Thursday, September 6, 2007

Niat

Assalamualaikum

Lama-lama sekali baru dapat jenguk dan update blog ni. Biasalah, banyak keje. Kdg2 tu terlintas juga kat hati ni nak curi juga masa keje utk update blog. Tapi, cuma terlintas je lah. Hehe

Kejap je masa berlalu, tak lama lagi dah nak tiba bulan Ramadan. Bulan yang aku nanti-nantikan. Bestnya.. Bulan utk menambah amal jariah dan pahala. Cuma yg agak sedih, aku berpuasa tanpa mak & adik2, tanpa kwn2 di sisi. Memang la housemate aku ada je, tapi x berapa rapat lg.. Satu relationship tu memang take some time utk become closer.

Ermp, seminggu aku x update ni, ada la beberapa hal yg telah terjadi. Antaranya aku dah berjaya apply master. Baru APPLY k. Satg ada yg salah faham pulak. Hehe.. Dapat sambung ke x, x pasti lagi. Semua tu bergantung kepada rezeki. Niat dah ada, usaha pun dah, so tinggal berdoa dan tawakal kat Allah. Kalau dipanggil utk interview, aku pegi. Kalau x, teruskan hidup seperti biasa. **merepek**

Sebut psl niat juga, ada byk niat aku yg belum aku kabulkan. Ada je halangan.. Takpelah, aku akan cuba merealisasikan niat2 tu.

Apa lagi ye yg aku boleh coretkan disini..? Sejak sibuk dgn keje ni, aku selalu kekurangan idea utk blogging. Maybe sebab byk sgt berfikir psl keje, tu yg jadik camni. Otak dah penat sgt. TV pun aku dah kurang tgk. Sedih juga. Newspaper x penah baca pulak tu. Masa kat ofis lama, tiap2 hari x missed baca paper. 2 pulak tu, berita harian dan utusan. Sekarang langsung x baca. Berita kat TV pun x tgk. Waaaah, risaunye dgn diri aku sendiri. Adakah ini menunjukkan aku dah xde life luar????

Aku x boleh biarkan menda ni berlarutan. Aku kena buat sesuatu. Aku kena curi masa membaca dan menonton TV juga. Penting utk perkembangan minda aku. hehehe.. Aku mesti membantu diri sendiri.

Oklah, kita kalau nak berubah, x boleh tangguh2, nanti x jadi. So, aku stop sini jelah, nak pi baca newspaper jap. Jumpa lagi!

P/S: Selamat melalui hari khamis terakhir di bulan Syaaban, sebelum masuk Ramadan.;p

1 comment:

13may said...

selamat selamat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...