Showing posts with label ~Keluarga~. Show all posts
Showing posts with label ~Keluarga~. Show all posts

Monday, April 23, 2012

~ The busiest April ~

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah jadi trend blog aku, 1 month - 1 entry saje. 

Wuwuwu.

Sgt malas nak update. 

Bulan nih, bulan April adalah bulan yg sgt bz utk aku. Weekend 1st week of April, aku, Mr Berry & Auni pi Putrajaya sbb mak mentua (mak Mr Berry) turun sana, so kami pun saje2 la pi sana. Sambil2 tu sempat juga pi jalan2 Alamanda. 

Then weekend of 2nd week, sekali lagi kami pi sana. Tapi kali ni balik hari. Pagi2 Sabtu bertolak, drop Mr Berry & Auni kat rumah abg Mr Berry, dan aku terus pecut ke S.Alam. Car pool dgn ex-mastermate utk ke reunion di Paddington Pancake, The Curve. 

Ahad sempat mengemas2 dan packing brg nak blk Jitra. 

Ptg Isnin lepas keja, terus gerak balik Kedah. Pukul 4ptg baru bertolak dari Melaka, so terpaksa la tempuh jem di lebuh Elite area USJ. Tapi takde laa teruk mana, jem sbb ramai2 pakat nak tgk kereta eksiden di bahu jalan je. 

Sampai Jitra pun dah pukul 1pagi. 

Hari Selasa tu spent times di kedua2 rumah (rumah mak + mertua). Pagi2 Rabu bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Nak pi Langkawi. Hoyyyyehh!!


Excited sgt memandangkan last pi Langkawi adalah pada tahun 2009. 

:)

Sementara ada duit lebih sket nih, dan alang2 blk kg, terus plan ke sana. Bwk skali mak dan adik. Malam sblm bertolak dah siap booked family suite di Aseania Resort dan kereta sewa. Kitorg amek Avanza. 

Memandangkan bukan cuti sekolah, so takde la masalah in term of booking resort, tiket, kereta sewa or etc. Cumanya feri tu penuh juga la, mungkin sbb hari Rabu tu adalah cuti umum sempena pertabalan Agong. 

Sampai Jeti Kuah, Langkawi around 12pm. So lepas amek kereta, kami terus pi jalan2 di Makam Mahsuri. Sementara nak tggu pukul 3pm utk check-in. Sunyi sgt kat Makam Mahsuri tu, yelah, pengunjung x ramai, sbb bukannya cuti kan. Kalau time cuti sekolah, rasanya penuh dan padat dlm tu. 

Gratefutobeme
Bergambar dpn Makam Mahsuri

Last masuk situ tahun 2009, so ada beberapa area yg dah berubah.

Ada 1 gerai makanan berdekatan dgn rumah Mahsuri tu. Jual nasi campur, laksa, cucur pisang dan minuman. Aku try la mkn laksa. Seeeeeeeedaaaaaaaaapppppppppppp sgt! 

:P

Serius sedap! Aku ni jrg nak jumpa laksa yg sedap di tekak aku, tp laksa situ mmg kena la dgn taste aku nih. Mak & adik pun ckp sedap. Hmm terliur.

Kami tak lama dlm Makam Mahsuri tu, sbbnya rimas dgn Auni yg tak reti duduk diam. Berlari sana, berlari sini. Bila kita dukung, dia meronta2 dan menjerit2. 

Huhu, dugaan bila anak dah pandai berjalan dan berlari. 

Dari situ, kami gerak ke resort. Checked in, rest dan solat. 

Bg aku, Family Suite di Aseania tu agak memuaskan hati la. Berpatutan dgn harganya lah. Tak igt plak exact amount, tp antara RM480-RM500. Ada 2 bilik. Satu bilik queen bed, shower & bath tub. Satu lagi ada 2 single bed dan juga shower&bath tub. Then ada peti sejuk, meja mkn, kusyen, dan TV. Including breakfast for 4. 

:)

Lepas rest semua, kami pi ke Underwater World. Tiket RM28 (dewasa). 

Gratefultobeme
Masa mula2 masuk

Last aku masuk situ masa Darjah 6. Of course dah byk perubahan yg ada kan. 

Gratefultobeme
Comel2 je ikan nih

Tapi kami tak sempat nak menikmati semua pemandangan dlm tu, sbbnya tiba2 heboh psl tsunami. Huhuhu. Kan sblm tu around 4pm camtu, ada gegaran. Kami pun rasa juga masa di resort, tapi igtkan itu adalah disebabkan benda lain. Tak terlintas plak sbb gempa di Acheh tu. 

Tup2 masa dlm Underwater World, dpt call dari abg Mr Berry pasal kes tu. Dan ada plak 2 org mamat dlm Underwater World tu berlari-lari anak suruh kami lari sbb tsunami. 

Padahal baru rasa gegaran. 

Kami pun terus berjalan keluar lah dari Underwater World tuh. Adik aku la yg sgt panik sampaikan ajak lari ke atas bukit. Bunyi mcm kelakar, tp ye lah, sesiapa pun akan sedikit panik bila ada amaran mcm tu kan. 

Amaran tsunami pun dah dikeluarkan, dan semua tak dibenarkan berada berhampiran kawasan pantai. Memandangkan resort kami tu dekat juga dgn pantai, so kami semua tak berani balik ke resort. Terus meronda2 dgn kereta, singgah solat magrib di masjid kampung Itau.. Selepas mendapat confirmation dari pihak resort yg selamat utk berada di resort, barulah kami blk. Tu pun dlm pukul 930malam. 

Sepanjang berada dlm kereta tu, mmg dgr radio Langkawi utk dgr apa2 update terkini. 

Alhamdulillah dalam pukul 10malam, amaran tsunami ditarik blk.

Tapi masih tak boleh berada di kawasan berhampiran pantai.. 

Bila jadi perkara2 mcm ni kan, kita (rakyat Malaysia) mesti lah agak panik kan. Yelah, negara kita bebas dari ancaman gempa bumi. Cuma haritu je la terkena tempias tsunami tu kan. So kita takde apa2 persediaan mcm mana nak menghadapi gempa. sbb tu panik. 

Cumanya geram dgn segelintir pengguna laman sosial, yg suka menyebarkan perkara2 yg  belum pasti. Masa kes amaran tsunami tu, bila aku buka FB je, berlambak2 org yg keluarkan status bahawa tsunami bakal melanda sekian2 jam, siap ada jadual lagi, pukul berapa sampai Penang, pukul berapa sampai Langkawi. 

Haihh.

Benda2 camtu boleh menyebabkan chaos tau. Huru hara jadinya. Bertambah lah panik org ramai ni. Kang tak pasal2 ramai yg mati akibat daripada berebut2 nak lari dari gempa (panik sgt) daripada mati akibat gempa tu sendiri. Nauzubillah la kan. 

Oke back to the story. 

Pagi Khamis, lepas breakfast, kami semua lepak di kawasan swimming pool resort je la. Dah tak boleh pi pantai kan. Layan Auni mandi je. 

Gratefultobeme
Takmau guna pelampung. Mcm reti swimming je. 

Gratefultobeme
Ada swimming pool, dan beach (buatan)

Gratefultobeme
Budak lepas menangis sbb takmau keluaq dari swimming pool.


Pukul 11pagi checked out dan terus ke Jeti Kuah. Tak sempat nak shopping sbb kes panik tsunami kan. Masa kat jeti je sempat beli coklat sikit utk makan2. 

Tapi apapun happy sbb dapat spent times dgn family walaupun tak cukup korum. 

Hari Jumaat plak bz dgn kenduri kesyukuran sempena adik dpt result SPM yg cemerlang. Alhamdulillah. Mak msk mee kari, rendang ayam. Ketupat, bubur kacang tempah. Ada kuih2 lain sikit. 

:)
Gratefultobeme
My sis with her daughter, Aleesya

Gratefultobeme
Mak dgn kawan2nya. :)

Gratefultobeme
Bibik Pembantu kenduri (Tukang masak air gula) Huhu
Sabtu, Ahad spent kat rumah mertua. 

Gratefultobeme
1st time dpt permission papa utk gomol kucing. Mak baru bela. Namanya Baby. 

Ptg Isnin bertolak balik ke Melaka. 

Kemudian Jumaat, Sabtu, Ahad yg baru lepas ni aku sewa booth di Karnival Kolej Canselor UPM. Promote produk Avail, pad herba. 

Alhamdulillah walaupun tak ramai pengunjung, tapi jualan agak memberansangkan. Nanti aku buat special entry cerita ttg produk k. 

Hari ni sudah kembali bekerja. Mood masih takde, masih dok terbayang rumah Jitra, mak, adik2, Auni. 

Huhuhu.

Yelah, cuti pjg kan. Entry pun panjang, mcm laporan sekolah. Hehe. 

Oke, nak sambung buat kerja. 



P/S: 3 bln lagi Ramadhan, bila nak ganti puasa? :P 
 

Friday, October 21, 2011

~ Konvokesyen UPM ~

Assalamualaikum.

Last weekend aku & angah turun UPM, utk konvo adik no 3, Ea.

:)

Aku sefamily bermlm kt rumah abg Mr Berry, angah aku sefamily lak bermlm rumah ipar dia.

Aku stay 2malam jg la, pergi ptg hari Jumaat, blk Melaka lepas magrib hari Ahad. Konvo adik aku sesi pagi Sabtu. Jumaat malam tu sempat juga round2 kat downtown serdang tu, yg dkt dgn Mines tu..

Kitorg pegi awal sgt, dlm pukul 8mlm. So byk kedai tak buka lagi. Best juga la downtown situ, sbb besar.. Mcm2 ada.. Tp lagi best kalau p lewat sket, baru meriah.. Heee..

Pagi2 Sabtu gerak p UPM dr Putrajaya. Time menunggu sume graduan keluar dewan, smpt tgk kat skrin yg disediakan kat luar dewan.. Rasa sebak plak tgk org amek scroll. Hahahaha.. Org lain yg konvo, aku plak emo lebih.


:P



Bukan apa, teringat memori konvo dlu.. Tiap kali konvo, time paling sebak dan menyentuh hati adalah time menyanyi lagu UiTM. Dan2 rasa syg sgt UiTM.

;)

Then, bila tgk graduan pakai topi bulat dan jubah ada 3 lines tu, terus rasa envy. Syoknya depa dah dpt PhD. Nih yg rasa tak sbr ni.. Hopefully masa aku akan smp juga, insyaAllah. Apapun fokus kat research confirmation dlu.

:D

Then lps settle konvo, kitorg pi makan rmai2 kat Nando's Mines. Perception aku terhdp Nando's dah berubah. Dlu2 aku penah 2kali je mkn kat Nando's dan mmg time tu tak suka sungguh la. Tp lepas p mkn ramai2 kat Mines tu, rasa mcm boleh thn jg Nando's ni. Sedap juga la. Hehehe..

Ptg sket kitorg pi jalan2 kat Alamanda plak. Hehe tiap kali turun Putrajaya, 2 tmpt yg aku confirm p adalah Alamanda dan Mydin Putrajaya. Mmg le takde apa pun, tp sbb ada memori kat situ. Yela time aku menyewa kat Serdang dlu, slalu sgt p Mydin Putrajaya tu. Tambahan plak time tu tgh sarat mengandung.

Uish, rindu aih moment2 tu.

Konon dh alang2 turun UPM, nak la p big bad wolf book fair kat MAEPS tu. Tp rupanya kena park keta then naik shuttle bus plak. Teruih tak jd p sbb ssh la dgn Auni lagi kan. Dah la dia selsema. Asik merengek je.

Rasa mcm rugi sgt!

Huhuhu.

Takpelah, next time kalau ada, boleh la p kan.

Btw, congratulations my sis!


P/S: Target sebelum 35tahun utk pakai jubah 3 lines. :P

Saturday, October 8, 2011

~ Oktober Bulan Istimewa ~

Assalamualaikum.

Tahun 2011 dah nak sampai ke penghujung dah. Owh cepatnya. Skrng pun dah nak pertengahan Oktober.

Masuk je bulan Oktober, ada 3 celebration waiting.

:)

1st, birthday si tecit Auni. 11hb ni, ari Selasa. Birthday yg pertama kali nih, insyaAllah. Cdg2 nak buat makan2 sket dan celebrate kat school dia je la. Alah, jamu budak2 je makan. Tu pun mungkin tak buat hari Selasa tu jg, mungkin hari Khamis kot. Tgk lah camne. Bergantung kpd mamanya lah, sama ada sempat dak nak baking cupcake (konon2nya lah kan) dan masak sket2.

Then, time raya haji nanti baru nak buat birthday celebration among family members kot. Ye la, ummi, ucu, achik mesti nak makan kek 1st birthday Auni jg kan. Hehe..

2nd adalah wedding anniversary aku+Mr Berry yg ke-2, insyaAllah. Iaitu pd 23hb. Last year tak dpt celebrate sbb aku dlm pantang & masuk wad kali ke-2 sbb infection kat ceasar area. Huhuhu. Kejadian tu mmg perit juga la, sbb nak kena dressing kwsan infection tu tiap2 hari selama 4 hari. Huhuhu.

Tapi skrng ni bila teringat blk kisah tu dah jadi mcm memori manis plak.

Sebabnya, baru lah aku realized kasih syg Mr Berry kat aku. Ye la, dari hari 1st masuk wad, (Auni time tu kena tinggal kat rumah dgn Ummi dia, sob sob) Mr Berry tunggu kat hospital smp la hari discharged. Padahal time tu supposed dia cuti 3 hari je, tp dilajakkan cuti tu sebab nak bersama dgn aku kat hospital. Dah tu bukan bleh teman dlm wad pun kan. Hanya tunggu di bwh oke. Luar wad pun xbleh. Kena tunggu kat tingkat bwh (wad bersalin tu kat tingkat 2, kalau tak silap). Owh, next time aku buat entry pasai kenangan aku kat hospital sbb infected tu.

So last year aku cuma dpt SMS wish je utk 1st wedding anniversary kitorg.

:)

Kiranya tahun ni (insyaAllah kalau dipanjangkan usia), adalah celebration pertama kitorg lah. Best2. Igt nak buat ala2 candle light dinner (yo la tu)..

:P

Dan thirdly is birthday my sweetheart, Mr Berry.

Pun sama, last year adalah 1st birthday celebration utk Mr Berry since kitorg kawin, tp sbb aku dlm pantang dan baru kuar wad (sbb infection tu la), so just wish saje la. Tu pun terlupa nak wish tgh malam sbb tertido dgn jayanya. Pagi2 esoknya baru la wish. Huhuhu..

Jadi tahun ni maybe celebration skali je lah dgn wedding anniversary tu kot.

Triple celebrations lah setiap kali tiba bulan Oktober. Makin kopak la duit kitorg. Hehehehe. Beli 3 hadiah.

:P

Apapun doaku hanya satu, semoga dipanjang umur oleh Allah utk meraikan bulan yg sgt istimewa ni.. Amin..



P/S: Nak drag birthday sndiri masuk dlm bulan Oktober juga la. Jimat duit utk celebrate. *_*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...