I'm a wife for my luvly husband, a mama to the adorable daughter, a daughter to my parents, an eldest sister to my siblings, a friend, umat Nabi Muhammad S.A.W., and the most important, hamba Allah S.W.T.. Try to improve myself to be a good muslimah,insyaAllah..
Monday, December 29, 2008
Time really do change people from worse to be better or otherwise..
Salam 1 Muharram 1430.
Pertama sekali syukur pada Allah sbb umur dipanjangkan sehingga masih lagi bernyawa utk menyambut Maal-Hijrah 1430. Alhamdulillah ya Allah..
Apa azam tahun baru nih? Not only for Masihi but of course also for Hijrah.. :) Apapun diharapkan sume azam2 itu membawa kepada kebaikan, insyaAllah.
Title entry aku kali ni, also related dgn azam dan tahun baru. Ye la, berkenaan dgn perubahan dalam kehidupan setiap manusia. Perubahan itu boleh terjadi sama ada in a +ve or -ve. Dan yg penting pengaruh masa betul2 mempengaruhi dalam perubahan setiap insan.
Dari segi positifnya, mungkin perubahan dari seorang yg jarang melakukan solat kepada seorang yg tidak pernah meninggalkan solat. Dari aspek negatifnya, kita boleh amek contoh si A yg dulunya bertudung litup tetapi kini tidak lagi, malahan juga berpakaian menjolok mata.. Itu sume adalah perubahan.
Hmm, aku sgt berharap perubahan dalam hidup aku ni akan selalu berbentuk positif, amin..
Aku cuma berharap aku akan berubah dari hari ke hari menjadi seorg insan yg lebih baik dari semua aspek. Tiada manusia yg sempurna, tapi aku berharap at least aku dpt menjadi seorg yg hampir sempurna, wallahualam..
Apa sekalipun, wishing semua kwn2 SELAMAT MENYAMBUT MAAL-HIJRAH 1430..
P/S: Moga aku menjadi kayo..hahaha
Saturday, December 27, 2008
Entry Tertangguh
Salam 27hb Disember 2008.
Dh makin hampir kita ke penghujung 2008. 2009 bakal tiba.. Cepat nya masa berlalu.
Agak lama juga aku x update blog, sbb MALAS. Virus M makin menguasai diri. Hahaha.. Nextweek dah start kelas utk semester yg baru. Bersama tahun baru 2009, semester baru, dan status baru, aku hrp aku dpt tekadkan azam utk lebih gigih, rajin utk mencapai kejayaan. Ceeewaaahhh, ayat.. ;p
Weekend lepas aku bz sgt sbb mak n adik2 dtg sini.. Spent 3 days here.. So kejap2 ke Putrajaya, kejap2 ke sana, sini.. Huhu..
Broadband lak mlm ni teruk, so x dpt nak upload gmbr2.. huhu.. Maybe next time je la.. Mls nak godek2 n wasting time.. Hmm, siang td ada sorg lg kwn aku ckp aku makin chubby.. Uwaaaa, kurus sgt ke aku di masa lalu hinggakan rmai terkejut tgk aku skng.
Apapun, aku akan cayok2 mengurgkan berat bdn aku spt dulu........ Go go sara!!
P/S: Nothing is impossible..;p
Tuesday, December 16, 2008
Majlis Pertunangan
Salam 19 Zulhijjah 1429.
Seperti yang dijanjikan, entry kali ni adalah ttg MAJLIS PERTUNANGAN aku yg berlangsung pd 12 hb Disember yg lalu bersamaan dgn 14 Zulhijjah. Alhamdulillah, rs syukur aku panjatkan kpd Illahi ats kelancaran majlis tersebut..
Utk makluman sume, 12hb tu juga adalah hari spesel buat aku & kembar aku, iaitu 25 tahun yg lepas kami dilahirkan pd tarikh tersebut. Heee..
So syukur lagi kpd Allah sbb memanjang usia kami berdua hingga ke saat ni..
So, kiranya pd tarikh 12 Disember 2008 ni ada double hepi la utk aku. Hehe.. Alhamdulillah ya Allah..
Ok, aku upload a few gambar2 pertunangan aku utk tatapan kwn2.. ;p
P/S: Trying to reduce weight.. heee...
Sunday, December 7, 2008
Selamat Hari Raya AidilAdha
Salam 7hb Disember 2008 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1429..
Yeay, esok RAYA.. Heeee...
Aku satg nak tlg mak balut ketupat.. Tadi dah buka daun palas.. Biasa la raya2 ni kan..
Oh yep, ttg hantaran, dah almost siap.. Simple je but nice..(perasan) Lgpun bukan aku buat pun, mak n adik aku yg wat. Hehehe.. Cuma brg2 yg nak diletakkan je xbeli lg. Tgk le sok lusa. Nak settle bab raya dlu. Sok tokwan aku buat korban. So, nak p amek daging..
Sorg housemate aku dah selamat bergelar tunangan org.. TAHNIAH buat Dena. Hee.. Utk Erah plak, juga housemate aku, "nnti hg dh settle bertunang, baru aku wish k.."hehehe..
Umah aku je 3 org nak betunang including me. Kelas aku pun sama, 3 org jg including me.. Sume sebaya.. hehehe..
Baju aku pun dah siap.. Nnti aku rajin2 aku upload kat sini k. Ok ar, nak p solat dlu.. Later aku update lg.
P/S: Baru nak bertunang kan..Hmmm..
Thursday, December 4, 2008
Al-Fatihah Buat Allahyarham Tuan Haji Shafiee Ahmad
Salam 4 Disember 2008
Pagi2 ni jam 1pagi aku dikejutkan dgn sms dari seorang teman berkenaan dgn tragedi yang menimpa Allahyarham Tuan Haji Shafiee Ahmad, Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM S.Alam, dan lima orang pelajar fakulti yang sama.
Dlm kejadian tersebut, seorang lagi pelajar, meninggal dunia di tempat kejadian. 4 orang yang lain cedera parah, dgn dua drpdnya cedera parah.
Berita tu mmg sgt mengejutkan aku, sbb last week pada hari mereka semua nak bertolak ke New Zealand, masa mereka berkumpul di fakulti, aku ada kat ofis. Aku dpt tgk arwah Haji Shafiee, Siti Murni Ayu dan adiknya (juga turut serta dlm lawatan tersebut dan cedera) tgh bersembang di ruang ofis. Mak ayah Siti Murni yang antar anak2 nya ke fakulti.
Actually aku xkenal pun dgn students yang join lawatan tu. Tapi, aku igt wajah Siti Murni Ayu dan adik dia. Sbb aku ada masa diorg tgh bersembang. Aku igt lagi Siti introduce arwah Haji Shafiee kat ayah dia. Igt sgt... :(
Lagipun lately, aku asik terserempak dgn arwah Haji shafiee kat fakulti. So, bila dpt berita ni, aku rasa sgt sedih.. Aku asik terigt2 wajah arwah.
Allah lebih sygkan arwah..
Pas aku baca sms dr teman aku kul 4pg, aku terus xleh tidur.. Sbb jantung aku berdebar2 je. Aku sebak.. Sbb baru sgt aku terserempak dgn arwah dan mangsa yg cedera tu. Aku igt lagi betapa hepi nya Siti Murni masa nak bertolak tu.. Dia sempat bersembang dgn salah seorg lecturer kat fakulti ttg journey diorg ke sana nnti..
Maybe sbb tu terkesan sgt kat hati aku psl tragedi ni..
Menurut berita dari Media New Zealand, tragedi tu terjadi sebab driver van (arwah haji shafiee) tak menghiraukan tanda "stop" kat simpang tiga. Selain tu, van dipandu laju dan terus masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah truck. Mungkin ini hanyalah penyebab kepada ajal diorg. Wallahualam..
Apapun kita takkan tahu cite sbnr, unless kalau slh sorg mangsa (pelajar) yang hanya cedera ringan dapat menceritakan kembali detik2 kejadian tu berlaku.. Sbb menurut kata Kedutaan kita di sana, semasa dia berbual dgn mangsa yang cedera ringan tu, mangsa dlm keadaan trauma, so xbyk yg dia dpt tau.
Sekarang ni, kita hnya mampu sedekah kan byk2 doa dan alfatihah kepada arwah kedua2 mangsa. Dan kita juga berdoalah moga mangsa yang cedera cepat sembuh dan kembali ke Malaysia. Amin... Sebab diorg masih muda, dan panjang lagi hidup mereka, insyaAllah..
Apa yang aku harapkan jenazah arwah akan selamat tiba ke malaysia dan selamat disemadikan..
Syukur juga dipanjatkan kepada Allah sbb 4 org lagi lecturer yang selamat kerana diorg berehat di hotel semasa kejadian..
P/S: Ajal Maut Allah yang tentukan.. Kita xtau pun bila ajal kita kan... Hmmm..:(
Monday, December 1, 2008
Over Expenses
Salam 1hb Disember.. Welcoming December, Happy Month for me.. Heeee... Sbb byk special day on this month.
Bz sgt these few days.. Sume aktiviti spt yg aku cite kan last entry aku dah wat. Hee...
Dah akibatnya, aku terlebih mengeluarkan duit utk tah hape2.. Huhu.. Abes la saving aku..
Tp, xpelah kan, duit leh cari.. Betul tak...?? (Ayat menyedapkan hati sndri)
Satg pas keje aku nak p cari brg2 nak buat hantaran plak. Hmmm, duit lagi kan.. Tp xpelah, bukan slalu, bertunang hnya sekali.. InsyaAllah..
P/S: Settle segala hutang piutang utk bulan ni..;p
Wednesday, November 26, 2008
So Many Things To Do..
Salam 26hb November 2008 bersamaan 28 Zulkaedah 1429..
Again and again, this week really made me exhausted.. Full with window shopping, dating, works at faculty, commitment as a daughter, a sister and a friend. Hehehe.. Very full rite..
Saje menyibukkan dgn a few things yg x penting langsung. Hihi..
So, setelah aku berfikir semasak2nya, i'm going to do the "hantaran tunang" by myself. Okay what.. MissBelieve pun buat sendiri kan. Heee...
Sebagai 1st move, aku dah p survey kedai2 yg berkaitan (utk proses membuat hantaran) kat sekitar S.Alam ni.. Aku nak carik kedai2 yg berpatutan harganya.. Sesuai la dgn status aku sebagai seorang STUDENT ni kan.. (Dah tau student, nak gak kawin kan..huhu)
Okaylah, let stop discussing abt the topic.. Hee..
Lagi satu menda yg membuatkan aku menjadi penat + bz mggu ni adalah keje kat fakulti la.. Mcm biasa.. Supposed who under this scheme, just need to work 24 hour per month. Tp, sometimes if needed, we have to work extra hour regarding to lecturers la kan.. Xleh la berkira sgt even though kdg2 tu di sudut kecil hati ni kurang ikhlas. Hahaha, jahat kan.. Mcm mana gaji nak berkat kan.. Huhu, insaf..
Ala... Sume ni experience utk aku kan..
Another thing to do, adalah esok ada seminar.. Uwaaaa, lagi x best.. Sebenarnya kejap je, 10am - 12pm. Tp oleh sbb aku ni kira cam AJK la kan, so aku kena pi pukul 9am. Awai tu...
Then Jumaat ni, nak tlg housemate angkut brg, dia nak pindah umah.. Sian plak kat dia, sesorg dok terkontang kanting mengangkut kan.. Takpelah, kali ni ari dia perlu pertlgan, who knows kan, satu hari nnti aku pulak perlu pertlgn..
Sabtu pulak, aku nak p kenduri one of classmate masa Degree dulu. Kenduri kahwin la kan, as usual.. Kat Negeri Sembilan.. Dokat jo.. Hoho..
Ahad, mak nak mai.. Yeay yeay!! Dia ada keja kat Putrajaya, so aku kena la menemani dia..
Itu lah antara aktiviti yg perlu aku buat utk beberapa hari akan dtg ni. Bz kan aku ni.. Hoho, poyo kan.. Mcm org lain x bz je kan..
P/S: Tak sabar nak pi kenduri dan jumpa mak..Yeay!!
Monday, November 24, 2008
Salam 24 November 2008, bersamaan dengan 26 Zulkaedah 1429..
Menu aku hari ni adalah nasi ayam.. Actually smlm aku blajar dr housemate aku camne nak wat nasi ayam yg sedap mcm dia buat. Hehehehe... So lunch ari ni aku try le buat..
Resipinya:
Utk ayam goreng:
Ayam suku
Halia
Bwg putih
Bwh merah
Kunyit
Garam
Kicap Manis
Sos Tiram
--> Blend halia, bwg putih dan bwg merah. Setelah hancur, tapiskan hasil blending tersebut. Then, amek sisa2 yg tertinggal di penapis tersebut dan gaulkan dgn ayam yg telah siap dipotong dan dicuci. Gaulkan juga ayam tersebut bersama kicap, sos tiram, sedikit garam dan sedikit kunyit. Perapkan ayam tersebut utk seketika. (Klu nak lg sedap, ayam tu perap semalaman, tp letak dlm peti sejuk la..hehe)..
--> Selepas itu, boleh la digoreng seperti biasa menggunakan kuantiti minyak yg sepatutnya.
Utk Sup:
Ayam suku
Halia (dihiris halus)
Bwg merah (dihiris halus)
Bwg putih (dihiris halus)
Kiub pati ayam
Sup Bunjut (Jika nak letak la)
Ubi kentang (Kalau suka)
Daun sup
Sedikit garam
--> Rebus ayam bersama sup bunjut. Setelah mendidih, keluarkan 4 cawan (guna sukatan yg sama utk beras), dan asingkan. Refill balik periuk rebusan ayam tu dgn air. Letak kan kiub pati ayam, garam secukup rasa. Kalau nak masukkan ubi kentang, masukkan awal2 sbb takut ubi lambat empuk.
--> Setelah mendidih, masukkan daun bwg yg dipotong halus. Kemudian tutup api dan angkat ke tepi. Kemudian, tumiskan bwg merah, bwg putih dan halia yg dihiris halus tadi (tumis darat).. Setelah kekuningan dan naik bau, terus angkat dan tuangkan ke dalam sup ayam tadi.
Utk Nasi:
Beras 31/2 cwn
Kiub Pati Ayam
Air hasil blending bwg merah, bwg putih dan halia utk ayam tadi
Air rebusan ayam utk sup
Bwg merah (dihiris halus)
Bwg Putih (dihiris halus)
Halia (dihiris nipis)
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Serbuk kunyit
--> Basuh dan toskan beras ke dalam bekas.
--> Tumiskan bwg putih, bwg merah, halia, bunga lawang, dan kulit kayu manis ke dalam periuk nasi. Setelah naik bau, masukkan air hasil blending tadi dan air rebusan ayam. Masukkan juga kiub pati ayam dan sedikit serbuk kunyit. Kacau.
--> Setelah mendidih, masukkan beras yg telah dibasuh dan ditos tadi.
--> Kemudian alihkan periuk nasi tu ke periuk letrik. Dan tunggu sehingga masak. :)
Taraaaa...dah siap. Hehehe, boleh la dihidangkan dan dimakan semasa panas.. Eh silap, ada lagi satu, cara nak buat sambal nye. Huhuhu..
Sambal:
4 biji cili hidup
Seulas bwg putih
Sedikit gula
Sedikit garam
Cuka
--> Blendkan ke semuanya sekali (kecuali cuka), sebelum tu jgn lupa buang dulu biji cili tu. Hehehe..
--> Selepas tu masakkan dalam periuk dan letakkan sedikit cuka utk rasa masam.
Akhirnya dah berjaya aku buat nasi ayam sedap mcm kwn aku tu. Tima kasih Dena.. Hehehe.. Sesape yg nak try, boleh la try.
P/S: Selera manusia lain2..
Friday, November 21, 2008
Nasi Kandar
Salam 21hb November 2008.
Entry aku arini tajuk "Nasi Kandar".. Heee.. Sbb aku tgh tingin nak mkn Nasi kat kedai mamak "Hakim".
Nasi Kandar tu dipanggil gitu sbb pelbagai jenis kuah dicampur ke atas nasi kan??
Tp aku plak, juz mkn nasi putih + kuah kari ikan + ayam goreng ja.. Hehehe.. Bleh panggil nasi kandar jg ka kalau camtu??
Aku xtau apa yg depa letak dlm ayam greng depa.. Sbb sedap sgt + fresh.. Means ayam yg depa gunakan tu, ayam baru.
So, antara kedai2 mamak yg aku penah mkn, mmg aku x bleh lupa nasi kat kedai Hakim ni. Hehehe.. Mcm promote kedai ni plak ek.
Betul ka depa letak "Kas-Kas".. Hmmm.. Thats y asik tingin nak mkn ja. Hahahahah...
Slalunya nasi kat kedai mamak ni byk tau.. Sepinggan pun bleh mkn 2 org. Tp lain plak dgn kedai Hakim ni. Sikit gile nasi depa buh. Ayam greng plak besaq sgt.. Xpdn dgn nasi. Heee.. Apapun aku rasa suka sgt. Haruu..
Hmm, mlm ni kena p mkn ni. Sbb tingin ni.. Jenuh ar gini kan.. P mana pun asik tingat Hakim ja.. Bukan Norman Hakim tau.. Kedai Hakim.. Huhuhu..
Suka tu suka la juga, tp jgn mkn kerap sgt.. Nanti bulaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttttt... Uwaaa... Help me, help me...
P/S: Lately aku ketagih biskut Chipsmore Double Choc.. Yummy..
Wednesday, November 19, 2008
Penemuan Yang Tidak Disangka
Salam 19 November 2008.
Minggu ni aku tersgt la bz..
Ari Isnin baru ni aku & Nani (housemate) aku, terkejut sbb kami terjumpa 6 ekor anak kucing dgn ibu sekali dlm plastik kat atas sangkar kucing aku dlu2 punye, kat balkoni umah.. Huhu..
Soooo cute tau..
Ibu kucing ni relax ja masa aku snap gmbr depa.. Fotogenik gak la. Hihi..
Gmbr kat atas, depa dok berguling dlm plastik tu..
Sori la, kualiti gambar cam hampeh. Hehe.. Pkai kamera "coki'a" ja.. Hihihi...
Mmg aku sgggt suka kucing, tp aku x bleh bela depa.. Sbb depa rmai sgt.. Lgpun aku kena hormat housemates aku yg majoritinya x suka kucing. Huhuhu...
So, aku + Nani siapkan tmpt tggl depa (yg diperbuat dr kotak, suratkhabar lama, n kain batik buruk), dan proses pemindahan depa kami lakukan di waktu mlm..
Kami pindahkan depa kat bwh tangga hujung blok 1 ni. Nmpk cam secure..
So far, sepanjang aku blk keje, depa ada ja lg kat situ. Heehehe.. Aku kasi ibu dia mkn ikan rebus 4 ekor smlm.. Hrp2 dia kenyang n mampu nak nyusukan anak2 dia..
P/S: Abu Hurairah bermaksud "Bapa Kucing", kerana Abu Hurairah sgt menyayangi kucing..
Sunday, November 16, 2008
Mampu ke?
Salam 16 November 2008..
Aku dah kembali ke S.Alam setelah bercuti selama 6 hari kat kg. Heee..
Seperti biasa la kan, tiap kali nak blk sini blk, sure rasa berat hati je. Normal la utk aku feeling tu. Huhu..
Blk kg kali ni, aku byk bbincang psl "wedding" dgn mak.. Segalanya about wedding la. Hihi..
Mcm byk betul expenses yg diperlukan utk the whole process starting dr pertunangan sehinggalah majlis selesai. Adusss...
Dah le aku ni lum keje tetap lg.. Master pun xtau la dpt finish it on time ke tak... Huhu...
Tapi org kata, kalau niat kita baik dan ikhlas, Allah akan tlg kan.. Hmmm.. Aku bukannya nak buat dosa. Heee...
Rezeki tu akan dtg selepas kawin kot kan..
P/S: Doakan semua berjalan lancar yep..
Tuesday, November 11, 2008
Tak Kena Tempat
Salam 11 November 2008.
Aku baru je smp Jitra ptg td..
Flight jam 4ptg tadi dan jam 5ptg dah smp di airport Kepala Batas..
Guess apa yg tak kena???
Ada ke dlm flight td, depa psg lagu Raya... Logik tak????
Please la be alert, skng ni dah bulan berapa.. Ada ke pasang lagu raya.. Deepavali pun dah lama lepas. Huhuhu...
It's sound weird huh!
P/S: I'm not telling which company okay..between M & A...hehehehe
Sunday, November 9, 2008
If I Sometimes Hold On to You Too Tightly... It Is Only Because I Love You So Much
Salam 9 November bersamaan 11 Zulkaedah.
Entry kali ni, aku juz nak share satu romantik poem taken from one of my favorite book.. Hehe..
If I want to take up a lot of your time,
it is because your presence
gives me so much pleasure.
If I worry about you too much,
it is my own fear
of losing the one I truly love.
If I don't want to share you
with anyone else,
it is because my heart wants
to be with only you.
If my eyes see only you,
and my heart holds room for
no one else...
It is only because I love you
so much.
-Nancy A. Prunty-
P/S: I hope you read this..
Saturday, November 8, 2008
Lelaki Yang Romantik
Salam 8 November 2008 bersamaan 10 Zulkaedah 1429.
Selamat berhujung minggu..
Still related dgn previous entry, "Wanita Cantik Yg Suka Menangis", aku hrp kaum lelaki memahaminya.. Sbb ada a few lelaki yg suka pertikaikan dan bertanya, "kenapa perempuan suka menangis"..
Aku ada sorg kwn, di mana x-boyfriend nya, pernah buat statement yg berbunyi gini.. "Perempuan sengaja menggunakan airmata sebagai senjata utk melemahkan lelaki.."
Hmm.. Bagi aku, perempuan bukan SENGAJA menggunakan airmata mereka untuk meraih simpati or menarik perhatian lelaki, tetapi perempuan mmg dilahirkan dengan sifat murah airmatanya..
Sebab perempuan ni dilahirkan dengan hati yg sensitif, lembut, keibuan, mudah tersentuh.. Sorry to say, dats y perempuan ni lebih ramai yg berperikemanusiaan sebab mereka dilahirkan dengan sifat2 kelembutan ni.. (",)
Okaylah, refer kat title entry aku arini, aku nak discuss on romantic issue. Hehe..
Kalau ditanya kat sume perempuan, hampir 100% menjawab mereka nak lelaki yg romantik.. From my perception, lelaki romantik bukan lah lelaki yg bijak mengorat, bukan lah sweet talker, bukan lah yg punya rasa syg kepada suma perempuan..
Lelaki romantik bagi aku adalah lelaki yg menghormati perempuan or wanita2 di sekelilingnya, especially ibu, isteri, adik2 perempuan, kakak.. Lelaki romantik juga adalah lelaki yg bijak mengambil dan menjaga hati wanita yg dikasihi..
Lelaki yg romantik juga mestilah seorang yg tidak menzalimi dan mengasari wanita, lelaki yg soft spoken means tidak melenting dan meninggikan suara sewenang2nya.. If nak tegur kesalahan seseorg pun, dia menggunakan intonasi yg sesuai..
Impian dan doa aku, aku ingin punya suami yg boleh bertoleransi, boleh dibawa berbincang (jika ada mslh), kdg2 dia menjadi seorg yg sgt romantik (di kala aku merajuk, aku perlukan perhatian), lembut intonasi suaranya (itu tak bermakna dia tak boleh menegur segala kesalahan aku)..
Adakah impian dan doa aku itu sesuatu yg mustahil utk aku miliki??
Aku penah terbaca dalam satu mjlh, fakta menyatakan bahawa lelaki tidak suka berbincang dan akan lari dari perbincangan (in love r/ship).. Sepatutnya dlm ssuatu perhubungan, jika ada mslh, perbincangan di antara pasangan tu sgt penting.
Mcm mana nak betulkan keadaan if berbincang pun xnak kan.. Huhu..
Aku tau, hidup di dunia ni, tidak sumenya yg kita inginkan akan kita perolehi.. Tp xkan la kita x boleh langsung berusaha utk cuba mendptkan semua yg kita inginkan? Kalau xdpt sume pun, mungkin kita bleh dapat separuh daripadanya.. Wallahualam..
P/S: Kesian kat "hati" aku.. Ingin rasa dicintai dan dihargai..
Friday, November 7, 2008
Wanita Cantik Yang Suka Menangis
Salam 7 November 2008
Entry kali ni related dgn feeling aku skng.. Aku suka sgt nak share info yg aku dpt dr e-mail pg td..
Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan
kecantikan wanita mereka yang azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.
P/S: Hati ini sangat terguris hingga airmata jadi teman..
Sunday, November 2, 2008
Wedding
Salam 1 November 2008 bersamaan 3 Zulkaedah 1429.
Pertama sekali, Selamat Hari Lahir yg ke 25 kpd Raihan (kwn aku masa keje kat UPM).. AKu doakan moga ko pjg umo, murah rezeki dan berjaya di dunia n akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Hari pertama utk bulan Nov 2008, aku start dgn Wedding one of my fren.. (",)
Amek Berkat
Tidak seperti kisah wedding kwn2 yg lain, wedding kali ni agak menyentuh hati sbb kwn aku tu "Saudara Muslim Baru".. Baru je memeluk Islam pd bulan Julai lalu.. Alhamdulillah, Allah buka kan pintu hati dia..
Nape aku nmpk "chubby" ek????Uwaaaa..
Sepanjang aku kenal dia, dia seorg yg sgt baik.. Baik hati, tidak mudah berprasangka buruk, positif.. Mungkin Allah sygkan dia dan memberi hidayah kt dia.. Wallahualam..
Dan ditakdirkan Allah, hari ni pd jam 11 pagi, dia diijabkabulkan dgn lelaki pilihan hati, alhamdulillah.. Majlisnya berlangsung pd jam 8mlm - 11mlm tadi.
Majlisnya agak sederhana, hanya dihadiri oleh kenalan rapat saje.. Ikut ckp kwn aku ni, dia berniat nak buat majlis sederhana memandangkan dia adalah "saudara muslim baru". Dia hnya membuat apa yg wajib sahaja. Takpelah, yg penting sebuah masjid telah didirikan..
Aku rasa tersentuh tgk kwn aku ni bertudung di majlis perkahwinannya.. (",) Sekali lagi alhamdulillah..
P/S: Tahniah buat kwn aku Jenny Imanina Abdullah dan Fairul, moga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.
Wednesday, October 29, 2008
Tak Sanggup Kehilangan mu
Salam 29 Oktober 2008
Title entry aku kali ni cam "jiwang" aje kan. Hehe..
Actually ada cite di sebaliknya.. Mak called siang tadi. Dia ngadu2 kat aku yg dia bosan sgt.. Bosan serba serbi.. Bosan nak mkn, bosan nak buat keje, bosan nak g memana, pendek kata sume bosan..
Pastu dia kata, dia rasa sunyi sgt2.. Dia rasa dia keseorangan walaupun adik bongsu aku ada bersama dia. Dia rasa sayu dan sedih sgt. Mungkin itu yg menjadi punca dia bosan..
Aku pujuk2 la dia, aku ckp dlm hidup manusia ni, kdg kala ada juga hari yg kita akan rasa bosan.. Dia ckp tak.. Coz dh sebulan dia rasa bosan serba serbi.. Apa yg membuatkan hati aku sebak dan tersentuh, bila dia kata,
"Mungkin mak dah nak mati kot, sbb tu bosan tu, nak buat apa pun xleh sbb rasa bosan.."
Ya Allah, hampir menitis air mata aku bila mak ckp ttg "mati".. Sesungguhnya aku tak sanggup kehilangan mak dan aku belum bersedia nak menghadapi dugaan yg maha berat ni.
Aku masih perlukan seorg mak dlm hidup aku.. Sungguh.. Semoga Allah memanjangkan umur mak.. Amin..
Mak, long syg mak sgt2..
P/S: Entry kali ni sayu sket..
Curang
Salam 28 Oktober 2008, 28 Syawal 1429..
Selepas tukar layout semlm, aku still xsiap decorate lg. Huhu.. Biar la.. Juz nice aje..
Kali ni aku nak cite psl "curang". Klu dulu2, kita mesti relate "curang" itu dgn lelaki. Tp skng ni dah xleh kira, lelaki or pompuan sama aje.
Kenapa aku ckp gini??
Coz aku ada pengalaman berdasarkan pemerhatian aku. Hehe..
Klu dulu aku akan classified kan "curang" tu juz bila seorg lelaki atau perempuan yg sudah berkahwin bermain cinta dgn org lain, yakni bukan pasangan mereka.. Tp skng ni perception aku agak meluas dah. Even for me, if someone yg dah bertunang, tp dia still keluar bdua2an (berlainan gender ye) tanpa reason yg dibolehkan, tnpa pengetahuan pasangan masing2, itu juga adalah "curang".
Antara reasons yg dibolehkan tu might be such as urusan keje, emergency case (accident ke), urusan study..
Zmn skng ni, isteri orang pun ramai yg curang dan bermain cinta, apatah lagi yg belum berkawin. Aku pantang betul la. Huhu.. Sbb bg aku, klu partner masing2 dah baik, apa lg yg kita nak?? Kan??
Ada seorg yg aku kenal, pompuan, dah bertunang baru ni & x lama lg akan kawin, dlm 2,3 bulan je lg..
Sblm bertunang, aku mmg tau yg dia ni suke bmain cinta. Tp time tu aku x amek serius sgt coz bagi aku itu hak dia utk wat pilihan terbaik.. Rupanya telahan aku slh, coz dia masih terbwk2 sikap buruk dia tu even dah bertunang pun. Huhu..
Skng ni makin menjadi pulak sikap dia..Coz dia suka keluar bdua dgn lelaki yg keje di tmpt yg sama dgn dia. For whatever reason sekalipun (except reason yg dibolehkan di atas), dia x boleh keluar dgn lelaki lain tanpa pengetahuan tunang dia.
Aku bukan nak busy body, tp aku sakit mata. Aku dah byk kali nasihat dia, tp dia degil. Lelaki yg keluar dgn dia tu pun bukannya xtau yg dia ni dah bertunang, tp nak gak cuba nasib. Gatai la tu kan. Tp aku xslhkan 100% lelaki tu coz klu ppuan ni x melayan, x jadi jugak kan.. Huhu..
Kdg2, bila dia stress dgn tunang dia, dia contact lelaki tu. Huh!
Dah bape kali aku mentioned dlm blog aku ni. Hidup ni ibarat roda.. Kalau hari ni dia buat gitu kat tunang dia, x mustahil satu hari nnti tunang dia buat menda yg sama kat dia.. Kan??
Nape la ada pompuan gini ye?? Memalukan kaum pompuan lain je.. Camne dia nak jd isteri yg solehah jika masih amalkan sikap gini.. Apa la nak jd ye? Manusia akhir zaman kot..
P/S: Ermp..Apapun aku harap sesiapa yg bersikap spt ini, sila lah berubah.. Kita ada pegangan agama, kita ada iman..
Monday, October 27, 2008
New Template
Salam 27 Syawal bersamaan 27hb Oktober 2008.
Tenggelam timbul je aku ni kan.. Hehe.. Bz sgt seminggu dua ni..
Arini baru ada kesempatan nak tukar2 apa yg patut.. So for time being, aku nye blog nih akan kosong tnpa apa2 decoration.. Tgh godek2 blk menda apa yg patut diletakkan.. Hehe..
So, karang pas solat & settle sume, aku update apa yg patut k.
P/S: Benci la bile sume accessories n award2 yg penah diberikan hilang.. Huhu
Monday, October 13, 2008
Gambar Raya 2008
Kat Umah Tokcik (kami 4 beradik dgn anak2 sape tah, xkenai.hehe)
Only 3 of us (baju corak sama, kaler je lain)
Gambar raya tahun ni x byk sgt..Tah le nape..Gambar satu family pn xde, lupa nak amek. Huhu, sedey.. Apapun syukur sgt dpt meraikan sekali lg Aidilfitri. Alhamdulillah..
P/S: Baju raya kwn2 bape psg? Hihihi..
Tuesday, September 30, 2008
Menu Last utk Berbuka Puasa Tahun 2008
Salam Syawal kepada semua..(",)
"Selamat berhari raya..Walau di mana kau berada.."
Antara petikan lirik lagu raya yg hangat berkumandang skrng.. Pasni next year la plak baru bleh dgr kan.. InsyaAllah, klu umo panjang..
Sebak plak rs coz Ramadhan dah pun berlalu sejurus selepas azan magrib td. Huhu.. Aku kurang berpuas hati dgn prestasi amalan aku utk Ramadhan kali ni.. Aku hrp umo panjang la nak sambut Ramadhan sekali lagi tahun depan.
Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya. Mesti rmai di antara kita yg mabuk makanan sok. Hehe... Mabuk ketupat,lemang & rendang.. Termasuk lah aku. Dan yg paling aku risau, berat aku mesti naik.. Uwaaaaaaaa...
Oklah, td last la kita bbuka utk Ramadhan 2008. So menu family aku arini ala kadar je.. Antaranya:
Kek Coklat yg aku buat utk Raya (Dah jadi, hehe)
Rendang ayam mak masak utk Raya juga
Ayam KFC Spices yg baru tu..
Actually, last entry aku ada cite psl aku baked cake tp hangus.. Siang td aku buat lagi, tp dis time aku make sure yg aku set suhu yg tepat utk kek dulu. So, alhamdulillah, jadi le kek coklat aku utk raya tahun ni. Hehe..agak sedap la..
Wpun rupa kek ni x cantik, tp rasa dia bleh le thn..huhu
Taktau nape bhgian tgh kek aku jadi bintik2 gitu.. Tapi, xpelah, janji jadi, ye x.. Hehe, nnti dah potong, dah x nampak dah rupa gitu..
Tahun ni kuih raya yg paling byk kat umah aku adalah kuih Tart. Ngah aku pun beli, aku pun beli.. Aku je dah beli 200 biji. Ngah aku pun dah byk biji. Walaupun sama jenis, rupa + rasa nya lain2.. Hehe..
Oklah, nak pi tolong mak masak ketupat jap. Esok aku sambung cite psl Raya.. Hehe..
Apapun, aku ingin amek kesempatan ni utk mohon maaf di atas segala salah silap aku pada semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Jgn mkn byk sgt. Muahaha..
P/S: Mari lah kita bermohon maaf sesama kita sempena hari mulia ini.
Sunday, September 28, 2008
Kek Coklat
Salam 28 Ramadhan 1429..
Ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya.. Sedih je rasa..
Aku dah selamat smpai kt Jitra. Dah 2 hari dah. (",)
Tadi aku konon2 nya nak le wat kek coklat. Kononnya kek pra-raya le kan. Lgpun nak try Oven baru yg mak beli.
Aku bahagi adunan kek tu jadi separuh. Juz wat separuh je. Tiba time baking, aku pun tggl la kan. Coz dah setting time sejam.. (Ikut resipi)..
Sekali baru 15minit bake, aku ter bau ssuatu yg hangit.. Tgk2 asap berkepul2 kuar dr oven. Huhu, rupanya kek aku hangus.. Sedey la...
First cake aku utk raya kali ni, x jadi.. Uwaaaaaaaaaaaaa...
P/S: Esok cuba lagi..Practice makes perfect..
Tuesday, September 16, 2008
Unexpected
Salam 16 Ramadhan 1429
Dah lebih separuh bulan kita berpuasa, so means, kurang separuh bulan kita akan sambut Syawal. InsyaAllah..
Pagi 15 Ramadhan, terjadi nye ssuatu yg sepatutnya tak berlaku. Huh! Cite nye gini..
Dlm kul 12tghari, aku siap2 nak g fakulti la konon kan.. Siap punye siap, dlm kul 1ptg aku siap. Dgn galas beg laptop di bahu, handbag di tgn, aku pun dgn yakinnya kuar bilik dan menguncinya sblm tutup. Then kuar umah, kunci pintu umah plak..
Smp je kt keta, aku pun godek2 le handbag cari kunci kete.. Sekali baru aku perasan.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Kunci kete + kunci umah + kunci bilik sume tu dok dlm bilik.. Kat umah plak xde org. Aduss..
Lalainya aku. Buntu jap aku time tu. Hp plak dua2 xde kedit. Nsib baik ada duit dlm tgn.. Aku pun dgn bahu yg lenguh, berjalan le g kedai kt hujung nun di blok 4. Peluh gak le.. Pas je topup kedua2 hp, aku call le slh sorg housemate aku, igt nak mnta tlg dia blk jap antar kunci. Tgk2 dia bz, xleh kuar ofis. Huhu, sian aku..
Setelah puas pk, aku call le slh sorg classmate aku yg umahnye berhampiran umah aku. Tp nak jln tu penat jg le kan.. Nak jadi cite, kwn aku tu plak terkurung dlm bilik dia. Roommate dia terselak dr luar pintu bilik. Huhu, sadisnye. Camne la leh kebetulan dgn aku ni..
So, dia mnta tlg aku berjln g umah dia, n buka pintu umah (dia ada gtau tmpt rahsia letak kunci umah), dan naik atas ke bilik dia utk buka selak tuh. Nak tak nak terpaksa la aku berjln. Penat sungguh, klu xposa, leh gak minum sejag dua. Haha.. Dugaan le ni..
Bila dah berjaya 'rescue' kwn aku tuh, baru le dia tlg bwk aku gi amek kunci kat tmpt keje housemate aku. Dipendekkan cite, aku smp fakulti dlm kul 230ptg. Lewat dah.. Huhu..
____________________________________________________________________
Erm, ada lagi satu kes yg aku lum cite.. Kejadian ni jadi pd Khamis lepas, 11hb Sept baru nih. Time tuh aku baru sudah msk n kemas2 dapur. Msk utk adik aku bwk bekal blk UPM. Sbb aku nak antar dia blk UPM pastu. Pas settle msk, kemas & solat, aku mandi jap..
Tgh2 mandi, aku dgr adik aku jerit kuat gile panggil2 aku. Dia kata:
"Long..long..cpt keluaq, bau gas..bunyi kuat.."
Heran juga aku memula.. Aku siap sempat ckp gini lg:
"Laa..normal la tuh..bau gas pas masak.."
Tp adik aku still jerit2 separuh nangis kat luar pintu bilik air.. Aku pun keluar la.. Masa aku smp kt ruang tamu, aku dah terbau gas yg sgt busuk n dgr bunyi kuat dr dapur. Cepat2 le aku lari pi dapur..
Smp je dapur, lagi kuar bau dan bunyi.. Tgk2 paip dr kepala gas ke stove tu tercabut. Yg tercabutnye adalah dkt stove.. Kepala paip kat tong gas plak tgh ON, apa lg.. Gas kuar la. Nasib baik, dlm panik2 tuh aku bleh bertindak pantas dgn OFF kepala paip gas tuh n cabut. Kepala gas tu dah sejuk dah menandakan gas kuar byk dah tau.
Bau toksah ckp la. Hampir lemas aku & adik. Huhu.. Allah telah selamatkan kitorg berdua. Alhamdulillah.. Nak jadi cite, pas aku sudah msk, aku buka pintu dapur, tingkap dapur, sliding door ruang tamu.. Kalau x, mau pengsan aku n adik. Coz hidu byk gas..
Dan bersyukur juga coz xde org yg kebetulan nyalakan api ke, lighter ke, utk isap rokok.. Kalau x, leh meletup umah kitorg.. Camne la leh tertanggal paip kat stove tuh..
Menggeletar juga aku n adik time kejadian. Tp alhamdulillah coz Allah pjgkan umo kami berdua.. Mcm2 leh jadi tau. Ermp.. Byk iktibar yg aku dpt dr kejadian tu. Huhu..
P/S: Moral of the story, next time, everytime after cooking, make sure off the gas.. Huhu..
Tuesday, September 9, 2008
Ramadhan Tiba Lagi..
Salam 9 Ramadhan 1429..
Dah masuk hari ke 9 puasa, baru la aku sempat curi masa utk update blog ni.. Ya Allah, aku teramat la bz smp tercungap2 aje rasanya. Sem nih sgt2 la mencabar. Hehe..
Dlm masa lebih seminggu aku tak update blog nih, a few things were happened. Last entry aku, aku cite betapa excited nya aku nak blk Kedah.. So dipendekkan cite, I wasssss soooo hepi spent time there. Muahahaha.. Sempat lagi sehari b4 puasa yakni ari Ahad, aku, mak, adik & Ea gi Langkawi. Balik hari aje, juz teman mak pi shoping pinggan mangkuk, set cawan, bekas kristal nak buh kuih raya, dulang & a few things lagi la.. Tukang angkut brg la kitorg 3 beradik ni. ;p
Aku sempat berpuasa di rumah sehari walaupun sbnrnya x dpt nak puasa pn..;p Janji 1st Ramadan aku kat umah, tu yg penting.. Selasa pg iaitu 2 Ramadan aku bertolak blk S.Alam, tp dgn bas, sorang2. Coz Ea naik flight pagi yg sama. Actually tiket AirAsia dr Kepala Batas-KL abes, juz tinggal tiket MAS yg hampir RM400 harganya utk seorg. So aku le sacrificed. Biar Ea naik flight, aku naik bas. Huhu.. Lgpun dia ada hal penting yg perlu dia rushing.
Sebab bg aku mcm tak berbaloi habiskan sejumlah RM400 semata2 utk tambang blk jika xde hal penting. So that, naik bas pun ok. :) Lebih baik aku byr keta aku kan..
Kelas aku pada bulan puasa ni berjalan spt biasa.. Maknanya kitorg sekelas bebuka di kelas setiap Isnin-Rabu. X dpt le pi terawih di surau. Walaupun leh je buat kat umah, tp feel nya x sama arr dgn buat di surau atau masjid.
So setiap kali hari ada kelas, kitorg sekelas terpaksa la bwk bekal kuih muih utk lapik perut bebuka sementara nak tggu kelas abes dlm kul 9mlm. Tp betul la Ramadan ni adalah bulan murah rezeki, ada je kwn2 yg pemurah & jamu sekelas dgn apa jua juadah. Kdg2 roti John, kdg2 popia. Alhamdulillah, rezeki.. Janji kenyang kan..
So far, aku belum missed bangun sahur. Even aku tido lewat sekalipun (buat a'ment), aku tetap bangun kul 5pg utk bersahur. Memula puasa, aku mkn nasi time sahur, tp lately aku mkn ringan2 je.. Kdg2 sandwich, kdg2 juz kurma 3 biji & susu segelas, kdg2 milo 1 mug.. Aku nak sharing dgn kwn2 ttg slh satu amalan sunat di bulan puasa ni. Iaitu bersahur dgn kurma & susu. Amalan Nabi Muhammad S.A.W.. Kurma tu ckup utk bekalkan tenaga kt bdn kita utk sepanjang hari.. Alhamdulillah, lepas aku amalkan, mmg betul aku x rasa lesu sgt wpun perut aku lapar..:)
Syok betul aku tiap2 kali tibanya Ramadan. Ada 2,3 entry aku since last year ttg betapa excitednya aku bila tibanya Ramadan.. Sbb aku akan rasa aman sgt sepanjang Ramadan.:) Terasa masa cepat betul berlalu. Harap2 umur aku panjang utk sekali lagi menyambutnya di tahun hadapan. And really hope next year aku sambut Ramadan dgn status baru. Hehehe..
Last year, aku berpuasa di Serdang. Aku menyambutnya as staff UPM. Sonok juga, ada mcm2 pengalaman. Pengalaman berbuka puasa di hotel sepanjang kursus 3 hari.. Asyik mkn je time tu.. Agak rindu moment2 spt tu. Ermp..
Kdg2 terdetik juga, adakah umur aku panjang utk merasai semua ni? Apapun, aku harus menghargai setiap masa yg ada sekarang.. Kita xtau sama ada kita berpeluang utk merasai semuanya lagi, kan?? Insaf rasanya.. Yep, kita perlu selalu muhasabah diri, utk improve diri sendiri supaya berubah ke arah kebaikan. Kita perlu fikir, apa kebaikan yg kita dah lakukan dlm hidup ni? Dan apa kejahatan atau keburukan yg kita pernah lakukan?? Ya Allah, byk lagi yg pincang dlm hidup ni...
Dunia ni kan pinjaman.. :)
Oh ya, pagi tadi lepas sahur, solat subuh, dan buat keje sket, aku sambung tido.. Dan aku bermimpi gigi bwh aku tanggal. Bukan satu, tp 3,4 batang.. Sederet yg tanggal, kat bahagian geraham. Bangun je tido aku terus sms mak bgtau menda ni. Mak tnya, gigi atas ke bwh yg tanggal, aku bgtau le bwh.. So mak reply "sedialah hadapi apa jua kemungkinan"..
Lazimnya org melayu kita kaitkan mimpi gigi patah atau tanggal ni dgn kematian. Wallahualam.. Xnak le percaya, sbb nanti jadi syirik. Sejauh mana kebenarannya atau adakah sekadar kebetulan, itu tak pasti.. Ada plak yg kata kalau gigi bwh org yg rapat dgn kita akan "pergi", atau sebaliknya.. Pernah juga sekali aku bermimpi menda yg sama, dan mmg ada kematian.. Sedara jauh. Tapi mungkin tu sekadar kebetulan..
Tp ada juga yg kata kalau mimpi itu terjadi sebelum Subuh, maka mungkin ia satu petanda. Wallahualam. Apa yg aku boleh simpulkan disini, kita kena slalu beringat ttg kematian. Kerana itu adalah menda yg pasti terjadi cuma masanya xpasti bila.. Dan kita kena hargai setiap insan di sekeliling kita..:)
Adus, melalut dah entry aku kali ni.. Hehe..
P/S: Perbanyakkan la amalan di bulan yg penuh barakah ni.:)
Tuesday, August 26, 2008
Rindu
Salam 24 Syaaban,
Semakin hampir dengan Ramadhan, rasa semakin teruja pulak..Hehe, biasalah kan. Juz mcm entry aku last year, aku sgt suka nak sambut Ramadhan. Kemanisan bulan Ramadhan nih lain dr bulan-bulan lain. :)
Actually, aku sgt hepi hari ni. Coz aku finally berjaya arrange schedule aku utk blk Kedah. Dah 2 bulan aku x blk. Sejak aku dtg sini utk semester ni, aku x penah blk lagi. Uwaaaaa.. Sedih tau. Aku rasa rindu aku kat mak, adik & boboy (kucing), makin xdpt dibendung.
Kdg2 time ptg2, sambil dok menaip assignments kat meja, terpandang je gmbr family kat desktop, dan2 airmata nak menitik. Huhu.. Kalau smpai nangis ni, maknanya rindu aku dah x dpt dibendung lagi.
So insyaAllah by dis comin' saturday, aku akan bertolak blk Kedah. Walaupun aku hanya dpt spend kejap je kat umah nanti, tp ckup la mengurangkan rindu di hati ni.. Aku akan blk dgn adik aku yg study di UPM tuh. Bestnyaa..I'm so excited..
Aku cuma sempat bersahur aje lah di umah nanti, coz pagi2 Isnin insyaAllah aku akan bertolak blk sini dah. Walaupun Isnin tu public holiday, tapi aku still ada kelas. Huhu.. Lecturer nak abeskan sume syllabus cepat2 so then leh bercuti raya panjang sket. ;p
Aku penah sembang panjang dgn twin aku psal 'mak'. Kitorg pas SPM je terus kuar dr Kedah. Yelah, masing2 nak kejar cita2 kan. Kitorg berdua mcm sedih sgt sbb x dapat bersama mak sepanjang masa. Bila kitrog blk Kedah je, tgk2 mak dah tua. X sedar pun masa cepat betul berlalu.
Skali blk, makin tua, makin tua.. Sedih la.. Aku masih x kuat utk kehilangan mak. Aku selalu mohon moga Allah pjgkan umo mak sbb aku masih perlukan dia dlm hidup aku. Aku kdg2 slhkan diri sendiri coz x dpt bersama dia. Kdg2 je dpt blk jenguk dia..
Kdg2 aku slhkan mata aku, "betul ke mak makin tua?" Sebab masa kali terakhir aku tgglkan dia, dia ok je lagi.. Sekarang, rambut pun dah beruban, kedutan pun dah byk timbul di muka.. Tanda2 penuaan.. :(
Tambahan pulak, aku tau dia sebatang kara di dunia ni. Dia cuma ada kami adik beradik. Sekarang ni still ok sbb ada adik bongsu aku kat umah yg teman dia. Tapi, penah sekali adik aku gi kem 4 hari, mak aku dah tak senang duduk kat umah. Sbb dia kata dia sunyi sgt.. Akibatnya, kedua2nya nangis. Adik aku yg xpenah jauh dgn mak pun turut nangis. Sedih sgt masa mak aku called n cite sume menda tuh.
Ermp.. bila cite psl mak ni, emotional betul aku. Sambil menaip, sambil tu la airmata mengalir. Huhu, apa nak jadi dgn aku ni?? Dah lama bjauhan pun, homesick tu teruk lagi..
Tiap2 kali blk kg, n tibanya masa nak blk sini blk, aku sure nangis. Hehe, dah tua bangka pn nangis lagi kan. Mak pun dah fhm sgt anak2 dia. So tiap kali kitorg nak blk sini blk, dia mesti x layan sgt emosi kitorg. Takut makin parah jadinya. Hehehehe.. Pdhal aku tau, jauh di sudut hati dia, dia pun nangis.. :(
Baru2 ni, terjadi ssuatu kat kg. Jiran aku ngamuk kat mak sbb kucing aku kacau burung peliharaan dia. Jiran aku tuh lelaki.. Mslhnya, x boleh ke dia dtg umah & ckp elok2.. Ni tak, dtg umah mlm2 ketuk pintu mcm nak roboh, pastu tengking2.. Dah le kat umah hnya ada mak n adik aku..
Yg jiran aku tu pun satu, sape suh letak sangkar burung tuh atas lantai. Of course la mengundang bahaya. Normal la seekor kucing tertarik nak main.. Dia siap ugut mak aku, dia kata dia nak bunuh boboy kucing aku tu.. Kejam kan...
Kerana 2 ekor binatang, yg kita tau x berakal, dia pun menjadi spt kurang berakal jg.. Erm, sorry to say that. Kita kena la pikir, tu slh sape, slh sndri kan.. Yg dia nak ngamuk tak tentu hala tu nape.. Itu lah manusia..
Masa mak cite tu, skali lagi aku nangis.. Sbbnya akibat dr peristiwa tu, adik aku trauma kejap. Masa kejadian tu, adik tgh study kat depan.. Tetiba ada org ketuk pintu kuat gila, mcm nak roboh rumah la.. Mlm plak tuh. Adik terkejut. Masa adik buka pintu, dia tengking2 adik suh panggil mak. Ya Allah... Sian adik..
Mak masih boleh berlembut n tolerate dgn jiran tuh. Mak ckp, klu dia rasa patut bunuh boboy sbb hal tu, bunuh la.. Kalau dia rasa dia x perikemanusiaan, bunuh la.. Time tuh, perasaan aku serabut betul. Aku takut jiran aku tu betul2 bunuh boboy.:(
Yg x sangkanya, jiran aku tuh sblm nih ok je, xpenah la mrh2 n baik dgn mak. Tiap2 kali nak mnta derma or duit utk kenduri ke, mak aku lah org pertama yg dia pi kutip.. Pandai plak dia, time nak mnta duit, berlembut....
Sian mak.. Mentang2 la dia xde sape, org boleh buat camtu kat dia..
Takpelah, Allah akan lindungi mak & adik.. :) Adoi, terpanjang plak entry aku arini. Biasalah, emotional punya pasal. Hehe..Oklah, aku nak sambung study. Ada test Rabu ni. Uwaaaa...
P/S: Sayangilah keluarga anda.:)
Thursday, August 21, 2008
Award
Oh sungguh terharu rasanya bila tetiba diberikan award oleh ummibatrisya. Thanx a lot ummibatrisya. Di bwh ni description psl award .
Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.
Here are the rules to follow:
i. Put the logo on your blog.
ii. Add a link to the person who awarded you.
iii. Nominate at least 7 other blogs.
iv.Add links to those blogs on yours.
v. Leave a message for your nominees on their blog
Other blogs that I would like to nominate are:
i. na
ii. missbelieve
iii. hunny
iv. sham
v. kakhani
vi. 13may
vii. kakluna
Actually aku x byk link dlm blog aku, muahaha.. So for me, all blogs ada keistimewaan tersendiri. :) Semua layak utk dpt award nih, as a courage to us to be more creative in blogging. Hehehe..
P/S: A lot of assignments & assesments waiting..huhu
Tuesday, August 12, 2008
Apa ni?!
Salam 10 Syaaban
Dah tgh2 Syaaban ni, mesti ramai yg kalut menghabiskan posa2 yg tertinggal. Termasuk lah aku. Muahaha..InsyaAllah sempat aje. Dah tggl beberapa hari je lagi.
Lately, aku bz gile, tido pun x menentu. Penah dlm seminggu 3,4 hari je aku tido proper. The rest, tido lewat atau x tido langsung. Smpai pening kepala nih.
TV pun dah lama x tgk. Cuma pagi ni aje aku smpt tgk HotFM kat 8TV. Apa yg aku nak cite kan di sini, pasal panggilan "hangat", bukan "hangit". Aku pasti mesti ada antara kwn2 kita yg tgk or dgr HotFM pagi nih.
Panggilan tu pasal sorg lelaki yg ada 2 kekasih, sorg tu bakal jadi isteri dia pd Jumaat ni. Mslh yg dia hadapi, kedua2 ppuan tu xtau diorg masing2 dimadukan. Si lelaki ni plak mmg sygkan kedua2nya. Dia called HotFM sbb dia dah buntu & xtau apa nak buat. Dia xde kekuatan nak bgtau, sbb dia takut dia kehilangan kedua2nya sekali.
Ermp.. So HotFM bantu si lelaki ni dgn menelefon slh seorg kekasih hati dia (bukan bakal isteri), utk memberi laluan kat si lelaki ni utk meluahkan hal sbnrnya. Ppuan ni memula igtkan panggilan itu adalah panggilan "hangit". Sian dia.. Suara dia pun dah bergetar2, mybe dia x sangka kot dia di'madu'kan dan yg paling penting dia ditinggalkan lelaki itu.
Satu Malaysia dpt dgr mslh ni, mesti la si ppuan ni sedih + malu gila. HotFM mungkin berniat nak tlg si lelaki ni yg xdpt solve mslh sendiri. Tp malangnya bg si ppuan ni. Aku tertarik dgn kata2 ppuan tu, "aik, sejak bila awk panggil saya Ain, bukan sblm ni panggil 'honey' ke??!"
Bg aku, klu ssuatu love r/ship tu dah smpai tukar gelaran manja, tu maknanya hub tu dah jadi serius. So, mmg x adil buat ppuan tu kerana ditipu. Tak adil juga buat bakal isteri lelaki tersebut, ditipu sehingga ke saat2 nak kawin. Mungkin jadi ppuan (bakal isteri) tu lagi sedih + frust compare dgn seorg lagi.
Apa pun, tidak adil buat kedua2nya. Kesian sgt..Mcm mana la diorg bleh tertipu dgn lelaki tu. Msti lelaki tu sgt hebat merahsiakan kecurangan dia tu. Dia ada mentioned yg dia syg keduanya. Mana boleh mcm tuh.. Mmg la dlm Islam membenarkan lelaki kawin smpai 4. Tapi, niat tu kena betul la, kerana Allah. Mcm kes ni, wallahualam la apa motif lelaki tu, tp tak patut la dia buat mcm tu.huhu..
Juz imagine, we r in her shoes, apa yg kita rasa ek.. Kalau aku la, mesti aku geram + frust + sedih sbb org yg kita syg sanggup menipu kita, dan mempermainkan kita. Nauzubillah la..
Aku xdpt bygkan la if bakal isteri dia dgr radio tadi, n dia dpt tau kes ni.. Silap2 dia bleh cancel wedding dia sbb rasa tertipu. X mustahil tau.. Ppuan ni once hati dah terluka n jadi tawar, diorg mesti nekad nak wat apa2 je. Hmmm..
Entah la, hal2 camni agak complicated nak buat conclusion. Mybe ada reasons y dis thing can happen. If we in their place, we will say dat we did a right thing.. Maybe la kan.. Apapun, hopefully Ain tu dpt tabah & teruskan kehidupan mcm biasa.. Cayok, cayok..
P/S: Segalanya yg kita dpt di dunia ini adalah pinjaman & sementara..