ye aku cite. Apa yg aku nak cite ni, adalah psl cincin yg akan disarungkan kat aku utk batal air sembahy
ang nnti. Actually, dah alang2 teman angah aku cari cincin dia, aku pun tengok2 la juga cincin di situ.

Byk gak la kedai yg kami p survey..

Ada satu cincin ni aku dan angah aku sgt berkenan! Tapi bukan diamond ring, it just white gold yg diikat dgn sebiji batu. Kaler biru batunya. Bila aku tnya assistant kedai emas tu, dia pun xtau batu apa tu.. Huhu.. Boleh mcm tu..

Cantik tak???

Apa yg wat aku lagi syok tu coz batu cincin tu same kaler dgn batu2 yg diikat dgn mutiara aku tuh. So mcm perfect match la. Uish!

Sangat suka okies..

Hrga cincin tu pun agak murah je.. RM500++.. Tapi setelah berbincang dgn angah aku, rasa mcm kurang sesuai utk nikah je. Huhuhu..


Try pakai..


Mcm mana ni.....



P/S: Banyak betul phamplet kedai emas aku bwk balik.. Hehe

Friday, June 12, 2009

Mutiara

Assalamualaikum

Salam 12hb Jun, 18 Jamadilakhir..


Semalam dah check result sem 3. Agak menjunam drop nye. Tapi alhamdulillah lepas.. Dpt dimaafkan since sem 3 nih agak susah utk score. Hoho..

:D


So dgn rasminya aku mengumumkan bahawa lagi satu sem je lagi aku perlukan habiskan Master ni... InsyaAllah!

Okies, entry kali ni takdak mood nak cite psl result ye, ada cite lain yg menarik minat.. Hoho..

Tgk la title entry aku hari ni.. Ada apa ye?? **wink2**


Pagi tadi Encik Tunang kasi aku rantai dan gelang mutiara campur blue cat eye pendant. Hihi.. Betul x tah namanya camtu??? Maaf ye kalau silap..

Tak nampak plak mutiaranya.. Blue cat eye pendant je.. Uhuk!


Apa tujuannya menda tu?


Itu la slh satu hantaran lelaki utk aku nnti. Tp aku kan bertindak sbg penyimpan brg2 hantaran, so dia kasi la aku simpan. Sempat juga aku try2. Hahaha..

Aku tunjuk sket je dulu k. :)


Habis cite tu.. Aku nak cite psl dinner aku dgn Encik Tunang mlm Rabu lepas. Ni menu aku dan Encik Tunang. Nyam nyam, sgt memuaskan hati..

Air aku jus tembikai, Encik Tunang jus orange

Chicken Chop Black Pepper sauce (Encik Tunang) RM15 ++

Chicken Sandwich (aku nye) RM 8 ++

Aku mkn sepotong je pun sandwich tu, yg len tapau je. Hehehe.. Aku kan on diet, so mana bleh mkn byk2. Mlm plak tu.

Target aku adalah sehingga 22 Ogos. So nnti kita tgk sama ada diet aku bjaya or tak. Hihihi.. ;)

Okies la, nak p solat zohor dlu.

Tata!


P/S: Aku mahu kawin sama kamuuu.. ;)

Tuesday, June 9, 2009

Tidak Sihat

Assalamualaikum

Salam 9 Jun, 15 Jamadilakhir.

Sejak Khamis lepas bdn aku kurg sihat..


:(


Rasa seperti demam, sakit tekak, sakit kepala.. Pastu mkn Panadol pun tak memberi apa2 kesan.



Semlm p klinik uitm.. DR amek suhu, tp suhu bdn aku normal je. 36.4. **sigh**


Cuma tekak je merah sket. So aku tak demam pun, tp nape bdn aku lemah dan terasa bahang dlm bdn??


Beberapa hari ni, satu keje pun x jadi sbb asik nak baring je.. Hmmm..


:(



P/S: Sesungguhnya ini hanyalah ujian kecil dari Allah buat aku..

Sunday, June 7, 2009

Susah Sungguh!

Assalamualaikum

Salam 7hb Jun, 13 Jamadilakhir..


Susah sungguh nak menempuh alam pertunangan ni. Byk dugaan..


Hmm..


:(


Ada tak kwn2 lain yg mengalami dugaan dan ujian semasa bertunang? Ke ni adalah mainan psikologi je??


Kdg2 rasa spt nak berputus asa je dr meneruskan hubungan ni.. Haihhh..




P/S: In tears

Wednesday, June 3, 2009

Marah

Assalamualaikum

Salam 10 Jamadilakhir, 4 Jun..

Previous entry aku bercerita dgn terujanya psl ketidaksabaran aku nak tgk hasil baju nikah aku kan.. So, pada hari Ahad lepas 31hb Mei seperti yg dijanjikan oleh si tailor itu, aku p la nak amek baju nikah aku. Sekali dgn selambanya si tailor itu kata ------>


"Baju tak siap lagi lo.. U mai amek nanti la.."


Selamba je dia ckp gitu! Takde riak bersalah langsung nih.. Pdhal bukan aku yg minta siap hjung bln Mei, dia yg ckp dia akan siapkan 30hb Mei.. :(

Then aku tnya la bila plak nak siap. Dia suh aku mai amek 7hb Jun, iaitu Ahad ni. Tupun lum tentu coz dia suh call dlu.. Hampess tul!!

Bulan 3 lagi aku antar baju tu suh buat.

Till now x siap2 lg. Huh!

Nsib baik wedding aku bukan dlm masa terdekat nih. Kalau tak, tak ke haru.. Kan.. Tp bukannya si tailor tuh tau yg wedding aku lmbt lg. So supposed dia kena ar rs bersalah sbb tak siapkan baju nikah aku spt yg dijanjikan..

Grrrr..

Hilang abes keterujaan aku nak membelek2 baju yg akan aku pkai nikah nnti.

Yelah, at least kalau ada apa2 nak kena alter, aku still punya masa yg byk kan..

Hrp2 baju aku tuh cantik la, kalau tak rugi beli kain mahal2. (mahal utk aku la, aku mana ada duittt...huhu)



P/S: Unstable emotion

Friday, May 29, 2009

Lagi 2 Hari

Assalamualaikum

Salam 29hb Mei, 4 Jamadilakhir..


Pertama sekali nak ckp........... YEAY!!



Kerana apa ya??



Kerana aku dah selamat smpai di kampung halaman tercinta jam 8.10minit pagi, alhamdulillah!





Tima kasih yg tidak terhingga juga kepada sistem penerbangan tambang murah kerana mengendalikan pengangkutan udara anda dengan sgt cermat sehingga tak terasa gegaran dan seumpamanya.. ;p (ngengada)




Okaylah, blk kampung kali ni adaaaa byk sgt agenda.. Selain dari pegi kenduri kawan dan jenguk tokwan, ada lg satu agenda penting hjung bln ni. Apa tuuuu???



Sonok nih! Ahad ni aku nak p amek baju nikah yg dijangka siap. Hehe.. Sgt tidak sbr nak tgk hasil baju tuh. Hasil setelah membelek2 majalah pengantin dan 'ter'berkenan slh satu fesyen di dalam tu..



Harap2 hasil baju itu adalah seperti yg aku bygkan. Nnti dah dpt, aku upload gmbr baju tuh okay.. Tp sikit je la boleh tunjuk, coz nnti tak berseri.. Hahahahah.. (Igt org je ke ada seri, baju pun ada tauuu)



P/S: Walaupun belum ada tarikh kawin yg tetap, aku tetap rasa excited coz hari itu akan smpai jua!

Wednesday, May 27, 2009

Menjawab Tag Lagi..:)

Assalamualaikum

Salam 27 Mei, 2 Jamadilakhir..

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini : CINTA-MAI
1) Suka sgt mkn ayam goreng! ;p
2) Sweet je orgnye..
3) Bekerja di Karangkraf.. :D
4) Sudah hampir 5 tahun menyulam cinta dgn si jantung hati.. Hehehe
5) Manja juga orgnya.. (dulu2 la masa kt KDEB)

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta ataupun hobi diri sendiri
1) Suka minum milo dan teh ais..;p
2) Sgt fokus bila memerlukan diri utk fokus..:)
3) Sekarang mengamalkan menyapu multi-purpose franch oil di muka dan tapak kaki setiap mlm..
4) Sangat setia dlm penggunaan handbag dan handphone, selagi x lunyai atau rosak mmg xkan berganti!
5) Sangat sygkan kucing..
6) Tengah kebuluran di saat menjawab TAG nih!
7) Saya adalah anak sulung yang kembar..;p (Bape kali nak ulang tah..hahahah)
8) Skrng tgh struggling mencuba utk menghabiskan MASTER on time.. InsyaAllah..
9) Diri nih tak sbr nak menamatkan zaman bujang..
10) Menyewa rumah yg sgt hampir dgn kampus..hihi

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
1) Dila - My roommate yg sgt peramah (if kenal lama lah..)
2) Mira - My classmate yg juga tidak sbr menamatkan zmn bujangnya..hehehe..pepandai je buat statement ni!
3) Intan - Juga classmate aku yg rajin, sgt berbudi bahasa orgnya..
4) CikguHayad - Teman blogger, seorang cikgu..
5) Si Penggerak Misi - Teman baru di alam blog nih, if dia nak jawab la kan.. ;)
6) SyanaSaid - Juga teman baru alam blog, blog nya sgttt la best.. :D
7)
8)
9)

**7, 8, & 9 tuh sesape la nak terima award nih, silakan ye...



P/S: Lapar sgttt niii...

Monday, May 25, 2009

Sehari Demi Sehari

Assalamualaikum

Salam 25hb Mei, 30 Jamadilawal..

Ya Allah, cepat betul masa berlalu..

Rasa mcm baru je bangun pagi, tup2 dah smp masa nak tido.. Tiap2 hari mcm tu.. Kdg2 xde menda pun yg aku buat2 yg boleh dikira 'berkualiti' dlm sehari.. Betapa ruginya aku nih kan!

Kdg2 jadi takut plak bila masa berlalu begitu cepat.. Yelah, umo makin meningkat, fizikal makin tua.

Dan bila sentuh psl 'masa' ni, bertambah takut aku bila mengenangkan tesis aku yg tiada bayangan dan gambaran lg ni. Aduiii... Bolehkah aku menghabiskan tesis aku ni on time? Kalau aku masih mls, alamatnya x sempat la grad on time. Huhuhuhu.. xmau la!!

Semalam aku p jumpa kwn kelas aku masa Form 5 yg dah almost 4 years x jumpa. Dok bercerita psl 'kenangan' zaman sekolah dlu2..

Bila dok recall blk sume kenangan tu, sgt terasa kt hati ni yg betapa tuanya kitorg.. :(

Memang la kita x perlu risau dan takut dgn penuaan dan angka umur tu, tapi bila memikirkan byk masa terbuang camtu je, rs rugi yg amat la..

Tp menda yg dh berlalu bukan bleh ulang blk kan??

Yg penting teruskan hidup pd hari ini dan bersmgt utk berjuang pd hari2 berikutnya.. Go go cayoooo!!


P/S: Entry pembakar smgt..;)

Sunday, May 24, 2009

Kenduri Bulan 6

Assalamualaikum

Salam 24 Mei, 29 Jamadilawal..

Aku dok belek2 planner aku utk bulan 6 ni..

Penuh dengan wedding invitation. Haihhhh.. Mana satu yg perlu dihadiri nih.. *sigh*

If terdaya, nak je aku menghadiri sume wedding itu, yelah dah org jemput kan. Tp mslhnya di sini, TAK MAMPU . Huhuhu..

Meh aku listkan ye..


~ 31hb Mei --> ada 3 invitation, satu di Gombak, satu di Teluk Kemang, satu di Penang
~ 1hb Jun --> ada 2 invitation, kedua2nya di Jitra
~ 6hb Jun --> ada 3 invitation, dua di Jitra, satu di Johor
~ 7hb Jun --> 1 invitation iaitu di Nilai
~ 8hb Jun --> 1 invitation, di Jitra

Yg 31hb tuh aku xdapat nak hadir.. Maaf la kpd semua kwn2 yg menjemput ye.. (Seriusss, aku kecewa xdpt hadir wedding kalian)

Yg 1hb Jun tu insyaAllah aku pegi coz 29hb nih aku blk Jitra..

Yg 6hb Jun tu pun membuatkan aku stress dan dilema.. Rakan sekelas dan juga bestfren aku kawin serentak. Tp satu di Johor, satu di Jitra. Huhuhu.. Nun di utara dan nun di selatan. Oleh sebab aku dah awal2 berjanji nak p wedding rakan sekelas aku tu, so aku x dpt la p wedding bestfren aku ni. Sedey ooooo.. She's my bestfren, dlu2 bukan main bjanji nak jd pengapit for each other. Tup2 jadi gini..

Tapi kan, dah bestfren aku nih gtau aku lambat sgt psl wedding date dia. Bln 3 dia gtau aku, bln 6 dah wedding nye! So??? Lgpun bestfren aku ni kawin tiba2.. Tak bertunang or apa2, tup2 decide nak kawin. Dah jodoh kot..

7hb tu wedding kwn sekelas aku masa form 4, 5. So kira mcm jejak kasih la ni.. InsyaAllah aku p.. :)

Dan 8hb tu xdpt la kot.. Dah letih berulang alik.. Uhuk! Wakilkan Encik Tunang je la.. ;p

Hmm.. So far itu je la wedding invitation utk next month.. Rmai lg kwn2 yg kawin bln 6 tahun ni. Terlalu ramai... Igtkan last year dah abes sume kawin, rupa2nya rmai lagi tak kawin.. heheheh.. Cuma ada yg tak dpt jemputan. Tp okay juga camtu. So x jatuh WAJIB kat aku utk pegi kan.. ;)



P/S: Ni la antara hikmahnya aku x jadi berkawin bln 6 kot.. Hehehe.. (positif okay!)

Saturday, May 23, 2009

Senaman..Senaman..

Assalamualaikum

Salam 23 Mei, 28 Jamadilawal..

Fuhhh, setelah lama aku x exercise, so hari ni aku mula blk sbb rasa bdn nih mcm di pam2 pulak.. :(

Bila dah terasa bdn nih mcm 'bulat', baru nak terhegeh2 nak exercise. ;p

Aku asalnya nak p joging, tp xde teman la plak kan, so aku pun aerobik la sorg2 dlm bilik. Dpt le lebih kurg 45min exercise.

Peluh pun byk je kuar, so rasa sihatttttttttt tau!

:D

Lgpun bila pk2 blk, kan aku nye impian di hari kawin nnti, nak kelihatan cantik dan gorgeous la konon kan.. hehe.. So, bdn kena la jaga (pesanan utk diri sndri ye!)..

Aku nih kena slalu inject motivation dlm diri, baru la jadi sgt bersemangat.. **wink2**

Jadi, ptg smlm setelah meghabiskan masa around almost 2 hours kt MPH, membaca sume mjlh2 dan buku motivasi di sana, aku pun beli lah satu buku lg utk baca dan sbgai koleksi.. Yeay!!

Nnti2 aku upload ye apa buku itu...



P/S: Bdn dah tak fit cam dlu2.. Haihhhh..

Friday, May 22, 2009

Makan-Makan

Assalamulaikum

Salam 22hb Mei, 27 Jamadilawal

Entry kali ni saje nak letak gmbr makanan.. :D


Takde idea nih.. Makanan ni aku + Encik T mkn di Kenny Rogers JJ Bukit Tinggi..


Ayak, bulatt..;p

Muffin Kenny Rogers x sesedap dulu dah.. (Choco = aku, Vanilla = Encik T)


Encik T amek Black Pepper Quarter Chicken + Fresh Fruits, Baked Beans + Rice

Aku nye Original Quarter Chicken + Mashed Potato + Fresh Fruits + Macaroni Cheese

Kenyang sgt tau, aku nye side dishes tak abes.. Muakk.. Fresh fruits je aku mkn. Macaroni cheese, Mashed Potato, dan muffin x abes mkn. So sgt rugi!

Kesimpulannya di sini, aku hnya lah berselera dgn masakan kampung.. Heee..


P/S: Rabu & Khamis adalah hari dating aku utk mggu ini.. ;p

Saturday, May 16, 2009

Jawab Tag Dari Cinta-Mai

Assalamualaikum

Salam 16 Mei, 21 Jamadilawal..

Entry kali ni adalah utk menjawab TAG dari Cinta-Mai


1)Upload gambar kegemaran anda?Kenapa anda suka gambar ini?



Byk je sbnrnya gmbr yg aku suka..tp nih one of them.. Gmbr nih aku suka sbb ada ada baby comel..(bleh x reason tuh?? huuu)

2)Bila kali terakhir makan pizza?
3 bulan lepas kot.. Lama sgt dah, so x brape igt. Esok nak p mkn pizza lah! Yummy..

3)Lagu terakhir yg anda dengar?
Pateri-Jimbara

4)Apa yg sedang anda buat selain dari selesaikan tag ini?
Tgh key in data dalam SPSS..

5)Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Uish, xde plak org panggil aku bukan dgn 'nama' aku sndri.. Yg ada pun "along" (family members je guna nama nih), dan "cyg" (my swithart la..;p)

6)Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dgn org yg anda tag!hmph!
1. Dila
2. Mira
3. Intan
4. KakAdar
5. MissBelieve
6. Semua2 lah yg nak jwb.. (no idea, sbb rsnya sume dh penah kena TAG nih..hehe)

Siapa org No. 1 pada anda?
Roommate aku la.. ;p

Org No.3 ada hubungan dgn sesiapa?
Ada rasanya.. Cuma x berani nak komen sbb x berapa pasti la.. :)

Kata sesuatuh berkenaan org No.5?
Bride to be.. Dan less than 3 weeks dah..

Bagaimana dgn org No.4?
Juga seorg isteri sudah hampir setahun..

Siapa org No.2?
My classmate.. Bride to be juga.. Dan comel orgnya. ;)

Bagi pesanan pada org No.6
Eh, takde sesape la di No. 6..


P/S: Nak blk Jitra la.. :(

Wednesday, May 13, 2009

Permulaan

Assalamualaikum

Salam 13 Mei, 18 Jamadilawal..




Isnin lepas aku p jumpa supervisor thesis aku utk pertama kalinya..




Uhuk!



Igtkan kalau dah START jumpa supervisor ni, hati rasa lega la kan coz at least dah nak masuk mukadimah tesis..



Sekali.... Makin serabut kepala otak nih!




Sebabnya, 5 tajuk tesis yg aku proposed, 3 darinya dah di rejected! Uwaaaaaaaaaa... :(



Lagi 2 tuh dia xnak kasi komen, dia suh aku giatkan usaha membaca jurnal2 dan mencari LR supaya aku tidak silap memilih topik..



Kesimpulannya di sini, aku sudah mula sibukkkkkk!!!



P/S: Sangat takut sbb majoriti senior tidak grad on time!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...