Showing posts with label ~ Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label ~ Masak-masak. Show all posts

Monday, December 26, 2011

~ Roasted Chicken ~

Assalamualaikum.

Yeay, berjaya buat homemade roasted chicken for the 1st time.

Actually last 2 nights, tgk Jamie Oliver masak Roasted Turkey utk Christmas. Tp rasa mcm tingin plak nak buat jg tp ganti la dgn ayam kan.

So pagi2 pi Pasar Tani Alor Gajah, beli lah ayam seekor, takyah potong. Sbb nak roast segedebuk gitu. Baru la mcm roasted turkey kan. Hehehe.

Tapi aku x pakai resepi Jamie pun. Aku google je, cari resepi yg mana berkenan. Almaklum le, bila dah search gitu, byk betul resepinya kan. So try & error je la. Tgk mana yg sedap kan, kalau sedap, boleh buat lagi nanti.

:D

Last jumpa la satu resepi yg agak simple, bhn2 pun sikit dan mudah. Aku amek resepi tu di SINI. Tq ye owner sbb sharing resepi yang sedap nih. Skrng aku pun nak share dgn semua. Ada la sikit2 aku altered resepi.

:)

Bahan2:

1) Seekor ayam bersaiz sederhana (dibersihkan dan keluarkan organ dalamannya).
2) 2 sudu besar minyak zaitun (aku xmasukkan pun sbb takde. Huhu).
3) 2 inci halia.
4) 2 ulas bawang putih.
5) 1 biji bawang besar.
6) 1 sudu besar sos tiram.
7) 2 sudu besar madu.
8) 1 sudu besar gula.
9) 1/2 sudu kecil garam.
10) 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
11) 1 sudu besar jus lemon.
12) 1 sudu kecil serbuk kunyit.
13) Sedikit marjerin atau mentega. (Aku guna mentega).
14) Sedikit lada sulah.

Cara2nya:

- Blend halia, bwg putih, bwg besar dgn sedikit air sehingga hancur. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Dan campurkan gula, lada hitam, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada sulah.

- Kemudian, cucuk2kan ayam tadi dgn garfu dan lumurkan semua bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam. Perap ayam selama 3 jam atau lebih.

- Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama sejam atau sehingga masak. (Aku bakar lebih kurg sejam setgh). Selepas 30minit dibakar, keluarkan ayam, dan sapukan mentega dan juga lebihan minyak yang tedapat dalam dulang pembakar di seluruh ayam. (Aku sapu mentega di bwh lapisan kulit ayam). Kemudian, teruskan pembakaran.

- Pastikan permukaan ayam keperang-perangan. Balik-balikkan ayam tersebutdan bakar sehingga garing dan masak.

- Kemudian, apabila siap dimasak, boleh dihidangkan bersama nasi, whipped potato, coselaw dan apa2 je la yg anda suka. :) Dgn pasta pun boleh, dgn mee pun boleh, nak ratah saje pun sedap!

Aku ratah je, then cicah dgn sos pencicah, beli yg readymade, from Kelantan.

Dan it's Yummy!

Cumanya next time if aku nak buat lagi, aku nak perap lama sikit supaya rasa perapan tu menyerap ke dalam setiap lapisan isi ayam. Keempukan ayam tu dah ada, cuma kurg rasa je. Silalah mencuba!



P/S: Mr Berry pun suka! ;)

Wednesday, September 14, 2011

~ Masih Mood Syawal ~

Assalamualaikum.

Sejak balik sini blk lepas cuti raya aritu, asyik teringin nak mkn lemang & ketupat je. Sbb masa raya aritu dpt makan lemang yg sgt sedap. Mak tempah dari kwn dia, mmg kwn tu buat lemang setiap tahun. Lemang dia mmg sgt2 marvelous!

Lembut dan lemak tau.

*Meleleh air liuq**

2 hari lepas balik sini, pi la beli lemang yg dijual di tepi jalan. Kakak tu jual byk btg juga. Mcm besar-besaran juga la business lemang dia. Mcm2 saiz ada, tp aku pilih yg paling pendek dan kurus. Saje nak try dlu. Dia jual sekali dgn rendang daging kering.

Smpai je rumah, dgn gelojohnya cpt2 potong lemang tu. Tak sbr sungguh nak rasa.

Masuk je mulut, hmmmmm lembuttt, mcm nak sedap tapi oOoOoO masinnya!!

Uwawawawawa!

Kecewa oke.

Dah tu rendang daging tu pun ala2 masin. Bila dicicah dan digabungkan kedua2nya, lemang&rendang, bertambah2 masin la jadinya. Haihhh..

Syg sungguh, kelembutan pulut tu dah ada, cuma rasa plak masin kan.

Last2 pagi esoknya ke tong sampah la jg lemang tu. Aku mkn 2 potong je.. Huhuhuhu..

Kesannya, smpai skrng masih lagi craving for lemang yg sedap dan ketupat palas. Tak kisah la cicah dgn serunding daging pun sedap, gulai daging pun oke, rendang pun layan kan..

Aduyai!

Tu yg cdg2nya nak buat ketupat palas sendiri. Tapi x sure plak market sini ada jual daun palas dak. Almaklum le, belah2 selatan ni depa makan ketupat nasi kan. Aku org belah2 utaqha ni wajib makan ketupat pulut daun palas.

Bila pi open house belah2 sini pun takde sorg yg jamu ketupat palas. Hmm, so nak tak nak utk menghilangkan keinginan ni, terpaksa la aku buat sendiri kan. Cumanya nak pi tgk kat market weekend ni, nak tgk ada x org jual daun palas. Kalau ada, kira ON je la ni.

Yum yum!


P/S: Masa raya aritu, makan tak sampai sebiji pun ketupat palas. *_*

Saturday, August 13, 2011

~ Chocolate Oat Cookies ~

Assalamualaikum.

Petang tadi sempat buat cookies ni sebelum start masak utk berbuka. Ada 3 reasons kenapa nak sgt buat cookies ni.

1. Ada byk stok oat segera kat rumah, konon2nya aritu nak amalkan makan oat utk diet dan kesihatan. Tp sbb rasanya yg kurg sedap kat tekak aku & Mr Berry, so terbiar la kat situ oat tuh. Huhu.

2. Mmg penah makan cookies yg guna oat sbgai one of the main ingredient dulu2. Masih teringat rasanya yg sedap, so search la dlm tenet, finally jumpa resipi nih.

3. Konon2 nak killing time la kan, sementara nak tggu waktu berbuka (padahal tak sedar diri, dok kalut2 dgn Auni, sambil uli doh sambil ligan Auni yg cuba utk 'membantu' mamanya.)

Dan resepi nih seriussss sgt sedap oke! Cookies ni rasanya mcm Famos Amos nye cookies tu. Kalau tak caye, try lah buat!

:)

Aku amek resepi ni dari blog Masam Manis. Akak ni pun amek dari somewhere else juga, tapi since aku jumpa resepi nih dlm blog dia, so credit goes to her la kan.. Hehe.. Sgt teruja tgk resepi2 dlm blog akak ni. Gambar pun cantik2 sgt!

Oke, aku copy paste resepinya kat sini ye. Aku ada tambah2 sket, nanti aku tulis kat resepi tu.

Nama Asal Cookies ni: Oat Crips Cookies. (Tapi aku letak nama sendiri since aku letak coklatnya byk2.) :P

Bahan2nya:
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko (aku letak lebih, dalam 50g)
½ sk serbuk penaik
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis (aku tak buh pun)
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nipis (aku ganti dengan chocolate chips, so rasa coklatnya lebih lagi la.)

Cara2nya:
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
Masukkan garam dan Quaker Oats Segera serta chocolate chips/badam nipis dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, esen vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang. (aku buat bulat2 dan leperkan je sbb malas. :P)
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

SELAMAT MENCUBA!

P/S: Sharing is caring.

Tuesday, July 26, 2011

~ Moist Chocolate Cake ~

Assalamualaikum.

Pagi ni tak sempat taip entri. Juz nak letak gambar nih je. :P


P/S: I love chocolate cake so much!! ;)

Monday, July 11, 2011

~ Kek Pisang ~

Assalamualaikum.

Hari ni entry makanan lg.

Semalam saje syok2 buat kek pisang. Sbb pisang emas yg beli aritu masih berbaki 7 biji. Nak buat cekodok pun dah bosan, baru je lagi makan cekodok.


So tetiba rasa nak makan kek pisang. Terpaksa la men'google' resepi. Masa form 2 dulu, rajin buat kek pisang. Tp oleh sbb lama dah tak buat, dah tak igt resepinya.

Hehe.

Godek2, dpt le resepinya, tp aku buat half adunan je since pisang nya x byk. Aku share ye resepi:

Bahan2:

1. Satu setengah cawan tepung gandum (Ayak).
2. Telur 3 biji.
3. 1 sudu teh soda bikarbonat.
4. Setengah cawan minyak masak.
5. Satu cawan pisang yang sudah dilenyek.
6. 1 cawan gula pasir (Kalau takmau manis, kurgkan gula, aku letak 3/4 cawan saje).
7. Satu sudu kecik esen pisang (Aku takde esen pisang, so aku guna esen vanilla).

Cara2nya:

1. Pukul telur dan gula sehingga betul2 kembang.
2. Kemudian masukkan tepung yg sudah diayak bersama soda bikarbonat tadi, sedikit demi sedikit. Selang seli dgn pisang yg dilenyek. Lakukan sehingga habis. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan minyak masak dan esen pisang. Kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg sudah disapu sedikit marjerin dan tepung.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170 sehingga masak (Lebih kurang 30min-40min).

Important message: Kalau nak doublekan adunan, tempoh masak pun akan lebih panjang.

Aku mmg suka kuih2 muih berasaskan pisang, so rasa sedap je la kek tu. Taktau la tekak org lain. Apapun kalau nak cuba, sila lah.

:)

P/S: Collecting recipes for Ramadhan & Aidilfitri.

Tuesday, June 28, 2011

~ Semperit ~

Assalamualaikum.

Sabtu lepas saje try2 buat kuih raya, semperit. 1st time buat nih!

Sebelum2 nih penah gak try buat kuih raya, tp tak penah menjadi. Huhuhu, mungkin sbb oven jg kot.

So kali ni, try la buat, since Mr Berry suka kuih semperit ni. Kitorang kat utara mmg panggil semperit, tp ada certain area, org panggil biskut dahlia la, biskut bunga cina la. Mcm2 la kan.

Heee..

Ni pun godek2 resepi online je. Alhamdulillah menjadi la. Mmg rangup dan lembut. Gebu je.. Ehehe cuma kaler je xberapa kuning. Maybe kena letak tepung castard kot kan.

Apapun best lah!



P/S: So raya tahun ni boleh la buat semperit sendiri, takyah beli dah. Jimat!


Thursday, June 23, 2011

~ Karipap Sardin ~

Assalamualaikum.

Kali ni entry makan2.

Ni la 1st time aku try buat karipap sendiri. Godek2 resepi dari internet la kan. Dan tak sangka sedap. Uhuhuhu.

Bkn la bermaksud nak puji masakan sendiri (walaupun ada la sikit2 :P) tp disebabkan resepi tu lah karipap ni menjadi.

Terer betul org yg bg resepi tu. Tima kasih byk2 lah kan.

Yg menguli doh sudah semestinya aku, tp bab nak kelim karipap tu aku x pandai. Acuan pn takde nak guna. So Mr Berry tlg kelim. Heee, see, dia sgt talented kan bab2 art ni.

:)

Apapun happy oke, sbb Mr Berry bg gred A utk karipap ni. Dia nih kedekut markah sket. Hahahaha.


Karipap ni walaupun dah sejuk, masih lagi rangup dan lembut di dalam. Sedap OoO.. Aku guna inti sadin + kentang je. Ayam or daging xde, kalau buat inti ayam/daging mesti lagi umppph. Yum yum!

Nanti bleh try buat lagi.


P/S: Lepas ni nak try buat pastry sendiri lah.

Tuesday, April 5, 2011

~Sardine puff~

Assalamualaikum.

Pagi tadi aku sempat buat Sardine puff. That was my 1st trial tau.

:)

Tapi, jgn salah sangka. Aku guna pastry brand Kawan je. So masuk inti je & bakar. Heeee. Belum blaja camne nak buat doh pastry sendiri lagi.

:P

Yg mudah ada kan, so guna saja.

Cuma aku tak kreatif nak membentukkan puff tu je. Kena blaja nih.


~Silap aku sebab tak pandai kemaskan puff tu. Bila bakar, terbuka~


~Hee sgt tak kreatif kan~


~Nih takde kena mengena dgn entry kali ni. Nih pict Bbq ayam, specially made by Mr Berry~

Hee terliur plak tgk makanan memalam camni.

**Drooling**


P/S: Dah makin rajin masak sendiri. :)

Monday, March 28, 2011

~ Bersih ke tak bersih? ~

Assalamualaikum.

Minggu lepas langsung tak berupdate blog aku nih. Sungguh2 ikut mood. Huhuhu.

Nak kata bz sgt, dak juga. Dok kalut dgn keja umah ja la sket2. Setakat berFB tu boleh la. Nak mengarang tu yg malas sket.

;)

Lately aku asik terbaca mcm2 cita pasai status keHALALan makanan. Konon ada restoran yg takdak cop halal la, ditarik balik sijil halal la, ada kandungan yg xsepatutnya la.. Huhu..

Bukan setakat isu halal ke tak je, isu bersih ke tak pun menjadi kerisauan skrng ni kan.

Dan2 rasa risau dan takut plak nak makan or beli makanan luar.

Kdg2 bila kita nak pi beli kuih kat gerai tepi jalan contohnya, kita tgk dari segi zahirnya, nampak mcm bersih je. Sbb kuih tu dibungkus rapi dan diletakkan dlm bekas yg bersih. Tapi, kita xtau, sama ada pembuat kuih tu pembersih ke tak kan..

Mana la tau, tah2 ada yg tak basuh tgn lepas keluaq toilet, terus dia pi gaul tepung. Huhuhu, can't imagine it!

Kita taktau, sbb kita tak nampak.

Tapi, aku takde la claim yg semua pembuat dan penjual kuih BUKAN pembersih. Ada juga yg cermat, teliti dan sgt pembersih kan. Cuma kita ni sebagai pembeli, kita taktau sbb kita tak nampak. Apa yg kita boleh buat hanya la YAKIN yg kuih tu bersih.

:D

Kan?

Jangan pulak bila entry aku ni mencetuskan kemarahan para penjual kuih. Aku cuma ckp ada sebilangannya saje yg dok buat camtu. Dan hakikatnya, aku pun masih juga membeli kuih or makanan di luaq. Mcm aku kata tadi, aku hanya YAKIN dan mengikut kata hati. Mudah-mudahan makanan yg dibeli dan dimakan tu suci dan halal la kan.

Takut juga bila pk bab2 camni. Ye la, makanan tu akan jadi darah daging kita kan.. Kena jaga2 juga la.

So, skrng ni konon2nya nak berazam la kan, nak cuba sedaya upaya utk masak je kat umah. Sebab kita sendiri yg masak, so lebih yakin la dgn cara penyediaannya tu kan.

Tp nak masak sendiri pun, still kita kena tgk dulu betui2 bahan mentah yg kita beli tu bersih dak, halal dak..

:)


P/S: Sebab tu skng ni rajin buat kek sendiri. Aci tak? :P

Sunday, March 20, 2011

~ Tea Time ~

Assalamualaikum.

Hee saje gatai2 nak letak menu minum petang tadi.

Buat cucoq udang instant je pun. :P

Cuma alter bubuh udang besaq2. Tp bila dah goreng xnampak lak mana udangnya. Heee.

Aku guna tepung instant Adabi. Sedap! Cuma taste aku, aku x ikut sukatan air kat tertulis kat peket tu. Aku pun air lebih sket. Baru lembut di dalam, rangup di luaq.

:P


Padan dgn air teh. Yumm yumm!


P/S: ~ Hujan2 plak ptg2 ni, sedap betoi dok mamam. ;) ~

Thursday, March 17, 2011

~ Resepi ~

Assalamualaikum.

Hari ni mood nak bercerita pasal masak2, makan2..

:D

Salah satu hobi aku adalah suka tgk2 resepi, tgk2 foods pictures nih dari dulu2 lagi. Dari zaman muda remaja dulu. Heee.

Mungkin penyebab utamanya adalah aku suka makan, so secara x langsung suka lah dok tgk resepi2 best dan gambar makanan yg menarik kan.. Masak pun suka juga, cuma biasa la, kdg2 takde mood juga nak masak.

:)

Tu juga antara penyebab nape aku susah nak reduce weight. Hohoho!

Skrng ni kalau kat FB, page yg wajib aku buka adalah page KONGSI RESEPI. Syok sungguh tgk gambar2 makanan yg org upload. Nampak yummy sungguh! Kdg2 kalau rajin ada juga aku try resepi yg dorang kasi tu.

Kalau kat blog ni, ada juga la 2,3 blog masak2 yg aku rajin view. Ada link dorang kat sebelah ni kalau sesapa yg rasa nak tgk2 juga.

Best kan jadi org yg terer masak. Terer buat cookies, cakes, lauk pauk, deserts, sume2 lah. Heee.. Aku ni bab lauk pauk, insyaAllah boleh lagi la kan nak masak. Tapi bab2 baking ni lemah sket. Especially cookies la. Tak penahnya jadi.

Cakes tu oke juga la, sejak dua menjak ni menjadi juga la buat. Yg slalu dok buat pun, chocolate cake je. Hihihi. Yg len, try yg instant je.

:P Ooops, kantoi sudaa!

Roti & pastri adalah antara dalam senarai yg aku nak cuba buat.

Tapi tu la, kalau dah buat, takkan tak makan, ye tak. Huhuhu. Susah la camni.

Haihhh..

Hmm oke la, sebut pasal makan, tetiba rasa lapar plak. Aku tutup entry dgn gambar sambosah beef. One of arab cuisine. Sedap gak. Mcm popia. Cuma takde sauce atau kuah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...