Monday, July 11, 2011

~ Kek Pisang ~

Assalamualaikum.

Hari ni entry makanan lg.

Semalam saje syok2 buat kek pisang. Sbb pisang emas yg beli aritu masih berbaki 7 biji. Nak buat cekodok pun dah bosan, baru je lagi makan cekodok.


So tetiba rasa nak makan kek pisang. Terpaksa la men'google' resepi. Masa form 2 dulu, rajin buat kek pisang. Tp oleh sbb lama dah tak buat, dah tak igt resepinya.

Hehe.

Godek2, dpt le resepinya, tp aku buat half adunan je since pisang nya x byk. Aku share ye resepi:

Bahan2:

1. Satu setengah cawan tepung gandum (Ayak).
2. Telur 3 biji.
3. 1 sudu teh soda bikarbonat.
4. Setengah cawan minyak masak.
5. Satu cawan pisang yang sudah dilenyek.
6. 1 cawan gula pasir (Kalau takmau manis, kurgkan gula, aku letak 3/4 cawan saje).
7. Satu sudu kecik esen pisang (Aku takde esen pisang, so aku guna esen vanilla).

Cara2nya:

1. Pukul telur dan gula sehingga betul2 kembang.
2. Kemudian masukkan tepung yg sudah diayak bersama soda bikarbonat tadi, sedikit demi sedikit. Selang seli dgn pisang yg dilenyek. Lakukan sehingga habis. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan minyak masak dan esen pisang. Kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg sudah disapu sedikit marjerin dan tepung.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170 sehingga masak (Lebih kurang 30min-40min).

Important message: Kalau nak doublekan adunan, tempoh masak pun akan lebih panjang.

Aku mmg suka kuih2 muih berasaskan pisang, so rasa sedap je la kek tu. Taktau la tekak org lain. Apapun kalau nak cuba, sila lah.

:)

P/S: Collecting recipes for Ramadhan & Aidilfitri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...