Monday, February 28, 2011

~ Baju Auni ~

Assalamualaikum.

Petang semalam lps hantar adik kat Melaka Sentral, terus pi jejalan Jusco. Lepak2 kat Old Town, cuci2 mata tgk baju baby..

So berjaya la beli 3 helai rompers utk Auni.

Kali ni beli kaler lain plak, sblm2 ni asik pink je.

:P

Dah katanya baby girl kan. Heee.

Yg aku excitednya, aku dh jmp tmpt utk beli baju babies yg agak murah. Mcm yg aku beli ni, 3 helai = rm30. Hoyyyyeh!

Walaupun murah, tp comey2 gak tau.

So, sesape yg tingin, pi la beli kat F.O.S. Mmg memuaskan ati.

:)

~ See! Comey kan. ~


P/S: Pasni leh la pi beli situ slalu. (Erk, sebulan skali je.)

Friday, February 25, 2011

~ Hehehe ~

Assalamualaikum.

Tak jadi keje aku dibuatnya dok melayan kerenah Auni tgh2 malam ni.

:P

video


P/S: Sayang, cpt tidoq, mama kena buat keja nih. Huhuhu.

Thursday, February 24, 2011

~ Keredhaan ~

Assalamualaikum.

Aku tgh tgk program Semanis Kurma kat TV9 ni.

Tajuk hari ni "Cuai Nafkah".

Ada sorg caller bertanya, adakah suami dia berdosa sbb kdg2 bg nafkah, kdg2 tak bg nafkah. Sbb suaminya tak berkerja tetap. So maksudnya bila ada duit, dia bg, bila dia takde, tak bg le.

Jawapan dari Ustazah & Ustaz adalah, selagi isteri redha, tak berdosa lah si suami tu. Sbb si suami bukan dgn sengajanya tak memberikan nafkah. Bila dia ada duit, tanpa ragu2 dia bagi. Di sini menunjukkan suaminya menunaikan tanggungjawabnya la. Selagi si suami berusaha tp masih takde duit tu, takleh nak buat apa la kan.

Apa yg membuatkan aku tertarik adalah ttg pengalaman Rosyam Nor sendiri. Katanya, familynya dulu susah. Ayahnya bersusah payah mencari rezeki. Maknya pun turut membantu ayahnya mencari rezeki.

Alhamdulillah berkat kesabaran mak dia, lama2 hidup dorang menjadi bertambah senang.

So apa yg penting, keredhaan seorg isteri tu penting. Selagi si suami tak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang suami, dan seorang ayah, dia adalah seorang yg baik, insyaAllah.

Dan sebagai seorang isteri, apa salahnya kira sama2 membantu si suami kan. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah.

:)


P/S: Berdoalah supaya dimurahkan rezeki olehNya. Amin..

~ Sayang Auni ~

Assalamualaikum.

Mood utk 2,3 hari ni asik sebak2 je.

Bukan sebab gaduh ke apa ke. Tak! Tapi sebab Auni.

Minggu ni, tiap kali hantar Auni ke nursery, mesti meleleh air mata. Sob sob! Bukannya baru pertama kali hantar dia. Huhuhu. Pasai pa entah jadi camni..

Tadi pun, masa pi hantar dia, bukan main sonok dan galak lg dia. Terkekek2 je spjg dlm keta. Dan2 sebak hati aku ni. Mungkin Auni rasa hepi sbb dia igt nak pi jalan2 kot. Dia sgt suka naik keta sbnrnya.

Pastu smp je nursery, dtg la 2 org babysitter kat keta. Sorang tlg amek brg, sorg lagi tlg dukung Auni. Kdg2 tu, lepas je bertukar tgn, berdesup dorang bwk Auni masuk dlm. Tak sempat aku nak kiss goodbye ke apa ke.

:(

Smpkan bila nak bg pesanan apa2, kena bgtau masa nak bg Auni kat depa le. Kalut2 plak. Huhu..

Tu bab nursery.

Kat rumah plak, bila tgk Auni nyenyak tido, lagi skali rasa sebak. Time tu dpt rasa betapa syg dan kasihnya aku kat Auni. Mcm tu la perasaan seorang ibu kan. Mak aku pun tah2 dok memendam rindu yg amat sgt kat anak2. Yelah, duduk sorg2 di Kedah nun.

Haihhh..

Itu la namanya kehidupan.



P/S: Kasih syg mama kat Auni tak ternilai harganya.

Tuesday, February 22, 2011

~ Sedih ~

Assalamualaikum.

Hari ni dah 22 Feb, 19 Rabiulawal.

Dah pun di hujung bulan Februari. Cepatnya lah hai..

Umoq pun dah makin meningkat. Dah tua rupanya aku. Huhu rasa mcm baru ja dok blajaq aritu. Tup2 skrng ni mengajaq plak kan..

:P

Tapi apapun, bg aku "teaching is a learning process".

Yelah, nak mengajaq ni, kita sendiri kena la blajaq dulu kan. Bg faham dlu, then baru bleh ajaq student. Hee. Sebab tu mengajaq tu adalah satu proses pembelajaran jg.

:)

Eh sbnrnya bkn nak ckp psl hal mengajaq dan blajaq ni.

Actually, nak sebut psl keruntuhan akhlak remaja zaman skrng. Ada juga la a few students yg ada dlm fren's list FB aku. So kdg2 tu bila dorang nye status appear kat wall, aku curi2 juga la masa utk view dorang nye profile.

Bila dah tgk tu, rasa sedih sgt.

Sbb apa?

Sebabnya, remaja skrng ni, dah tak segan silu kan nak pakai pakaian yg mmg sgt terdedah kat part yg tak sepatutnya didedahkan, then berpeluk, bercium dgn pasangan masing2.

Hmm bukan bangsa lain, bangsa kita jg, dan of course Muslim.

Ada sorang student Angah aku, bertudung molek, tp letak kat FB gambar dia tgh cium pipi sorang lelaki. Bf dia mungkin. Lagi le sadis. Kalau ye pun awak tu tak segan nak buat camtu, tak perlu la kot nak letak kat social networking & biar sume org tgk kan. Dah hilang langsung ke perasaan malu yg sepatutnya ada dlm diri awk sebagai seorang remaja muslimah.. Huhuhu..

Mungkin dia taktau kot buat camtu adalah salah di sisi agama.. Haihh.

Mcm kes students aku, tak dpt dinafikan ada ramai yg mcm tu. Kdg2 terdetik juga kat hati, nak bg nasihat secara direct or indirectly. Tapi, taktau camna nak mula. Aku sbg seorang pendidik pun, ada tanggungjwb utk menegur dan menasihati.

Kdg2 tu yg buat rasa berat sgt nak tegur tu, sebab parents dorang pun tak kisah anak dorang buat camtu kan. Apatah lagi aku yg takde kena mengena ni kan.

Huhuhu..

Adui, sedihnya..

Kalau mak pun sama karatnya rambut, dan mendedahkan mana yg tak boleh didedahkan, camtu le anaknya pun.

Ada pula yg bangga menceritakan dan menghebahkan perlakuan2 salah dorang utk tatapan umum. Cthnya dlm blog la kan. Kenapa perlu bangga utk setiap perkara yg dianggap berdosa tu kan. Huhuhu. Ada yg smp ke tahap mengaku dorang penah buat hubungan (tanpa ikatan sah le). Nauzubillah. Perlu ke reveal keaiban diri sendiri?

Oke, takpela. Kita anggap je, mereka2 itu taktau yg semua itu adalah salah. Mungkin di sini lah perlunya teguran dan nasihat. Nasihat itu utk diri sendiri jg kan. Yelah, aku pn ada anak perempuan, yg juga akan membesar menjadi seorang remaja. Tambah2 dia hidup di zaman yg sgt mencabar dan penuh godaan hawa nafsu.

So as her parent, tanggungjawab aku & Mr Berry sgt besar. Usaha je tak cukup, kena iringi dgn doa juga.

Entry aku kali ni bukanlah niat utk menunjuk2 seolah2 aku ni baik sgt. Cuma sekadar ingin berkongsi pandangan aku.


P/S: Sesama la kita memperbaiki kelemahan diri sendiri. :)

Saturday, February 19, 2011

~ Duit ~

Assalamualaikum.

Tajuk entry mcm mata duitan plak kan.

:D

Sebut pasal duit, sape takmoh duit ye tak.. Huhuhu.. Tapi duit skrng ni mcm air je lajunya abes. Masuk tak byk mana, yg keluar berlebih2.

Susah juga ye nak menguruskan kewangan nih. Tambah2 dah berkeluarga ni, nak kena pandai bajet itu dan ini. Tapi lately rasa diri ni mcm agak BOROS. Huh!

Tak boleh jadi ni.

Kena pandai manage financial dah ni. Kalau tak, tak nyempat nak saving.

So jom berjimat utk apa2 yg boleh dijimatkan.

;)



P/S: Nak simpan duit pi Mekah. :)

Thursday, February 10, 2011

~ Hobi ~

Assalamualaikum.

Updating from campus.

:)

Saje curi masa update sementara tunggu time nak masuk class, 5.30petang nanti. Memula tadi update blog Auni.

Skng update blog ni plak.

:P

Okeh, back to main story.

Kalau dlu masa kecik2, kalau ada cikgu ka tnya, what is your hobby? Mesti ada 2,3 hobi dalam senarai kita kan. Ada juga sampai 5 hobi.

Nampak sgt during that time, kita ada byk masa terluang smpkan hobi pun byk. Heee..

Tapi sekarang ni, tah la masih ada hobi ka dak. Huhuhu..

Sebab apa tau, sebab rasa mcm takdak masa senggang ja, takdak kelapangan. Ada ja menda nak buat, ada ja keja tak siap.

Uwaaaa...

My life totally change!

Sgt obvious bila dah ada anak ni. Dlu pas kawin, masa belum ada anak, atau masa pregnant, masih byk free time aku. Siap boleh bosan2 lagi kat rumah. Walaupun org kata lepas kawin, hidup dah berubah, sbb apapun kena pikiaq utk 2 org kan, tapi paling ketara lepas bertiga lah.

**Pengsan!**

Sgt penat oke life aku skrng.

Sebab tanggungjawab dah bertambah kan.

Tapi, aku bersyukur sbb aku ada Mr Berry yg slalu tlg aku jaga Auni. So boleh la curi2 masa utk melaksanakan HOBI aku. Hohoho.. Walaupun skrng ni rumah kdg2 mcm tongkang pecah. Sana sini ada brg2 Auni. Heee..

Hobi aku apa lagi, ada masa je berblogging la kan. Baca2 blog org. Syok tau, sbb bleh baca mcm2 experiences.

Ataupun kdg2 berFB. Almaklumla itu la antara social networking yg hangat skrng ni. Bleh jumpa kwn2 lama kan.

Sebenaqnya ada lagi 2,3 hobi aku.. :)


Eh, dah kui 5ptg. Okela, nak p solat dan then melaksanakan tugas HAKIKI.

Tata!!


P/S: Kdg2 bila penat, akan lead to stress, so kena pandai manage stress la kan.


Tuesday, February 8, 2011

~ Berat Badan ~

55kg.

Hohoho, start entry dgn me'reveal' berat bdn sendiri.

:P

Saje sebagai pembakar smgt. Haishhhh.. Pas bersalin, berat aku trun 13kg. Dari 70kg kepada 57kg. Then selepas abes pantang turun lg kpd 55kg.

Tu la berat aku sblm pregnant dulu.

Tapi, smpai skrng dah takmoh turun. Uhuhuhu!

Takmoh turun sbb susah nak STOP makan. Erk!! Kalau camtu, sampai bila2 pun takkan kurus. Kan? Kan?

Awat laaa susah sgt nak control makan ni. **Sigh** Mungkin masih terikut2 dgn gaya makan masa pregnant dlu kot. Yela, time pregnant, makan la apa je, tanpa rasa bersalah. Nak takut demok pun, mmg dah demok.

:P

Aku nak sgt kembali kpd berat masa muda2 dlu. Paling berat pun 49kg. Uish, ada lagi 6kg to reduce!

Nampak angka '6' tu macam sket je. Tapi, hakikatnya, nak turunkan setgh kilo pun susah. Lemak tepu kot.

Hahahahah!

Mmg aku ni takdak UBAT lain dah, melainkan exercise ja. Tu la satu2nya cara yg paling berkesan utk reduce body weight aku. Slimming suit ka, diet ka, mmg susah nak bg kesan kat aku.

Kuang kuang.

Memandangkan aritu aku bersalin ceasar, so nak start buat aerobic blk mcm dulu2 pun masih tak berani. Sbb taktau luka dlm tu dah elok ke dak. Apa yg aku boleh buat sekarang hanyalah berjalan laju, naik turun tangga.

Time nak p kelas tu kan, sanggup aku menapak jauh2. Usaha parking keta jauh2 tu.

See!

Ada juga la usaha kan. Heeee..

Takpala kalau susah nak turun pun berat, jangan senang naik sudah!


P/S: Suka makan sungguh!

Sunday, February 6, 2011

~ Holiday ~

Assalamualaikum!

Baru pagi tadi, dalam kul 130pagi, kitorang smpai dari kg.

Jammed teruk sgt! Bygkan la, kitorang bertolak blk dalam kul 12 tengahari. Tapi, smpai Melaka kul 130pagi. 13 jam sitting in the car. Erk, sakit abes sume otot2. Huhuhu.

Supposed hanya amek masa 7jam je perjalanan Kedah-Melaka. Nih 2 kali ganda.. Sume gara2 jammed teruk tu lah.

Haihhh.

Nak buat camne kan, cuti umum, so sume pakat blk kg la kot. :)

As I told in previous entry, aku ada beberapa aktiviti nak buat sepjg cuti tu kan. So alhamdulillah sume berjaya dilaksanakan. Heee. Kira mission accomplished lah.

:P

Bwh ni gambar2 masa di kg.

~ Kat Padang Besar, banyak brg2 dari Pattani ~

~ Blaus, skirt, long sleeves utk perempuan pun ada. Cantik2 je sume. ~

~ Colorful je ~

~ Ramai sungguh org kat Padang Besar. Berhimpit2 je masa shopping. ~


~ Nih plak, aktiviti kat Tasik. Sbb skng musim angin, ramai yg main layang2. Crowded je tgk. ~


~ Nih kat Tanjung Dawai. Lagi le rambang mata. Segala menda ada jual. Belacan, ikan pekasam, kopok2.. ~


~ Kopok lekor yg belum goreng pun ada.. ~

Mmg aku spent masa betul2 spjg 6hari bercuti kat kg kali ni. Happy sungguh sbb dpt spent masa bersama family.

:)

Tetiba rasa rindu zaman kecik2. Spend masa setiap hari besama family. **Tears**

Harap dipanjangkan umur utk menikmati sume moment2 indah ni. :)


P/S: Hidup ni byk liku2nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...