Tuesday, June 22, 2010

Berkat

Assalamualaikum

Salam 22 Jun, 9 Rejab..

Hari ke-2 bekerja dalam minggu nih mmg sangat pack dan memenatkan. Semalam pun hari yg sgt busy smpkan langsung tak sempat online. Nih mlm2 kat rumah, curi sket masa rest utk updating blog. Huhu..

Sejak lapor diri 1 Jun lepas, sume new lecturers kena lalui satu proses suaikenal dgn staff akademik + bukan akademik yg ada dlm senarai yg admin bagi. Dah mcm satu tradition utk sume staff baru tau.. Ada la dlm 30++ individu yg kitorg perlu jumpa dan berkenal-kenalan.

:)

So siang tadi pun aku masih berusaha keras utk lengkapkan kesemua senarai tuh. Sbb caranya adalah, lps jumpa dan berkenalan, kitorg kena amek signature diorg sebagai bukti perkenalan.. Takde can la nak mengular kan. Hoho!

Masa jumpa dgn slh seorg koordinator utk satu program nih, aku dan sorg lagi lecturer baru (hanya berdua), dapat nasihat dan tips yg sgt berguna dari beliau. Isu ni aku dah penah sebut dlm entry dlu2, mungkin 2 tahun lps kot.

Isunya adalah berkenaan KEBERKATAN.

Selain dari kata-kata smgt dan perangsang, koordinator tersebut ada pesan ttg isu berkat nih. Dia kata, walaupun masa bekerja seorg lecturer adalah fleksibel, means; takde specific time utk punch in or punch out mcm staff lain (boleh dtg time ada class saje), tapi seboleh2nya ckupkan la masa bekerja yg diperlukan iaitu 38.5 hours per week.

Bukan apa, di sini lah timbulnya isu berkat nih. Gaji yg kita dpt bulan2 tu, kita nak le supaya hasilnya adalah daripada keje yg ikhlas dan halal.

Kita nak guna duit gaji tu utk makan, yakni jadi darah daging, utk membesarkan anak2, utk bagi mak ayah.. Kan.. So kita mesti la nak bagi hasil yg terbaik kan.. Oleh itu, tak bleh la amek remeh bab2 keje ni. Sbb, bila gaji tak berkat, mula lah kita rasa duit gaji bulan2 tu tak ckup la, itu la, ini la..

Masuk bab membesarkan anak-anak nih, jika gaji yg kita dpt tu berkat, so anak2 pun akan membesar menjadi anak yg bijak pandai, baik, menghormati org tua dan sebagainya.

;)

Kita juga seboleh2nya keje la dgn open heart. Dengan ikhlas.. Mungkin ada di antara kita yg pada mulanya tak suka dgn karier kita, tapi minat dan suka tu boleh pupuk. Ingat satu je, kita nak gaji bulan2 kita dpt tu adalah hasil yg bersih, baik dan berkat.

Aku dan kwn aku tadi ralit sgt dgr kata2 dari koordinator tu. Sbb dgn muka dia yg bersih, nampak bercahaya, lembut dan mesej yg disampaikan tu buat kitorg rasa tak puas utk terus mendengar. :D

Tapi apapun, bukan setakat koordinator tu je yg buat kami berdua rasa sgt bersemangat, boleh dikatakan semua individu yg kami jumpa dan berkenalan di sini adalah mereka yg sgt baik, humble, dan supportive. Semuanya bagi kata perangsang dan semangat utk kitorg (lecturer baru) supaya terus berjuang dlm teaching line ni.

I'm starting to love this amazing family!


P/S: This is my passion, dan insyaAllah semuanya akan menjadi lancar. :)

Thursday, June 17, 2010

Great News!

Assalamualaikum

Salam 17 Jun 2010, 4 Rejab 1431.

Pagi-pagi ni masa driving on the way ke ofis, aku dpt call dari UiTM induk. So as expected, offer lett lantikan induk dah ready utk diambil. Yeay, alhamdulillah!

Once again, good news for me!

:D

Kalau ikutkan, spt yg dimaklumkan oleh admin kat sini, diorg kata surat tu maybe akan dpt dlm masa sebulan. Tapi, baru 2mggu ++, aku dah dpt good news ni, so sgt syukur..

Yelah bukan apa, selagi tak dpt surat lantikan dari induk, byk benefit yg aku takkan dpt. Contohnya, cuti bersalin aku takkan bergaji. Rugi lah kan. Selain tu gred gaji pun lain..

Cuma biasa la kan, aku kena tunggu 3 bulan baru dpt gaji. Hoho, better late than never kan! Bersusah dahulu, bersenang kemudian. :P Apapun news ni dah ckup membuatkan aku rasa hepi utk arini.

Alhamdulillah!


P/S: Ini berkat doa suami dan family tercinta..

Tuesday, June 15, 2010

Bersemangat!

Assalamualaikum

Salam 15 Jun 2010, 2 Rejab 1431.

Aku baru je masuk keje arini selepas bercuti selama 4 hari. Since Jumaat-Isnin. Amek cuti 2 hari. Sbb wedding kembar aku, Angah. :)

Handling kenduri di rumah mmg sgt memenatkan oke! Mak siap serik dah nak buat kenduri di rumah. Time aku kawin aritu, bersanding di dewan, so rileks la sket. Huhu, tapi apapun kedua2 pengantin sgt cute dan lovely.

:D

Bila tgk pengantin baru, dan2 rasa mcm nak kawin semula. Heeee.. Sbb sonok plak rasa diraikan. ;)

Apapun 4 hari tu rasa kejap je, rasa mcm tak puas bersama family. Dan yang paling menakutkan, aku mkn sgtttt le byk. Huhu, entah2 routine checkup hjung bln ni berat aku naik mendadak. **gugugugu** ngeri!

Lately aku selalu cramp kat betis. Kalau org utaqa, kata "tarik mengkarung".. Ya Allah sakit sungguh2. Dalam seminggu akan kena 2,3 kali. Huhu, tiap kali kena, mcm nak pengsan je. Siap nangis lagi. Heee.. Dan cramp tu akan jadi masa tgh tido mlm. Terjaga dari tido sbb tu je..

Bila tido di rumah klang, takpelah ada Mr Berry. So bleh la dia tlg urut ke apa ke.. Bila jadi di rumah ayah di Melaka nih, nangis le sorg2 menahan kesakitan. ;-(

Tiap kali jadi gitu, makin deras la air mata ni turun, yelah, bertambah rindu kat Mr Berry. :P

Time blk kampung weekend baru nih pun, jadi lagi cramp nye. Maybe sbb byk berjalan dan berdiri siangnya tu dok bagi souvenir kat tetamu kan. So mlm seterusnya tu, sblm tido aku sapu myk dan urut siap2, persediaan utk kalau2 kena cramp. Huhu..

Yelah, perut dah makin berat sbb baby makin besar, so kaki dah xlarat nak menampung kot. Bila byk bergerak, otot pun kejang la. Demi baby tercinta, tahan je la kan. Ini le namanya pengorbanan seorg ibu kan.. :D

Owh, pasal keje plak, segalanya masih berjalan lancar. Blk kampung baru nih, aku dah siap geledah kotak2 cari buku teks masa diploma dan degree. Yelah, nak refer utk mengajar nanti tak perlula aku nak beli lagi. Dah le sebuah buku tu bleh cecah RM60, RM70 gak. Mana de bajet skng. ;)

Hari ni aku bertolak dari rumah Klang, terus smp ofis. Sejam 45min gak laa amek masa. Aku keluar rumah jam 715pagi, smpai kul 855pagi. Oke la kan! Skrng kelas belum start so takde hal lah. Buat masa skrng aku masih stay di rumah ayah dan akan stay sini utk beberapa bulan lagi.

Aku dan Mr Berry dah ada solution utk solve mslh kitorg yg terpaksa dok berjauhan ni. Tapi belum confirm lagi. Tgh cuba nak usahakan. If dah dpt settle nanti, aku buat entry baru. Hohoho.. Apapun, planning solution tu dah cukup buat aku feel relieve dan bersemangat! At least i know, there must be a way to every problem that we have!

:D



P/S: Pagi tadi nak bertolak dtg keje pun nangis gak. Haihhh, fragile nya hati nih.. :P

Tuesday, June 8, 2010

Sudah Seminggu :D

Assalamualaikum

Salam 8 Jun, 25 Jamadilakhir..

Dah cukup seminggu aku keje di sini. Alhamdulillah everything's going fine..

:D

Workload belum mula, sbb student kan tgh cuti skrng. Cuma preparing sikit2 utk mula mengajar next month. Itupun baru confirm 2 subjek. Lagi 2 subjek not confirm yet. Yep! Aku kena mengajar 4 subjek oke. Heee, tp xpe, semua tu tanggungjawab kan.

So keje aku dlm semggu nih adalah photocopy sume notes, past year exam papers, dan apa2 je la dokumen berkaitan yg nak kena compile dan letak dlm teaching file.

Dan aku belum dpt bilik sendiri lagi, since bilik di kampus ni tak ckup kan. Mungkin kena tunggu building baru siap. Tapi, takpe, as long as aku dpt meja sndiri walaupun berkongsi bilik, itu dah ckup. Dan bagi aku, mcm lebih syok plak stay reramai bersama lecturers daripada faculties lain. Yg pastinya geng2 di sini sume kategori muda2. Below 30. ;)

Senior lecturers pulak sgt helpful, friendly..

:)

Aku berulang dari rumah ayah setiap hari ke kampus, ada la lebih kurang 30min amek masa. Agak jauh sbnrnya, tp sbbkan jalan kg dan x byk kereta, so cepatlah smp. Yelah, speed smp 100 kan. Maunya x cpt smpai. :P

Makanan di area sini pun murah, bygkan lah, utk lunch aku amek nasi putih, smbl keli goreng, sayur campur, dan air teh o ais baru RM3. Hihi.. Heaven sungguh! Tapi takde la sedappp sgt, boleh makan la. Tapi gerai kg je la, kalau kafe dlm kampus, mahai gak.

Oke, habis cite keje!

Nak cite psl family plak. Heee.. Sabtu lepas p scan bby. Tapi, di private clinic yg aku biasa buat routine checkup tu la. Doc bgtau, mengikut apa yg dia nampak, dia rasa mcm bby girl. :P Heee.. Tapi not sure yet la kan. Apa juga kemungkinan bleh jadi. Sbb dah ada a few kwn yg masa pregnant, scan kata girl, tup2 keluar boy. Hohoho..

Aku tak kisah pun sbrnya. Saje suka-suka!

Boy ke girl ke sama je, yg penting sihat dan sempurna. Next month aku akan scan di govt clinic lak. So kita tggu dan lihat ek. :D

Nama baby pun aku tak cari lagi. Sbb mcm blur2 je, selagi baby lum keluar, rasa mcm taktau nak letak nama apa. Heeee.. Yang penting, tak mau nama panjang2, sbb nama papa dia pun panjang. Kang x muat plak ic dia nnt. Lagipun, kalau nama panjang skalipun, kita dok panggil dia dgn nama pendek juga kan. ;)

So cdgnya nak letak satu patah perkataan je namanya. Then bleh panggil dia dgn nama penuh setiap hari. Barulah makna yg baik dlm nama tu bleh diibaratkan spt doa utk dia. Kan, kan..

(",)

Oke, stop dulu. Panjang sgt entry nih. Bye!



P/S: Seminggu yg penuh dgn airmata. Sob sob!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...