Thursday, January 31, 2008

Doa

Assalamualaikum.

Salam hari Khamis.
Refer title kali ni, aku just nak share dgn kekwn tentang DOA. Aku ingin sekali mengajak semua kwn2 untuk selalu berdoa kepada Allah S.W.T.. Kerana Allah suka kepada hambaNya yang selalu berdoa dan memohon kepadaNya. Apa je yg kita ingin mohon, mengadu, bercerita, kita boleh lakukan dengan berdoa kepadaNya. Kerana hanya Dia yg Maha Agung.

Jikalau kita berdoa kepada Allah dengan sesungguh hati, ikhlas, rendah diri dan yakin dgn kekuasaanNya, insyaAllah doa kita akan termakbul. Yang paling penting, kita kena yakin. Kita kena bersangka baik dgn Allah. Kalau doa kita belum termakbul pasti ada sebabnya. Cuba kita kaji dari sudut diri kita dulu. Maybe kita ada buat dosa atau terkurang apa2. Atau mungkin juga Allah belum mahu memakbulkan doa kita utk kebaikan kita. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yg terbaik buat setiap hambaNya kerana Dia adalah Tuhan pencipta seluruh isi alam ni.

Aku selalu mengingatkan diri aku yg selalu terlupa. Kdg2 hati jahat aku mengeluh apabila doaku tidak termakbul. Itu tak patut terjadi. Aku tak boleh mengeluh. Pasti ada hikmah dan reason kenapa doa aku belum termakbul. Itu yg selalu aku igtkan.. Jangan sesekali kita bersangka buruk dgn Allah S.W.T..

Housemate aku ada bercerita tentang satu kisah berkenaan doa. Kwn kepada housemate aku ni, selalu buat solat hajat di waktu malam. Untuk memohon supaya hidupnya dipermudahkan oleh Allah. Dia selalu mohon supaya dia berjaya menghabiskan master & PhD dalam masa yg ditetapkan. Grad on time la.. Dan dia juga mohon supaya dia mendapat pekerjaan yg baik. Boleh kata setiap mlm dia melakukan solat hajat. Alhamdulillah, dgn izin Allah, apa yg dia kehendaki berjaya dicapai.

So, kat sini, apa yg aku boleh katakan, jika kita ikhlas dalam berdoa, disertai dgn rasa rendah diri kepada Allah, insyaAllah apa yg kita kehendaki akan dimakbulkan. Selalulah melakukan solat hajat, solat tahajud..


P/S: Post hari ni based on experience..:)

Thursday, January 3, 2008

Welcome back to Shah Alam

Assalamualaikum.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2008.

Hari ni dah masuk hari ke 3 kita berada dalam Tahun Baru 2008. Apa azam kwn2 semua? Mungkin ada yg carry forward je azam tahun 2007 yg masih belum terlaksana.. Aku pun ada gak satu dua azam last year yg bring forward. hehe.. Hopefully tahun ni aku berjaya lah complete semua tu. Dan permulaan tahun ni juga, aku kembali bergelar seorg student. Postgraduate student. Erk, cam bangga lak kan.. Hehe, x salah kot kan..

Aku baru je berpindah balik ke S.alam setelah hampir 5 bulan stayed di Serdang. Masa aku memula keje di UPM dan stay di Serdang dulu, bleh kata everyday aku berdoa moga masa cepat berlalu dan aku bleh kembali ke S.alam. Maybe sbb masa tu, aku xleh adapt dgn Serdang lagi kot.. Tapi hari Isnin baru2 ni, hari last aku di Serdang, aku rasa sedih sgt.. Berat hati sgt aku nak tinggalkan Serdang, especially UPM. Aku sygkan jwtn aku di Research Management Centre tu, & aku berat hati nak lepaskan jwtn tu. Tapi aku x bleh tamak & amek kedua-duanya skali. I've to decide either stay with my career or further study.. So, setelah fikir pjg & minta pandangan a few friends, family members & colleagues, aku pilih utk sambung Master. Erm... To get something better in future, I have to sacrifice.. Maybe.. :(

Sehari sebelum hari last aku di UPM, bos & ofismate aku pujuk2 aku supaya jgn quit keje. Keje sambil belajar.. Ermm, mmg tu la pilihan aku sbnrnya. Kalau aku mampu, aku mmg nak keje situ & dalam masa yg sama further study. Tapi aku x boleh.. Mana sempat nak berulang g keje n kelas sebelah ptg setiap hari.. Huhu. So terpaksa la let go keje aku.. Once aku dah wat decision, aku x bleh patah blk dah. So aku kena optimis & yakin bahawa ada sesuatu yg baik menanti aku lepas aku complete Master nanti. InsyaAllah.. Cayok2 Sara..
From today, aku akan bersemangat tinggi utk habiskan Master aku & berdoa moga semuanya berjln lancar.. Amin..

Aku selitkan gambar2 aku masa Cuti AidilAdha lalu..(Kat Kuala Perlis, nak mkn Seafood)
Happy moment
Sooo chubby
Aku dgn Mummy (Sape lg muda?;p)

Angah, adik, aku
Adik & aku
Gambar Boboy tgh posing sakan





























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...