Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

~ Kisah Hati ~

Assalamualaikum.

Bulan Syawal pun dah berlalu.. So lg sebulan kita dah nak raya haji pulak..

:)

Planning nak buat akikah Auni. Sbb tak buat2 lagi ni. 11 Okt nanti genap la setahun umur Auni. Akhir zaman ni cepat sungguh masa berlalu.

Dok menung saje2 pun masa cpt berlalu, tak payah nak tunggu bz baru nak rs cpt tu.. Huhuhu.

Umur kita pun makin tua, bknnya makin muda. Ujian dan dugaan hidup pun makin byk. Yela, kalau takde masalah, bkn 'kehidupan' namanya kan. Kan lebih indah hidup ni bila diselang seli dgn suka & duka. Kalau happy je selalu, tak rasa nikmatnya pulak ye..

Bila kita diduga atau diuji ni, nikmatnya akan sgt terasa bila kita berjaya melepasinya. Masa tgh bertarung dgn ujian atau dugaan tu mmg le perit sket.

Sama je mcm kita amek exam kan. Sblm exam, dok struggle study, hafal fakta la, hafal formula la.. Tgh exam pun stress sbb cuba recall blk apa yg kita dah study dan cuba sebaiknya menjwb dgn betul. Selepas exam pun masih berbaki rasa ssh hati nak menantikan result. Once dpt result, baru lah rasa lega. Nikmatnya terasa masa kita konvo setelah berjaya dpt ijazah.. Sekaligus dpt kerja, lagi la bertambah nikmat tu kan..

Org kata, hidup ni kena cukup rencahnya. Baru best! Kena kutip pengalaman. Untung2 tua2 bleh cerita kat anak cucu.

Hee..



P/S: Baru rasa dugaan kerja.

Wednesday, March 30, 2011

~ Special Thanks ~

Assalamualaikum.

Tengah2 dok marking paper Quiz students, tiba2 teringat nak buat entry nih. So curi masa keje sat.

:P

Hmm, semalam sebelum tido, aku terfikir.

Since selepas confinement period aritu, life baru aku sejak ada si tecit Auni ni, tak pernah lagi la aku stay berhari2 hanya berdua dgn dia tau.

Time pantang pun of course le ada peneman. Time pantang, mak ada bersama2 utk jaga Auni.

Abes pantang smpai la skrng ni, Mr Berry ada bersama2 aku utk jaga Auni.

Kiranya, tak penah lagi la aku duduk di rumah berdua2an dgn Auni berhari2. Setakat berjam2 tu ada la kan. Hee.

Mmg le time pantang dulu, aku tdo berdua dgn Auni dlm bilik, tp tetap mak ada kt bilik sebelah. Dan if Auni nangis kuat, mak akan jenguk2 juga.

So semalam sebelum tido, aku terfikir, camne agaknya keadaan aku kalau aku terpaksa stay dgn Auni je berhari2. Mampukah aku utk handle semuanya berseorangan?

Aku admit, skrng ni mmg Mr Berry lebih byk tlg aku dlm part jaga Auni ni. In fact, dia yg lebih spend masa dgn Auni. Mandikan Auni pun dia yg buat. Aku kadang2 je time weekend aku mandikan. Pastu malam2, Mr Berry lebih expert utk dodoi Auni. Aku slalu fail dalam bab2 mendodoikan Auni.

Huhuhu..

Pendek kata, Auni ni anak manja papa dia le.

Maybe sbb sikap Mr Berry yg lebih penyabar, lembut dgn Auni kot. Takde la nak kata aku nih garang dgn Auni kan. Cuma kalau dari segi perbandingan diri aku & Mr Berry, mmg dia lebih penyabar dlm segala hal.

So, agak2 la kan, kalau Mr Berry kena pi kursus selama 5 hari, camne la keadaan aku & Auni kan.

Sob Sob!

Sure hari pertama ditinggalkan tu, kelam kabut aku menguruskan Auni. Bukannya tak reti (dlm pantang, kebykannya aku uruskan sendiri), cuma agak kalut dgn urusan keja lagi, umah lg, Auni lagi.

Uwaaaaaaaa!! **Pengsan**

Silap2 Auni kena mandi sekali je sehari.

:P

Haihhh.

Risau plak bila aku fikir camtu. Hmmm.

Lagipun, sape nak tlg pasangkan baby car seat Auni, stroller Auni (kalau aku nak bwk dia pi jalan2) kan..

Sape nak tlg sterilize kan bottles Auni, sape nak pujuk2 Auni kalau Auni merengek2 tgh2 malam, sape nak dodoikan Auni bila Auni meragam nak tido.

:(

Aku boleh buat, cumaaaaa Auni mesti rindukan papa dia.

Yg paling sedih, bila aku kelas mlm, sape nak jemput Auni kat nursery? Sian Auni, kena tunggu mama blk keje malam, baru jemput dia. Selalunya Mr Berry yg jemput Auni bila kelas aku abes lambat atau bila aku ada kelas mlm.

Mesti Auni sedih tunggu2 tapi papa x pi jemput ptg2.

**Tears**

Sedihnyaaa..

~ Thanks a lot B for being a such wonderful husband to me, and a great papa for Auni ~




P/S: Actually Mr Berry kena pi kursus 5 hari nextweek. :(

Tuesday, July 20, 2010

MODE: RINDU LAGI

Assalamualaikum

Salam 20 Julai, 8 Syaaban.

Dah masuk Syaaban, tak lama lagi Ramadhan menjelma. Bahang Ramadhan pun dah mula terasa.

:)

Yelah, di shopping mall pun dah siap letak brg2 utk raya. Cthnya, baru ni aku p Mydin Putrajaya, diorg dah start jual lampu lip lap, pelita buluh plastik tu.. Best plak rasa. Aku dah siap plan nak beli pelita buluh plastik tu & decorate dkt balcony rumah. Heee.

Tahun ni tahun pertama lah aku akan celebrate puasa dan raya bersama suami. InsyaAllah, mudah-mudahan umur panjang utk menikmatinya.

Iklan-iklan psl puasa atau raya pun dah nak mula tayang. Awal kan. Hee, cthnya iklan nestle cornflakes. Biasa la, time puasa2 dan raya ni la, akan ada program masakan atau resipi kuih raya kan. Dlm newspaper pun ada iklan seumpamanya.

:)

Syok plak rasa.

Eh melalut plak. Nak cite psl menda lain sbnrnya. Huhuhu.

Weekend lps, as usual aku blk Klang le kan. Tapi rasa mcm xpuas plak, dan bila smp ari Isnin, tetiba berjurai2 airmata ni turun. Huhu, sedihnya rasa.. Sbb weekend lps kitorg sgt bz, so rasa mcm x sempat nak spend masa berdua. Hopefully weekend ni aku takde apa2 aktiviti fakulti. So bleh la blk lg.

So mggu ni adalah mggu sedih utk aku. Mcm takde mood je, asik terigt kat Mr Berry je. Hmm, dugaan kan.

Pagi tadi masa driving to campus, aku dgr hot chat tau. Topik pagi tadi adalah psl 'status FB'. Apa pendapat pendengar ttg org yg suka dan selalu update status di FB kan. So ada la yg call bgtau x suka bila kwn dlm list slalu update status la, luah perasaan la dan mcm2 la kan..

Tak kisah le sume tu kan. Tu hak individu.

Tapi ada satu cite yg berjaya buatkan aku menitiskan airmata pagi tadi.

:(

Sedih weh!!

Ada sorg caller ni, call & bercerita ttg seorg kwn dia (bukan kwn rapat), yg selalu sgt update status di FB. Setiap hari dia akan update. Walaupun diorg x rapat, tp oleh sbb kwn ni slalu sgt post status dia, so secara x langsung si caller ni pun jadi berminat dan follow dia nye status setiap hari kan. Tp dalam pada following tu, kdg2 timbul juga rasa rimas sbb even benda remeh pun si kwn ni nak update kan.

Dan utk pengetahuan sume, si kwn ni mmg slalu bercerita dlm FB sejak dia bercinta, kawin smp le mempunyai seorg anak tau. Kiranya dia suka sharing la..

Then baru2 ni si kwn ni telah meninggal dunia. Si caller ni rasa sedih sgt sebab rupanya ada reason kenapa si kwn ni slalu sharing life dia dlm FB sbb dia dpt rasa hidup dia di dunia ni tak lama.

Dan ada satu status si kwn ni yg membuatkan si caller ni asik teringat2 adalah dia tulis seolah2 mcm ni la:

"Mcm mana la nak tinggalkan anak dan suami lama-lama.."

Seolah2 camtu le bunyi statusnya, sbb aku pun dgr caller ni je cite. Tak tgk dan baca sendiri status tu kan. Status tu seolah2 menunjukkan kesedihan si kwn ni utk meninggalkan anak dan suami dia. Huhuhu. Then dkt FB si kwn ni dia letak gambar anak dia & tertulis 'mama miss u'.

Hmm, sedih kan..

Even dia dah takde di dunia, tapi, rmai kwn2 yg tulis kat wall FB dia. So FB dia masih lagi aktif.. Walaupun owner nya dah takde.

Haishh, bila dgr cite camtu pagi2 tadi, menitis airmata aku. Sedih kan, sbb aku penah terdetik dan memohon pada Allah, semoga Allah terus berikan aku kesempatan utk hidup lebih lama bersama org yg aku cintai dan sygi di dunia ni.. Sbb masih byk yg aku belum buat dan tunjukkan kat diorg.

Tambah2 tgh kerinduan ni kan.

**sigh**


P/S: Mr Berry, mak, ayah, adik2 dan baby: I Love all of u sooo much!

Monday, March 8, 2010

Ujian Allah

Assalamualaikum

Salam 8 Mac, 22 Rabiulawal..

Entry utk update ttg diri sendiri.

So far aku masih belum terima even satu pun panggilan interview.. Hmmm, walaupun dh apply agak byk, tp dah termaktub belum ada rezeki aku lg..

Ujian demi ujian Allah berikan utk aku dan Mr Berry.

Psl keje ni, aku xtau nak komen mcm mana. Sbnrnya aku takde la stress sgt pd awalnya, tp bila mak ayah, sedara mara, rakan2 asik bertanyakan soalan yg sama je tiap kali terjumpa diorg, so muncul pulak sikit rasa sedih.. Huhu..

Tak sepatutnya aku rasa camtu kan.. Kalau kita betul2 yakin, percaya dan redha dgn ketentuan Allah, kita takkan sesekali berasa resah, gelisah, susah hati, sedih kerana belum dikurniakan apa2 rezeki kan..

Itulah, aku adalah manusia yg lemah, ada juga sedikit perasaan2 tu sume.

Konvo aku pulak dijangka diadakan pd bulan Mei. Hopefully paling lmbt pun, selepas aku konvo dan dpt skrol, aku akan dpt keje. Amin..

Suami kepada seorg kwn aku ada pesan, dia kata, buat apa kita nak kalut2 dan susah hati bila belum dpt keje, sedangkan Allah dah menetapkan rezeki buat setiap individu. Cuma kita je belum tau je rezeki kita tu ada di mana.. Kan.. That's why kta perlu berusaha..

Allah tu tahu apa yg terbaik buat setiap hambaNya. Allah dah tetapkan rezeki dan jalan yg teratur buat setiap hambaNya. Wallahualam.

Satu lagi faktor yg buat aku rasa mcm 'down' sket ni, adalah aku kesiankan Mr Berry.. Sian dia terpaksa keje siang dan mlm nak cari rezeki buat aku dan bby dlm perut ni.. Kalau aku keje, at least aku bleh tlg bantu meringankan beban dia.. Huhu. **Sabar ye B**

Semlm aku diuji pula dgn keta aku yg tetiba rosak. Pdahal baru je servis tau. Tup2 tgh elok2 bergerak atas jalan, enjin mati. Bila nak start blk, x boleh. Lampu, air-cond dan radio bleh je buka. So bukan mslh batt la kan..

Dan kitorg (aku + Mr Berry) stucked la kat Putrajaya. Menumpang le kami di rumah abg Mr Berry. :)

Pagi ni baru keta siap dibaiki dan melayang la RM200. Kata mekanik, distributor keta yg rosak.. Huhu, sian Mr Berry.

Kepada Mr Berry,

"B, insyaAllah kita sama2 teruskan berdoa supaya Allah teruskan memberi rezeki yg baik buat kita ek.. Dan semoga Allah memudahkan perjalanan kita."




P/S: Entry beremosi plak.

Thursday, January 7, 2010

Wedding Album

Assalamualaikum

Salam 7 Januari 2010, bersamaan dengan 21 Muharram 1431.

This entry is so-called pissed-off entry. Huhu..

Wanna know why?!

Our wedding album till now not yet receive by us. Not only the issue, the photographer kept giving us excuses. Everytime I called him, he would blame the printing company la, the album had damaged so need to re-print la, he had to queue for the printing and bla bla..

:(

At first, he had promised us, we will receive the album by end of October, means a week after ceremony. Because, we already made the payment directly after outdoor shooting (on the ceremony day). Then, when the day came, we called him, he told us that he need to wait for his turn to print the album since the printing took place at another company. He did not manage the printing process. So according to him, we have to wait till December la plak. Early December.

Oke, fine. We believed and wait.

I didnt call him on the early December. On 26th December, me and Mr Berry went back Kg for abg Mr Berry's wedding. So I took this opportunity to collect the album la kononnya. But unfortunately, once again, he told us that there are 5 pages in the album were damaged. Huhu.. Need to amend and re-print. He made another promised and convinced us, we will get the album by 1st week of January. He certainly said.

Haishhh. :(

This week is the 1st week of January, but for now, I'm not receiving any SMS or call from him. Just wait!

Feel very upset with the service!

Other couple who had married after us already received their wedding album.. Haish.. **sigh**

Yelah, nothing is perfect kan. Our wedding ceremony really satisfy us, but then we have to admit, nothing is perfect.. Huhuhu..

My only hope now, the wedding album will be in good quality and may satisfy both of us, so it can heal our dissapointment.



P/S: Emo entry!


Sunday, June 7, 2009

Susah Sungguh!

Assalamualaikum

Salam 7hb Jun, 13 Jamadilakhir..


Susah sungguh nak menempuh alam pertunangan ni. Byk dugaan..


Hmm..


:(


Ada tak kwn2 lain yg mengalami dugaan dan ujian semasa bertunang? Ke ni adalah mainan psikologi je??


Kdg2 rasa spt nak berputus asa je dr meneruskan hubungan ni.. Haihhh..




P/S: In tears

Wednesday, June 3, 2009

Marah

Assalamualaikum

Salam 10 Jamadilakhir, 4 Jun..

Previous entry aku bercerita dgn terujanya psl ketidaksabaran aku nak tgk hasil baju nikah aku kan.. So, pada hari Ahad lepas 31hb Mei seperti yg dijanjikan oleh si tailor itu, aku p la nak amek baju nikah aku. Sekali dgn selambanya si tailor itu kata ------>


"Baju tak siap lagi lo.. U mai amek nanti la.."


Selamba je dia ckp gitu! Takde riak bersalah langsung nih.. Pdhal bukan aku yg minta siap hjung bln Mei, dia yg ckp dia akan siapkan 30hb Mei.. :(

Then aku tnya la bila plak nak siap. Dia suh aku mai amek 7hb Jun, iaitu Ahad ni. Tupun lum tentu coz dia suh call dlu.. Hampess tul!!

Bulan 3 lagi aku antar baju tu suh buat.

Till now x siap2 lg. Huh!

Nsib baik wedding aku bukan dlm masa terdekat nih. Kalau tak, tak ke haru.. Kan.. Tp bukannya si tailor tuh tau yg wedding aku lmbt lg. So supposed dia kena ar rs bersalah sbb tak siapkan baju nikah aku spt yg dijanjikan..

Grrrr..

Hilang abes keterujaan aku nak membelek2 baju yg akan aku pkai nikah nnti.

Yelah, at least kalau ada apa2 nak kena alter, aku still punya masa yg byk kan..

Hrp2 baju aku tuh cantik la, kalau tak rugi beli kain mahal2. (mahal utk aku la, aku mana ada duittt...huhu)



P/S: Unstable emotion

Wednesday, May 13, 2009

Permulaan

Assalamualaikum

Salam 13 Mei, 18 Jamadilawal..




Isnin lepas aku p jumpa supervisor thesis aku utk pertama kalinya..




Uhuk!



Igtkan kalau dah START jumpa supervisor ni, hati rasa lega la kan coz at least dah nak masuk mukadimah tesis..



Sekali.... Makin serabut kepala otak nih!




Sebabnya, 5 tajuk tesis yg aku proposed, 3 darinya dah di rejected! Uwaaaaaaaaaa... :(



Lagi 2 tuh dia xnak kasi komen, dia suh aku giatkan usaha membaca jurnal2 dan mencari LR supaya aku tidak silap memilih topik..



Kesimpulannya di sini, aku sudah mula sibukkkkkk!!!



P/S: Sangat takut sbb majoriti senior tidak grad on time!


Saturday, April 11, 2009

The Typical Man

Assalamualaikum

Salam 11 April, 15 Rabiulakhir..

Tgk title entry aku kali ni mcm 'seram' je bunyi nya kan.. Hihihi..

Saje buat entry yg agak berbaur 'gender discrimination'.. Kuang kuang.. :D

Dlu2 ms aku memuda dulu (skng dah tua tau), aku slalu dgr cite2 berkenaan lelaki gitu la, lelaki gini la.. Tp x amek port sgt coz time tuh muda lg kan.. ;p

Antara cite2 tu adalah:

"lelaki kalau time nak ngorat (masa belum jadi awek depa), bukan main bersungguh2 tau..kalau si pompuan majuk, depa pun kalut la sms la pjg2 semata2 nak pujuk kan.."

"tapi, bila dah lama bcinta atau bila dh lama kawin, si pompuan majuk berhari2 pun, depa wat xpeduli je.."

Huhu.. Sadis kan!

Tapi kan aku rs kan, ada betulnya juga tau.. Sbb aku sndiri alami menda tuh. :(

Igtkan makin lama bcinta, makin fhm le depa kt kita, tp hampeh.. Buat xpeduli je ada la.. Ni yg rasa tak nak kawin ni. Uwaaaaaaaaaaaaa, camne ni??


P/S: Sila abaikan entry ini krn ada unsur tidak best didlmnya.. :p


Tuesday, April 7, 2009

Crying Inside

Assalamualaikum

Salam 7hb April, 11 Rabiulakhir..


Deeply.. at the bottom of my heart..... I am crying..



CRYING... CRYING.. AND KEEP CRYING...



I am so sad!


Believe me... This is really not my intention to tell my sadness here..


But i am just an ordinary person, sometimes is not strong enough to face hurdle in life..


Please ya Allah, keep the patient in me.. Please make me strong..



P/S: Jangan bersedih wahai hati..



Wednesday, March 18, 2009

Yeay..Yeay..

Assalamualaikum

Salam 18hb Mac, 21 Rabiulawal..

Yeay, finally i changed my layout.. Horreyyyy...

:D

Suka je aku.. Sbb everytime i change my blog's layout, i will get new spirit in updating it frequently..

So pasni, for time being, kalian akan dpt membaca new entry almost everyday la.. Haha.. Biasa la kan, KECIWI.. ;p

And today, after working from 830am dis morning till 103oam in coordinator's room, i got phone call which inform me my cheque already can be picked up anytime.. Once again, horreyyy and ALHAMDULILLAH..

So, dis Friday, bleh la aku p byr insurance keta.. dan juga renew roadtax.. Terbang la RM aku.. Tp dah namanya responsibility kan..

Oklah, nak finish up sume keje2 nih, then terus p collect cheque..

;D


P/S: Alhamdulillah ya Allah for the REZEKI..:)


Tuesday, March 17, 2009

Congratulation to ENA

Assalamualaikum

Salam 17hb Mac, 20 Rabiulawal..

Mlm smlm, pas Isyak, kwn aku ENA, (almost 8 years berkwn) selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya FENDI..

Majlis akad nikah berlangsung di masjid di Kelantan..

:)

Alhamdulillah.. Tp unfortunately aku xdpt p coz byk komitmen lain menanti. Tingin sgt di hati nak p tgk, tp apakan daya.. ;p

Apapun, yg peliknya kt sini, kwn aku tuh yg nikah, aku plak yg berdebar2 & terlalu excited.. Hoho.. Pelik kan.. Aku siap terlalu happy smpkan sebak je spjg mlm smlm.. Sdgkan ENA tu yg supposed rs gitu kan..

Dah tu tgh mlm smlm br dia reply SMS aku..

Yelah, org tgh bz kan.. Heee.. Aku smp ssh nak lelap mata lps SMS dgn dia.. Sbb rs sebak menguasai hati.. X sangka kwn aku sorg ni dah jd bini org.. Cpt plak ms blalu..

Aku igt la back to 2 months, kitorg borak2 psl 'kahwin' nih masa masing2 berbaring nak tidur..

Aku igt lg dia ckp kt aku, dia berbelah bg sm ada nak kawin or pospone je dlu.. :)

Last2 jodohnya smp jg, & dia kawin jg.. Alhamdulillah.. Sonok je aku dgr.. Betul la, masa tu berlalu begitu pantas. Bagaikan baru smlm je aku & dia bersembang psl future. Tup2 dah tiba pun masanya tuh.

Apapun aku harap dan bdoa moga jodoh ENA + FENDI berpjgn hingga akhir hayat. Amin...


P/S: Next week dia blk Banting (Umah sewa baru), aku nak p la.. Yeay!

Sunday, March 15, 2009

Problems

Assalamualaikum

Salam 15hb Mac, 18 Rabiulawal..

Aihhh..

Start2 entry je dah ngeluh kan.. Bkn apa, i'm having trouble in edit html for my blog layout..

Everytime aku paste new code kat EDIT HTML tu, & either aku click PREVIEW or SAVE TEMPLATE, both end to DONE.. Tp page blank je. Nape ye..????

Aku ni punya la berkenan layout design dari PYZAM.COM.

Dah siap amek yg ala2 girly gitu.. Tapi xleh jugak tukar.. Rs nyesal lak pdm layout sblm nih.. Uhuk!

Last2 terpaksa pkai template yg sedia ada dlm nih.. :(

Tu lah satu mslh kan..

Lagi satu plak, aku xleh letak gambar dlm entry aku.. Browse leh je, bila dah select picture, abes loading, dia end to DONE juga tp with blank page.. Huhuhuhu...

Dah byk kali try, tetap jd gitu.. Adakah sbb internet connection aku or laptop aku dah weng2.. :(

Rasa geram jg la coz aku nak letak gambar kucing yg sgt demooooooooookkkkkkkkkkksss.. Pastu aku nak letak gambar bilik aku yg dah siap kemas smlm, pn x bleh jg.. Sedih2.. Kenapa ye aku facing problems cenggini????


P/S: Tak best la layout x cantik..

Saturday, February 28, 2009

Mcm Mana Nak Buat Ni?

Assalamualaikum

Salam 28 Februari, 3 Rabiulawal..

Selamat berhujung minggu.. ;D

Mcm mana ye aku nak mengingatkan diri sendiri supaya tidak membuang masa?? Aduii, keje byk je menanti, tp sume nye kena tggu mood ada, br bleh fokus. Aku perasan la, aku ni jenis org yg perlukan mood atau smgt utk buat ssuatu keje..

Cthnya, ptg td aku bersmgt nak p joging, so smp la aku kat tasik dan bjoging.. :)

Kdg2 kan bila dah last minute nak antar a'ment kan, br la smgt dan mood tu nak dtg.. Mungkin sbb terpaksa dtg kot.. Hehehe.. So idea akan mencurah2 keluar.. Cuma yg x bestnya adalah walaupun idea byk keluar, masa plak x mengizinkan.. Hahaha, pdn le muka kan..

So satg pas siap entry aku ni, aku hrp mood dtg la utk aku buat a'ment.. Ada 3 a'ment yg perlukan aku siapkan coz dateline makin dekat dah nih.. uhuk!


P/S: Saje update short entry yg tah hape2..;p




Monday, February 23, 2009

Suprise!!

Assalamualaikum

Salam 23 Februari, 27 Safar..

Minggu nih aku sgt2 bz.. X sempat nak update.. Coz coordinator kitorg dah tukar, so sistem bekerja pn kena tukar jg. Setiap hari aku kena p keje.. Uwaaaa...

Okeh la, oleh sbb masa x byk utk wat entry yg pjg, so aku straight to the point je la ek..

Last thursday, masa p mkn dgn partner aku kan.. Aku dpt sumthng suprised tau.. Ini dia ---->


-romantik kan??;p-

Partner aku also bought one for him.. Tp buku dia tajuk gini "Suami Teladan; Igauan Seorang Isteri".

Nak tau x apa partner aku ckp.. Dia kata....


"Daripada kasi bunga kan, better kasi buku gini.. Leh gak sharing knowledge.."

Huhu.. yela.. Tp kdg2 perlu jg kasi bunga kan, coz ppuan kan suka bunga.. :)

Ok lah, sini dlu la...


P/S: InsyaAllah, I am improving myself.. :-)

Thursday, February 12, 2009

A Shoulder To Cry On

Assalamualaikum

Salam 12hb Februari, 16 Safar..

Just like the song title, rite now i feel like i need someone's shoulder to let me cry on..

Don't know why.. My emotion not really stable since last nite.. I feel sad all the time.. And it bring me to cry..:(

If assuming that i'm becoming emotional bcoz of 'unstable hormon' like every months happened for women, its totally nope..

Is this bcoz of pressure before wedding??

Or might be a 'challenge' during engagement time..??

Dont have any idea at all..

So lets go back to Islamic method, solat and a lot of pray to Allah.. Hope my emotions will come back to normal.. Aminn..

P/S: Nothing cannot be solved..

Sunday, November 9, 2008

If I Sometimes Hold On to You Too Tightly... It Is Only Because I Love You So Much

Assalamualaikum

Salam 9 November bersamaan 11 Zulkaedah.

Entry kali ni, aku juz nak share satu romantik poem taken from one of my favorite book.. Hehe..

If I want to take up a lot of your time,
it is because your presence
gives me so much pleasure.

If I worry about you too much,
it is my own fear
of losing the one I truly love.

If I don't want to share you
with anyone else,
it is because my heart wants
to be with only you.

If my eyes see only you,
and my heart holds room for
no one else...
It is only because I love you
so much.

-Nancy A. Prunty-

P/S: I hope you read this..

Saturday, November 8, 2008

Lelaki Yang Romantik

Assalamualaikum

Salam 8 November 2008 bersamaan 10 Zulkaedah 1429.

Selamat berhujung minggu..
Still related dgn previous entry, "Wanita Cantik Yg Suka Menangis", aku hrp kaum lelaki memahaminya.. Sbb ada a few lelaki yg suka pertikaikan dan bertanya, "kenapa perempuan suka menangis"..

Aku ada sorg kwn, di mana x-boyfriend nya, pernah buat statement yg berbunyi gini.. "Perempuan sengaja menggunakan airmata sebagai senjata utk melemahkan lelaki.."

Hmm.. Bagi aku, perempuan bukan SENGAJA menggunakan airmata mereka untuk meraih simpati or menarik perhatian lelaki, tetapi perempuan mmg dilahirkan dengan sifat murah airmatanya..

Sebab perempuan ni dilahirkan dengan hati yg sensitif, lembut, keibuan, mudah tersentuh.. Sorry to say, dats y perempuan ni lebih ramai yg berperikemanusiaan sebab mereka dilahirkan dengan sifat2 kelembutan ni.. (",)

Okaylah, refer kat title entry aku arini, aku nak discuss on romantic issue. Hehe..

Kalau ditanya kat sume perempuan, hampir 100% menjawab mereka nak lelaki yg romantik.. From my perception, lelaki romantik bukan lah lelaki yg bijak mengorat, bukan lah sweet talker, bukan lah yg punya rasa syg kepada suma perempuan..

Lelaki romantik bagi aku adalah lelaki yg menghormati perempuan or wanita2 di sekelilingnya, especially ibu, isteri, adik2 perempuan, kakak.. Lelaki romantik juga adalah lelaki yg bijak mengambil dan menjaga hati wanita yg dikasihi..

Lelaki yg romantik juga mestilah seorang yg tidak menzalimi dan mengasari wanita, lelaki yg soft spoken means tidak melenting dan meninggikan suara sewenang2nya.. If nak tegur kesalahan seseorg pun, dia menggunakan intonasi yg sesuai..

Impian dan doa aku, aku ingin punya suami yg boleh bertoleransi, boleh dibawa berbincang (jika ada mslh), kdg2 dia menjadi seorg yg sgt romantik (di kala aku merajuk, aku perlukan perhatian), lembut intonasi suaranya (itu tak bermakna dia tak boleh menegur segala kesalahan aku)..

Adakah impian dan doa aku itu sesuatu yg mustahil utk aku miliki??

Aku penah terbaca dalam satu mjlh, fakta menyatakan bahawa lelaki tidak suka berbincang dan akan lari dari perbincangan (in love r/ship).. Sepatutnya dlm ssuatu perhubungan, jika ada mslh, perbincangan di antara pasangan tu sgt penting.

Mcm mana nak betulkan keadaan if berbincang pun xnak kan.. Huhu..

Aku tau, hidup di dunia ni, tidak sumenya yg kita inginkan akan kita perolehi.. Tp xkan la kita x boleh langsung berusaha utk cuba mendptkan semua yg kita inginkan? Kalau xdpt sume pun, mungkin kita bleh dapat separuh daripadanya.. Wallahualam..


P/S: Kesian kat "hati" aku.. Ingin rasa dicintai dan dihargai..

Friday, November 7, 2008

Wanita Cantik Yang Suka Menangis

Assalamualaikum

Salam 7 November 2008

Entry kali ni related dgn feeling aku skng.. Aku suka sgt nak share info yg aku dpt dr e-mail pg td..

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,


"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,

supaya mereka sedar dan ingat akan

kecantikan wanita mereka yang azali..

bukan pada kecantikan luaran semata-mata

Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.


P/S: Hati ini sangat terguris hingga airmata jadi teman..

Thursday, August 9, 2007

Hidup Umpama Roda

Assalamualaikum

Entry kali ni more on luahan perasaan aku. Huhu.. Mood x berapa nak ok, since semalam. Ada kes yg menyebabkan aku jadi camni. Tapi, xpelah, sementara aku ada masa utk blogging ni, aku keep writing le. Mana la tau, next week aku tukar keje, maybe aku x sempat nak update or even utk baca blog kekwn pun dah xleh. Esok (Jumaat) adalah hari terakhir aku kat ofis ni. Nak kata sedih tu xde la pulak coz aku keje sini baru 4 bulan lebih. Tak sempat nak kutip byk memori kat sini.

Refer kat title entry kali ni, "Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah". Kwn2 semua setuju x perumpamaan itu? Aku setuju sebab ada rasionalnya perumpamaan itu utk dikaitkan dgn kehidupan. Yelah, sepanjang kita hidup di muka bumi ini, cuba igt kembali, adakah kehidupan kita sememangnya ceria dan gembira setiap hari tanpa pernah berduka atau berduka je setiap hari tanpa pernah gembira?? Atau sepanjang hidup kita, kita xpernah rasa susah utk apa2 perkara sekalipun? Itu adalah sekadar contoh.

Apa yg aku cuba jelaskan adalah, hidup kita ni x selalunya indah, ceria, gembira.. Hidup kita ni ibarat makanan. Utk menghasilkan makanan yg sedap, pelbagai ramuan perlu dimasukkan. Kadangkala makanan yg kita hasilkan tidak sedap, tapi setelah berulang kali kita praktis, akhirnya makanan kita menjadi sedap. Itulah kehidupan. Utk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita. Jika kita belajar dari kesilapan.

Aku ni bukanlah seorang yg pandai berfalsafah, sekadar berkongsi pendapat aku je lah. Mungkin ada antara kita yg x bersetuju..

Mcm hari ni, aku dlm mood sedih, tapi maybe esok lusa aku akan kembali hepy. Hehe.. Tah apa2 tah aku merepek ni. Sorry la jika ada kwn2 yg kurang fhm writing aku. Biasa la bila dipengaruhi oleh emosi. Waaaahhh.. Opps, baru kejap tadi HR Manager dtg jumpa aku & suruh aku sign surat resign. Rupa-rupanya hari ni le last day aku. Camne aku boleh silap buat kiraan ni. Ceh, hampeh betul. Nasib baik aku dtg hari ni. Satu je yg aku akan windu bila dah x kerja sini. Aku akan windu comp Mac aku ni. Huhuhu.. Yelah memang bukan aku punya, dipinjamkan oleh ofis, tapi syg beb.

Takpelah, tu lah part of life yg aku perlu lalui. Sume menda di dunia ini tidak kekal. Contohnya, jasad kita ni hanya dipinjamkan oleh Allah S.W.T.. Sama la dgn comp Mac ni, hanya dipinjamkan oleh ofis aku buat sementara. So, bila time nya dah sampai, I need to give it back. Ermp.. So, advise utk diri aku sendiri, x perlu risau dan susah hati utk segala dugaan yg melanda diri aku. Sesungguhnya segala dugaan itu adalah ujian dari Allah S.W.T.. Allah turunkan ujian utk hambaNya kerana Dia sygkan kita dan utk mengingatkan kita kepadaNya. Huhu, insaf..

Dah le melalut pulak aku. Nanti bila aku ada masa aku update lagi ok. Tima kasih kat kwn2 yg selalu spent masa baca blog aku yg serba kekurangan ni. (eh2,ada ke org baca?)

P/S: Allah itu Maha Adil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...