Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita semua sempat berbuka puasa ye tadi. Syukur dah berjaya menyempurnakan 14 hari Ramadhan. Cumanya berapa percent pahala yg kta dapat ye sepanjang 14 hari tu? 100% ke?
:)
Ye la, ada tak kita termengumpat ke, termaki org ke, solat lewat waktu ke, membazir ke.. Sume tu kan boleh mengurangkan pahala puasa kita.. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je ye.. Time bulan puasa ni la kita nak melatih diri utk mengawal nafsu kita.. Bulan lain pun boleh latih, cumanya ramai yg cuba sedaya upaya memperbaiki diri di bulan mulia ni.. Takpe, takde salahnya. Mungkin bulan Ramadhan menjadi titik permulaan..
:D
Kalau sepanjang 14 hari berpuasa ni, masih ada cacat di sana sini, jom lah kita perbaiki. Ada lagi separuh bulan kan.. InsyaAllah. Aku pun sama, masih byk kekurangannya, sedang cuba utk dapatkan puasa yg sempurna, insyaAllah.
Sebut pasal bulan puasa ni kan, tetiba teringat plak kenangan masa kecik2 dlu.
Aku mula puasa masa darjah 4. Kira lambat juga la, kalau nak banding dgn budak2 zaman skrng. Ada yg mula berpuasa seawal usia 5 tahun kan. Walaupun mula lambat, tapi alhamdulillah aku berpuasa penuh 30 hari.
Tapi time tu, puasa yg sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga je la kan. Tak reti lagi nak buat amalan2 lain.
:P
Yg lawaknya, tiap kali menjelang waktu berbuka, dlm pukul 5,6 petang, mesti muka aku monyok. Sebab dah smp tahap klimaks, kelaparan dan dahaga. Hehehe. Yg aku igt, time tu aku akan melepek je kat pintu dapur, tunggu mak siap masak dan hidang. Muka plak masak mencuka.
Ayah pulak suka sgt sakat. Dok usik2.. Huhuhu.
Bila masuk je waktu berbuka, bergelas2 aku akan minum. Last2 kenyang ayaq ja, nasinya makan sket je. Hehehe..
Tu memori masa mula2 belajar puasa. Masa aku buat Diploma dlu lain pulak citanya. Time tu badan aku kurus ja. Tapi bila berbuka aku penah makan 2 pinggan nasi + 2 pinggan laksa. Huhu dasat kan.. Mmg sgt ikut nafsu kan.
Hehehe..
Mcm2 lah hai..
Yg paling syok bila Ramadhan ni, dari dulu smpai skrng aku sgt teruja dgn satu benda. Apa dia???
PELITA.
Dulu2 tiap kali blk kg, aku mesti ajak mak p round2 kwsn kg. Semata2 nak tgk org psg pelita or lampu lip lap. Rasa syok sgt tau. Kdg2 jmpa org yg psg pelita sekeliling rumah, cantik sgt! Kat rumah aku, mak psg lampu lip lap ja, rumah taman kan, ssh sket nak berpelita2 nih.
Baru2 ni pun aku ada ajak Mr Berry pi lalu jalan nak pi UiTM (jalan kg), memalam la, just nak tgk ada org psg pelita dak. Tgk2 cuma ada sebuah rumah ja yg dah pasang. Yg lain tu mungkin akhir2 Ramadhan baru nak psg kot.
:)
Ish, syok lah!
Dulu2 aku penah dgr ada org2 yg berckp, pasang pelita tu ikut budaya agama lain. Bukan budaya agama kita. Tapi sbnrnya, kat kg2 ni, org psg pelita sbb nak menerangi kawasan kg. Kwsn kg kan slalunya gelap, harap lampu jalan besaq ja la yg ada pun. So bila psg pelita tu, ada la sumber cahaya sikit kan, senang la org nak p masjid memalam. Nak terawih ke, nak tadarrus Al-Quran ke..
Cuma zaman skrng ni org dah x harap kat pelita ja, ada yg pasang lampu lip lap kan, canggih sket. Petik suis je, menyala. Tapi function nya tetap sama.
Selain tu, apa salahnya kita memeriahkan bulan Ramadhan ni kan dgn memasang lampu2 dan pelita. Kita sambut pun setahun sekali ja. Menandakan bahawa kita bergembira menyambut Ramadhan. Kita sgt mengalu2kan kedtangan Ramadhan. Dan kita seiring kan lah dgn amal ibadat wajib dan sunat lain kan..
:)
Wallahualam la. Tu pendapat aku saja.
Apapun tanya diri kita sendiri la ye. Setiap apa yg kita buat, mesti ada niatnya. Sebut psl niat, jgn lupa niat puasa esok ye!
P/S: Salah satu keberkatan Ramadhan yg kita dpt tgk dgn jelas, semua org berlumba2 berbuat baik. Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment