Assalamualaikum
Selamat Hari Jumaat. Happy2 day.. Wah3x,hehe.. Aku teruja betul kalau tiba je hari Jumaat. Tiada sebab lain melainkan esok & Sabtu cuti. Yabedabeduuu! Tambahan plak aku nk bertolak blk kampung mlm ni. Bas aku pukul 10.30pm. AB Ekspress turun Jitra. Actually aku nak amek tiket bas Transnasional. Mmg bas tu je la yg jadi feveret aku kalau naik dari Shah Alam. Kalau dari KL aku prefer Plusliner. Tapi, tiket Transnasional abes. Memang sume bas kehabisan tiket, tiket aku ni pun tiket org reject. Huhu, xpelah,janji balik kampung.
Aku pun heran napelah ramai sgt blk kampung ni. Nak kata cuti midsem, aku rasa x pulak coz budak umah aku yg masih study x cuti pun. Nak kata cuti panjang,lagi le tak. Ermp, mungkin depa sume blk sbb ada hal mcm aku kot. Heee..
Tapi, sebelum blk mlm ni, aku ada byk hal yg nak kena settle kan. Td lunch hour, aku blk umah jap. Blk kutip kain kat ampaian (baru sidai semlm,tapi dah kering), aku basuh baju kurung yg aku rendam semlm & sidai semuanya.. Lipat baju2 yg dikutip, & lipat baju roommate aku sekali. Hee,terlebih rajin pulak. Saje, rimas mata ni dok tgk lama sgt baju dia di ampaian. Then aku menyapu kat bilik,kemas2 sikit apa yg patut kat meja mkn. Bersepah je. Bebudak umah mkn kuih2 tak bersimpan.
Memula plan nak juga le lelap mata seminit dua rehat tadi. Tapi, x sempat. Siap sume keje pun dah pukul 2ptg. So, melangut TV je sementara tunggu nak pi ofis blk. Ptg ni aku nak blk keje awal sikit (padahal selalu blah awal), nak pi shopping apa yg patut kat family. Buah tangan.. Plan nak beli kain nak buat baju raya. Hrp jumpa yg lawa2 dan berpatutan la. Aku nak pi psr mlm dekat Padang Jawa. (",) Aku suka pasar mlm. Hehe..
Masa kat umah tadi, mak aku called. Pagi td pun dah called. Semlm pun dah. Hehe,kerapnyee mak aku tepon. Byk menda dia nak cite.. Actually, aku kena blk kampung sebab nak kena teman adik bongsu aku kat umah. Mak aku nak pi antaq kembaq aku ke Politeknik tmpt dia akan ngajar tu. Nun jauh si pantai timur.. Mana ek??? Hehe.. Mak aku x harap nak biar dia drive sorg2. So, aku blk menemankan adik bongsu aku je la.
Aku pun dah siap dgn planning nak pi mana bila dah smpai kampung nanti. Mak aku tinggalkan keta dia. So boleh le aku 'pinjam' sementara waktu. Hehe.. Aku plan nak ajak adik aku blk umah tokwan aku sat. Kot2 masih berbaki buah Durian & Rambutan.. Huhu. Then nak pi umah bestfren aku kat Kedah, Ckin. Sejak kwn aku ni pindah umah, aku x penah lagi le pi. Teruknyaaa aku. Boleh le pi bertanya kabar.. Ahad pulak aku nak pi umah besfren aku yg sesama study masa Degree. Wahida. Kat Simpang Empat A.star umah dia. Aku nak pi dgn bestfren sorang lg yg keja di Bandar Mahkota Cheras, Anem. Ish3, ramainya bestfren aku...
Sonoknye planning aku ni. Lgpun adik aku pi sekolah hari Ahad. Pas adik aku pi sekolah, boleh le aku terus pi umah Wahida. Dah jumpa Wahida, boleh le kami bertiga pi jln2 area pekan A. Star. Wahaha, tapi mesti x ramai coz ari Ahad. Orang sekolah & kerja. Aku pun dah 4 bulan x balik Kedah. Lama tuuu..
Taktau le smpat x aku nak fulfill sume planning tu. Hope smpt la.. Cuti hujung minggu je,plan mcm cuti berminggu2. Hehe. Mak aku pun dah siap beli barang mentah (ikan,ayam) kat aku. Kot aku nak msk.. Mak,mak, msih anggap aku mcm anak2 kecil. Padahal kalau aku nak masak, aku boleh pi beli. Hehe.. Xpelah, ok jugak camtuh.
Oklah, aku nak buat menda lain pulak. Nanti pas bercuti, aku update lagi.. Doakan aku selamat sampai ke kampung dan kembali ke sini ya..
P/S: Ala, 2 perkara penting aku kena buat, 1) amek lens aku kat kedai ptg ni,dah 3 bulan pkai yg expired,huhu 2) renew license aku...mcm nak lupa je nih!
1 comment:
selamat hari Isnin...hahha...hahha
Post a Comment