Tuesday, August 26, 2008

Rindu

Assalamualaikum

Salam 24 Syaaban,
Semakin hampir dengan Ramadhan, rasa semakin teruja pulak..Hehe, biasalah kan. Juz mcm entry aku last year, aku sgt suka nak sambut Ramadhan. Kemanisan bulan Ramadhan nih lain dr bulan-bulan lain. :)

Actually, aku sgt hepi hari ni. Coz aku finally berjaya arrange schedule aku utk blk Kedah. Dah 2 bulan aku x blk. Sejak aku dtg sini utk semester ni, aku x penah blk lagi. Uwaaaaa.. Sedih tau. Aku rasa rindu aku kat mak, adik & boboy (kucing), makin xdpt dibendung.

Kdg2 time ptg2, sambil dok menaip assignments kat meja, terpandang je gmbr family kat desktop, dan2 airmata nak menitik. Huhu.. Kalau smpai nangis ni, maknanya rindu aku dah x dpt dibendung lagi.

So insyaAllah by dis comin' saturday, aku akan bertolak blk Kedah. Walaupun aku hanya dpt spend kejap je kat umah nanti, tp ckup la mengurangkan rindu di hati ni.. Aku akan blk dgn adik aku yg study di UPM tuh. Bestnyaa..I'm so excited..

Aku cuma sempat bersahur aje lah di umah nanti, coz pagi2 Isnin insyaAllah aku akan bertolak blk sini dah. Walaupun Isnin tu public holiday, tapi aku still ada kelas. Huhu.. Lecturer nak abeskan sume syllabus cepat2 so then leh bercuti raya panjang sket. ;p

Aku penah sembang panjang dgn twin aku psal 'mak'. Kitorg pas SPM je terus kuar dr Kedah. Yelah, masing2 nak kejar cita2 kan. Kitorg berdua mcm sedih sgt sbb x dapat bersama mak sepanjang masa. Bila kitrog blk Kedah je, tgk2 mak dah tua. X sedar pun masa cepat betul berlalu.

Skali blk, makin tua, makin tua.. Sedih la.. Aku masih x kuat utk kehilangan mak. Aku selalu mohon moga Allah pjgkan umo mak sbb aku masih perlukan dia dlm hidup aku. Aku kdg2 slhkan diri sendiri coz x dpt bersama dia. Kdg2 je dpt blk jenguk dia..


Kdg2 aku slhkan mata aku, "betul ke mak makin tua?" Sebab masa kali terakhir aku tgglkan dia, dia ok je lagi.. Sekarang, rambut pun dah beruban, kedutan pun dah byk timbul di muka.. Tanda2 penuaan.. :(

Tambahan pulak, aku tau dia sebatang kara di dunia ni. Dia cuma ada kami adik beradik. Sekarang ni still ok sbb ada adik bongsu aku kat umah yg teman dia. Tapi, penah sekali adik aku gi kem 4 hari, mak aku dah tak senang duduk kat umah. Sbb dia kata dia sunyi sgt.. Akibatnya, kedua2nya nangis. Adik aku yg xpenah jauh dgn mak pun turut nangis. Sedih sgt masa mak aku called n cite sume menda tuh.

Ermp.. bila cite psl mak ni, emotional betul aku. Sambil menaip, sambil tu la airmata mengalir. Huhu, apa nak jadi dgn aku ni?? Dah lama bjauhan pun, homesick tu teruk lagi..

Tiap2 kali blk kg, n tibanya masa nak blk sini blk, aku sure nangis. Hehe, dah tua bangka pn nangis lagi kan. Mak pun dah fhm sgt anak2 dia. So tiap kali kitorg nak blk sini blk, dia mesti x layan sgt emosi kitorg. Takut makin parah jadinya. Hehehehe.. Pdhal aku tau, jauh di sudut hati dia, dia pun nangis.. :(

Baru2 ni, terjadi ssuatu kat kg. Jiran aku ngamuk kat mak sbb kucing aku kacau burung peliharaan dia. Jiran aku tuh lelaki.. Mslhnya, x boleh ke dia dtg umah & ckp elok2.. Ni tak, dtg umah mlm2 ketuk pintu mcm nak roboh, pastu tengking2.. Dah le kat umah hnya ada mak n adik aku..

Yg jiran aku tu pun satu, sape suh letak sangkar burung tuh atas lantai. Of course la mengundang bahaya. Normal la seekor kucing tertarik nak main.. Dia siap ugut mak aku, dia kata dia nak bunuh boboy kucing aku tu.. Kejam kan...

Kerana 2 ekor binatang, yg kita tau x berakal, dia pun menjadi spt kurang berakal jg.. Erm, sorry to say that. Kita kena la pikir, tu slh sape, slh sndri kan.. Yg dia nak ngamuk tak tentu hala tu nape.. Itu lah manusia..

Masa mak cite tu, skali lagi aku nangis.. Sbbnya akibat dr peristiwa tu, adik aku trauma kejap. Masa kejadian tu, adik tgh study kat depan.. Tetiba ada org ketuk pintu kuat gila, mcm nak roboh rumah la.. Mlm plak tuh. Adik terkejut. Masa adik buka pintu, dia tengking2 adik suh panggil mak. Ya Allah... Sian adik..

Mak masih boleh berlembut n tolerate dgn jiran tuh. Mak ckp, klu dia rasa patut bunuh boboy sbb hal tu, bunuh la.. Kalau dia rasa dia x perikemanusiaan, bunuh la.. Time tuh, perasaan aku serabut betul. Aku takut jiran aku tu betul2 bunuh boboy.:(

Yg x sangkanya, jiran aku tuh sblm nih ok je, xpenah la mrh2 n baik dgn mak. Tiap2 kali nak mnta derma or duit utk kenduri ke, mak aku lah org pertama yg dia pi kutip.. Pandai plak dia, time nak mnta duit, berlembut....

Sian mak.. Mentang2 la dia xde sape, org boleh buat camtu kat dia..

Takpelah, Allah akan lindungi mak & adik.. :) Adoi, terpanjang plak entry aku arini. Biasalah, emotional punya pasal. Hehe..Oklah, aku nak sambung study. Ada test Rabu ni. Uwaaaa...


P/S: Sayangilah keluarga anda.:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...