Tuesday, August 7, 2007

3 hari di kampung

Assalamualaikum

Waah, syok betul dpt spent masa kat kampung. Bukan la real kampung coz umah aku kwsan taman. Tp 'kampung' refer to hometown. Actually kepulangan ku ke kampung kali ni xde sesape pun. Juz me & my youngest sis. Mcm aku cite dlm entry sebelum ni, aku blk teman adik bongsu aku tu la. Mak aku pi antar angah ke Kuantan.

So, on da way blk ke sana, alhamdulillah. Xde apa problem serious, juz mslh kesejukan melampau je. Sejuknya tu kat muka je. Hehe.. Maybe sistem aircond bas AB Ekspress tu maju sikit dari yg lain. Even kita tutup pun, masih ada aircond yg keluar melalui lubang kecik yg memang disediakan utk tujuan itu. Huhu.. So, aku ambik inisiatif menutup muka aku dgn tshirt yg aku punggah dari beg baju aku. Nasib baik aku bwk beg naik atas sekali.

So, dpt le aku tido dgn nyenyak.. Smpai Jitra,mak aku jemput.(dia belum bertolak ke Kuantan lg). Aku sempat le sembang2 dgn mak aku lebih kurang sejam sebelum mak aku bertolak ke Kuantan. Sedih pulak, x smpat nak bercerita panjang. Dgn angah aku pun, kejap je dpt berbual. Lepas mak aku bertolak, aku pun menyambung tido. Sedap sungguh tido atas katil kat umah. Hehe..

Tghari Sabtu, aku cuma goreng ayam & masak sup ayam utk lunch aku & adik aku tu. Adik aku tu bab mkn x byk kerenah. Senang le nak jaga. Janji ayam. Hehe.. Pas mkn, aku sambung tido blk. Hahaha, blk kampung utk tido. Patut x?? Ptg sikit aku bwk adik aku jln2 pekan Jitra. Xdelah betul2 pusing pekan Jitra pun. Juz pi bank, kedai kain, & pizza hut. Pi bank, ambik duit nak belanja adik aku, then pi la cari2 kain yg cantik mata aku memandang utk buat baju raya adik aku dan utk ku jua.

Pilih punya pilih, adik aku berkenan kain kaler purple. Aku plak kaler oren lembut. Cantik gak lah, di mata aku dan adikku. Pastu kami dua pi mkn pizza. Aku dah janji nak belanja adik aku mkn pizza hut. So aku pun pesan la anniversary meal 3. Yg ada regular piza tuh. Aku pilih chicken supreme. Stuff crust lak tuh. Yummy yummy.. Last2 mkn x abes pun. Muak.. Huhu. Membazir plak rasanya.

Mlm tu xde agenda lain selain dari menonton TV. Pg ahad pun aku blur2. Konon nak pi rumah kwn aku, tapi dia pulak xde kat umah. Nak pi umah tokwan aku, aku segan nak pi sorg. Adik aku sekolah ptg. Form 1.. So, aku x pi mana pun. Cuma sebelah ptg, aku gagahkan diri pi antaq kain kat makteh (tailor). Pi ukur bdn,ternyata aku makin bulat sbb ukuran dulu jauh bezanya dgn skrng. Huhu.. Adik aku bagi baju contoh je. Senang.. Dan sekali lagi mlm tu aku melepak tanpa berbuat apa..

Pagi Isnin,lepas settlekan masak utk adik aku, aku buntu kebosanan. Aku cuma keluar pi amek duit, pi beli topup, then pi cari cucoq cempedak yg dah digoreng. At last jumpa jugak. Aku beli RM2, dpt le 13 biji. Ok la tu compare than kat Shah Alam. Haha.. Aku sempt pi supermarket belikan adik aku, air coklat dutch lady yg besaq & biskut Jacob high calcium sekotak. Utk dia mkn lepas aku blk shah alam. Sementara nak tunggu mak aku smpai dari Kuantan.

So, dgn berat hati + sebak di dada, aku terpaksa tinggalkan adik aku mlm hari Isnin. Mak aku pun x smpai lagi dari Kuantan. Sedih aku, menitis jugak airmata aku ni. Sensitif jugak aku ni. Kwn aku jemput aku & tolong antarkan aku ke stesen bas. Tima kasih le pada kwn aku tu. (",)

Opps, lupa nak cerita. Sepanjang 3 hari tu jugak, puas la aku peluk cium kucing aku Boboy tu. Manja juga dia.. Tapi yg xlaratnya, dalam sehari lebih 5 kali dia minta mkn. Camne la tak demok. Huhu..Pagi tadi aku smpai shah alam pukul 5pg. Terus sambung tido lagi. Then pagi ni kena dtg ofis. Nasib baik x berapa letih. Dlm bas mlm tadi, aku tido je spjang jln. Sedap plak kusyen bas transnasional tu. Mcm ikut postur bdn plak. Hoho..

Oklah, aku skrng tgh sibuk cari umah berdekatan tmpt keja baru aku tuh. Hope dpt yg elok & bebudak umah yg sejiwa. hehe

P/S: Lapar nih, xsbr nk blk keje carik nasi. Yumm Yumm..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...