Sunday, September 16, 2007

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa. Seminggu juga lah aku x update blog aku. Utk view blog kwn2 sempat la juga. Cuma x sempat nak update je. Banyak sgt menda yg aku nak kena fikir. Idea utk menulis tu ada, cuma masa je kurang ada.

Erm, berbalik kepada isu puasa, hari ni hari ke-4 kita umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, Allah memanjangkan umur kita utk merasai sekali lagi nikmat berpuasa pada tahun ni. Cepat je masa berlalu. Baru sgt rasanya kita berpuasa dan beraya tahun lepas. Kini ia kembali lagi. Dan aku memang sgt teruja menyambut kedtgnnya kali ni. Aku suka melalui hari2 dalam bulan Ramadhan. Dapat rasa kedamaian dan ketenangan dlm bulan yg mulia ni. Itulah antara kelebihan Ramadhan.

Cuma aku dpt rasa sedih sikit sebab lagi sekali berpuasa jauh dari family. Sebelum ni atas alasan study, sekarang ni kerja pulak. Tulah lumrah kehidupan. Terpaksa la juga aku laluinya.

Kwn2 mungkin pernah terbaca post aku sebelum2 ni yg membincangkan isu puasa juga. Tu menunjukkan dah lama aku welcoming bulan Ramadhan ni. Aku menanti2 kan bulan ini. Sebab bila masuknya bulan Ramadhan, org yg bermusuh pun boleh berjabat tgn dan bermanis muka. Padahal sebelum ni, selisih bahu pun tarik muncung sedepa. Betul tak? Tu lah kelebihan ramadhan ni. :)

Bulan ramadhan kali ni juga, aku laluinya tanpa kwn2 seperjuangan aku dulu. Kwn2 susah senang aku. Aku rindu sgt diorang semua. Aku terkenangkan moment2 indah masa kami sesama bersahur dan pi membeli belah kat bazar Ramadhan. Teringt juga saat kami sesama tunggu azan magrib di hadapan hidangan berbuka. Hmm, indah nye saat2 tu.

Tapi, nak buat mcm mana. Rujuk kepada post aku sebelum ni, hidup ni umpama roda, so kita xkan selama-lamanya melalui fasa kehidupan yg sama seumur hidup. Erm, complicated juga kalau nak bincang psl kehidupan ni.

Oklah, aku stop sini dulu. Jam pun dah dekat pukul 5ptg. Aku ada urusan lain nak kena settle. (Nak pi bazar jap). Selamat berpuasa utk hari2 berikut sepanjang bulan Ramadhan dan selamat berbuka puasa utk hari ni. (",)

2 comments:

faisal said...

slmt berpuasa untuk awk juga ye..:) spjg pose ni tak pernah lagi singgah kat pasar ramadhan:) dah bagi duit kat abah ngan mak..biasa adik2 yg beli, tau mkn je,keke..jauh dari family ek..emm, dah de tiket balik kampung lum?hehee

comotgurl said...

faisal-->

Tiket bas dah abes le. Tapi, dah ada alternatif lain. Sara pun xsempat g bazar lagi. Huhuhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...