Assalamualaikum
Selamat Menyambut Hari Merdeka yg Ke 50 esok! Hehe,starting blog hari ni penuh bersemangat patriotik. So, apa plan kwn2 sepanjang 3 hari bercuti ni? Aku mcm last week juga, pagi2 sok aku nak blk S.Alam. Windu lg.. Memula plan nak blk ptg ni juga. Tapi, bila difikirkan balik, xmaulah bersusah payah berebut-rebut dgn org ramai yang nak celebrate merdeka tgh mlm ni.
Biasa la bila jadi pengguna setia perkhidmatan awam ni. Aku macam x sanggup je berhimpit-himpit sampai nak pengsan. Erm, kalau ada kereta sendiri kan best.. Oh ya, sebut psl kereta, kereta kwn2 semua dah pasang bendera Malaysia belum? Kalau awal bulan Ogos hari tu, ramai yg memberi alasan, "Awal lagi lah, pasang hujung2 bulan la baru feel tu ada..." So, hari ni dah 30hb, tinggal beberapa jam lagi kita akan menyambutnya. Tapi yang sedihnya, tak ramai yang memasang bendera di kereta mereka.
Kenapa ya? Ermp, ada juga di antara rakan-rakan aku menegaskan bahawa patriotik itu tidak semestinya ditunjukkan dgn cara memasang bendera. Ye, memang betul. Ada byk cara untuk menunjukkan sikap kasih dan syg kita kepada negara kita. Tapi dgn cara memasang bendera di kereta,di rumah, di ofis adalah salah satu cara yang paling mudah utk dilaksanakan. So, kenapa kita tidak mahu melakukannya? Setakat cara yang senang tu pun kita x nak buat, apatah lagi cara lain yang hebat dan susah. Betul tak?
Itu pendapat aku je la. Kalau ada yg x setuju tu, maaf lah ye. Ada juga rakan aku yang memberikan alasan, tahun ni x dpt bendera free. Ish, takkan la bendera yg berharga kurang RM5 tu pun x boleh beli. Nak tunggu free je, jenuh la. Lagipun apa la slhnya berhabis setakat RM5 utk menunjukkan kebanggaan kita terhadap negara kita. Dalam 12 bulan, sebulan je kita pasang bendera Malaysia. Susah sgt ke...
Aku ni kalau aku ada kereta, memang aku akan pasang bendera. Dekat meja ofis pun dah ada. Tapi, entah le, hak masing-masing kan.
Lagi satu, awal bulan Ogos lalu, aku tgh menonton TV dgn kwn2 aku. Tgh2 tgk tu, ada berita psl kemerdekaan Indonesia. Yang membuatkan aku nak cerita kat sini adalah diorang sambut Merdeka dgn solat sunat Hajat, membaca Al-Quran dan aktiviti kegamaan yg seumpamanya lah. Bagus kan? So, apa slhnya kita juga melakukan perkara yg sama untuk meraikan kemerdekaan negara kita tgh mlm ni.. Tak perlulah dgn berhimpit2 sesama lelaki dan perempuan, overnite di luar semata2 untuk countdown Merdeka. Cukuplah dgn overnite di rumah, solat dan berdoa moga negara kita terus maju, dan aman. Moga Allah melindungi negara kita dari mala petaka dan bencana.
Yang mana lagi baik buat negara kita? Daripada kita sekadar countdown detik 12 mlm utk raikan Merdeka, lebih baik kita memohon kepada Allah utk kesejahteraan negara kita. Tu pendapat aku lah. Kot ada yg mengamuk pulak bila baca artikel aku ni. hehe..
Itulah luahan rasa aku utk merdeka kali ni. Mari kita sesama laungkan merdeka,merdeka,merdeka!
P/S: Aku akan pastikan aku berdoa utk negara kita mlm ni. Kwn2?
No comments:
Post a Comment