Thursday, August 30, 2007

Di Ambang Kemerdekaan

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Hari Merdeka yg Ke 50 esok! Hehe,starting blog hari ni penuh bersemangat patriotik. So, apa plan kwn2 sepanjang 3 hari bercuti ni? Aku mcm last week juga, pagi2 sok aku nak blk S.Alam. Windu lg.. Memula plan nak blk ptg ni juga. Tapi, bila difikirkan balik, xmaulah bersusah payah berebut-rebut dgn org ramai yang nak celebrate merdeka tgh mlm ni.

Biasa la bila jadi pengguna setia perkhidmatan awam ni. Aku macam x sanggup je berhimpit-himpit sampai nak pengsan. Erm, kalau ada kereta sendiri kan best.. Oh ya, sebut psl kereta, kereta kwn2 semua dah pasang bendera Malaysia belum? Kalau awal bulan Ogos hari tu, ramai yg memberi alasan, "Awal lagi lah, pasang hujung2 bulan la baru feel tu ada..." So, hari ni dah 30hb, tinggal beberapa jam lagi kita akan menyambutnya. Tapi yang sedihnya, tak ramai yang memasang bendera di kereta mereka.

Kenapa ya? Ermp, ada juga di antara rakan-rakan aku menegaskan bahawa patriotik itu tidak semestinya ditunjukkan dgn cara memasang bendera. Ye, memang betul. Ada byk cara untuk menunjukkan sikap kasih dan syg kita kepada negara kita. Tapi dgn cara memasang bendera di kereta,di rumah, di ofis adalah salah satu cara yang paling mudah utk dilaksanakan. So, kenapa kita tidak mahu melakukannya? Setakat cara yang senang tu pun kita x nak buat, apatah lagi cara lain yang hebat dan susah. Betul tak?

Itu pendapat aku je la. Kalau ada yg x setuju tu, maaf lah ye. Ada juga rakan aku yang memberikan alasan, tahun ni x dpt bendera free. Ish, takkan la bendera yg berharga kurang RM5 tu pun x boleh beli. Nak tunggu free je, jenuh la. Lagipun apa la slhnya berhabis setakat RM5 utk menunjukkan kebanggaan kita terhadap negara kita. Dalam 12 bulan, sebulan je kita pasang bendera Malaysia. Susah sgt ke...

Aku ni kalau aku ada kereta, memang aku akan pasang bendera. Dekat meja ofis pun dah ada. Tapi, entah le, hak masing-masing kan.

Lagi satu, awal bulan Ogos lalu, aku tgh menonton TV dgn kwn2 aku. Tgh2 tgk tu, ada berita psl kemerdekaan Indonesia. Yang membuatkan aku nak cerita kat sini adalah diorang sambut Merdeka dgn solat sunat Hajat, membaca Al-Quran dan aktiviti kegamaan yg seumpamanya lah. Bagus kan? So, apa slhnya kita juga melakukan perkara yg sama untuk meraikan kemerdekaan negara kita tgh mlm ni.. Tak perlulah dgn berhimpit2 sesama lelaki dan perempuan, overnite di luar semata2 untuk countdown Merdeka. Cukuplah dgn overnite di rumah, solat dan berdoa moga negara kita terus maju, dan aman. Moga Allah melindungi negara kita dari mala petaka dan bencana.

Yang mana lagi baik buat negara kita? Daripada kita sekadar countdown detik 12 mlm utk raikan Merdeka, lebih baik kita memohon kepada Allah utk kesejahteraan negara kita. Tu pendapat aku lah. Kot ada yg mengamuk pulak bila baca artikel aku ni. hehe..

Itulah luahan rasa aku utk merdeka kali ni. Mari kita sesama laungkan merdeka,merdeka,merdeka!

P/S: Aku akan pastikan aku berdoa utk negara kita mlm ni. Kwn2?

Saturday, August 25, 2007

Rakyat Malaysia Tak Prihatin?

Assalamualaikum

Weekend ni aku blk Shah Alam. Disebabkan tersgt le rindu.. S.Alam ni dah jadi macam kampung kedua aku pulak. Xpelah, nak blk Kedah, xsempat la, dua hari je.

So, petang semalam, lepas keje, aku blk umah dulu. Salin baju, solat Asar, & pack baju-baju yg nak dibasuh (umah baru aku xde mesin basuh,huhu) & baru bergerak ke bus stop. Jalan kaki je. Boleh thn jauh jugak arr.. Sejak berpindah tmpt keje, & umah ni, aku rasa life aku dah berubah. Yelah, aku byk berjln je. Pergi keje pun berjln je, pegi mkn pun jln.. Takpelah, boleh jugak aku kuruskan bdn aku yg meng'chubby' ni. Hehe..

Actually, bukannya nak cerita psl kisah aku berjln kaki, ada menda lain, yg pastinya related dgn title aku kali ni. Aku tunggu bas dari UPM utk ke KTM Serdang lama jugak. 30 minit. Berdiri pulak tu. Lenguh gile kaki aku. Then masa bas smpai, lagi sekali aku terkejut. Ramai sgt2. Mcm tin sardin. Padat,mampat. Hehe.. Tapi disebabkan keinginan aku nak blk meluap-luap, aku selit2kan juga diri aku ni di celahan org ramai. Dan aku berjaya menempekkan diri aku dkt2 dgn driver.

Padahal time tu kul 6ptg lebih dah. Supposed pekerja2 dah kurang. Maybe students la kot semua tu. Dgn susah payahnya aku cuba mem'balance'kan diri sendiri semasa bas bergerak. Berkat kesbrn aku, aku boleh je bertahan tanpa menganggu kestabilan org lain. Hehe, merepek pula aku ni.

Nak dijadikan cerita, belakang aku ada sorang mamat foreigner. Dari raut wajah dia, persis orang putih, tapi bahasa yg dipertuturkan x pulak penah aku dgr. Bukan Bhsa Inggeris la. Si mamat omputih tu mencuit bahu driver & berkata :

"I want to go to Pasar Malam."

Driver tu sengih2 dan mengangkat tgn menunjukkan maksud nanti. Lepas tu driver merungut dalam Bahasa Melayu, dan berkata :

"Apa pasar2 mlm pulak. Ada ke pasar malam hari ni? Susah2 aku bwk je dia smpai KTM, dah tu ckp, ni la psr malam nye."

Aku pun berfikir dalam hati, tak patut betul la si driver ni. Niat nak menipu dan mempermainkan si mamat omputih ni pulak. Tapi, oleh sebab aku x berkaitan dgn depa dua org, aku senyap je la. Bas tu pulak stuck dlm jammed kat tgh2 kwsn Serdang. Bila nak smpai dkt South City Plaza, si mamat omputih tu lagi sekali mencuit driver dan berkata :

"Pasar malam is not around here, that is South City Plaza!"

Driver pun buat tak tau je. Maybe malas nak layan agaknya. Aku agak bersimpati la dgn si mamat omputih ni. Cuba bygkan kalau kita berada di negara mereka, dan kita mengharapkan ada di kalangan rakyat mereka membantu kita, tapi apa yang jadi adalah seperti situasi driver tu, mcm mana ye? Apa perasaan kita? Tapi cerita ni belum abes lagi...

Tiba2 si mamat omputih tu mencuit aku dan bertanya:

"Is that South City Plaza?"

Aku pun mengangguk dan berkata :

"Yup, are you sure there is a pasar mlm today?"

Si mamat tu menjawab:

"I'm sure,usually I go to pasar mlm by walk from UPM, but its not around here. Here is too busy."

Aku pun berkata lagi :

"Nope, I think Pasar Mlm is on Monday & Thursday. My friends told me that."

Si mamat omputih tu menggeleng2 kan kepala dia dan berkata:

"No,no, I'm sure, pasar mlm is on Monday & Friday. I'm living in Malaysia about 2 years. I'm living Mines, South City Plaza.."

"Can you tell the driver in Malay that he made a mistake?"

Ayak, aku terkulat2. Mampus aku x bagitau, sebab aku tau driver tu saja berpura2 dan malas nak layan si mamat omputih tu. Aku hanya tersengih. Dan aku pun amat yakin bahawa pasar malam xde semalam. Ari khamis yg ada pasar mlm tu. Tapi dah si mamat omputih tu beriya sgt, malas nak bertekak. Dan ada sorang lelaki berbangsa India mungkin yang berada di depan aku menyampuk :

"He doesnt know where is the pasar mlm,he's new driver here."

Lelaki India tu pun saja nak back up driver tu, sebab dia pun tau driver tu saje buat tak tahu. Aku pun berkata :

"He understand what are you talking about, but maybe he doesnt know where is the pasar mlm."

Si mamat omputih tu mengerutkan dahi dia tanda tak puas hati dgn penjelasan kami. Dan dia merungut dalam bahasanya. Aku menggagak yg dia mungkin sumpah seranah driver tu. Hehehe.. Sampai je dkt dgn South City Plaza, dia tekan loceng dan nak turun. Dia ajak kwn dia turun. Aku rasa dia nak bwk kwn dia tu jln2 psr malam. Coz kwn dia nmpak cam terpinga2 dan baru kat situ. Masa bas stop & pintu dibuka, sebelum si mamat omputih tu turun, dia sempat menegur driver tu :

"Excuse me Sir, if you dont know where is the pasar mlm, dont be a driver!"

Serentak dgn itu, driver tu gelak kuat. Ermp... Aku pun terkejut. So, apa yg korang fikirkan? Nampak sgt rakyat kita kurang prihatin kan? Kita sepatutnya membantu org yg memerlukan, tambahan pula pelancong asing. Bukankah tahun ni adalah Tahun Melawat Malaysia. Mcm mana kita nak menjayakan program Melawat Malaysia kalau sikap kita seperti driver tu? Driver tu telah menunjukkan sikap yang tidak baik kepada pelancong. Nanti disebabkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mana lah kita tahu, mungkin si mamat omputih ni akan berceritakan kisah ini kepada saudara2nya yg berada di kampung halamannya dan mereka pun tidak akan berkunjung ke Malaysia lagi. Tahun Melawat Malaysia 2007 tidak akan berjaya lah. Kan???



Harap perkara seperti ini tidak terjadi lagi...

P/S: Welcome to Malaysia..

Wednesday, August 22, 2007

Rindu

Assalamualaikum

Hai kwn2.. Sihat ke semua? Dah lama sgt aku x blogging. Rindu sgt. Aku tersgt le sibuk. Sejak berpindah tmpt keje ni, aku xsempat nak jenguk blog kekwn & juga x sempat nak ym. Huhu, padan muka aku. Dulu byk sgt masa terluang. Nipun aku dtg cc jap. Mata dah berat sgt dah. Kalau ikut hati rasa nak je terus tido. **sigh**

Oklah, actually, aku nak jwb tag Kakluna ttg 8 Things about me. Letih juga nak memikirkan time2 gini. Tp, xpelah, aku cuba jwb secara random je. Aku rasa x perlu le ada kaitan dgn no 8 pun kan? Kan kakluna kan kan??

8 Things about Me :

1) Aku ni sgt la fussy about kebersihan smpai le budak umah aku dulu naik rimas. Tp bg aku xde la fussy sgt, normal la tuh. Huhu...

2) Aku ni hantu laksa. Memang feveret aku tuh. Bukan setakat suka mkn, tp aku juga pandai masak laksa. Hehehe..Perasan pulak. Since Form 2 lg aku dah pandai masak laksa. Dan aku boleh mkn laksa setiap hari tanpa jemu. Cuma mslh akan timbul jika aku mkn setiap hari. Iaitu jerawat akan naik. Waaaahhh...

3) Dulu2 aku kuat mkn. Aku boleh mkn ayam KFC 4 ketul sekali mkn. Tp, sekarang dah x boleh, nak muntah. Tp yg peliknya, dulu aku x demok, skng ni yg demok. Huhu..

4) Suka sgt cium kucing dgn hidung. Walaupun perbuatan tu x elok, tp aku nak juga buat. Kucing ni ada bau spesel, wangi sgt. Hanya org yg minat kucing je fhm apa yg aku maksudkan.

5) Menurut kwn2 aku, aku ni berckp dgn kelajuan yg maksima. Hehe.. Sesiapa yg baru berkenalan dgn aku nescaya x kan fhm dgn apa yg aku ckpkan. Padahal bagi aku, biasa je thp kelajuannya. Tiap kali berurusan dgn sesiapa dlm telefon terutamanya psl keje, aku mesti terpaksa mengulanginya 2,3 kali kerana diorang x fhm apa yg aku cuba smpaikan. Sedey x?

6) Aku ni penyayang orgnye.. Hehe, xde idea dah la..

7) Suka salin resipi dan suka msk. Sekarang ni tgh berangan2 nak memiliki restoran yg mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Nak msk mknn tradisional. Coz aku x berselera kat western food nih. Ikut selera sendiri pulak kan..

8) At last yg terakhir dah, dan aku xtau apa lg psl diri aku. Haha, ngantuk ni.

Sekian dulu buat masa sekarang. Coz aku nak blk umah, mandi & tido. Mata aku dah pedih. Yelah lense x buang lg dari kul 8pg tadi. Nanti aku update dgn cite2 yg best ok.


P/S: Aku dilanda rasa rindu. Rindu kat umah di shah alam, rindu pada mak, rindu pada roommate aku, rindu pada bestfren aku, rindu pada ...... Sape lagi ya?

Thursday, August 9, 2007

Hidup Umpama Roda

Assalamualaikum

Entry kali ni more on luahan perasaan aku. Huhu.. Mood x berapa nak ok, since semalam. Ada kes yg menyebabkan aku jadi camni. Tapi, xpelah, sementara aku ada masa utk blogging ni, aku keep writing le. Mana la tau, next week aku tukar keje, maybe aku x sempat nak update or even utk baca blog kekwn pun dah xleh. Esok (Jumaat) adalah hari terakhir aku kat ofis ni. Nak kata sedih tu xde la pulak coz aku keje sini baru 4 bulan lebih. Tak sempat nak kutip byk memori kat sini.

Refer kat title entry kali ni, "Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah". Kwn2 semua setuju x perumpamaan itu? Aku setuju sebab ada rasionalnya perumpamaan itu utk dikaitkan dgn kehidupan. Yelah, sepanjang kita hidup di muka bumi ini, cuba igt kembali, adakah kehidupan kita sememangnya ceria dan gembira setiap hari tanpa pernah berduka atau berduka je setiap hari tanpa pernah gembira?? Atau sepanjang hidup kita, kita xpernah rasa susah utk apa2 perkara sekalipun? Itu adalah sekadar contoh.

Apa yg aku cuba jelaskan adalah, hidup kita ni x selalunya indah, ceria, gembira.. Hidup kita ni ibarat makanan. Utk menghasilkan makanan yg sedap, pelbagai ramuan perlu dimasukkan. Kadangkala makanan yg kita hasilkan tidak sedap, tapi setelah berulang kali kita praktis, akhirnya makanan kita menjadi sedap. Itulah kehidupan. Utk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita. Jika kita belajar dari kesilapan.

Aku ni bukanlah seorang yg pandai berfalsafah, sekadar berkongsi pendapat aku je lah. Mungkin ada antara kita yg x bersetuju..

Mcm hari ni, aku dlm mood sedih, tapi maybe esok lusa aku akan kembali hepy. Hehe.. Tah apa2 tah aku merepek ni. Sorry la jika ada kwn2 yg kurang fhm writing aku. Biasa la bila dipengaruhi oleh emosi. Waaaahhh.. Opps, baru kejap tadi HR Manager dtg jumpa aku & suruh aku sign surat resign. Rupa-rupanya hari ni le last day aku. Camne aku boleh silap buat kiraan ni. Ceh, hampeh betul. Nasib baik aku dtg hari ni. Satu je yg aku akan windu bila dah x kerja sini. Aku akan windu comp Mac aku ni. Huhuhu.. Yelah memang bukan aku punya, dipinjamkan oleh ofis, tapi syg beb.

Takpelah, tu lah part of life yg aku perlu lalui. Sume menda di dunia ini tidak kekal. Contohnya, jasad kita ni hanya dipinjamkan oleh Allah S.W.T.. Sama la dgn comp Mac ni, hanya dipinjamkan oleh ofis aku buat sementara. So, bila time nya dah sampai, I need to give it back. Ermp.. So, advise utk diri aku sendiri, x perlu risau dan susah hati utk segala dugaan yg melanda diri aku. Sesungguhnya segala dugaan itu adalah ujian dari Allah S.W.T.. Allah turunkan ujian utk hambaNya kerana Dia sygkan kita dan utk mengingatkan kita kepadaNya. Huhu, insaf..

Dah le melalut pulak aku. Nanti bila aku ada masa aku update lagi ok. Tima kasih kat kwn2 yg selalu spent masa baca blog aku yg serba kekurangan ni. (eh2,ada ke org baca?)

P/S: Allah itu Maha Adil

Wednesday, August 8, 2007

Seksaan Kubur

Assalamualaikum

Tgk tajuk entry aku hari ni, agak menyeramkan. Bukan niat utk menakutkan, tapi niat aku hanya utk mengingatkan diri sendiri dan umat Islam lain tentang wujudnya seksaan dalam kubur, so jaga amalan kita. Aku dpt gambar2 & kisah ni dari email yg diforward oleh seorang kwn aku. Ia dpt memberikan keinsafan kpd kita. Cerita ini dapat membuktikan kebesaran Allah S.W.T..



(On this photo a 18-year old young man who died in one of hospitals of Oman.) Di gambar ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di oman. (The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father.) Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam dimakamkan yang disaksikan oleh ayahnya. (The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body.) Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah dimandikan di makamkan secara islam di hari itu juga. (However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death.) Tetapi setelah pemakaman ayahnya merasa ragu atas diagnosis doktor dan menginginkan untuk diidentifikasi kebenaran penyebab kematiannya.



(Relatives and his friends shocked when they saw the corpse.) Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat. (He was completely different within 3 hours.) Mayat tersebut begitu berbeza dalam 3 jam. (He turned grey as the very old man,) dia berubah tampak ke abu - abuan seperti orang yang sudah tua .
(with traces of obvious tortures and the most severe beating,) Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras (and with the broken bones of hands and legs, with the edges broken and pressed into a body.) dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga hujung hujungnya sehingga menekan kebadannya.

(All His body and face were full of bruise.) Seluruh badan dan mukanya memar. (The open eyes-showed hopeless fear and pain.) Matanya yang terbuka memperlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputus asaan. (The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture.) Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat.



(Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah ( s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) have warned.) Sebagai penutup dari orang yang meninggal tersebut semuanya di tujukan kepada Ilmu pengetahuan tentang Islam yang mana tidak dapat dipungkiri lagi keterangannya bahawa siksa kubur itu benar adanya seperti yang di peringatkan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad S.A.W.

(The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins.

Each died person comes across tests in the tomb for exception Shahids who died in Jihad on the way of Allah. This is first terrible test which the person comes across before the Doomsday.

In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w):

- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: "Who is your Lord?" he will answer: "my Lord - Allah ". Then they will ask: "What is your religion?" he will answer: "My religion - Islam". Then they will ask him: "Who that person who has been sent to you?" he will answer: "He is the Prophet of Allah ". Then they will ask him: "How do you know?" He will answer: "I read the Book of Allah and trusted Him.

And then from heavens the voice will come: " My Slave has told the truth, lay it to bed from Paradise and open the Gate of Paradise " - then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach.

The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, "Who is your Lord?" he will answer: "I do not know". Then they will ask: " Who that person who has been sent to you?" he again will answer: I "do not know" - and then from the sky the voice will come: "he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! "-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed.

In Hadis it is also said, that Angels will severely beat the sinners during interrogation in the tomb and this torture will be awful. It is informed also, that our Messenger (s.a.w) supplicated to Allah to protect Him from tortures of a tomb and asked other people to do so.

The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear?)

P/S: Text edited by me - Bersama-sama la kita berubah ke arah kebaikan

Tuesday, August 7, 2007

3 hari di kampung

Assalamualaikum

Waah, syok betul dpt spent masa kat kampung. Bukan la real kampung coz umah aku kwsan taman. Tp 'kampung' refer to hometown. Actually kepulangan ku ke kampung kali ni xde sesape pun. Juz me & my youngest sis. Mcm aku cite dlm entry sebelum ni, aku blk teman adik bongsu aku tu la. Mak aku pi antar angah ke Kuantan.

So, on da way blk ke sana, alhamdulillah. Xde apa problem serious, juz mslh kesejukan melampau je. Sejuknya tu kat muka je. Hehe.. Maybe sistem aircond bas AB Ekspress tu maju sikit dari yg lain. Even kita tutup pun, masih ada aircond yg keluar melalui lubang kecik yg memang disediakan utk tujuan itu. Huhu.. So, aku ambik inisiatif menutup muka aku dgn tshirt yg aku punggah dari beg baju aku. Nasib baik aku bwk beg naik atas sekali.

So, dpt le aku tido dgn nyenyak.. Smpai Jitra,mak aku jemput.(dia belum bertolak ke Kuantan lg). Aku sempat le sembang2 dgn mak aku lebih kurang sejam sebelum mak aku bertolak ke Kuantan. Sedih pulak, x smpat nak bercerita panjang. Dgn angah aku pun, kejap je dpt berbual. Lepas mak aku bertolak, aku pun menyambung tido. Sedap sungguh tido atas katil kat umah. Hehe..

Tghari Sabtu, aku cuma goreng ayam & masak sup ayam utk lunch aku & adik aku tu. Adik aku tu bab mkn x byk kerenah. Senang le nak jaga. Janji ayam. Hehe.. Pas mkn, aku sambung tido blk. Hahaha, blk kampung utk tido. Patut x?? Ptg sikit aku bwk adik aku jln2 pekan Jitra. Xdelah betul2 pusing pekan Jitra pun. Juz pi bank, kedai kain, & pizza hut. Pi bank, ambik duit nak belanja adik aku, then pi la cari2 kain yg cantik mata aku memandang utk buat baju raya adik aku dan utk ku jua.

Pilih punya pilih, adik aku berkenan kain kaler purple. Aku plak kaler oren lembut. Cantik gak lah, di mata aku dan adikku. Pastu kami dua pi mkn pizza. Aku dah janji nak belanja adik aku mkn pizza hut. So aku pun pesan la anniversary meal 3. Yg ada regular piza tuh. Aku pilih chicken supreme. Stuff crust lak tuh. Yummy yummy.. Last2 mkn x abes pun. Muak.. Huhu. Membazir plak rasanya.

Mlm tu xde agenda lain selain dari menonton TV. Pg ahad pun aku blur2. Konon nak pi rumah kwn aku, tapi dia pulak xde kat umah. Nak pi umah tokwan aku, aku segan nak pi sorg. Adik aku sekolah ptg. Form 1.. So, aku x pi mana pun. Cuma sebelah ptg, aku gagahkan diri pi antaq kain kat makteh (tailor). Pi ukur bdn,ternyata aku makin bulat sbb ukuran dulu jauh bezanya dgn skrng. Huhu.. Adik aku bagi baju contoh je. Senang.. Dan sekali lagi mlm tu aku melepak tanpa berbuat apa..

Pagi Isnin,lepas settlekan masak utk adik aku, aku buntu kebosanan. Aku cuma keluar pi amek duit, pi beli topup, then pi cari cucoq cempedak yg dah digoreng. At last jumpa jugak. Aku beli RM2, dpt le 13 biji. Ok la tu compare than kat Shah Alam. Haha.. Aku sempt pi supermarket belikan adik aku, air coklat dutch lady yg besaq & biskut Jacob high calcium sekotak. Utk dia mkn lepas aku blk shah alam. Sementara nak tunggu mak aku smpai dari Kuantan.

So, dgn berat hati + sebak di dada, aku terpaksa tinggalkan adik aku mlm hari Isnin. Mak aku pun x smpai lagi dari Kuantan. Sedih aku, menitis jugak airmata aku ni. Sensitif jugak aku ni. Kwn aku jemput aku & tolong antarkan aku ke stesen bas. Tima kasih le pada kwn aku tu. (",)

Opps, lupa nak cerita. Sepanjang 3 hari tu jugak, puas la aku peluk cium kucing aku Boboy tu. Manja juga dia.. Tapi yg xlaratnya, dalam sehari lebih 5 kali dia minta mkn. Camne la tak demok. Huhu..Pagi tadi aku smpai shah alam pukul 5pg. Terus sambung tido lagi. Then pagi ni kena dtg ofis. Nasib baik x berapa letih. Dlm bas mlm tadi, aku tido je spjang jln. Sedap plak kusyen bas transnasional tu. Mcm ikut postur bdn plak. Hoho..

Oklah, aku skrng tgh sibuk cari umah berdekatan tmpt keja baru aku tuh. Hope dpt yg elok & bebudak umah yg sejiwa. hehe

P/S: Lapar nih, xsbr nk blk keje carik nasi. Yumm Yumm..

Friday, August 3, 2007

Balik Kampung

Assalamualaikum

Selamat Hari Jumaat. Happy2 day.. Wah3x,hehe.. Aku teruja betul kalau tiba je hari Jumaat. Tiada sebab lain melainkan esok & Sabtu cuti. Yabedabeduuu! Tambahan plak aku nk bertolak blk kampung mlm ni. Bas aku pukul 10.30pm. AB Ekspress turun Jitra. Actually aku nak amek tiket bas Transnasional. Mmg bas tu je la yg jadi feveret aku kalau naik dari Shah Alam. Kalau dari KL aku prefer Plusliner. Tapi, tiket Transnasional abes. Memang sume bas kehabisan tiket, tiket aku ni pun tiket org reject. Huhu, xpelah,janji balik kampung.

Aku pun heran napelah ramai sgt blk kampung ni. Nak kata cuti midsem, aku rasa x pulak coz budak umah aku yg masih study x cuti pun. Nak kata cuti panjang,lagi le tak. Ermp, mungkin depa sume blk sbb ada hal mcm aku kot. Heee..

Tapi, sebelum blk mlm ni, aku ada byk hal yg nak kena settle kan. Td lunch hour, aku blk umah jap. Blk kutip kain kat ampaian (baru sidai semlm,tapi dah kering), aku basuh baju kurung yg aku rendam semlm & sidai semuanya.. Lipat baju2 yg dikutip, & lipat baju roommate aku sekali. Hee,terlebih rajin pulak. Saje, rimas mata ni dok tgk lama sgt baju dia di ampaian. Then aku menyapu kat bilik,kemas2 sikit apa yg patut kat meja mkn. Bersepah je. Bebudak umah mkn kuih2 tak bersimpan.

Memula plan nak juga le lelap mata seminit dua rehat tadi. Tapi, x sempat. Siap sume keje pun dah pukul 2ptg. So, melangut TV je sementara tunggu nak pi ofis blk. Ptg ni aku nak blk keje awal sikit (padahal selalu blah awal), nak pi shopping apa yg patut kat family. Buah tangan.. Plan nak beli kain nak buat baju raya. Hrp jumpa yg lawa2 dan berpatutan la. Aku nak pi psr mlm dekat Padang Jawa. (",) Aku suka pasar mlm. Hehe..

Masa kat umah tadi, mak aku called. Pagi td pun dah called. Semlm pun dah. Hehe,kerapnyee mak aku tepon. Byk menda dia nak cite.. Actually, aku kena blk kampung sebab nak kena teman adik bongsu aku kat umah. Mak aku nak pi antaq kembaq aku ke Politeknik tmpt dia akan ngajar tu. Nun jauh si pantai timur.. Mana ek??? Hehe.. Mak aku x harap nak biar dia drive sorg2. So, aku blk menemankan adik bongsu aku je la.

Aku pun dah siap dgn planning nak pi mana bila dah smpai kampung nanti. Mak aku tinggalkan keta dia. So boleh le aku 'pinjam' sementara waktu. Hehe.. Aku plan nak ajak adik aku blk umah tokwan aku sat. Kot2 masih berbaki buah Durian & Rambutan.. Huhu. Then nak pi umah bestfren aku kat Kedah, Ckin. Sejak kwn aku ni pindah umah, aku x penah lagi le pi. Teruknyaaa aku. Boleh le pi bertanya kabar.. Ahad pulak aku nak pi umah besfren aku yg sesama study masa Degree. Wahida. Kat Simpang Empat A.star umah dia. Aku nak pi dgn bestfren sorang lg yg keja di Bandar Mahkota Cheras, Anem. Ish3, ramainya bestfren aku...

Sonoknye planning aku ni. Lgpun adik aku pi sekolah hari Ahad. Pas adik aku pi sekolah, boleh le aku terus pi umah Wahida. Dah jumpa Wahida, boleh le kami bertiga pi jln2 area pekan A. Star. Wahaha, tapi mesti x ramai coz ari Ahad. Orang sekolah & kerja. Aku pun dah 4 bulan x balik Kedah. Lama tuuu..

Taktau le smpat x aku nak fulfill sume planning tu. Hope smpt la.. Cuti hujung minggu je,plan mcm cuti berminggu2. Hehe. Mak aku pun dah siap beli barang mentah (ikan,ayam) kat aku. Kot aku nak msk.. Mak,mak, msih anggap aku mcm anak2 kecil. Padahal kalau aku nak masak, aku boleh pi beli. Hehe.. Xpelah, ok jugak camtuh.

Oklah, aku nak buat menda lain pulak. Nanti pas bercuti, aku update lagi.. Doakan aku selamat sampai ke kampung dan kembali ke sini ya..

P/S: Ala, 2 perkara penting aku kena buat, 1) amek lens aku kat kedai ptg ni,dah 3 bulan pkai yg expired,huhu 2) renew license aku...mcm nak lupa je nih!

Thursday, August 2, 2007

Kali ini rezeki ku

Assalamualaikum

Merujuk tajuk 'Redha', aku ada menulis berkenaan sesuatu yg aku tak perolehi. Tapi, kalau dah nak kata rezeki tu Allah nak bagi kat kita, x kemana juga..

"Sesuatu" yg aku maksudkan tu adalah berkenaan 'kerja'. Alhamdulillah, ptg hari aku post artikel 'Redha' tu jugak, tetiba aku dpt called dr U*M yg aku kena attend 2nd interview semalam. 1st interviewnya dah lama, bulan 6 kalau x silap aku. Mcm sukar nak percaya, pagi tu aku baru kecewa dan belajar utk redha, then ptg tu juga aku dpt called. Mungkin Allah nak menguji sejauh mana tahap keredhaan aku di atas ketentuanNya.

So, semalam aku pi la 2nd interview tu, dan sekali lagi, alhamdulillah, aku berjaya. Ya Allah,aku bersyukur di atas rezekiMu ini. Aku berserah kepadaNya,jika ini adalah yg terbaik buatku,aku redha. Tapi kita sebagai Muslim, perlu selalu berigt, Allah berkuasa utk memberikan rezeki kpd kita dan juga menarik balik segala apa yg dipinjamkan kepada kita.. Dan satu je pesanan buat diri aku sendiri, sentiasa redha dgn apa jua keputusanNya.

So seminggu dari tarikh ari ni, aku akan meninggalkan company ini. Aku bukan lagi Editor.. Tapi, xde la menyimpang sgt jwtan yg bakal aku galas nanti. Harap aku dpt bekerja bersungguh2 utk mencapai apa yg aku impikan. Hehe,poyo plak.. Dan yg paling best, insyaAllah esok aku nak balik kampung. Balik kampung....OoOoO,balik kampung..(Lagu Allahyarham Sudirman) Bestnya.. Aku nak jumpa kucing kesygn aku.. Boboy -->





Aku nak peluk2 cium kucing aku ni walaupun aku tau dia mesti xmau. Kucing aku ni agak sombong. Dia cuma akan dtg berbaik dgn aku bila dia lapar je.. hehehe..

P/S: Aku balik tangkap gambar kucing aku tu,then tunjuk kat sini ek..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...