Sunday, September 30, 2007

Raya bakal tiba

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 18. Lebih kurang 12 hari je lagi kita akan menyambut Syawal. Aku masih seperti biasa, sibuk dgn keje dan cuti raya belum apply lagi. Sekarang ni makin jarang aku update blog ni. Kalau memula tukar keje dulu, seminggu sekali aku update, sekarang ni makin jarang plak.

So, mcm mana dgn puasa kwn2? Aku ni so far lum lagi le tinggal (even 'terpaksa' tinggal pun) hehehe.. Hopefully sempat sampai raya. Then x perlulah aku nak menggantinya. InsyaAllah. Sejak dua tiga hari ni aku selalu je x jaga time sahur. Nak kata aku x set alarm, aku set je. Tapi aku x dengar pulak. Last2 subuh pun kul 7pagi. Huhu.. Apa tah nak jadi. Maybe sebab penat sgt kot kan.

Minggu lepas mmg aku tersgt le bz. 3 hari aku kena attend bengkel. Actually satu deparment kena g bengkel tuh. Kat Palm Garden Hotel Putrajaya. Dari pagi smpai le pas berbuka. Kiranya aku berbuka kat hotel le sepanjang 3 hari tuh. **wink2** Ada je antara ofismate aku yg excuse xnak attend bengkel coz keje byk sgt. Tapi, time bebuka ada je plak. Hehe.. Aku pun ada byk je keje, tapi kalau aku x g, makin kurang le peserta bengkel. So, dalam terpaksa aku g le juga.

Aku rasa berbuka di hotel 3 hari tu boleh wat bdn aku demok je. Yelah, buffet (RM80 seorang), makanan pulak pelbagai jenis. Sampai rambang mata aku tau. Tu nak amek, ni nak amek.. Last2 mkn x abes pun. Memang membazir betul. Tu 1st day la, masuk 2nd n 3rd day, aku dah x wat camtu coz aku rasa bersalah n berdosa sgt membazir. So aku amek ala kadar je. Cake2 n desert aku dah tak amek. Aku juz amek main course n buah2 sikit. Air pun minum air kosong atas meja tu je. hehehehe..

Sebab tu aku penah pk yg aku xnak saje2 berbuka di hotel. Rugi.. Mcm case ni xpelah, free, company bayar. Tapi almaklumlah, aku ni suka mkn, so bila tgk mcm2 jenis mkanan, aku jadi teruja. Tapi x semuanya kena dgn taste aku. Mcm daging kambing panggang, aku tgk cam sedap je, so aku amek le 2,3 slices, sekali x lalu aku nak telan. Hanyir. Huhu. Maybe cara msk x kena kot. Kwn aku la ckp camtu, coz dia ni penggemar daging kambing.

Pendek kata, mkn kat hotel x le sesedap n sebest seperti yg diperkatakan. Maybe org nak jaga standard kot yg ckp camtu. Ataupun hotel lain memang sedap2 mknnnya, xtau le plak kan. Bagi aku, mkn makanan yg dimasak sendiri kat umah lagi puas n sedap. Even kita masak sardin & goreng telur je pun sedap. Terliur plak. Hehehehe..

Oh ya, semalam aku g tgk tiket raya. Walaupun aku dah tau kata tiket raya abes, tapi aku g jugak tgk kot2 ada special case ke. Sekali mmg abes dari 8hb malam. Huhu, aku nak balik dgn apa nih? Ngah aku balik dgn keta 11hb malam. Dari Kuantan. Lambat tuh. Sehari je sempat puasa kat umah. Dia xpelah, dah sempat blk last weekend. Aku ni yg x rasa lagi puasa kat umah tahun ni. So nak le blk awal.. Maybe aku amek tiket tambahan kot. Blk pagi, best sikit..

Mcm2 planning aku utk raya tahun ni. Aku igt nak beli pelita buluh utk cucuk kat laman umah aku. Then, nak psg lampu lip lap. Bestnye. Excited sungguh ni. Mak aku pun asyik call je tanya nak blk bape hb.. Cam raya2 tahun sebelum ni, aku nak wat kek coklat. Walaupun x bape sedap, tapi best ah dapat wat sendiri. Leh letak coklat byk2..

Menda yg lain sikit pun raya tahun ni adalah ni 1st time aku raya sebagai seorg yg berkerjaya. So, aku kena le peruntukkan sikit duit utk duit raya.. X dapat dah le aku duit raya tahun ni. Mcm last year aku dpt lagi. Tokwan aku bagi rm50 sorang. Adik2 aku pun dpt rm50 jugak. Tapi tahun ni cam aku plak kena bagi kat depa. Hehehehe...

Yang paling bestnya raya ni, adalah dapat berkumpul satu family kat umah. Sume ada. Sebab slalunya bila aku blk kedah, mesti x cukup slh sorg. Dulu masing2 sibuk dgn study. Kali ni, aku dgn kembar aku dah keje. Tapi aku ni ada planning nak further lagi ni.. hehehehe... Mak aku plak mesti masak2 best2 bila sume ada kat umah. Time ni lah nak 'makan besar' pun. Adik bongsu aku la yg paling hepy coz dia suka mkn juga. Hehe, teruja plak.

Ada lagi 7 hari aku nak blk bercuti. Yey Yey. Minggu ni aku nak menyibukkan diri aku dgn keje, so rasa masa cpt berlalu.. Uish, x sabar tul aku.

Sebut psl raya ni, aku terigt satu hobi aku. Aku suka round2 area perumahan mlm2 juz nak tgk rumah yg pasang pelita atau lampu lip lap. Suka sgt tgk.. Tiap2 kali raya camtu. Heheheh..

Oklah, kat sini dulu lah aku stop. Next weekend insyaAllah aku update lagi cite2 terkini pasal menjelang hari raya ni.

Sekian.

P/S : Baju raya baru ada sepasang. Huhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...