Assalamualaikum.
Buat pertama kalinya dlm sejarah, smpai je ofis tadi, takde sorg pn.
Uwawawawa!
Pintu berkunci, nasib le ada kunci kan..
:)
For time being aku mmg stay kt sharing room. Ada lebih kurang 25 org kat bilik aku dok skrng ni. Nanti building baru siap bulan Sept, baru la pakat2 pindah. Dok berdua satu bilik. Tapi aku x kisah. Seronok je dok reramai. Sharing dgn lect lain2 fak. Baru la dpt kenai2 dgn org lain kan, takde la kenai lect sama fak je. Ye tak..
Tp dlm ramai2 tu, arini aku masuk ofis, takde sorg pun tau!
Huhuhu..
Sebab apa?
Sebab skrng ni students tgh cuti pertghan sem. So rmai le lect amek kesempatan utk bercuti.. Yela, kitorg keje sini hanya boleh apply cuti if student cuti saje. Kalau idak, sape la nak mengajar students sume kan.. That's y sunyi je ofis arini. Hehehe..
Kelazimannya, aku pun akan cuti if students cuti. Tp this time, tak cuti ye. Even though students cuti seminggu tau. Lama juga tu!
Mr Berry tak apply cuti, so takkan la aku je nak cuti dan blk kg kan.. Hmm nanti lah balik time posa. Rindu nih toksah ckp le, sgt2 oke!
Semalam, aku tgk rancangan Tanyalah Ustaz kat channel 9. Rancangan tu sbnrnya pagi, tp mmg ada ulangannya malam. Sebelum2 ni ulangannya tgh malam, tp semalam pukul 10malam depa dah tayang.
Kalau nak hrp aku tgk pagi, mmg tak sempat la. Tu yg kdg2 kalau tingat, teruih tgk. Malam pun malam le kan..
Topiknya semalam adalah "Pra Ramadhan".
Ustaznya aku x bape familiar, apa tah namanya. Tapi syok dan lawak juga ustaz tu.
Topik ni discuss ttg persediaan kita nak hadapi bulan Ramadhan, dan amalan2 yg patut kita buat spjg Ramadhan. Mmg best lah, sbb rasa excited sgt nak menyambut Ramadhan skali lagi. Doa2 moga sempat le nak menikmati keberkatan Ramadhan ni kan.
Lebih kurang 2 minggu je lagi kan, tak lama dah..
Antara isi pati semalam adalah ttg keberkatan bersahur. Ada audience yg tanya, adakah dikira bersahur kalau makan tgh malam sebelum tido? Dan jawapannya tidak lah ye. Hehehe. Tu kita namakan "supper", bukannya bersahur. Mmg bersahur kena lakukan sebelum Subuh. Kena jamah sikit makanan.
Ustaz tu sebut juga yg amalan bersahur ni la antara amalan yg mudah dan senang utk dapat Pahala. Ye la, kita perlu bangun sekejap sebelum Subuh dan jamah sedikit makanan. Susah ke?
Oleh sebab amalan ni senang utk dapat Pahala, jom le kita pakat2 grab peluang ni kan.
Ada certain org, alasan takmoh bersahur adalah sbb takde selera nak makan.
Ye, mmg le, tak dinafikan ada juga jenis org yg tak bleh makan time2 camtu kan. Tapi, bersahur tu tidak semestinya makan dgn kadar jumlah yg byk. Kalau dah takde selera, cukup la sekadar mnum air dan jamah sedikit buah kurma. Itu sudah memadai. Kita cuma cuba utk mendapatkan keberkatan bersahur tu kan..
Perbezaan antara puasa org Islam dan bukan Islam adalah "bersahur". So mari lah kita ramai2 bangun bersahur dalam bulan Ramadhan nanti.
Sebut pasal sahur ni, aku nak share pengalaman sendiri. Bulan Ramadhan tahun lepas, aku berpuasa ketika tgh sarat mengandung. Time tu tgh mengandung 8bulan. Dan alhamdulillah aku berjaya utk puasa penuh. Eh cuma ada tertinggal sehari disebabkan masalah kesihatan.
Dan alhamdulillah aku diberikan tenaga spjg hari utk menahan diri dari makan dan minum, berjalan kaki ke kelas, naik tangga 3 tingkat dan mengajar berterusan selama 2,3 jam (walaupun sdg sarat mengandung).
Antara amalan aku ketika tu adalah bersahur.. Mmg setiap pagi aku takkan tinggal sahur. Yelah, time sarat mengandung ni, takleh la nak pentingkan diri kan. Ada bby dlm rahim yg memerlukan nutrien dari ibunya.
Kalau dah puasa, takleh nak makan dan minum di siang hari kan. So aku mesti bersahur. Dan mesti cari makanan yg boleh bekalkan tenaga spjg hari sampai le waktu berbuka.
Apa yg aku makan ketika sahur?
Ha, aku amalkan makan buah kurma 3 atau 5 biji dan mnum susu segelas. Kdg2 tu, lepas minum susu dan makan buah kurma, aku makan juga nasi utk bekalan tenaga tambahan.
:P
Tapi sebenarnya buah kurma dan susu tu dah cukup utk membekalkan tenaga sepanjang hari tau.
Pernah juga aku tak makan nasi time sahur, just makan buah kurma dan susu, tp alhamdulillah sepanjang hari rasa bertenaga je. Sungguh ni!
Sebab ni antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W. ketika Ramadhan. Sgt bagus kan..
So kepada kwn2 yg sedang mengandung tu, tak perlu laa risau sgt bila tibanya Ramadhan ni. Puasa tu kan wajib, cuba la utk tunaikannya. Jgn simply taknak berpuasa just kerana mengandung. Unless kalau mmg dinasihatkan doctor supaya tidak berpuasa disebabkan masalah kesihatan. Tu takpela, memudaratkan kesihatan kan.
Ubat yg doctor kasi mcm acid folic, obimin tu, boleh makan time sahur, sebelum makan apa2. :)
Sama juga mcm ibu yg sedang menyusu. Aku penah terbaca satu kes, seorg doktor mengeluarkan kenyataan bahawa ibu yg sedang menyusu baby, tak boleh berpuasa langsung. Sbb bila puasa, akan terjadinya perubahan hormon (xtau la hormon apa kan) dan susu tidak akan dapat dihasilkan smpai bila2.
Huhuhu..
Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih..
Kita tunaikan tanggungjawab dan kewajipan kita terhadapNya, iaitu berpuasa, insyaAllah Dia akan memberi ganjaranNya.
Ada je kwn2 aku yg sedang mengandung, tp masih menyusukan anak sulung dia, tp dia berpuasa. Alhamdulillah dia masih mampu utk fully breastfeed kan anak dia. Ha, see! Mengandung + menyusukan anak lagi.
Cuma kalau ada masalah kesihatan, takpela kan.. Mmg la sbnrnya ibu yg sedang menyusukan anak diberi kelonggaran utk tidak berpuasa (kena ganti la), tapi seboleh2nya cuba dulu. So takde la kena ganti di kemudian hari. Takkan nak ganti smp sebulan kot kan. Heee.
Kalau risau, time sahur cuba minum susu, makan buah kurma, minum horlicks ke.. Tu sume bleh membanyakkan susu badan. InsyaAllah.
Hee pjg berjela plak entry kali ni. Niat aku bukannya nak memandai2 ye, cuma nak share ilmu yg aku dpt semalam.
:)
Sharing is caring kan! *_*
P/S: Share ilmu tu kan menda yg baik!
No comments:
Post a Comment