Assalamualaikum.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.
:)
Alhamdulillah syukran ya Allah, sbb memanjangkan umur kita semua utk sekali lagi menyambut bulan yg penuh mulia, iaitu Ramadhan utk tahun ni..
Rasa bahagia sgt sbb dpt merasai nikmatnya berpuasa di bulan Ramadhan.
Cuma tak dpt nak solat sunat terawih berjemaah di masjid mcm tahun lepas. Dulu takpela, si tecit Auni masih dalam rahim kan. Tahun ni tak bleh dah la nak pi masjid. Tapi, takpe, tak dpt pi masjid bukannya beerti tak bleh buat amal ibadat sunat kan..
Buat je la terawih sendirian di rumah. :)
Yelah, menjaga anak adalah amanah Allah yg wajib kita tunaikan, dan solat sunat terawih adalah amalan sunat. So which one is priority? Of course la jaga anak kan. Hehe. So kita solat saja di rumah, insyaAllah tetap ada ganjaranNya.
Lepas anak dah tido, kita pun bleh la beribadat kan. So, takde alasan utk takmau sama2 menggandakan ibadat di bulan Ramadhan kali ni ye kawan2..
:D
Ni pun Auni baru je tido, so amek kesempatan update sat entry ni. Satg baru nak buat sume urusan. Baju pun setimbun tak berlipat lagi. Padahal cuti 3 hari, jumaat-isnin. Huhuhu. Oh ya, Melaka cuti ye 1st Ramadhan. Rsnya Melaka x amek cuti Nuzul AlQuran (if xsilap la).
1 Ramadhan kali ni 1st time aku celebrate sesama dgn Mr Berry. Last year kan PJJ husband&wife. So konon2nya mcm happy la dpt sahur dan berbuka sesama utk hari pertama nih. Skali sahur je sesama, berbukanya tak. Sbb dia ada assignment berbuka bersama anak yatim kat hotel. Last minute plak tu dpt assignment nih.
Sob sob!
Memula mcm terkilan juga la, tp cepat2 remind diri sendiri. Ye la, at least aku masih lg dpt sambut Ramadhan ni sesama, cuma x dpt berbuka puasa sesama je kan. Apa mslhnya kan.. Org lain ramai yg berjauhan dgn pasangan masing2 di bulan mulia ni. Kan..
So takpela.. Redha saje.
:)
Utk berbuka hari pertama ni, aku masak je. Pi bazar tadi pun berjaya mengawal nafsu. Hanya beli sekeping murtabak dan suku biji tembikai. Tu saje! Alhamdulillah la, berjaya utk hari pertama ni.
Hopefully berterusan la kan. InsyaAllah.
Apapun, semoga kawan2 semua dpt menambah pahala di bulan Ramadhan tahun ni..
P/S: Dah 3 bulan tak balik kg, rindunya lah!
No comments:
Post a Comment