Assalamualaikum
Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur sehingga ke hari ni.
:)
Ye la, xtau bila ajal kita akan tiba kan.
Mlm2 weekend mcm ni tetiba ada idea nak buat entry nih. Pasal ujian dan dugaan hidup. Sejak dua menjak ni, mcm2 ujian dan dugaan yg aku terima. Kdg2 tu stress juga bila terlalu fikir pasal problems ni.
Tapi hari ni aku ada terbaca ttg sesuatu, yg membuatkan aku insaf dan kembali bersyukur.
Ini petikannya:
"Apabila dalam hidup anda tidak ada satu masalah pun muncul,maka ketika itu sebenarnya ada garis pemisah antara anda dengan Yang Maha Pencipta. Hendaklah berasa bimbang apabila menyedari perjalanan hidup anda tiada langsung dugaan. Hanya gelak tawa dan senang hati. Hanya senyuman dan tiada tangisan. Lengkap segala-galanya dan tiada yang kurang. Maka,itu tandanya Allah SWT telah membiarkan anda. Juga mungkin tanda Allah SWT tidak redha kepada anda".(Petikan sub topik 'Dugaan Meninggikan Martabat'-Indahnya Hidup Tanpa Derita).
Bila baca petikan ni, terus rasa insaf.
Hmmm, ye la, aku manusia yg lemah. Kerap sgt terlupa ttg segala kebaikan, rezeki, kesihatan yg baik yg Allah telah berikan. Bila dilanda ujian, cpt plak mulut ni nak mengeluh. Sdgkan sepatutnya aku terus bersyukur kerana diberikan ujian oleh Nya.
Terlalu byk nikmat yg Allah dah berikan, oleh itu kenapa nak mengeluh utk sekali dua dugaan dan ujian dari Nya? Kan..
Aku sepatutnya terus bersyukur, berdoa kepada Allah supaya aku diberi ketahanan utk menanggung semua ujian tersebut. Allah sama sekali tidak akan memberikan ujian yg tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. So aku kena terus bertahan.
Mungkin juga ada mana2 kekurangan dlm amal ibadat aku terhadapNya (of course masih ada kekurangan kan). Dgn cara diberikan ujian ni lah salah satu cara utk menampung mana2 kekurangan itu. Dan juga untuk menghapuskan dosa2 kecil. Tu pn kalau aku redha dan sabar dgn ujianNya.
Tak usahlah kita asyik nak memikirkan masalah dunia, kerana masalah dunia itu tidak akan berakhir dan ia hanya lah sementara. Fikirlah kehidupan di akhirat sana, yakni kehidupan yg kekal abadi.
:)
P/S: Sekali sekala jadi ustazah. Apa slhnya berkongsi sedikit ilmu.
No comments:
Post a Comment