Tuesday, June 28, 2011

~ Semperit ~

Assalamualaikum.

Sabtu lepas saje try2 buat kuih raya, semperit. 1st time buat nih!

Sebelum2 nih penah gak try buat kuih raya, tp tak penah menjadi. Huhuhu, mungkin sbb oven jg kot.

So kali ni, try la buat, since Mr Berry suka kuih semperit ni. Kitorang kat utara mmg panggil semperit, tp ada certain area, org panggil biskut dahlia la, biskut bunga cina la. Mcm2 la kan.

Heee..

Ni pun godek2 resepi online je. Alhamdulillah menjadi la. Mmg rangup dan lembut. Gebu je.. Ehehe cuma kaler je xberapa kuning. Maybe kena letak tepung castard kot kan.

Apapun best lah!



P/S: So raya tahun ni boleh la buat semperit sendiri, takyah beli dah. Jimat!


Thursday, June 23, 2011

~ Karipap Sardin ~

Assalamualaikum.

Kali ni entry makan2.

Ni la 1st time aku try buat karipap sendiri. Godek2 resepi dari internet la kan. Dan tak sangka sedap. Uhuhuhu.

Bkn la bermaksud nak puji masakan sendiri (walaupun ada la sikit2 :P) tp disebabkan resepi tu lah karipap ni menjadi.

Terer betul org yg bg resepi tu. Tima kasih byk2 lah kan.

Yg menguli doh sudah semestinya aku, tp bab nak kelim karipap tu aku x pandai. Acuan pn takde nak guna. So Mr Berry tlg kelim. Heee, see, dia sgt talented kan bab2 art ni.

:)

Apapun happy oke, sbb Mr Berry bg gred A utk karipap ni. Dia nih kedekut markah sket. Hahahaha.


Karipap ni walaupun dah sejuk, masih lagi rangup dan lembut di dalam. Sedap OoO.. Aku guna inti sadin + kentang je. Ayam or daging xde, kalau buat inti ayam/daging mesti lagi umppph. Yum yum!

Nanti bleh try buat lagi.


P/S: Lepas ni nak try buat pastry sendiri lah.

Thursday, June 16, 2011

~ Isu Halal ~

Assalamualaikum.

HP sauce, Tabasco Pepper Sauce sah ada DNA babi.

Huhuhu.

Tu aku baca dlm n/paper arini. Hmmmm..

Bila jadi gini, rasa risau kan nak makan kat luar. Cthnya, ada satu restoran mendpt pengiktirafan HALAL oleh Jakim, tp ada guna Tabasco tu.. Ha, so camne..

Kita ni, once sesebuah restoran dah diiktiraf halal, mesti la tanpa was2 kan nak mkn kat situ. Mana la kita nak tau kalau ada 1 atau 2 produk yg dorang gunakan tu x halal. Uhuhuhu. Igtkan once restoran tu dpt halal, semua produk yg dorang gunakan pn halal juga la. Kan..

Haihh..

Sesetgh org plak kata, kalau takut or was2 nak mkn kt luar, masak je kt rumah. Ye, betul, masak kat rumah lebih terjamin. Tapi x dinafikan kdg2 timbul juga perasaan, sama ada brg2 yg kita beli dan gunakan utk masak tu sebetulnya halal or tak kan.. Hmm sama la jg kesnya.

Kicap, sos, ayam, daging, rempah, semua tu yakin ke halal..?

Mmg le kita x directly makan daging Babi, tp adakah ayam yg kita beli tu disembelih mengikut syariat agama?

Sebab kdg2 mindset kta, selagi x mkn babi, x mnum arak, yg lain tu halal la. Hakikatnya tidak semudah itu..

Mencabar kan hidup di dunia akhir zaman ni..

Tp, tu la, apa yg kita boleh buat, cuba sedaya upaya utk memastikan sumber makanan yg kita mkn tu semuanya halal lah ye. Dan kena yakin lah. Huhu..


P/S: Rasa geli geleman kt tekak!

Friday, June 10, 2011

~ Ujian dan Dugaan ~

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur sehingga ke hari ni.

:)

Ye la, xtau bila ajal kita akan tiba kan.

Mlm2 weekend mcm ni tetiba ada idea nak buat entry nih. Pasal ujian dan dugaan hidup. Sejak dua menjak ni, mcm2 ujian dan dugaan yg aku terima. Kdg2 tu stress juga bila terlalu fikir pasal problems ni.

Tapi hari ni aku ada terbaca ttg sesuatu, yg membuatkan aku insaf dan kembali bersyukur.

Ini petikannya:

"Apabila dalam hidup anda tidak ada satu masalah pun muncul,maka ketika itu sebenarnya ada garis pemisah antara anda dengan Yang Maha Pencipta. Hendaklah berasa bimbang apabila menyedari perjalanan hidup anda tiada langsung dugaan. Hanya gelak tawa dan senang hati. Hanya senyuman dan tiada tangisan. Lengkap segala-galanya dan tiada yang kurang. Maka,itu tandanya Allah SWT telah membiarkan anda. Juga mungkin tanda Allah SWT tidak redha kepada anda".(Petikan sub topik 'Dugaan Meninggikan Martabat'-Indahnya Hidup Tanpa Derita).

Bila baca petikan ni, terus rasa insaf.

Hmmm, ye la, aku manusia yg lemah. Kerap sgt terlupa ttg segala kebaikan, rezeki, kesihatan yg baik yg Allah telah berikan. Bila dilanda ujian, cpt plak mulut ni nak mengeluh. Sdgkan sepatutnya aku terus bersyukur kerana diberikan ujian oleh Nya.

Terlalu byk nikmat yg Allah dah berikan, oleh itu kenapa nak mengeluh utk sekali dua dugaan dan ujian dari Nya? Kan..

Aku sepatutnya terus bersyukur, berdoa kepada Allah supaya aku diberi ketahanan utk menanggung semua ujian tersebut. Allah sama sekali tidak akan memberikan ujian yg tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. So aku kena terus bertahan.

Mungkin juga ada mana2 kekurangan dlm amal ibadat aku terhadapNya (of course masih ada kekurangan kan). Dgn cara diberikan ujian ni lah salah satu cara utk menampung mana2 kekurangan itu. Dan juga untuk menghapuskan dosa2 kecil. Tu pn kalau aku redha dan sabar dgn ujianNya.

Tak usahlah kita asyik nak memikirkan masalah dunia, kerana masalah dunia itu tidak akan berakhir dan ia hanya lah sementara. Fikirlah kehidupan di akhirat sana, yakni kehidupan yg kekal abadi.

:)


P/S: Sekali sekala jadi ustazah. Apa slhnya berkongsi sedikit ilmu.

Saturday, June 4, 2011

~ Rindu ~

Assalamualaikum.

:)

Lately dah start bz blk, sbb student Diploma dah start sem baru.

So, bermula lah kembali tanggungjawab mendidik anak bangsa. Heee.

Entry kali ni saje nak sharing2 feeling aku. Entah pasai pa, sejak dua menjak ni, asal tgk gambar org dlm wad tunggu masa nak bersalin or tgk gambar baby kwn2 yg baru dilahirkan, rasa teruja sgt!

Rasa rindu!

Rindu saat2 tunggu masa baby keluar melihat dunia (walaupun saat tu rasa tak sbr sgt nak tgk baby kan!), rasa rindu nak peluk cium baby fresh2.

:D

Padahal Auni baru nak masuk 8 bln kan, tp dah mula rasa rindu.

Heee..

Tapi, jgn salah fhm. Entry ni takde la bermaksud aku sedang pregnant anak kedua.

:P

Aku cuma rindu.

Tapi, belum sampai masanya lagi Auni nak dpt adik. Kena stabilkan kewangan keluarga dulu, baru boleh planning for 2nd child.

Lagipun, aku kan ceasar aritu. So kena betul2 tunggu masa yg sesuai utk pregnant semula. Kalau lah aku bersalin normal aritu, mau je tambah anak kedua slps Auni genap setahun.

Heee, statement berani kan!

;)

Padahal pengalaman menahan contraction aritu pun masih dok terbyg2. Dan yg paling mengerikan part infection tuh. Huhuhuhu..

Kalau ingat yg tu, rasa serik plak.

:P

Haihh, mcm2 kan. Tapi tu la kan.. Allah dah berikan kelebihan kepada semua wanita, satu keupayaan untuk menahan kesakitan walaupun kesakitan melahirkan itu adalah seperti sakit kedua slps mati. Wallahualam.

Lain org, lain habuannya.

Maybe ada yg diberikan kemudahan dan kesenangan masa nak melahirkan baby dan ada juga yg sebaliknya.

Apapun bersyukurlah wahai wanita yg diberikan peluang utk merasai kesakitan itu kerana tidak semua berpeluang merasainya.


P/S: Walaupun nak bersalin tu sakit, tapi ramai je yg selalu rindu nak tambah anak kan. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...