Sunday, August 30, 2009

~ I am the happiest person in the world ~

Assalamualaikum..

Salam 30 Ogos, 9 Ramadan..

:)

Dah 9 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Syukur kerana masih dipanjangkan umur sehingga saat ini.

Tajuk entry sgt hebat kan. Saje, buat gimik. Takde kena mengena dgn entry kali ni. Hihi..

:D

Skrng jam dah 340 am, tp aku belum mengantuk. Huish, dasat juga ni.. Baru je sudah defrost peti sejuk, kemas2 dapur dan masak ayam goreng kicap. Utk sahur.. Sepjg 9 hari puasa ni, belum penah lagi la aku sahur mkn nasi. Diet kata kan.. Huhu.. Tp sbb ada tetamu dari Pahang dtg, so kena la masak dan jamu diorg kenyang2. Adab melayan tetamu.

;)

Siang tadi, jam 3 pm, Angah aku smp dari Pahang. Dia dtg dgn ex-officemate aku kat UPM dulu. Reyhan namanya. So, kitorg pegi Kompleks PKNS shah alam. Ya Allah, rmainya manusia.. Huhu.. Smpai pening nak shopping. Maybe sbb:

1) Hujung minggu (Sabtu)
2) Hujung bulan (baru dpt gaji)
3) Org pakat nak beli baju raya siap2, kononnya utk mengelakkan kekalutan di saat akhir
4) Kebetulan, ada bazar di kwsn parking kompleks, so lps shopping, boleh terus beli santapan berbuka

Aku last2 give-up & lepak2 di tembok tepi kompleks je smbil menunggu Angah aku, her future husband pegi shopping cincin tanda (raya ke-3 nak ikat), baju melayu, & baju kurung adik2 aku nak pkai utk wedding aku..

Masa memula smp lagi, kitorg dah siap reserve tmpt utk bbuka di Pizza Hut. Yelah, kalau x buat camtu, sah2 penuh.

Slps itu, balik solat Magrib di rumah, mkn laksa pulak di rumah (masak atas permintaan Reyhan), dan terus ke Serdang. Jumpa prospek bisnes.

:)

Blk tadi, jam 1pagi baru smp umah. So sehingga skrng, belum mengantuk. Mungkin sbb buat keje itu dan ini. Haihh, masa tu xpenah ckup. **sigh** Oh, pagi nnti nak p basuh keta, coz keta berbau hanyir udang.. Ada sekali tu kwn aku beli udang, dan maybe air udang tu menitik atas lapik keta. Huhuhu.. Geli oke!

Tgk counting days kat sebelah, takut la pulak. Tggl sebulan lebih je lagi nak tiba BIG DAY aku. Mampukah aku pikul tanggungjawab besar nnti? Hmm, tp menda yg baik, mesti diberkati Allah kan.. ;)

Okelah, shall stop here for this time! Tata..


P/S: Please appreciate people around you, because we do not know whether we still have time to do so!

Sunday, August 23, 2009

Almost Done!

Assalamualaikum

Salam 22 Ogos, 1 Ramadhan..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat semua kwn2 blogger.. :)

Previous entry, aku ada list down a few things yg aku kena settlekan. So sini aku update oke:

1) Fitting baju (Done) - Baju ngam2 dgn bdn aku, tp mak suh reduce some more weight supaya kelihatan cantik di hari persandingan.. Huhuhu..

2) Photographer (Done) - Hasil keje dia memuaskan hati aku dan sgt berpadanan dgn bajet.. :p So aku dah byr separuh, separuh lagi after wedding slps receive album. Aku pilih pakej custom album. Dia akan kasi CD semua gmbr2 plus edited one jg. Outdoor + separated day pun dia x charge..

3) Caterer (Done) - Dah confirm booking.. Cuma byrn dia mnta kasi sebulan sebelum kawin sikit dan bakinya selepas kenduri..

4) Kain langsir (Done) - Siang tadi dah p beli kain nak tempah utk buat langsir sliding (siang & mlm), tingkap bilik pengantin (siang & mlm), dan pintu bilik pengantin.. Beli di A'lamoda Sg Petani. So esok tggl nak antar tempah je.

5) Byrn utk pelamin, meja beradap, kek 3 tingkat (Done) - Aritu dah byr booking sikit. Pg tadi dah p settle. So lega, xpyh fikir dah bab2 tu.. :)


So, cuma esok nak p byr dewan, p book mekap.. Alhamdulillah, so far semua berjalan lancar..



P/S: Sempat ke nak reduce weight sikit lagi ni.. At least 1 kg pun oke dah mak kata.. :(

Friday, August 21, 2009

Sudah Sampai Jitra

Assalamualaikum

Salam 21 Ogos, 29 Syaaban..

Alhamdulillah, selamat aku smpai kg ptg semlm..:)

Rasa nyaman je udara kt pekan Jitra ni.. (Mainan psikologi je) ;p Bukan apa, sbb terlebih hepi dpt blk Jitra.. :D

Oke, aku blk ni bukan saje syok2 nak berehat. If kat S.Alam aku byk keje ofis & study nak kena settle, blk kg ni plak aku kena settle urusan2 kawin la. Huhuhu.. Nak buat mcm mana kan, Encik Tunang sgt bz orgnya, so nak x nak, aku ar kena selesaikan urusan2 nih. Dan Encik Tunang baru je blk dr Thailand, outstation sana, ikut Menteri Pertanian. Haihhh, bz nya seorang dia kan.

Hmm, antara urusan yg aku perlu settlekan esok, lusa & tulat adalah:

1) Fitting baju sanding (risau arr, takut ketat..sbb gemukkk)
2) Appointment dgn Photographer, nak runding price dan tgk hasil keje nya..
3) Nak p book Caterer, aritu mak cuma bincang2 n pilih menu je tp dia lum book.. Huhu
4) Nak pegi byr sewa dewan..
5) Jumpa juru make-up, book dia..:)
6) P teman mak cari kain langsir utk sliding door (for raya + ari kawin)

Haaa, byknya urusan. Sempat ke nak settle semua. Kdg2 rasa xckup je 24 jam dlm sehari kan.. :( Nak update blog ni pun curi masa 'thesis' je. :p

Yeay, Sabtu ni dah puasa. Syok sungguh bila masuknya bulan puasa. Sbb nnti semua org berbaik2 dan semua jadi pemurah, penyabar.. ;) Kan bagus kalau tetiap hari camni.. hehehe.. Nnti bila2 ada masa, aku cite psl memori2 puasa zaman dulu oke.

Ni nak sambung buat thesis. Pray the best for me yep!


P/S: Addicted with Kinder Bueno! Yummy!

Sunday, August 16, 2009

Sekali sekala

Assalamualaikum

Salam 16 Ogos, 25 Syaaban..

Sekali sekala ja aku dpt update blog ni. Bz sgt dgn keja ofis smpkan tesis pun xdak masa nak buat.. Haihhh!

:D

Syoknya kan, lagi 5 hari nak masuk bulan Ramadhan..Yeayyy! Doa aku moga2 umur aku pjg utk sekali lg menikmati bulan Ramadhan.. Amin..

Igt lagi, bulan Ramadhan tahun lepas, aku & kwn2 serumah (yg majoriti dah selamat berumah tangga), dok bersembang ttg bab2 kahwin ni.. Kitorg semua sepakat kata, tahun lepas adalah tahun terakhir kami berpuasa sbg seorg bujang.. Hihihi.. Tah hape2 tah..

Dan 4 org kwn aku mmg betul2 lah melaksanakan apa yg depa ckp tu.. Dan tahun ni depa akan berpuasa sbg isteri utk pertama kalinya.. Alhamdulillah. Dan seorg drpd 4 itu, sudah pun pregnant. TAHNIAH Ena! ;)

Aku je yg masih lagi bakal menempuh puasa sbgai seorg bujang lg.. ;p Tapi, xpe, aku bersyukur.. Bersyukur sbb masih panjang umur sehingga hari ini..

:) Terima kasih Ya Allah..

Ohh, sekarang ni mcm2 penyakit berjangkit, berbahaya n boleh membawa kpd kematian menular.. Itu adalah salah satu tanda2 kiamat.. Wallahualam. Takut kan.. Huhu.. Harap2 bulan Ramadhan akan dtg ni dpt memberi keberkatan kepada kita semua.

Oke, time's up.. Nak p anta adik blk UPM..

Tata!



P/S: Tak sbr nak blk Jitra Khamis ni.. Yeay!

Sunday, August 2, 2009

Rumah Sewa

Assalamualaikum

Salam 2 Ogos, 11 Syaaban..

Entry ni adalah utk update the latest wedding preparation aku..

So, Jumaat lepas aku dah p byr deposit rumah sewa yg aku + encik tunang akan stay pas kawin.. ;)

Deposit nye hanya la 1+1.. Agak murah la.. Alhamdulillah.. So insyaAllah dlm 8hb encik tunang akan masuk rumah baru tu. Excited sungguh dia.. Tak aci.. Huhu.. Aku nak juga masuk rumah sewa tu.. Uwaaaaa..

Tapi, xpelah.. Mak aku x kasi pun if aku yg nak stay dlu rumah tu.. Bahaya katanya..

Hari ni kebetulan encik tunang cuti, so aku nak teman dia p beli TV.. Sesetgh brg kecik2 aku dah beli dah kat IKEA jumaat lepas.. Syok ni!

Oke lah, nak p mandi.. TATA!


P/S: Sorg kwn aku cdg suh buat house warming after kawin nnti.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...