Wednesday, October 29, 2008

Curang

Assalamualaikum

Salam 28 Oktober 2008, 28 Syawal 1429..

Selepas tukar layout semlm, aku still xsiap decorate lg. Huhu.. Biar la.. Juz nice aje..

Kali ni aku nak cite psl "curang". Klu dulu2, kita mesti relate "curang" itu dgn lelaki. Tp skng ni dah xleh kira, lelaki or pompuan sama aje.

Kenapa aku ckp gini??

Coz aku ada pengalaman berdasarkan pemerhatian aku. Hehe..

Klu dulu aku akan classified kan "curang" tu juz bila seorg lelaki atau perempuan yg sudah berkahwin bermain cinta dgn org lain, yakni bukan pasangan mereka.. Tp skng ni perception aku agak meluas dah. Even for me, if someone yg dah bertunang, tp dia still keluar bdua2an (berlainan gender ye) tanpa reason yg dibolehkan, tnpa pengetahuan pasangan masing2, itu juga adalah "curang".

Antara reasons yg dibolehkan tu might be such as urusan keje, emergency case (accident ke), urusan study..

Zmn skng ni, isteri orang pun ramai yg curang dan bermain cinta, apatah lagi yg belum berkawin. Aku pantang betul la. Huhu.. Sbb bg aku, klu partner masing2 dah baik, apa lg yg kita nak?? Kan??

Ada seorg yg aku kenal, pompuan, dah bertunang baru ni & x lama lg akan kawin, dlm 2,3 bulan je lg..

Sblm bertunang, aku mmg tau yg dia ni suke bmain cinta. Tp time tu aku x amek serius sgt coz bagi aku itu hak dia utk wat pilihan terbaik.. Rupanya telahan aku slh, coz dia masih terbwk2 sikap buruk dia tu even dah bertunang pun. Huhu..

Skng ni makin menjadi pulak sikap dia..Coz dia suka keluar bdua dgn lelaki yg keje di tmpt yg sama dgn dia. For whatever reason sekalipun (except reason yg dibolehkan di atas), dia x boleh keluar dgn lelaki lain tanpa pengetahuan tunang dia.

Aku bukan nak busy body, tp aku sakit mata. Aku dah byk kali nasihat dia, tp dia degil. Lelaki yg keluar dgn dia tu pun bukannya xtau yg dia ni dah bertunang, tp nak gak cuba nasib. Gatai la tu kan. Tp aku xslhkan 100% lelaki tu coz klu ppuan ni x melayan, x jadi jugak kan.. Huhu..

Kdg2, bila dia stress dgn tunang dia, dia contact lelaki tu. Huh!

Dah bape kali aku mentioned dlm blog aku ni. Hidup ni ibarat roda.. Kalau hari ni dia buat gitu kat tunang dia, x mustahil satu hari nnti tunang dia buat menda yg sama kat dia.. Kan??

Nape la ada pompuan gini ye?? Memalukan kaum pompuan lain je.. Camne dia nak jd isteri yg solehah jika masih amalkan sikap gini.. Apa la nak jd ye? Manusia akhir zaman kot..

P/S: Ermp..Apapun aku harap sesiapa yg bersikap spt ini, sila lah berubah.. Kita ada pegangan agama, kita ada iman..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...