Wednesday, August 22, 2007

Rindu

Assalamualaikum

Hai kwn2.. Sihat ke semua? Dah lama sgt aku x blogging. Rindu sgt. Aku tersgt le sibuk. Sejak berpindah tmpt keje ni, aku xsempat nak jenguk blog kekwn & juga x sempat nak ym. Huhu, padan muka aku. Dulu byk sgt masa terluang. Nipun aku dtg cc jap. Mata dah berat sgt dah. Kalau ikut hati rasa nak je terus tido. **sigh**

Oklah, actually, aku nak jwb tag Kakluna ttg 8 Things about me. Letih juga nak memikirkan time2 gini. Tp, xpelah, aku cuba jwb secara random je. Aku rasa x perlu le ada kaitan dgn no 8 pun kan? Kan kakluna kan kan??

8 Things about Me :

1) Aku ni sgt la fussy about kebersihan smpai le budak umah aku dulu naik rimas. Tp bg aku xde la fussy sgt, normal la tuh. Huhu...

2) Aku ni hantu laksa. Memang feveret aku tuh. Bukan setakat suka mkn, tp aku juga pandai masak laksa. Hehehe..Perasan pulak. Since Form 2 lg aku dah pandai masak laksa. Dan aku boleh mkn laksa setiap hari tanpa jemu. Cuma mslh akan timbul jika aku mkn setiap hari. Iaitu jerawat akan naik. Waaaahhh...

3) Dulu2 aku kuat mkn. Aku boleh mkn ayam KFC 4 ketul sekali mkn. Tp, sekarang dah x boleh, nak muntah. Tp yg peliknya, dulu aku x demok, skng ni yg demok. Huhu..

4) Suka sgt cium kucing dgn hidung. Walaupun perbuatan tu x elok, tp aku nak juga buat. Kucing ni ada bau spesel, wangi sgt. Hanya org yg minat kucing je fhm apa yg aku maksudkan.

5) Menurut kwn2 aku, aku ni berckp dgn kelajuan yg maksima. Hehe.. Sesiapa yg baru berkenalan dgn aku nescaya x kan fhm dgn apa yg aku ckpkan. Padahal bagi aku, biasa je thp kelajuannya. Tiap kali berurusan dgn sesiapa dlm telefon terutamanya psl keje, aku mesti terpaksa mengulanginya 2,3 kali kerana diorang x fhm apa yg aku cuba smpaikan. Sedey x?

6) Aku ni penyayang orgnye.. Hehe, xde idea dah la..

7) Suka salin resipi dan suka msk. Sekarang ni tgh berangan2 nak memiliki restoran yg mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Nak msk mknn tradisional. Coz aku x berselera kat western food nih. Ikut selera sendiri pulak kan..

8) At last yg terakhir dah, dan aku xtau apa lg psl diri aku. Haha, ngantuk ni.

Sekian dulu buat masa sekarang. Coz aku nak blk umah, mandi & tido. Mata aku dah pedih. Yelah lense x buang lg dari kul 8pg tadi. Nanti aku update dgn cite2 yg best ok.


P/S: Aku dilanda rasa rindu. Rindu kat umah di shah alam, rindu pada mak, rindu pada roommate aku, rindu pada bestfren aku, rindu pada ...... Sape lagi ya?

4 comments:

kakLuna said...

ehem ehem.rindu,rindu nih...ada makna kot ni... :)

13may said...

jom makan laksa ;)

comotgurl said...

kakluna -->

penuh dgn makna akak. Hehe

comotgurl said...

13 may -->

Jommmm kita mkn laksa. Yum Yum.. Cedapnyeeeeee...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...