Thursday, July 30, 2009

Argghhhh..

Assalamualaikum

Salam 30 Julai, 7 Syaaban..


Skng hampir masuk bulan Ogos dah..


Ya Allah cepatnya masa berlalu. Huhu..


Takut pulak kan.. :(


Oke lah, taknak buang masa, terus buat keje.. Cayoooooo!!




P/S: Seharian padat dgn aktiviti..


Tuesday, July 28, 2009

Wedding Photography

Assalamualaikum

Salam 28 Julai, 5 Syaaban..

I'm in thinking mode.. Hmmmm....................

These two days, i cannot let my mind from thinking another thing beside than wedding photography.. Surfing here and there, this web and that web, but don't know which one to choose. Haishhh..

I'm thinking either to choose Sticky album or Custom album???

Of course Custom album is more up to date and convenience to keep, compared than Sticky album, which is conventional method of keeping our photo, whereby we need to open the sticky part and put the photo one by one..

And also i got info that keeping our photo in the Sticky album for a long-term, will let our photo to be damaged. Huhu..

The problem is price package for Custom album is quite expensive than Sticky album.. :(

The price differs is quite some juga la.. So bagaimana ya?? In addition, my solemnization and wedding will be at separate day,it will require the photographer to come and cover the events in two days, so the charge also will be added la. Aduiii...


P/S: Still thinking to get the best decision.

Friday, July 24, 2009

Pelbagai Cerita..:)

Assalamualaikum

Salam 24 Julai, 1 Syaaban..

Mlm ni aku sgt rajin, jadi aku post entry bercampur2 oke. :) Dan tak lupa diselang seli dgn gambar2 penghias entry. Hoho..

;) masa dating di JJ Bukit Tinggi..

Breakfast di Bangi Kopitiam..

Teh ais (aku), Kopi O (Encik Tunang)..

Gambar2 bawah ni, gambar kucings Amey.. Ya Allah bulat sungguh! Gerammm sgt tau. Kucings malas ni.. Hehehe


Then nak inform aktiviti terbaru aku. Sekarang ni aku dah join kelas aerobic. Baru 2 hari join. Sebelum2 ni buat aerobic sesorg je di rumah.. Agak bosan tau buat sorg2, so aku decided join kelas aerobic di Seksyen 7. Actually dah lama aku cari kelas2 mcm tu, tp xjumpa. Nak jadi cerita, Isnin aritu kwn aku bgtau ttg kewujudan kelas aerobic di Seksyen 7 tu, dan2 la2 tu juga aku teruih p register. Hehehe.. Bersmgt sungguh..

Almaklumlah, bakal pengantin x boleh dipisahkan dgn keinginin menguruskan badan. ;)


Nih semua gambar2 bukti aku p kelas aerobic. Hik hik..


Azwa, aku & Zue.. Gambar selepas aerobic.. Comot sungguh..

Dah siap, after aerobic..


Oke, tamat cerita itu..

Bwh ni gambar2 makanan yg aku mkn di Melaka.. Satu nasi beriani di Ujong Pasir.


Sgt sedap tauuu.. Seriussss.. Lagi satu gambar Yong Tau Fu, pun sgt sedap.. Tapi x igt la plak nama tmpt tu. Kat Bachang or Cheng ntah. :D



Terliur pulak tgk gambar2 mkanan kt atas.. Huhu.. Have to say NO! ;p

Esok pagi ada sesi aerobic lagi.. Yeay! Cayoooooooook!! Pastu plan tghari lunch di rumah je sok, nak masak pe ye??


Siap pun menaip n upload gmbr utk entry ni. So besiap utk tdo.. Nite everybody.. :)


P/S: Kurus lah wahai badan.. ;p


Tuesday, July 21, 2009

Very hectic & busy week

Assalamualaikum

Salam 21 Julai, 27 Rejab..

Entry kali ni aku nak start dgn senyuman.. :)

Memula kita update ttg preparation kawin oke. BTW, sabtu & ahad lepas aku p umah ayah di Melaka.. Selain melawat ayah, aku p anta kad kawin utk ayah cetak.. ;)

So ayah decided nak print + buat hot stamping. Aku x kisah la memana pun kan, janji kad tu siap. InsyaAllah after puasa, kad akan ready to distribute lah. FYI, kad kawin aku ada 3 version. Satu kad kaler putih spesel sket utk sedara & kenalan terdekat, satu kad kaler pink utk kenalan2 lain, dan satu lagi kad cream utk jiran..

Hihi..

Mcm kelakar je kad kawin ada 3 version, tp redahhh je la. ;D

So settle lagi satu hal. Caterer pun mak dah p bincang. Cuma belum booking je lg, mak tggu aku balik next month. Dan aku pun dah booked tiket flite 20hb Ogos - 24 Ogos. Yeahhh, syoknya nak blk kampung lg!

Ohhh, aku lupa nak announce tarikh nikah + sanding aku kan???

Oke, here officially i announce, my solemnization day will be on 23rd Oct 2009 & my wedding day will be on 24th Oct 2009. **dup dap dup dap**

Sgt berharap tidak ada apa2 halangan pada tarikh tersebut.. Amin..

Abes cite kawin, so kita move to cite lain. Mggu lepas adalah mggu yg sgt busy, memenatkan, stress utk aku. Dgn keje ofis yg sgt bertimbun telah membuatkan aku stress selama seminggu. Dan akibatnya aku telah mkn dgn byk sekali. Huhuhu, sgt tidak suka!!

Akibat lain adalah, tesis aku hanya sekadar dalam proposal je. Haihhhh.. Gara2 tak punya masa utk p library dan sebagainya. Yelah, pi keje pg2, blk ptg.. Then p kelas plak kan.. Kalau ari xde kelas, mlm2 di rumah pn aku buat keje ofis. Ape ke hal nya kan??!!

Tp xpelah, anggap je semua ini adalah dugaan kan.

So minggu ni stress, busy dan memenatkan sudah beransur kurang. So hrp dpt mula blk dgn tesis aku tu. :)

Oke, dah nantuk, tido dlu. Nite!



P/S: Mls mahu upload gambar2 terbaru.. :(



Saturday, July 11, 2009

Proposal Tesis

Assalamualaikum

Salam 11 Julai, 18 Rejab..

Update, update!

:D

Alhamdulillah proposal tesis aku telah diluluskan oleh DR aku. Cuma perlu restructure tajuk je utk avoid confusion dan jadi isu. ;)

Dan DR aku advice aku suh stay with one method je, x perlu buat mixed method. Yg tu aku lum decide lg.

So, boleh le aku proceed dgn research aku nih. Feel sooo relieve.. Lepas satu step. Since day yg DR aku approved proposal aku tuh, aku belum sempat mula dgn research aku coz keje ofis yg berlambak burdened aku. Haisshhh.. Letih betul. Juz imagine, aku tido jam 330pg semata2 buat keje ofis. Sbb masa siang x cukup utk aku siapkan keje tu. Gigih nya seorg aku.

Yelah, keje ofis aku kena buat, dah tu DIPAKSA jadi ahli utk seminar pulak. So, bila masa utk tesis aku? Huhuhu..

Kdg2 rasa tak puas hati juga sbb aku ni sbnrnya under skim, boleh kata scholarship la. Cuma syaratnya kena assist lecturer je. Assist oke bukan fulltime keje. Dan institut siswazah sndiri dah tetapkan working hours kitorg hnya 6 hours per week. That's mean 24hours per month. Ini sebab we are still students, so students nye objektif adalah fokus kat study. Kan..kan..

:(

Tp xpelah, dah x lama dah kan.. Hrp sgt dpt complete master aku on time. Amin..



P/S: Tgh sibuk2 online mencari umah sewa utk lepas kawin.. ;)


Wednesday, July 8, 2009

Perancangan

Assalamualaikum

Salam 8hb Julai, 15 Rejab..

Just nak update yg finally baju nikah aku dah siap.. Walaupun auntie tu asik postpone tarikh siap, & dia rushing2 siapkan baju aku, tp hasilnya agak memuaskan hati. :)

Auntie tu berjaya buat sebiji mcm yg aku arahkan. Alhamdulillah..

So tinggal aku nak tmbh bid je di baju tu, kasi meriah sket.. Dewan pn aku dah booked. Tapi x berani nak finalised lg tarikh tu coz aku kena pastikan tarikh viva master aku bukan lah di sekitar tarikh wedding aku.

Oke, itu je setakat ni. Tata!



P/S: Laksa or Nasi Ayam??

Friday, July 3, 2009

Hohoho..

Assalamualaikum

Salam 3 Julai, 10 Rejab..

Aku masih di kampung. :)

Esok dah nak blk S.Alam.. Sedihnya.. As usual la kan.

:(

Nak pisah dgn mak adalah saat yg paling tak best!

Sepanjang 5 hari ni, masa aku betul2 diisi dgn preparation kawin. Hehehe..

So di sini aku sudah berjaya settlekan:

1) Pelamin
2) Baju sanding + aksesori (belum fitting)
3) Kad kawin (tinggal nak buat hot stamping n isi dalam)
4) Set katil + almari di umah (utk wedding day)
5) Cat bilik pengantin (actually tu bilik mak..hehe)

Alhamdulillah sbb jalan dipermudahkan.. :)

Satu je yg paling tak best! Igt previous entry aku bertajuk "MARAH" tu.. Kan baju nikah aku belum siap, & auntie tailor tu janji nak siapkan 7 Jun kan.. Tp aku tak p amek pun 7 Jun tu coz aku di S.Alam. So, aku blk kali ni besar la hrpn aku nak tgk baju nikah aku tu, skali................ "Belum siap arrr" --> auntie tu tanpa rs bersalah ckp gitu.

Warghhhh, sgt marah oke. Tp sebab auntie tu baya2 mak aku, so aku masih lembutkan suara aku dan senyum. Tp adik aku bengang gila, so dia tlg sound auntie tu. Yelah, dah 2 kali postpone tarikh siap ni, apa hal kan?!!

:(

Teruk betul kan, memula 31hb Mei, then 7 Jun, then dia mnta postpone lagi seminggu.. Tapi adik aku x kasi, adik aku kasi masa kt dia smp tghari esok je, kul 12tghari. Isk2..

So nak tgk le esok siap ke dak!

Taktau le apa yg dia buat dgn kain aku tuh. Tah2 abes rosak..Huhu, risau nih.. Memula anta kain dlu, aku dah suh dia jahit manik di lengan baju, tp oleh sbb nak juga amek esok, dia kata xdan. Hish, alasan! So aku terpaksa la anta bidding kt tmpt lain pulak, so aku nak reduce kos upah yg dia tetapkan memula dlu. Sbb dia lebih masa dan dia xnak jahit manik.. Hampess!

Sib bek aku ni penyabar.. Heeee.. :D

Walaupun lagi 3 bulan nak smp wedding aku, tp mak dah siap suh cat bilik n segala bagai. Yelah, takut kelam kabut plak last2 minute, so penat ah aku dok punggah perabot yg sedia ada dlm bilik utk memudahkan proses mengecat. Gile penat oke! Baru sikit ni...

Huhuhu..

Tapi takpelah, kawin hanya sekali je seumur hidup, insyaAllah..

:)


P/S: Aku suka baju dan pelamin aku. Hehehehe.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...