Thursday, August 9, 2007

Hidup Umpama Roda

Assalamualaikum

Entry kali ni more on luahan perasaan aku. Huhu.. Mood x berapa nak ok, since semalam. Ada kes yg menyebabkan aku jadi camni. Tapi, xpelah, sementara aku ada masa utk blogging ni, aku keep writing le. Mana la tau, next week aku tukar keje, maybe aku x sempat nak update or even utk baca blog kekwn pun dah xleh. Esok (Jumaat) adalah hari terakhir aku kat ofis ni. Nak kata sedih tu xde la pulak coz aku keje sini baru 4 bulan lebih. Tak sempat nak kutip byk memori kat sini.

Refer kat title entry kali ni, "Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah". Kwn2 semua setuju x perumpamaan itu? Aku setuju sebab ada rasionalnya perumpamaan itu utk dikaitkan dgn kehidupan. Yelah, sepanjang kita hidup di muka bumi ini, cuba igt kembali, adakah kehidupan kita sememangnya ceria dan gembira setiap hari tanpa pernah berduka atau berduka je setiap hari tanpa pernah gembira?? Atau sepanjang hidup kita, kita xpernah rasa susah utk apa2 perkara sekalipun? Itu adalah sekadar contoh.

Apa yg aku cuba jelaskan adalah, hidup kita ni x selalunya indah, ceria, gembira.. Hidup kita ni ibarat makanan. Utk menghasilkan makanan yg sedap, pelbagai ramuan perlu dimasukkan. Kadangkala makanan yg kita hasilkan tidak sedap, tapi setelah berulang kali kita praktis, akhirnya makanan kita menjadi sedap. Itulah kehidupan. Utk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita. Jika kita belajar dari kesilapan.

Aku ni bukanlah seorang yg pandai berfalsafah, sekadar berkongsi pendapat aku je lah. Mungkin ada antara kita yg x bersetuju..

Mcm hari ni, aku dlm mood sedih, tapi maybe esok lusa aku akan kembali hepy. Hehe.. Tah apa2 tah aku merepek ni. Sorry la jika ada kwn2 yg kurang fhm writing aku. Biasa la bila dipengaruhi oleh emosi. Waaaahhh.. Opps, baru kejap tadi HR Manager dtg jumpa aku & suruh aku sign surat resign. Rupa-rupanya hari ni le last day aku. Camne aku boleh silap buat kiraan ni. Ceh, hampeh betul. Nasib baik aku dtg hari ni. Satu je yg aku akan windu bila dah x kerja sini. Aku akan windu comp Mac aku ni. Huhuhu.. Yelah memang bukan aku punya, dipinjamkan oleh ofis, tapi syg beb.

Takpelah, tu lah part of life yg aku perlu lalui. Sume menda di dunia ini tidak kekal. Contohnya, jasad kita ni hanya dipinjamkan oleh Allah S.W.T.. Sama la dgn comp Mac ni, hanya dipinjamkan oleh ofis aku buat sementara. So, bila time nya dah sampai, I need to give it back. Ermp.. So, advise utk diri aku sendiri, x perlu risau dan susah hati utk segala dugaan yg melanda diri aku. Sesungguhnya segala dugaan itu adalah ujian dari Allah S.W.T.. Allah turunkan ujian utk hambaNya kerana Dia sygkan kita dan utk mengingatkan kita kepadaNya. Huhu, insaf..

Dah le melalut pulak aku. Nanti bila aku ada masa aku update lagi ok. Tima kasih kat kwn2 yg selalu spent masa baca blog aku yg serba kekurangan ni. (eh2,ada ke org baca?)

P/S: Allah itu Maha Adil

6 comments:

kakLuna said...

ada je org baca, sara...wah dpt keje baru ke...selamat menempuh perjalanan hidup yang baru dan semoga jadi lebih matang untuk hari-hari seterusnya :)

comotgurl said...

kakluna -->

Alhamdulillah akak,sara dpt keje baru. hehe,tgh pening carik umah yg dekat dgn area tmpt keje baru lah. Hope everth' gonna fine. Amin..

ummibatrisya said...

salam,

salam perkenalan. akak dtg nak minum kopi. tq kerana sudi singgah teratak buruk akak.

itulah lumrah kehidupan. kdg2 kita di atas dan kdg2 kita di bawah. pengalaman ini yang akan menjadikan kita matang. :)

comotgurl said...

ummibatrisya -->

tima ksih jg kt akak sbb sudi melawat rumah sara ni. hehehe

13may said...

hidup umpama roda....
lama lama botak...

hehhe....

btw, wish u all the best & goodluck!

comotgurl said...

13May -->

thanks for wishing.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...