Thursday, December 15, 2011

~ 1 bulan ~

Assalamualaikum.


Dah sebulan rasanya aku x update blog nih. Last update aku pun masa 1st day induksi. Then sepanjang induksi langsung x sempat nak jengah blog. Mlm2 ada la jg masa senggang, tp bdn plak letih & mata x larat buka.


Rasa rindu juga la nak update sebenarnya. Tapi tu la, bila dah lama x mengarang, otak pun jadi lembab skit. Huhuhu.


Oke, aku nak cite sket ttg induksi aritu. Tempoh induksi aku kan 2 minggu. Masa 1st, 2nd, 3rd day tu asik nangis je rindukan auni. Kira kronik juga la. Asal tgk MMS gambar auni, Mr Berry sent, air mata ni terus je meleleh.


:P


Asal Mr Berry called je, dgr je suara auni, nangis lagi..


Mmg rasa suffered sungguh la berpisah dgn anak nih kan!


Last2 Mr Berry decided nak mai kat aku. Sbb auni pun nampak mcm sedih dan tak keruan sejak aku takde kat rumah. So aku pun cari2 la homestay utk sewa selama seminggu. Sbb Mr Berry & auni nak stay seminggu sampai aku abes kursus.


Last2 dpt la satu rumah ni, kira2 10min dari tmpt latihan. Asalnya owner homestay tu letak rm150 sehari. Kira mahai juga la, kalau dah 7 hari = RM1050. Tp masa aku called dia, dia kata dia bg murah sket, rm100 sehari.


So mengenangkan dah mls nak cari homestay lain dan rumah tu pun elok je luar dalam, aku pun setuju je. Dan masa berjumpa dgn owner homestay tu utk amek kunci, ttiba dia bgtau yg dia kira cincai, seminggu aku dok situ dia caj rm500 je.


Alhamdulillah!


Lega sket aku dgr. Ye la, klu ikutkan ramai je yg kata mahal la, x berbaloi la, sanggup plak perabes rm500 tu sesaje kan. Tapi nak buat mcm mana, dah tak terbendung rasa rindu kat auni & Mr Berry. Lgpun dorang berdua la 'semangat' aku. Kalau dorang ada, at least bleh la aku fokus kat kursus induksi ni. Kalau tak, asik teringat je. Apa penceramah ckp kat depan pun aku taktau!


So hari Jumaat, 18 Nov, Mr Berry & auni pun bertolak mai kat aku. 1st time Mr Berry travel jauh berdua dgn auni je. Kira pecah rekod la. Sepanjang perjalanan tu auni behave je. Bagus betui anak mama ni..


Then hari terakhir kursus cuma ada exam. Tghari dah settled. Lps tu aku bergegas blk homestay, packing brg, siapkan auni, byr duit homestay dan terus gerak menuju ke Lumut. Niat hati saje nak berjalan2 sblm blk melaka.


Mula2 kitorang pi Teluk Batik. Dah lama aku tak pi situ. Last pi masa sekolah rendah je. Lepak situ sat, then gerak ke Jeti Lumut. Konon2 nak p beli ikan kering, sotong2 je kat situ. Bila dah smpai Jeti Lumut tu, tetiba rasa excited semacam je. Time tu dah pukul 4ptg. Orang tak berapa ramai time tu sbb cuti sekolah baru nak bermula.


Tiba2 aku buat plan last minute. Rasa mcm nak pi ke Pulau Pangkor. Alang2 dah sampai kan.. So, terus amek tiket dan book hotel. Tiket feri kitorang pukul 7mlm.


Kitorang parking keta kat tmpt slmt, re-packing brg, amek yg penting2 je masuk dlm beg galas, dan terus naik feri.


Hehehehe.


Smp pulau pun dah gelap. Naik van pink ke resort dkt pasir bogak, 3km je dari jeti. Sampai je terus check-in, mandikan auni, dan pegi dinner. Jalan kaki je pun, sebelah resort je. Saje tak mkn kat kafe resort tu sbb xbyk pilihan.


Pagi2 esoknya breakfast di kafe resort, dan jalan2 tepi pantai.


Pastu introduced auni dgn swimming pool. 1st time nih. Siap beli pelampung dan swimming suit utk auni. Mula2 takut dia refuse nak masuk kolam, tup2 dia sgt sukaaaaa! Sampaikan takmau keluaq dari kolam walaupun mulut dah biru dan ketaq2.


Lepas mandi2 di swimming pool, aku & auni naik bilik, mandi2, siap2, then tido. Mr Berry je sambung mandi kat pantai plak. Yelah, rugi plak rasanya tak mandi pantai sbb air jernih sgt.


Dalam pukul 1230tghari kitorang check out dan naik van pink ke jeti. Dpt naik feri pukul 145ptg. Dalam pukul 3ptg gerak blk melaka dari jeti lumut. Sempat le beli2 sotong, dan kerepek2 sket.


Walaupun sat ja spent masa di Pulau Pangkor, tapi rasa happy sgt! Sbb konon2 dpt release tension lps 2minggu berkursus la kan.. Rasa mcm nak je pi lg situ nanti2. Next time nak p lama sket, 3hari 2 malam ke kan, baru puas main pantai.


:D


Pjgnya cerita aku kan.


Okelah shall stop here! Nanti cerita lain pula.



P/S: Mid-term break nih nak p mana plak??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...