Monday, March 8, 2010

Ujian Allah

Assalamualaikum

Salam 8 Mac, 22 Rabiulawal..

Entry utk update ttg diri sendiri.

So far aku masih belum terima even satu pun panggilan interview.. Hmmm, walaupun dh apply agak byk, tp dah termaktub belum ada rezeki aku lg..

Ujian demi ujian Allah berikan utk aku dan Mr Berry.

Psl keje ni, aku xtau nak komen mcm mana. Sbnrnya aku takde la stress sgt pd awalnya, tp bila mak ayah, sedara mara, rakan2 asik bertanyakan soalan yg sama je tiap kali terjumpa diorg, so muncul pulak sikit rasa sedih.. Huhu..

Tak sepatutnya aku rasa camtu kan.. Kalau kita betul2 yakin, percaya dan redha dgn ketentuan Allah, kita takkan sesekali berasa resah, gelisah, susah hati, sedih kerana belum dikurniakan apa2 rezeki kan..

Itulah, aku adalah manusia yg lemah, ada juga sedikit perasaan2 tu sume.

Konvo aku pulak dijangka diadakan pd bulan Mei. Hopefully paling lmbt pun, selepas aku konvo dan dpt skrol, aku akan dpt keje. Amin..

Suami kepada seorg kwn aku ada pesan, dia kata, buat apa kita nak kalut2 dan susah hati bila belum dpt keje, sedangkan Allah dah menetapkan rezeki buat setiap individu. Cuma kita je belum tau je rezeki kita tu ada di mana.. Kan.. That's why kta perlu berusaha..

Allah tu tahu apa yg terbaik buat setiap hambaNya. Allah dah tetapkan rezeki dan jalan yg teratur buat setiap hambaNya. Wallahualam.

Satu lagi faktor yg buat aku rasa mcm 'down' sket ni, adalah aku kesiankan Mr Berry.. Sian dia terpaksa keje siang dan mlm nak cari rezeki buat aku dan bby dlm perut ni.. Kalau aku keje, at least aku bleh tlg bantu meringankan beban dia.. Huhu. **Sabar ye B**

Semlm aku diuji pula dgn keta aku yg tetiba rosak. Pdahal baru je servis tau. Tup2 tgh elok2 bergerak atas jalan, enjin mati. Bila nak start blk, x boleh. Lampu, air-cond dan radio bleh je buka. So bukan mslh batt la kan..

Dan kitorg (aku + Mr Berry) stucked la kat Putrajaya. Menumpang le kami di rumah abg Mr Berry. :)

Pagi ni baru keta siap dibaiki dan melayang la RM200. Kata mekanik, distributor keta yg rosak.. Huhu, sian Mr Berry.

Kepada Mr Berry,

"B, insyaAllah kita sama2 teruskan berdoa supaya Allah teruskan memberi rezeki yg baik buat kita ek.. Dan semoga Allah memudahkan perjalanan kita."




P/S: Entry beremosi plak.

2 comments:

Diarihatiku1976 said...

takpe.. bersabar ya.. insyaalah ada tu..

MomAuniAysar said...

--> InaCamar

InsyaAllah.. Terima kasih. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...