Sunday, August 21, 2011

~ 9 Hari Lagi ~

Assalamualaikum.

Apa ye yg 9 hari lagi tu??

9 hari lagi Syawal menjelma, menggantikan Ramadhan.

Sedih plak rasa sbb Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Amalan pun masih belum cukup lagi. Keindahan Ramadhan ni hanya dpt dirasai setahun sekali je. Tahun dpn taktau la masih berkesempatan atau tak.

Dalam bulan Ramadhan ni la, org pakat2 jadi pemurah, jadi penyabar, jadi rajin..

:) alhamdulillah kan.

Ada yg jarang bersedekah di bulan lain, tp bila masuk ja Ramadhan, depa berubah menjadi seorg pemurah, suka menderma dan bersedekah. Sedekah pada anak2 yatim, pada peminta2 sedekah, pada org2 fakir, pada masjid2.. Ada juga yg tak sedekah dari segi duit ringgit, tapi sedekah juadah2 utk berbuka pada kawan2, jiran2..

Alhamdulillah.

Ada juga yg dlm bulan2 lain, depa panas baran, suka marah2, maki2. Bila masuk ja Ramadhan, automatik berubah menjadi seorg yg sgt penyabar, lebih byk berzikir atau paling tidak pun berdiam diri bila rasa mrh.

Alhamdulillah.

Ada juga yg dlm bulan2 lain sgt liat nak baca Al-Quran, nak buat solat2 sunat dan amalan2 sunat lain. Tapi Ramadhan mengubah segalanya. Lepas sahur, rajin mengaji, lepas Isyak, buat solat sunat Terawih, solat sunat Witir. Ada yg tak melepaskan peluang berjemaah di masjid setiap kali ada kelapangan. Solat wajib pun buat tepat pada waktunya.

Alhamdulillah..

Nampak kan keindahan dan keberkatan bulan Ramadhan. Bulan yg sgt mulia sehinggakan ramai yg sanggup berubah ke arah kebaikan kerana tak mahu melepaskan peluang mendapatkan ganjaran berganda dariNya, insyaAllah.

:)

Oleh sbb tu, rasa syg dan sayu nak tinggalkan bulan Ramadhan ni. Semoga amalan2 baik yg dilakukan sepanjang Ramadhan ni dapat terus diamalkan di bulan2 lain..

:D


P/S: ~ Masih berbaki 9 hari, jom gandakan amal ibadat kita! ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...