Saturday, March 13, 2010

Day by day

Assalamualaikum

Salam 13 Mac, 27 Rabiulawal.

Dalam pada bosan-bosan duduk rumah ni, cepat juga masa berlalu.. Tgk2 dah 3 bulan masuknya tahun 2010..

Aku pula, hari demi hari makin sensitif la.. ;)

Air mata ni cepat je nak meleleh.. Laju je kan. Kadang-kadang tgh baca newspaper pun bleh terjadinya adegan lelehan air mata ni. Ihik! Bukan setakat bila terbaca news yg sedih dan menyayat hati je aku akan secara automatiknya menitiskan air mata, baca news kejayaan org pun air mata aku bleh meleleh. Hahah..

Semalam nye case la ni.. Aku baca news kejayaan adik2 yg amek result SPM tau. Tup2 dalam dok membaca pengalaman dan kejayaan diorg, tetiba je air mata aku ni meleleh.. Konon-konon nye sharing happiness org la kot kan. :p

So emotional lah!

Apatah lagi bila tetiba tak dpt perhatian drpd Mr Berry. Haish.. Lagi mudah airmata ni nak meleleh.. Aku pn xmoh jadi gini, tapi jadi sendiri lah.. Heee..

Perubahan hormon dlm badan yg menyebabkan unstable emotions ni kot. So terima je la dgn redha. :) Cuma nasib baik aku belum lagi smp kepada emosi cpt marah ni. Kan org slalu sebut, ibu mengandung ni slalunya pembawakan budak, so senang moody kan.. Tapi, so far xde lah lg tiba2 nak mrh2 kan.

Dan apa yg aku notice, tahun ni ramai betul2 kawan-kawan aku yg turut pregnant. Semuanya due dlm tahun ni juga. ;) Maybe sbb tarikh kawin semua pn lebih kurg je, dekat2.. Dpt bby pn lebih kurg jg la time nya.

Penuh le hospital nanti dgn kwn2 aku. Heeeeeeeeeeeeeeeeeee..



P/S: Kawan-kawan aku yang sedang mengandung dan bakal melahirkan baby dalam tahun ni, kebanyakannya bakal melahirkan bby boy.. Hmmm.. Dan juga yang telah melahirkan bby dlm tahun ni pun juga mendapat bby boy.. **wondering** Tahun 2010, tahun bby boy ek?? ;p

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...