Wednesday, March 31, 2010

Nak itu, nak itu!

Assalamualaikum

Salam 31 Mac, 15 Rabiulakhir..

Semalam aku p kompleks pkns Shah Alam.. Nak p settlekan pembayaran bil. Pastu aku terjumpa satu kedai letrik yg wat clearance stock.

Aku mmg dh lama target nak beli mixer tau. Skali, aku tgk mixer+bowl brand Pensonic baru RM49.90. Harga normalnya lebih kurang RM70-80. So agak cheaper la kan..

Teringin nak beli, dan dah hampir2 membeli, sbb aku masih belum ada mixer ni, even hand mixer pn..

Tapi Mr Berry tanya aku, dalam masa terdekat nih ada ke aku nak guna mixer tu, if x, better xyah beli lagi.. Huhuhu.. :( So aku x le beli. Tgk ar pas blk dari kg nxt week lah baru beli. ;)

Biar lah kalau clearance stock tuh dah xde pn.

Sedikit frust, tp bila pk2 blk, mmg aku xkan guna lagi kot dlm masa terdekat ni. So xpelah, lgpun bajet yg ada nak guna untuk kos balik kg lak.

Oh, aku dah remove music box aku, sbb bising sgt tiap kali buka blog.. Heee, msti rmai yg rimas kan tiap kali buka blog aku. Hohoho..



P/S: Nak buat kek lah pas dah beli mixer. Hoyyehh!

Wednesday, March 24, 2010

Blur

Assalamualaikum

Salam 24 Mac, 8 Rabiulakhir..

Lama-lama sekali baru keluar satu entry.. Walaupun hakikatnya aku tidaklah busy seperti org lain yg bekerja, tp entah la, rasa xtau nak menulis tentang apa.. Maybe sbb x buat apa2 la aku pun xde cite nak share kot kan. Uhuhu..

;(

Kalau mmg dah namanya takde rezeki kan, makanan dlm sudu yg hampir2 disuap ke mulut pun bleh terjatuh dari pegangan kan.. Same goes happened to me. Tapi bukan ketika makan la. Itu hanya perumpamaan saje.

Tak perlu lah aku huraikan dgn detail, cukup lah sekadar aku bgtau yg last week aku dah hampir mendapatkan satu keje, tp tanpa diduga, ada je halangan yang menyebabkan aku xdpt keje tu.. Itu le namanya bila takde rezeki.

Sedih tu ada la juga, tapi nak buat mcm mana kan, bila Allah dah tetapkan itu bukan rezeki aku, jadi ia bukan rezeki ku, no matter aku buat apa sekalipun. Uhuhu..

Perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya. Dia kurniakan aku rezeki baby dlm rahim ku skng ni, tp Dia belum berikan aku rezeki pekerjaan, so alhamdulillah.. Ada juga kan.. Tp who knows, adakah baby ini akan terus menjadi baby aku selepas 9 bulan? Hanya Allah tahu. Kita hanya boleh berdoa yg terbaik je kan.

Bukanlah niat aku nak bercerita yg sedih2 untuk entry ni, sekadar mengingati diri sendiri je. :)

Aku admit yg kali pertama pregnant ni, aku diduga dgn pelbagai ujian dan dugaan.. Sangat banyak. Harap2 baby aku ni nanti keluar je jadi seorg anak yg kuat dan tabah. Heee.. InsyaAllah.


Okelah, perut meminta diisi ni.. ;)



P/S: Saya sayangkan suami dan keluarga saya!


Saturday, March 13, 2010

Day by day

Assalamualaikum

Salam 13 Mac, 27 Rabiulawal.

Dalam pada bosan-bosan duduk rumah ni, cepat juga masa berlalu.. Tgk2 dah 3 bulan masuknya tahun 2010..

Aku pula, hari demi hari makin sensitif la.. ;)

Air mata ni cepat je nak meleleh.. Laju je kan. Kadang-kadang tgh baca newspaper pun bleh terjadinya adegan lelehan air mata ni. Ihik! Bukan setakat bila terbaca news yg sedih dan menyayat hati je aku akan secara automatiknya menitiskan air mata, baca news kejayaan org pun air mata aku bleh meleleh. Hahah..

Semalam nye case la ni.. Aku baca news kejayaan adik2 yg amek result SPM tau. Tup2 dalam dok membaca pengalaman dan kejayaan diorg, tetiba je air mata aku ni meleleh.. Konon-konon nye sharing happiness org la kot kan. :p

So emotional lah!

Apatah lagi bila tetiba tak dpt perhatian drpd Mr Berry. Haish.. Lagi mudah airmata ni nak meleleh.. Aku pn xmoh jadi gini, tapi jadi sendiri lah.. Heee..

Perubahan hormon dlm badan yg menyebabkan unstable emotions ni kot. So terima je la dgn redha. :) Cuma nasib baik aku belum lagi smp kepada emosi cpt marah ni. Kan org slalu sebut, ibu mengandung ni slalunya pembawakan budak, so senang moody kan.. Tapi, so far xde lah lg tiba2 nak mrh2 kan.

Dan apa yg aku notice, tahun ni ramai betul2 kawan-kawan aku yg turut pregnant. Semuanya due dlm tahun ni juga. ;) Maybe sbb tarikh kawin semua pn lebih kurg je, dekat2.. Dpt bby pn lebih kurg jg la time nya.

Penuh le hospital nanti dgn kwn2 aku. Heeeeeeeeeeeeeeeeeee..



P/S: Kawan-kawan aku yang sedang mengandung dan bakal melahirkan baby dalam tahun ni, kebanyakannya bakal melahirkan bby boy.. Hmmm.. Dan juga yang telah melahirkan bby dlm tahun ni pun juga mendapat bby boy.. **wondering** Tahun 2010, tahun bby boy ek?? ;p

Monday, March 8, 2010

Ujian Allah

Assalamualaikum

Salam 8 Mac, 22 Rabiulawal..

Entry utk update ttg diri sendiri.

So far aku masih belum terima even satu pun panggilan interview.. Hmmm, walaupun dh apply agak byk, tp dah termaktub belum ada rezeki aku lg..

Ujian demi ujian Allah berikan utk aku dan Mr Berry.

Psl keje ni, aku xtau nak komen mcm mana. Sbnrnya aku takde la stress sgt pd awalnya, tp bila mak ayah, sedara mara, rakan2 asik bertanyakan soalan yg sama je tiap kali terjumpa diorg, so muncul pulak sikit rasa sedih.. Huhu..

Tak sepatutnya aku rasa camtu kan.. Kalau kita betul2 yakin, percaya dan redha dgn ketentuan Allah, kita takkan sesekali berasa resah, gelisah, susah hati, sedih kerana belum dikurniakan apa2 rezeki kan..

Itulah, aku adalah manusia yg lemah, ada juga sedikit perasaan2 tu sume.

Konvo aku pulak dijangka diadakan pd bulan Mei. Hopefully paling lmbt pun, selepas aku konvo dan dpt skrol, aku akan dpt keje. Amin..

Suami kepada seorg kwn aku ada pesan, dia kata, buat apa kita nak kalut2 dan susah hati bila belum dpt keje, sedangkan Allah dah menetapkan rezeki buat setiap individu. Cuma kita je belum tau je rezeki kita tu ada di mana.. Kan.. That's why kta perlu berusaha..

Allah tu tahu apa yg terbaik buat setiap hambaNya. Allah dah tetapkan rezeki dan jalan yg teratur buat setiap hambaNya. Wallahualam.

Satu lagi faktor yg buat aku rasa mcm 'down' sket ni, adalah aku kesiankan Mr Berry.. Sian dia terpaksa keje siang dan mlm nak cari rezeki buat aku dan bby dlm perut ni.. Kalau aku keje, at least aku bleh tlg bantu meringankan beban dia.. Huhu. **Sabar ye B**

Semlm aku diuji pula dgn keta aku yg tetiba rosak. Pdahal baru je servis tau. Tup2 tgh elok2 bergerak atas jalan, enjin mati. Bila nak start blk, x boleh. Lampu, air-cond dan radio bleh je buka. So bukan mslh batt la kan..

Dan kitorg (aku + Mr Berry) stucked la kat Putrajaya. Menumpang le kami di rumah abg Mr Berry. :)

Pagi ni baru keta siap dibaiki dan melayang la RM200. Kata mekanik, distributor keta yg rosak.. Huhu, sian Mr Berry.

Kepada Mr Berry,

"B, insyaAllah kita sama2 teruskan berdoa supaya Allah teruskan memberi rezeki yg baik buat kita ek.. Dan semoga Allah memudahkan perjalanan kita."




P/S: Entry beremosi plak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...