Saturday, August 27, 2011

~ Dah Nak Raya ~

Assalamualaikum.

2 hari lagi dah nak raya..

Baju raya tah siap ke dak lg, since tailor tak call pn..

Kuih raya pun baru siap 2 balang, tu pun sejenis je. Satu balang bagi umah mentua, sebalang kt umah sendiri. So hari ni kena all out buat cookies. Sbb kat umah sendiri, takde cookies raya lg ni.

Huhuhu.

So, plannya nak buah semperit, chocolate oat cookies, dan sejenis lg, tp belum decide apa lg.

Rasanya tak payah buat byk2 lah, memandangkan tahun2 lepas biskut raya ni x laku sgt. Lagipun tahun2 lepas beli je biskut2 raya tu..

Org yg mai raya umah kebyknnya prefer nak makan rendang2 atau main dish lain, mcm lontong ke, soto ke, nasi tomato ke, laksa ke. Ish, terliur plak.

:P

Okelah, nak bersiap pi tesco beli brg2 nak buat biskut sat.

SELAMAT HARI RAYA semua!


P/S: Owh bahagia betoi rasa dpt spend masa dgn family.

Sunday, August 21, 2011

~ 9 Hari Lagi ~

Assalamualaikum.

Apa ye yg 9 hari lagi tu??

9 hari lagi Syawal menjelma, menggantikan Ramadhan.

Sedih plak rasa sbb Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Amalan pun masih belum cukup lagi. Keindahan Ramadhan ni hanya dpt dirasai setahun sekali je. Tahun dpn taktau la masih berkesempatan atau tak.

Dalam bulan Ramadhan ni la, org pakat2 jadi pemurah, jadi penyabar, jadi rajin..

:) alhamdulillah kan.

Ada yg jarang bersedekah di bulan lain, tp bila masuk ja Ramadhan, depa berubah menjadi seorg pemurah, suka menderma dan bersedekah. Sedekah pada anak2 yatim, pada peminta2 sedekah, pada org2 fakir, pada masjid2.. Ada juga yg tak sedekah dari segi duit ringgit, tapi sedekah juadah2 utk berbuka pada kawan2, jiran2..

Alhamdulillah.

Ada juga yg dlm bulan2 lain, depa panas baran, suka marah2, maki2. Bila masuk ja Ramadhan, automatik berubah menjadi seorg yg sgt penyabar, lebih byk berzikir atau paling tidak pun berdiam diri bila rasa mrh.

Alhamdulillah.

Ada juga yg dlm bulan2 lain sgt liat nak baca Al-Quran, nak buat solat2 sunat dan amalan2 sunat lain. Tapi Ramadhan mengubah segalanya. Lepas sahur, rajin mengaji, lepas Isyak, buat solat sunat Terawih, solat sunat Witir. Ada yg tak melepaskan peluang berjemaah di masjid setiap kali ada kelapangan. Solat wajib pun buat tepat pada waktunya.

Alhamdulillah..

Nampak kan keindahan dan keberkatan bulan Ramadhan. Bulan yg sgt mulia sehinggakan ramai yg sanggup berubah ke arah kebaikan kerana tak mahu melepaskan peluang mendapatkan ganjaran berganda dariNya, insyaAllah.

:)

Oleh sbb tu, rasa syg dan sayu nak tinggalkan bulan Ramadhan ni. Semoga amalan2 baik yg dilakukan sepanjang Ramadhan ni dapat terus diamalkan di bulan2 lain..

:D


P/S: ~ Masih berbaki 9 hari, jom gandakan amal ibadat kita! ~

Sunday, August 14, 2011

~ Memori Ramadhan ~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua sempat berbuka puasa ye tadi. Syukur dah berjaya menyempurnakan 14 hari Ramadhan. Cumanya berapa percent pahala yg kta dapat ye sepanjang 14 hari tu? 100% ke?

:)

Ye la, ada tak kita termengumpat ke, termaki org ke, solat lewat waktu ke, membazir ke.. Sume tu kan boleh mengurangkan pahala puasa kita.. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je ye.. Time bulan puasa ni la kita nak melatih diri utk mengawal nafsu kita.. Bulan lain pun boleh latih, cumanya ramai yg cuba sedaya upaya memperbaiki diri di bulan mulia ni.. Takpe, takde salahnya. Mungkin bulan Ramadhan menjadi titik permulaan..

:D

Kalau sepanjang 14 hari berpuasa ni, masih ada cacat di sana sini, jom lah kita perbaiki. Ada lagi separuh bulan kan.. InsyaAllah. Aku pun sama, masih byk kekurangannya, sedang cuba utk dapatkan puasa yg sempurna, insyaAllah.

Sebut pasal bulan puasa ni kan, tetiba teringat plak kenangan masa kecik2 dlu.

Aku mula puasa masa darjah 4. Kira lambat juga la, kalau nak banding dgn budak2 zaman skrng. Ada yg mula berpuasa seawal usia 5 tahun kan. Walaupun mula lambat, tapi alhamdulillah aku berpuasa penuh 30 hari.

Tapi time tu, puasa yg sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga je la kan. Tak reti lagi nak buat amalan2 lain.

:P

Yg lawaknya, tiap kali menjelang waktu berbuka, dlm pukul 5,6 petang, mesti muka aku monyok. Sebab dah smp tahap klimaks, kelaparan dan dahaga. Hehehe. Yg aku igt, time tu aku akan melepek je kat pintu dapur, tunggu mak siap masak dan hidang. Muka plak masak mencuka.

Ayah pulak suka sgt sakat. Dok usik2.. Huhuhu.

Bila masuk je waktu berbuka, bergelas2 aku akan minum. Last2 kenyang ayaq ja, nasinya makan sket je. Hehehe..

Tu memori masa mula2 belajar puasa. Masa aku buat Diploma dlu lain pulak citanya. Time tu badan aku kurus ja. Tapi bila berbuka aku penah makan 2 pinggan nasi + 2 pinggan laksa. Huhu dasat kan.. Mmg sgt ikut nafsu kan.

Hehehe..

Mcm2 lah hai..

Yg paling syok bila Ramadhan ni, dari dulu smpai skrng aku sgt teruja dgn satu benda. Apa dia???

PELITA.

Dulu2 tiap kali blk kg, aku mesti ajak mak p round2 kwsn kg. Semata2 nak tgk org psg pelita or lampu lip lap. Rasa syok sgt tau. Kdg2 jmpa org yg psg pelita sekeliling rumah, cantik sgt! Kat rumah aku, mak psg lampu lip lap ja, rumah taman kan, ssh sket nak berpelita2 nih.

Baru2 ni pun aku ada ajak Mr Berry pi lalu jalan nak pi UiTM (jalan kg), memalam la, just nak tgk ada org psg pelita dak. Tgk2 cuma ada sebuah rumah ja yg dah pasang. Yg lain tu mungkin akhir2 Ramadhan baru nak psg kot.

:)

Ish, syok lah!

Dulu2 aku penah dgr ada org2 yg berckp, pasang pelita tu ikut budaya agama lain. Bukan budaya agama kita. Tapi sbnrnya, kat kg2 ni, org psg pelita sbb nak menerangi kawasan kg. Kwsn kg kan slalunya gelap, harap lampu jalan besaq ja la yg ada pun. So bila psg pelita tu, ada la sumber cahaya sikit kan, senang la org nak p masjid memalam. Nak terawih ke, nak tadarrus Al-Quran ke..

Cuma zaman skrng ni org dah x harap kat pelita ja, ada yg pasang lampu lip lap kan, canggih sket. Petik suis je, menyala. Tapi function nya tetap sama.

Selain tu, apa salahnya kita memeriahkan bulan Ramadhan ni kan dgn memasang lampu2 dan pelita. Kita sambut pun setahun sekali ja. Menandakan bahawa kita bergembira menyambut Ramadhan. Kita sgt mengalu2kan kedtangan Ramadhan. Dan kita seiring kan lah dgn amal ibadat wajib dan sunat lain kan..

:)

Wallahualam la. Tu pendapat aku saja.

Apapun tanya diri kita sendiri la ye. Setiap apa yg kita buat, mesti ada niatnya. Sebut psl niat, jgn lupa niat puasa esok ye!



P/S: Salah satu keberkatan Ramadhan yg kita dpt tgk dgn jelas, semua org berlumba2 berbuat baik. Alhamdulillah!

Saturday, August 13, 2011

~ Chocolate Oat Cookies ~

Assalamualaikum.

Petang tadi sempat buat cookies ni sebelum start masak utk berbuka. Ada 3 reasons kenapa nak sgt buat cookies ni.

1. Ada byk stok oat segera kat rumah, konon2nya aritu nak amalkan makan oat utk diet dan kesihatan. Tp sbb rasanya yg kurg sedap kat tekak aku & Mr Berry, so terbiar la kat situ oat tuh. Huhu.

2. Mmg penah makan cookies yg guna oat sbgai one of the main ingredient dulu2. Masih teringat rasanya yg sedap, so search la dlm tenet, finally jumpa resipi nih.

3. Konon2 nak killing time la kan, sementara nak tggu waktu berbuka (padahal tak sedar diri, dok kalut2 dgn Auni, sambil uli doh sambil ligan Auni yg cuba utk 'membantu' mamanya.)

Dan resepi nih seriussss sgt sedap oke! Cookies ni rasanya mcm Famos Amos nye cookies tu. Kalau tak caye, try lah buat!

:)

Aku amek resepi ni dari blog Masam Manis. Akak ni pun amek dari somewhere else juga, tapi since aku jumpa resepi nih dlm blog dia, so credit goes to her la kan.. Hehe.. Sgt teruja tgk resepi2 dlm blog akak ni. Gambar pun cantik2 sgt!

Oke, aku copy paste resepinya kat sini ye. Aku ada tambah2 sket, nanti aku tulis kat resepi tu.

Nama Asal Cookies ni: Oat Crips Cookies. (Tapi aku letak nama sendiri since aku letak coklatnya byk2.) :P

Bahan2nya:
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko (aku letak lebih, dalam 50g)
½ sk serbuk penaik
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis (aku tak buh pun)
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nipis (aku ganti dengan chocolate chips, so rasa coklatnya lebih lagi la.)

Cara2nya:
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
Masukkan garam dan Quaker Oats Segera serta chocolate chips/badam nipis dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, esen vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang. (aku buat bulat2 dan leperkan je sbb malas. :P)
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

SELAMAT MENCUBA!

P/S: Sharing is caring.

Friday, August 12, 2011

~ Hari ke 12 Ramadhan ~

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, dah pun hari ke 12 kita puasa kan.. Hampir smpai ke separuh bulan.

Entry hari ni aku update kat rumah. Auni tgh tgk TV, mama plak berblogging. Hehe.. Sementara dia x kacau.. Dah siap suap nasi dah, tgh kenyang la tu, suka ati je.

:)

Semalam aku bbuka puasa sorg2.. Hari ni pn sama. Awal2 Ramadhan aritu mmg bbuka sorg je, sbb Mr Berry ada a'ment berbuka kat luar. Minggu lepas seminggu Mr Berry direct berbuka puasa kat rumah. Skrng dah nampak mcm nak bz blk. Alahai..

Bila dah berbuka sorg2 ni, malas le nak masak bagai kan. Kang x abes, jadi membazir plak.

So taktau lg ptg karang nak masak apa. Mungkin bubur nasi je la kot. Campak2 je, then reneh atas api smp masak kan.

:P

Okela, entry kali ni juz short update. Nak pi teman Auni tgk TV lah. Tata!


P/S: 13 hari lagi nak blk kg. Yeay!



Sunday, August 7, 2011

~ Seminggu Berpuasa ~

Assalamualaikum.


Dah seminggu kita berpuasa kan. Hari ni dah hari ke 7. Alhamdulillah masih berkesempatan menikmati keberkatan Ramadhan tahun ni.




Tapi entry ni langsung tak berupdate. Last entry masa 1st Ramadhan je. Heee.


Sibuk plak konon2nya kan. So far sepanjang 7 hari berpuasa ni, dah 6 hari (hari ni tak kira la sbb belum berbuka kan) aku masak je utk berbuka. Dan pecah rekod, sepanjang seminggu ni, hanya sekali ke bazar Ramadhan, dan tu pun hanya beli sekeping murtabak!


Huhu terernya i mengawal nafsu makan makanan beli (konon2nya).




Bukan apa, lebih bersih dan berkat kan if kita memasak sendiri kat rumah. Jamu suami makan air tgn sendiri. Tapi, kalau bg sesiapa yg tak berkesempatan nak masak tu, dan terpaksa beli kat bazar, takpela, no offend ye! Janji dpt berbuka kan..


Sementara aku mempunyai peluang utk masak, aku masak. Mana la tau nanti2 Allah tarik balik keupayaan aku utk memasak ke kan.. Sob sob!




Eh2 syok plak main dgn smiley gemok2 nih. :P


Okela, saje buat quick update. Nanti lah update betul2 pasal bulan Ramadhan nih.






P/S: Semoga segala amalan kita di bulan mulia ni digandakan ganjaran dan pahalanya. Amin.





Monday, August 1, 2011

~ Entry WAJIB ~

Assalamualaikum.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.

:)

Alhamdulillah syukran ya Allah, sbb memanjangkan umur kita semua utk sekali lagi menyambut bulan yg penuh mulia, iaitu Ramadhan utk tahun ni..

Rasa bahagia sgt sbb dpt merasai nikmatnya berpuasa di bulan Ramadhan.

Cuma tak dpt nak solat sunat terawih berjemaah di masjid mcm tahun lepas. Dulu takpela, si tecit Auni masih dalam rahim kan. Tahun ni tak bleh dah la nak pi masjid. Tapi, takpe, tak dpt pi masjid bukannya beerti tak bleh buat amal ibadat sunat kan..

Buat je la terawih sendirian di rumah. :)

Yelah, menjaga anak adalah amanah Allah yg wajib kita tunaikan, dan solat sunat terawih adalah amalan sunat. So which one is priority? Of course la jaga anak kan. Hehe. So kita solat saja di rumah, insyaAllah tetap ada ganjaranNya.

Lepas anak dah tido, kita pun bleh la beribadat kan. So, takde alasan utk takmau sama2 menggandakan ibadat di bulan Ramadhan kali ni ye kawan2..

:D

Ni pun Auni baru je tido, so amek kesempatan update sat entry ni. Satg baru nak buat sume urusan. Baju pun setimbun tak berlipat lagi. Padahal cuti 3 hari, jumaat-isnin. Huhuhu. Oh ya, Melaka cuti ye 1st Ramadhan. Rsnya Melaka x amek cuti Nuzul AlQuran (if xsilap la).

1 Ramadhan kali ni 1st time aku celebrate sesama dgn Mr Berry. Last year kan PJJ husband&wife. So konon2nya mcm happy la dpt sahur dan berbuka sesama utk hari pertama nih. Skali sahur je sesama, berbukanya tak. Sbb dia ada assignment berbuka bersama anak yatim kat hotel. Last minute plak tu dpt assignment nih.

Sob sob!

Memula mcm terkilan juga la, tp cepat2 remind diri sendiri. Ye la, at least aku masih lg dpt sambut Ramadhan ni sesama, cuma x dpt berbuka puasa sesama je kan. Apa mslhnya kan.. Org lain ramai yg berjauhan dgn pasangan masing2 di bulan mulia ni. Kan..

So takpela.. Redha saje.

:)

Utk berbuka hari pertama ni, aku masak je. Pi bazar tadi pun berjaya mengawal nafsu. Hanya beli sekeping murtabak dan suku biji tembikai. Tu saje! Alhamdulillah la, berjaya utk hari pertama ni.

Hopefully berterusan la kan. InsyaAllah.

Apapun, semoga kawan2 semua dpt menambah pahala di bulan Ramadhan tahun ni..



P/S: Dah 3 bulan tak balik kg, rindunya lah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...