Monday, November 24, 2008

Assalamualaikum

Salam 24 November 2008, bersamaan dengan 26 Zulkaedah 1429..

Menu aku hari ni adalah nasi ayam.. Actually smlm aku blajar dr housemate aku camne nak wat nasi ayam yg sedap mcm dia buat. Hehehehe... So lunch ari ni aku try le buat..

Resipinya:

Utk ayam goreng:

Ayam suku
Halia
Bwg putih
Bwh merah
Kunyit
Garam
Kicap Manis
Sos Tiram

--> Blend halia, bwg putih dan bwg merah. Setelah hancur, tapiskan hasil blending tersebut. Then, amek sisa2 yg tertinggal di penapis tersebut dan gaulkan dgn ayam yg telah siap dipotong dan dicuci. Gaulkan juga ayam tersebut bersama kicap, sos tiram, sedikit garam dan sedikit kunyit. Perapkan ayam tersebut utk seketika. (Klu nak lg sedap, ayam tu perap semalaman, tp letak dlm peti sejuk la..hehe)..


--> Selepas itu, boleh la digoreng seperti biasa menggunakan kuantiti minyak yg sepatutnya.




Utk Sup:

Ayam suku
Halia (dihiris halus)
Bwg merah (dihiris halus)
Bwg putih (dihiris halus)
Kiub pati ayam
Sup Bunjut (Jika nak letak la)
Ubi kentang (Kalau suka)
Daun sup
Sedikit garam

--> Rebus ayam bersama sup bunjut. Setelah mendidih, keluarkan 4 cawan (guna sukatan yg sama utk beras), dan asingkan. Refill balik periuk rebusan ayam tu dgn air. Letak kan kiub pati ayam, garam secukup rasa. Kalau nak masukkan ubi kentang, masukkan awal2 sbb takut ubi lambat empuk.



--> Setelah mendidih, masukkan daun bwg yg dipotong halus. Kemudian tutup api dan angkat ke tepi. Kemudian, tumiskan bwg merah, bwg putih dan halia yg dihiris halus tadi (tumis darat).. Setelah kekuningan dan naik bau, terus angkat dan tuangkan ke dalam sup ayam tadi.

Utk Nasi:

Beras 31/2 cwn
Kiub Pati Ayam
Air hasil blending bwg merah, bwg putih dan halia utk ayam tadi
Air rebusan ayam utk sup
Bwg merah (dihiris halus)
Bwg Putih (dihiris halus)
Halia (dihiris nipis)

Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Serbuk kunyit

--> Basuh dan toskan beras ke dalam bekas.
--> Tumiskan bwg putih, bwg merah, halia, bunga lawang, dan kulit kayu manis ke dalam periuk nasi. Setelah naik bau, masukkan air hasil blending tadi dan air rebusan ayam. Masukkan juga kiub pati ayam dan sedikit serbuk kunyit. Kacau.
--> Setelah mendidih, masukkan beras yg telah dibasuh dan ditos tadi.
--> Kemudian alihkan periuk nasi tu ke periuk letrik. Dan tunggu sehingga masak. :)



Taraaaa...dah siap. Hehehe, boleh la dihidangkan dan dimakan semasa panas.. Eh silap, ada lagi satu, cara nak buat sambal nye. Huhuhu..

Sambal:

4 biji cili hidup
Seulas bwg putih
Sedikit gula
Sedikit garam
Cuka

--> Blendkan ke semuanya sekali (kecuali cuka), sebelum tu jgn lupa buang dulu biji cili tu. Hehehe..
--> Selepas tu masakkan dalam periuk dan letakkan sedikit cuka utk rasa masam.

Akhirnya dah berjaya aku buat nasi ayam sedap mcm kwn aku tu. Tima kasih Dena.. Hehehe.. Sesape yg nak try, boleh la try.



P/S: Selera manusia lain2..










2 comments:

my hidden stories said...

wah menarik jer nasi tu

MomAuniAysar said...

--> miss believe
Menarik + sedap.. Hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...