Sunday, February 26, 2012

~ Februari 2012 ~

Assalamualaikum.

Bulan Februari bakal melabuhkan tirai..

Tapi bila check blk azam 2012, rasanya 10% pun masih belum terlaksana. Haish, tak boleh jadi ni! Kena kembali ke pangkal jalan, sblm tersesat makin jauh..

:)

Semester ni pun dah nak abes. Lecture suma dah settled. Skrng ni dok kalut marking assignments students, nak siapkan carrymarks sblm bermula final test dan final exam.

Hopefully smpt la settle semuanya on time.

Final exam bermula March nanti. Habis mungkin early April. Lps tu sibuk pula marking paper final dan upload dlm sistem. Slps validation marks, boleh mula CUTI. Yeayy!!

Itu yg tak sbr tu.

Aku rasa aku betul2 perlukan cuti. Cuti yg berkualiti, bkn sekadar cuti tp lepak rumah je. Aku perlukan masa santai di sesuatu tmpt. Mungkin pulau.. Sbb lately asyik tension je, asyik stress je. Tah apa nak jadi dgn diri sendiri.

So dah smpai masanya utk manjakan diri sendiri kot. Pergi bercuti somewhere, berspa, massage. Owh sgt best!

Hehe. Walaupun sekadar membayangkan, tp dah rasa tak sbr dan excited.



P/S: Tu reward lps settle semua kerja utk semester ni, insyaAllah.

Friday, February 3, 2012

~ Janji ~

Assalamualaikum.


Uish, semlm dah update, hari ni update lg. Huhu sementara ada masa. Lgpun rs sgt tertarik nak share satu cerita dgn kwn2 semua.


Tadi ada baca satu email yg sent by one of the lecturer here. Berkaitan dgn ancaman iblis terhadap manusia. Ada 3 perkara yg apabila dilakukan oleh manusia, si iblis akan menguasainya. Aku nak share salah satunya, iaitu janji.


Ancamannya:


"Jangan kamu berani membuat satu janji kepada Allah, melainkan hendaklah engkau segera menepati janji itu, kerana sesungguhnya tiada seorang yang membuat janji kepada Allah melainkan aku menjadi teman ketiganya sehingga aku akan menghalangnya daripada melaksanakan janji tersebut."


Contohnya kan, kdg2 kita terlalu mudah bernazar (yakni berjanji kepada Allah), tetapi lambat atau terlupa menunaikannya. Huhu aku slalu mcm tu. Kdg2 bernazar nak puasa kalau dpt apa yg diinginkan, tp bab nak buat tu lambat sgt.


:(


Lps ni kena beringat lah, tak bleh dah buat mcm tu.


Ye lah, kdg2 Allah lambat makbulkan doa kita sbbnya kita sendiri pun slalu mungkir janji terhdpNya. So jgn la berhrp doa kita tu cpt dimakbulkan.


Contoh mudahnya, kita teringin sgt nak beli handphone baru. So kita minta la dr mak kita suruh mak beli handphone baru. Mak refuse nak beli, tapi sbb kita beriya2 berjanji yg kita akan rajin belajar, rajin tlg mak kalau mak beli handphone tu.


So mak kita pn setuju utk beli. Kita pun suka, smpaikan leka dgn handphone, lalu terlupalah janji2 manis kta tadi. Then, di kemudian hari, kita teringin plak nak beli baju baru. Sekali lagi kita minta dr mak kita. Tp kali ni mak bertegas takmau beli sbb janji kita yg dlu pun belum ditunaikan.


See?!


Huhuhu ya Allah berdosanya aku.


Rasa malu sgt kan, malu sbb tak penah tepati janji.


Kdg2 bila doa kita tak dimakbulkan Allah, jgn lah kita marah2, atau berburuk sangka terhadap Allah, sebaliknya kaji diri sendiri dlu. Apa yg Allah suruh kita buat, kita buat tak?? Even solat 5 waktu pun, cukup tak? If cukup, tgk plak dari segi ketepatan masanya.. Kita solat awal waktu or dah dkt2 nak abes waktu solat baru kalut nak bentang tikar sejadah.


Hmm.


Kalau dimakbulkan tu bonus. Tp kita ni sebagai hambaNya, jgn culas dlm melaksanakan amanah & tanggungjwab kita terhadapNya.




P/S: Kalau janji kita dgn Pencipta kita pun kita mungkir, apatah lagi janji sesama manusia atau dgn diri sendiri kan.. (Jom sama2 baiki!)

Thursday, February 2, 2012

~ Buntu ~

Assalamualaikum.


Dlm blog ni dah lama rasanya tak bercerita pasal Auni. Ye la, sbb dah ada special blog just for her.


:)


Cumanya nak share cerita pagi tadi. Pagi tadi sblm pi keja, aku yg mandikan Auni since Mr Berry awal2 dah keluar, ada assignment. So tugas mandikan Auni pagi2 tu diserah kat aku la kan.


Bab mandikan Auni ni takde mslh. Sbb skrng dia dah boleh duduk sendiri, bangun, berjalan, so kerja memandikan dia menjadi agak mudah. Cumanya sejak dua menjak ni, dia takmau digosok gigi.


Arghhh!!


Tension juga tau.


Di usia setahun 3 bulan ni, dia dah ada 8 gigi di bahagian depan, geraham pun dah keluar separuh di kedua2 belah gusi. So of course la kena gosok kalau dak kang rongak plak. Sebenarnya aku mula gosok gigi Auni seawal usianya 6,7 bulan kalau tak silap la. Sejak dia tumbuh gigi. Dia kan tumbuh gigi agak awal.


Sblm2 ni mmg takde mslh tau bila nak gosok gigi dia. Tp 2,3 hari ni ya Allah seksa betui. Dia akan tutup mulut rapat2. Kalau kita paksa dia, dia akan nangis beriya2, mcm kena pukul. Haihhhh..


Geram jg la kan, sbb kita takmau la gigi dia kuning dan rosak nanti.


Owh lagi satu, aku masih lg tak introduce ubat gigi kat Auni. Sbb takut dia telan. Huhu so gosok semata2 la..


Buntu la mcm mana caranya nak pujuk dia. Hmmm.



P/S: Kena byk bersbr..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...