Monday, December 26, 2011

~ Roasted Chicken ~

Assalamualaikum.

Yeay, berjaya buat homemade roasted chicken for the 1st time.

Actually last 2 nights, tgk Jamie Oliver masak Roasted Turkey utk Christmas. Tp rasa mcm tingin plak nak buat jg tp ganti la dgn ayam kan.

So pagi2 pi Pasar Tani Alor Gajah, beli lah ayam seekor, takyah potong. Sbb nak roast segedebuk gitu. Baru la mcm roasted turkey kan. Hehehe.

Tapi aku x pakai resepi Jamie pun. Aku google je, cari resepi yg mana berkenan. Almaklum le, bila dah search gitu, byk betul resepinya kan. So try & error je la. Tgk mana yg sedap kan, kalau sedap, boleh buat lagi nanti.

:D

Last jumpa la satu resepi yg agak simple, bhn2 pun sikit dan mudah. Aku amek resepi tu di SINI. Tq ye owner sbb sharing resepi yang sedap nih. Skrng aku pun nak share dgn semua. Ada la sikit2 aku altered resepi.

:)

Bahan2:

1) Seekor ayam bersaiz sederhana (dibersihkan dan keluarkan organ dalamannya).
2) 2 sudu besar minyak zaitun (aku xmasukkan pun sbb takde. Huhu).
3) 2 inci halia.
4) 2 ulas bawang putih.
5) 1 biji bawang besar.
6) 1 sudu besar sos tiram.
7) 2 sudu besar madu.
8) 1 sudu besar gula.
9) 1/2 sudu kecil garam.
10) 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
11) 1 sudu besar jus lemon.
12) 1 sudu kecil serbuk kunyit.
13) Sedikit marjerin atau mentega. (Aku guna mentega).
14) Sedikit lada sulah.

Cara2nya:

- Blend halia, bwg putih, bwg besar dgn sedikit air sehingga hancur. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Dan campurkan gula, lada hitam, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada sulah.

- Kemudian, cucuk2kan ayam tadi dgn garfu dan lumurkan semua bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam. Perap ayam selama 3 jam atau lebih.

- Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama sejam atau sehingga masak. (Aku bakar lebih kurg sejam setgh). Selepas 30minit dibakar, keluarkan ayam, dan sapukan mentega dan juga lebihan minyak yang tedapat dalam dulang pembakar di seluruh ayam. (Aku sapu mentega di bwh lapisan kulit ayam). Kemudian, teruskan pembakaran.

- Pastikan permukaan ayam keperang-perangan. Balik-balikkan ayam tersebutdan bakar sehingga garing dan masak.

- Kemudian, apabila siap dimasak, boleh dihidangkan bersama nasi, whipped potato, coselaw dan apa2 je la yg anda suka. :) Dgn pasta pun boleh, dgn mee pun boleh, nak ratah saje pun sedap!

Aku ratah je, then cicah dgn sos pencicah, beli yg readymade, from Kelantan.

Dan it's Yummy!

Cumanya next time if aku nak buat lagi, aku nak perap lama sikit supaya rasa perapan tu menyerap ke dalam setiap lapisan isi ayam. Keempukan ayam tu dah ada, cuma kurg rasa je. Silalah mencuba!



P/S: Mr Berry pun suka! ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...