Assalamualaikum.
Salam hari Khamis.
Refer title kali ni, aku just nak share dgn kekwn tentang DOA. Aku ingin sekali mengajak semua kwn2 untuk selalu berdoa kepada Allah S.W.T.. Kerana Allah suka kepada hambaNya yang selalu berdoa dan memohon kepadaNya. Apa je yg kita ingin mohon, mengadu, bercerita, kita boleh lakukan dengan berdoa kepadaNya. Kerana hanya Dia yg Maha Agung.
Jikalau kita berdoa kepada Allah dengan sesungguh hati, ikhlas, rendah diri dan yakin dgn kekuasaanNya, insyaAllah doa kita akan termakbul. Yang paling penting, kita kena yakin. Kita kena bersangka baik dgn Allah. Kalau doa kita belum termakbul pasti ada sebabnya. Cuba kita kaji dari sudut diri kita dulu. Maybe kita ada buat dosa atau terkurang apa2. Atau mungkin juga Allah belum mahu memakbulkan doa kita utk kebaikan kita. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yg terbaik buat setiap hambaNya kerana Dia adalah Tuhan pencipta seluruh isi alam ni.
Aku selalu mengingatkan diri aku yg selalu terlupa. Kdg2 hati jahat aku mengeluh apabila doaku tidak termakbul. Itu tak patut terjadi. Aku tak boleh mengeluh. Pasti ada hikmah dan reason kenapa doa aku belum termakbul. Itu yg selalu aku igtkan.. Jangan sesekali kita bersangka buruk dgn Allah S.W.T..
Housemate aku ada bercerita tentang satu kisah berkenaan doa. Kwn kepada housemate aku ni, selalu buat solat hajat di waktu malam. Untuk memohon supaya hidupnya dipermudahkan oleh Allah. Dia selalu mohon supaya dia berjaya menghabiskan master & PhD dalam masa yg ditetapkan. Grad on time la.. Dan dia juga mohon supaya dia mendapat pekerjaan yg baik. Boleh kata setiap mlm dia melakukan solat hajat. Alhamdulillah, dgn izin Allah, apa yg dia kehendaki berjaya dicapai.
So, kat sini, apa yg aku boleh katakan, jika kita ikhlas dalam berdoa, disertai dgn rasa rendah diri kepada Allah, insyaAllah apa yg kita kehendaki akan dimakbulkan. Selalulah melakukan solat hajat, solat tahajud..
P/S: Post hari ni based on experience..:)
No comments:
Post a Comment