Tuesday, June 22, 2010

Berkat

Assalamualaikum

Salam 22 Jun, 9 Rejab..

Hari ke-2 bekerja dalam minggu nih mmg sangat pack dan memenatkan. Semalam pun hari yg sgt busy smpkan langsung tak sempat online. Nih mlm2 kat rumah, curi sket masa rest utk updating blog. Huhu..

Sejak lapor diri 1 Jun lepas, sume new lecturers kena lalui satu proses suaikenal dgn staff akademik + bukan akademik yg ada dlm senarai yg admin bagi. Dah mcm satu tradition utk sume staff baru tau.. Ada la dlm 30++ individu yg kitorg perlu jumpa dan berkenal-kenalan.

:)

So siang tadi pun aku masih berusaha keras utk lengkapkan kesemua senarai tuh. Sbb caranya adalah, lps jumpa dan berkenalan, kitorg kena amek signature diorg sebagai bukti perkenalan.. Takde can la nak mengular kan. Hoho!

Masa jumpa dgn slh seorg koordinator utk satu program nih, aku dan sorg lagi lecturer baru (hanya berdua), dapat nasihat dan tips yg sgt berguna dari beliau. Isu ni aku dah penah sebut dlm entry dlu2, mungkin 2 tahun lps kot.

Isunya adalah berkenaan KEBERKATAN.

Selain dari kata-kata smgt dan perangsang, koordinator tersebut ada pesan ttg isu berkat nih. Dia kata, walaupun masa bekerja seorg lecturer adalah fleksibel, means; takde specific time utk punch in or punch out mcm staff lain (boleh dtg time ada class saje), tapi seboleh2nya ckupkan la masa bekerja yg diperlukan iaitu 38.5 hours per week.

Bukan apa, di sini lah timbulnya isu berkat nih. Gaji yg kita dpt bulan2 tu, kita nak le supaya hasilnya adalah daripada keje yg ikhlas dan halal.

Kita nak guna duit gaji tu utk makan, yakni jadi darah daging, utk membesarkan anak2, utk bagi mak ayah.. Kan.. So kita mesti la nak bagi hasil yg terbaik kan.. Oleh itu, tak bleh la amek remeh bab2 keje ni. Sbb, bila gaji tak berkat, mula lah kita rasa duit gaji bulan2 tu tak ckup la, itu la, ini la..

Masuk bab membesarkan anak-anak nih, jika gaji yg kita dpt tu berkat, so anak2 pun akan membesar menjadi anak yg bijak pandai, baik, menghormati org tua dan sebagainya.

;)

Kita juga seboleh2nya keje la dgn open heart. Dengan ikhlas.. Mungkin ada di antara kita yg pada mulanya tak suka dgn karier kita, tapi minat dan suka tu boleh pupuk. Ingat satu je, kita nak gaji bulan2 kita dpt tu adalah hasil yg bersih, baik dan berkat.

Aku dan kwn aku tadi ralit sgt dgr kata2 dari koordinator tu. Sbb dgn muka dia yg bersih, nampak bercahaya, lembut dan mesej yg disampaikan tu buat kitorg rasa tak puas utk terus mendengar. :D

Tapi apapun, bukan setakat koordinator tu je yg buat kami berdua rasa sgt bersemangat, boleh dikatakan semua individu yg kami jumpa dan berkenalan di sini adalah mereka yg sgt baik, humble, dan supportive. Semuanya bagi kata perangsang dan semangat utk kitorg (lecturer baru) supaya terus berjuang dlm teaching line ni.

I'm starting to love this amazing family!


P/S: This is my passion, dan insyaAllah semuanya akan menjadi lancar. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...