Tuesday, August 26, 2008

Rindu

Assalamualaikum

Salam 24 Syaaban,
Semakin hampir dengan Ramadhan, rasa semakin teruja pulak..Hehe, biasalah kan. Juz mcm entry aku last year, aku sgt suka nak sambut Ramadhan. Kemanisan bulan Ramadhan nih lain dr bulan-bulan lain. :)

Actually, aku sgt hepi hari ni. Coz aku finally berjaya arrange schedule aku utk blk Kedah. Dah 2 bulan aku x blk. Sejak aku dtg sini utk semester ni, aku x penah blk lagi. Uwaaaaa.. Sedih tau. Aku rasa rindu aku kat mak, adik & boboy (kucing), makin xdpt dibendung.

Kdg2 time ptg2, sambil dok menaip assignments kat meja, terpandang je gmbr family kat desktop, dan2 airmata nak menitik. Huhu.. Kalau smpai nangis ni, maknanya rindu aku dah x dpt dibendung lagi.

So insyaAllah by dis comin' saturday, aku akan bertolak blk Kedah. Walaupun aku hanya dpt spend kejap je kat umah nanti, tp ckup la mengurangkan rindu di hati ni.. Aku akan blk dgn adik aku yg study di UPM tuh. Bestnyaa..I'm so excited..

Aku cuma sempat bersahur aje lah di umah nanti, coz pagi2 Isnin insyaAllah aku akan bertolak blk sini dah. Walaupun Isnin tu public holiday, tapi aku still ada kelas. Huhu.. Lecturer nak abeskan sume syllabus cepat2 so then leh bercuti raya panjang sket. ;p

Aku penah sembang panjang dgn twin aku psal 'mak'. Kitorg pas SPM je terus kuar dr Kedah. Yelah, masing2 nak kejar cita2 kan. Kitorg berdua mcm sedih sgt sbb x dapat bersama mak sepanjang masa. Bila kitrog blk Kedah je, tgk2 mak dah tua. X sedar pun masa cepat betul berlalu.

Skali blk, makin tua, makin tua.. Sedih la.. Aku masih x kuat utk kehilangan mak. Aku selalu mohon moga Allah pjgkan umo mak sbb aku masih perlukan dia dlm hidup aku. Aku kdg2 slhkan diri sendiri coz x dpt bersama dia. Kdg2 je dpt blk jenguk dia..


Kdg2 aku slhkan mata aku, "betul ke mak makin tua?" Sebab masa kali terakhir aku tgglkan dia, dia ok je lagi.. Sekarang, rambut pun dah beruban, kedutan pun dah byk timbul di muka.. Tanda2 penuaan.. :(

Tambahan pulak, aku tau dia sebatang kara di dunia ni. Dia cuma ada kami adik beradik. Sekarang ni still ok sbb ada adik bongsu aku kat umah yg teman dia. Tapi, penah sekali adik aku gi kem 4 hari, mak aku dah tak senang duduk kat umah. Sbb dia kata dia sunyi sgt.. Akibatnya, kedua2nya nangis. Adik aku yg xpenah jauh dgn mak pun turut nangis. Sedih sgt masa mak aku called n cite sume menda tuh.

Ermp.. bila cite psl mak ni, emotional betul aku. Sambil menaip, sambil tu la airmata mengalir. Huhu, apa nak jadi dgn aku ni?? Dah lama bjauhan pun, homesick tu teruk lagi..

Tiap2 kali blk kg, n tibanya masa nak blk sini blk, aku sure nangis. Hehe, dah tua bangka pn nangis lagi kan. Mak pun dah fhm sgt anak2 dia. So tiap kali kitorg nak blk sini blk, dia mesti x layan sgt emosi kitorg. Takut makin parah jadinya. Hehehehe.. Pdhal aku tau, jauh di sudut hati dia, dia pun nangis.. :(

Baru2 ni, terjadi ssuatu kat kg. Jiran aku ngamuk kat mak sbb kucing aku kacau burung peliharaan dia. Jiran aku tuh lelaki.. Mslhnya, x boleh ke dia dtg umah & ckp elok2.. Ni tak, dtg umah mlm2 ketuk pintu mcm nak roboh, pastu tengking2.. Dah le kat umah hnya ada mak n adik aku..

Yg jiran aku tu pun satu, sape suh letak sangkar burung tuh atas lantai. Of course la mengundang bahaya. Normal la seekor kucing tertarik nak main.. Dia siap ugut mak aku, dia kata dia nak bunuh boboy kucing aku tu.. Kejam kan...

Kerana 2 ekor binatang, yg kita tau x berakal, dia pun menjadi spt kurang berakal jg.. Erm, sorry to say that. Kita kena la pikir, tu slh sape, slh sndri kan.. Yg dia nak ngamuk tak tentu hala tu nape.. Itu lah manusia..

Masa mak cite tu, skali lagi aku nangis.. Sbbnya akibat dr peristiwa tu, adik aku trauma kejap. Masa kejadian tu, adik tgh study kat depan.. Tetiba ada org ketuk pintu kuat gila, mcm nak roboh rumah la.. Mlm plak tuh. Adik terkejut. Masa adik buka pintu, dia tengking2 adik suh panggil mak. Ya Allah... Sian adik..

Mak masih boleh berlembut n tolerate dgn jiran tuh. Mak ckp, klu dia rasa patut bunuh boboy sbb hal tu, bunuh la.. Kalau dia rasa dia x perikemanusiaan, bunuh la.. Time tuh, perasaan aku serabut betul. Aku takut jiran aku tu betul2 bunuh boboy.:(

Yg x sangkanya, jiran aku tuh sblm nih ok je, xpenah la mrh2 n baik dgn mak. Tiap2 kali nak mnta derma or duit utk kenduri ke, mak aku lah org pertama yg dia pi kutip.. Pandai plak dia, time nak mnta duit, berlembut....

Sian mak.. Mentang2 la dia xde sape, org boleh buat camtu kat dia..

Takpelah, Allah akan lindungi mak & adik.. :) Adoi, terpanjang plak entry aku arini. Biasalah, emotional punya pasal. Hehe..Oklah, aku nak sambung study. Ada test Rabu ni. Uwaaaa...


P/S: Sayangilah keluarga anda.:)

Thursday, August 21, 2008

Award

Salam

Oh sungguh terharu rasanya bila tetiba diberikan award oleh ummibatrisya. Thanx a lot ummibatrisya. Di bwh ni description psl award .


Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Here are the rules to follow:

i. Put the logo on your blog.

ii. Add a link to the person who awarded you.

iii. Nominate at least 7 other blogs.

iv.Add links to those blogs on yours.

v. Leave a message for your nominees on their blog



Other blogs that I would like to nominate are:

i. na

ii. missbelieve

iii. hunny

iv. sham

v. kakhani

vi. 13may

vii. kakluna

Actually aku x byk link dlm blog aku, muahaha.. So for me, all blogs ada keistimewaan tersendiri. :) Semua layak utk dpt award nih, as a courage to us to be more creative in blogging. Hehehe..



P/S: A lot of assignments & assesments waiting..huhu

Tuesday, August 12, 2008

Apa ni?!

Assalamualaikum

Salam 10 Syaaban
Dah tgh2 Syaaban ni, mesti ramai yg kalut menghabiskan posa2 yg tertinggal. Termasuk lah aku. Muahaha..InsyaAllah sempat aje. Dah tggl beberapa hari je lagi.

Lately, aku bz gile, tido pun x menentu. Penah dlm seminggu 3,4 hari je aku tido proper. The rest, tido lewat atau x tido langsung. Smpai pening kepala nih.

TV pun dah lama x tgk. Cuma pagi ni aje aku smpt tgk HotFM kat 8TV. Apa yg aku nak cite kan di sini, pasal panggilan "hangat", bukan "hangit". Aku pasti mesti ada antara kwn2 kita yg tgk or dgr HotFM pagi nih.

Panggilan tu pasal sorg lelaki yg ada 2 kekasih, sorg tu bakal jadi isteri dia pd Jumaat ni. Mslh yg dia hadapi, kedua2 ppuan tu xtau diorg masing2 dimadukan. Si lelaki ni plak mmg sygkan kedua2nya. Dia called HotFM sbb dia dah buntu & xtau apa nak buat. Dia xde kekuatan nak bgtau, sbb dia takut dia kehilangan kedua2nya sekali.

Ermp.. So HotFM bantu si lelaki ni dgn menelefon slh seorg kekasih hati dia (bukan bakal isteri), utk memberi laluan kat si lelaki ni utk meluahkan hal sbnrnya. Ppuan ni memula igtkan panggilan itu adalah panggilan "hangit". Sian dia.. Suara dia pun dah bergetar2, mybe dia x sangka kot dia di'madu'kan dan yg paling penting dia ditinggalkan lelaki itu.

Satu Malaysia dpt dgr mslh ni, mesti la si ppuan ni sedih + malu gila. HotFM mungkin berniat nak tlg si lelaki ni yg xdpt solve mslh sendiri. Tp malangnya bg si ppuan ni. Aku tertarik dgn kata2 ppuan tu, "aik, sejak bila awk panggil saya Ain, bukan sblm ni panggil 'honey' ke??!"

Bg aku, klu ssuatu love r/ship tu dah smpai tukar gelaran manja, tu maknanya hub tu dah jadi serius. So, mmg x adil buat ppuan tu kerana ditipu. Tak adil juga buat bakal isteri lelaki tersebut, ditipu sehingga ke saat2 nak kawin. Mungkin jadi ppuan (bakal isteri) tu lagi sedih + frust compare dgn seorg lagi.

Apa pun, tidak adil buat kedua2nya. Kesian sgt..Mcm mana la diorg bleh tertipu dgn lelaki tu. Msti lelaki tu sgt hebat merahsiakan kecurangan dia tu. Dia ada mentioned yg dia syg keduanya. Mana boleh mcm tuh.. Mmg la dlm Islam membenarkan lelaki kawin smpai 4. Tapi, niat tu kena betul la, kerana Allah. Mcm kes ni, wallahualam la apa motif lelaki tu, tp tak patut la dia buat mcm tu.huhu..

Juz imagine, we r in her shoes, apa yg kita rasa ek.. Kalau aku la, mesti aku geram + frust + sedih sbb org yg kita syg sanggup menipu kita, dan mempermainkan kita. Nauzubillah la..

Aku xdpt bygkan la if bakal isteri dia dgr radio tadi, n dia dpt tau kes ni.. Silap2 dia bleh cancel wedding dia sbb rasa tertipu. X mustahil tau.. Ppuan ni once hati dah terluka n jadi tawar, diorg mesti nekad nak wat apa2 je. Hmmm..

Entah la, hal2 camni agak complicated nak buat conclusion. Mybe ada reasons y dis thing can happen. If we in their place, we will say dat we did a right thing.. Maybe la kan.. Apapun, hopefully Ain tu dpt tabah & teruskan kehidupan mcm biasa.. Cayok, cayok..

P/S: Segalanya yg kita dpt di dunia ini adalah pinjaman & sementara..

Monday, August 11, 2008

Tuesday, August 5, 2008

Hanya untuk Sesuap Nasi

Assalamualaikum

Salam 3 Syaaban,
Tak sampai sebulan je lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadan. Teruja sgguh nak celebrate Ramadan. Skrng pun dah dapat rasa 'kedatangan' Ramadan. Suasana angin sepoi2 bahasa tp panas.. Hehe, taktau la org lain rasa tak seperti aku rasa.

Erm, kita tinggal kejap psl Ramadan tu. Semalam aku dinner kat Seksyen 13. One of da famous restaurant there. Erk, nak kata dinner ke supper?? Hehe, coz aku mkn dah agak lewat. Dlm jam 11mlm. Sebab kelas pun abes lewat.

Aku abes mkn sume dlm jam 1130mlm. Aku nampak ada sorg nenek tua (dlm konteks ni, muka mesti dah seribu kedutan, bdn pun hampir membongkok tiga, gigi pun hnya tinggal sebtg dua) tgh berjalan menuju ke restoran dgn menjinjing satu beg plastik yg agak besar.

Mcm cerpen plak. :)

Dari jauh lagi aku dok tgk nenek tu. Kesian sgt. Aku dpt agak yg dia jual kerepek. Coz area S.Alam ni, kalau nmpk org bwk beg plastik besar kaler oren ke, merah ke, selalunya diorg jual kerepek.

Yg kesiannya, dah kul 1130mlm pun nenek tu masih berniaga.. Dah tu bagi aku, umur2 baya nenek tu (lingkungan 70-80an) sepatutnya x perlu lagi bekerja mencari nafkah. Mungkin tanggungjawab dia sewajarnya diambil alih n dipikul oleh anak atau cucu dia.

Tapi, mungkin nenek tu xde sedara dan hanya hidup sebatang kara kt dunia ni?? Itu aku x pasti la. Coz byk faktor2 lain yg memaksa dia utk terus mencari nafkah utk sesuap nasi. Kan??

Bagi aku, org yg membeli kerepek yg dijual nenek tu pun hanyalah kerana simpati.. Sebab aku tgk kerepek2 yg dijual xmenarik dan sikit je. Kiranya xpadan dgn hrga la.. Tapi, xpelah, apa slhnya hulurkan seringgit dua membeli kerepek tu supaya nenek dpt duit utk menampung hidup dia. Kan??

Kalau niat kita ikhlas utk bersedekah, insyaAllah kita akan dpt pahala. Dan mana tau, kerana seringgit dua yg kita hulurkan kt nenek tu, Allah akan menggandakan rezeki kita kemudian hari..

Sebab dlm Islam pun ada menyatakan, duit gaji kita tuh bukan 100% milik kita. Kita kena spend utk org lain juga (org susah, fakir miskin). Itulah yg dinamakan bersedekah. Baru la gaji kita berkat. Kdg2 kita terlupa nak bersedekah, jadi bila ada peluang mcm ni, kita buat la, dpt pahala.. :)


P/S: Kita selalu rasa gaji yg kita dpt setiap bulan tu xpernah cukup walaupun ada yg cecah ribuan ringgit. Kenapa ye?? Jom muhasabah diri..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...