Saturday, October 27, 2007

Kenapa saya suka pergi pasar?

Assalamualaikum
Selamat berjumpa lagi kekwn! Dah lama sgt rasanya x update cite panjang2. Xde free time + mls + xde idea best. Hehe..
Arini sabtu, lepas breakfast roti canai kat Khulafa' (feveret tuh), aku g le pasar. Plan awal, nak beli mangga muda je. Coz tingin sgt ni. Yum Yum.. Tapi bila dah smpai, aku sempat lg round2 & beli brg2 nak msk laksa. Pun tingin juga. Heheh..

Actually aku dah lama realize yg aku ni rasa hepy sgt bila g pasar. Pasar tu antara tmpt yg aku suka pergi. Pelik kan? Xtau le ada x di antara kwn2 yg punya sikap yg sama mcm aku ni. Ermp, kalau org tnya aku, nape aku suka g pasar, aku x dpt bagi jwpn yang tepat. Heran juga yep,nape aku suka gi pasar??

Bila diperah otak mikir nape aku suka ke pasar, maybe jwpn yg hampir tepat adalah, aku suka masak & mkn, thats y kot aku suka gi pasar.. Ada juga org suka mkn, suka msk, tp x pulak suka gi pasar kan.. Biarlah, dah aku suka nak buat camne kan. Janji aku bahagia. :p

Aku jadi khusyuk sgt klu dapat tgk2 brg kat pasar. X kisah la apa jenis pasar sekalipun. Pasar pagi ke, pasar mlm ke.. Kalau kat supermarket pun, aku mesti nak juga gi bahagian brg basah walaupun xde menda pun nak dibeli kat situ. Aku suka tgk2 ikan, ayam, udang, daging, sayur2 & apa2 lah yg ada di pasar. Kronik juga sikap pelik aku ni.. Pelik ke..? Huhu

Mcm tadi, aku gi pasar, aku jadi teruja sgt tau. Aku nak gi beli mangga muda je, tapi amek masa pulak. Kdg2 bleh amek masa berjam-jam kat pasar tu. Masa zaman study dulu2, bila kitorang plan nak share msk, aku mesti amek part g beli brg2. Hehehe,indahnya zaman tu..

So, aku rasa aku xkan hadapi mslh pas kawin & ada anak2 nanti. Coz aku akan jadi seorg isteri dan ibu yg suka gi pasar & msk. Hahaha.. Mesti aku bleh je gi beli brg2 sendiri tanpa mengharapkan suami aku. Eh2, ye ke? (",) Tetiba merapu plak ke future..

P/S: Walau apapun, apa yg aku tau, I love pasar sooo much.. Wahahahaha. (berapa jumlah pasar dlm teks aku?:p

Monday, October 22, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Salam Syawal. Harap belum terlambat wishing Salam Aidilfitri. Moga Syawal kali ni memberi seribu makna utk kwn2 sekalian..

P/S: Belum sempat & ada mood utk update cerita raya. Soon ok..

Thursday, October 4, 2007

Murah Rezeki

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 21.
Jam dah hampir pukul 4.15petang. Sepanjang bulan puasa ni, ofis aku blk pukul 4.30petang. So, tak bape lama lagi dah aku akan punch out. Hehe. Oleh sebab dah hampir dgn cuti raya, mood keje pun makin kurang. Dok terbyg raya je kat ruang legar mata aku nih. Huish, camne ye gamaknye terbyg2 tu kan?!

Refer kat title hari ni, aku nak bercerita lah psl murah rezeki ni.. Betul kan bulan puasa ni bulan murah rezeki. Sepanjang bulan puasa dan bekerja kat sini, mcm2 dah aku dpt. Meh aku list down satu2 k.

1) Minggu pertama puasa, salah sorang boss sini bagi bubur lambuk utk setiap staff sorang setupperware (tul ke ejaan?). Sedap sgt tau. Sebelum ni aku xsuka bubur lambuk coz ada santan. Tapi yg boss ni bagi cedap oOoO.. (boss ni org Kelantan)

2) Minggu kedua puasa, aktiviti berbuka puasa selama 3 hari di hotel. Memang le aku ada bengkel kat hotel tu dari pagi sampai mlm, tapi xkisah le, janji mkn tu free.. Hehe,murah rezeki beb!

3) Minggu ketiga puasa, ada bekas boss kat sini sedekah buah kurma utk setiap sorang staff, sekotak. Aku x mkn lagipun, coz plan nak bwk blk kampung, bagi mak & adik2 rasa. Ofismate aku ckp kurma tuh sedap, yelah, kurma mahal. Huhuhu..

4) Masih lagi di minggu ketiga puasa, salah sorg Timbalan Pengarah kat sini bagi kordial 2liter utk setiap staff. Siap boleh pilih perisa sendiri tau. Sporting kan TP sini? Hehehe, alhamdulillah. Aku pilih Sarsi, & sama juga mcm buah kurma tu, aku nak bwk balik kg. Utk bancuh di hari raya. **sengih**

5) Dan pada hari ni, sekali lagi setiap staff diberi sekotak buah kurma dari Iran, oleh Timbalan pengarah yg lain pulak. Dan aku berniat nak bagi kat seseorg buah kurma tersebut. Daripada aku x mkn & membazir, baik aku sedekah kat org. Untung2 dapat pahala. Ye kan...

Sepanjang bulan puasa ni kalau kita perasan, makanan kat umah jadi byk walaupun kita tak membelinya. Contohnya, mcm aku, kdg2 x sempat aku nak gi membeli makanan, housemate aku dah sms gtau kata xpayah beli makanan coz dia dah msk byk. Alhamdulillah. Begitu byknya rezeki yg Allah beri di bulan mulia nih. Syukur kepada Allah S.W.T..

Sungguh nikmat rasanya berada di bulan puasa ni. Tapi hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih rasanya. Hopefully, amal ibadat yg kita lakukan sepanjang puasa ni akan berterusan dan bukanlah sekadar lakukannya mengikut musim.

Wallahualam.

P/S: Ucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas segala rezeki yang diberikan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...