Assalamualaikum
Oleh sebab aku ada masa terluang hari ni, aku nak sambung kisah 'Kembar', kesinambungan dari post yg lalu.
Mak aku baru called pagi tadi, & dia smpaikan pesan dari kembar aku yg aku panggil 'angah'. Mesti angah rindukan aku juga. Yelah, org kata, kalau kita rindukan seseorang, orang itu juga sedang merindui kita. Wallahualam.. (",)
Kami dari kecil2 lagi selalu disogokkan dgn cerita bagaimana kami dilahirkan. Menurut mak aku, masa mak aku mengandungkan kami, dia x tau pun yg dia mengandungkan anak kembar. Almaklum lah, dulu2 mana ada scanning perut lagi. Doktor pun x dpt detect yg mak mengandung anak kembar. Tapi nak dijadikan cerita, walaupun mak & ayah xtau yg depa akan dpt anak kembar, depa buat preparation brg2 baby seolah2 akan dapat anak kembar.Yelah, mak aku kata, baju baby, tilam baby, botol susu, semuanya serba dua.
So, bila tibanya time deliver baby, lepas aku jenguk dunia (kakak kan), doktor dgn paniknya informed mak aku yg jgn stop pushing coz ada seorang lagi baby. Mak aku time tu katanya, dia terkejut sgt dan mcm x percaya. Heee... Allah nak bagi rezeki double sekaligus. Alhamdulillah la. Nasib baik la mak & ayah aku tergerak hati nak beli brg baby serba dua. Hee.. Lepas kami dilahirkan, mak je boleh blk rumah, kami ditinggalkan di hospital. Sebab lahir tak cukup bulan. Masa bulan ketujuh. Mungkin dah x sabar nak jenguk dunia kot.
Kami masa tu kena duduk dalam inkubator (Betul x spelling ni?). Lama juga mak kata. Sebulan.. Sygnya xde kenangan dalam bentuk gambar utk ditunjukkan. Mak & ayah masa tu tak terfikir nak abadikan dalam bentuk gambar, mungkin kehidupan depa yg susah menyebabkan depa takde duit nak beli kamera..
Lepas sebulan menetap kat hospital, dah tiba masanya kami dibawa pulang. Mak masa tu memang x reti nak jaga baby. Baby sulung katakan. Dah tu ada dua orang pulak tu. Dah le fizikal kami masa tu tersgt la kecik. Mak kata, besar tin susu je. Aku x pulak tanya tin susu mana, susu pekat tin kecik ke, susu tepung. huhu, yg pastinya besar sikit dari tapak tgn. Nak mandikan kami pun naik 'seriau' mak kata. Alih-alih tokwan (atuk belah ayah aku) yg mandikan kami.
Buaian utk kami pun ada dua. Buaian dulu2 jenis yg paku kat siling rumah tu... Mana ada lagi jenis besi mcm sekarang yg boleh lipat dan bawa ke mana-mana je tu. Heee... Setiap kali nak tidurkan kami, mak memang penat. Yelah, nak kena dodoikan dua2 serentak. Kalau dodoikan seorang je, seorang lagi mesti nangis. So tangan mak dua2 nak kena kocak buaian. Kesian mak aku... Dah tu kalau salah sorang dari kami demam, sorang lagi pun akan demam juga. Penangan si kembar kot.
Time nak bagi susu, (kami x menyusu badan, rugi kan) mak akan ribakan sorang di sebelah kanan dan sorang lagi di sebelah kiri. Mak aku kata, memang susah nak jaga baby kembar. Kesian la kat mak aku.. Sikap kami berdua masa kecik2 ni agak berlainan. Aku ni kuat menangis, dan suara pun agak nyaring. Angah aku pula senyap je, kalau letak dalam buaian terus tidur. Angah aku ni jenis yang x byk bergerak. Kalau diletakkan dalam posisi mengiring, memang mcm je lah dia stay. Sebab tu telinga dia capang sebelah. Hehehe, mak aku la cerita.
Then, masa umur kami tiga, empat tahun, kami suka mkn cekodok pisang. Satu raga, kami dua je mkn. Lepas mkn, terus mem'buang'. Sampai mak aku geram, letih nak mencuci. Dulu-dulu kan pakai lampin kain yang nak kena cuci. Hehe.. Antara tabiat kami yg lain, pantang nampak besen, kami mesti masuk main dalam tu. Kelakar pulak bila fikir balik.
Mak aku memang jaga sungguh kami masa kecik dulu. Dia x bagi kami mkn coklat, gula-gula atau keropok. Dia selalu bagi mkn sayur2 je. Patut le gigi kami masa kecik dulu x pernah rongak. Elok je, bila besar je pandai mkn mknan rapu. Hee... Bila aku fikir2 blk, byk juga sikap kecik2 yg kami bawa sampai sekarang. Contohnya, masa kecik aku kuat nangis, so bila besar ni, kuat membebel.. Huhu.. Angah aku pulak jenis 'cool' je. Dia boleh anggap remeh utk certain2 hal yg aku anggap besar.
Setiap kali balik kampung, mesti cerita kecik2 kami akan diungkitkan. Biasalah, special sikit dari orang lain. Aku & angah aku hanya tersengih2 je la setiap kali depa dok bercerita. Even kami dah besar dah sekarang, orang kat kampung tokwan aku still anggap kami mcm budak2. Bygkan lah umo 23 tahun, kami masih dpt duit raya apabila berkunjung rumah jiran2 tokwan aku. RM1 pulak tu. Maluuuunyaaa.. Bila tak ambik, depa paksa2 suruh ambik. Nak jaga hati kami pun ambik le. Huhu.. Sebab depa sendiri yg kata, walaupun kami dah besar, di hati depa, depa masih rasa kami ni anak2 kecik sama seperti dulu-dulu. Terharunya...
Mungkin juga sebab kami berdua kongsi rahim yg sama, fizikal kami agak kecil berbanding adik2 kami yg lain. Adik aku yg bongsu, dah form 1, lagi tinggi dari aku. Huhu.. Xpelah, kami share.. Thats y x cukup tinggi. (Mitos). Kat bwh ni ada lagi satu gambar aku dgn twin aku. -->
P/S: Selalu je ada kwn2 dia yg tegur aku (Salah org) Huhu
4 comments:
waaa, bestnyelah kan ada kembar,hehehe..seronok baca kisah awk berdua nih..:) tak semua org dapat pengalaman cam awk ni..lelagi pengalaman mak awk dapat kembar tu,hehehe..:)
Faisal --> Thanks bcoz baca post sara nih.. A'ah, memang le satu pengalaman yg sgt menarik ada partner twin tau. Actually, kecik2 dulu sara selalu rasa x puas hati sbb kembar. Skng dah besar2 ni, rasa bersyukur sgt dilahirkan kembar. Allah menjadikan sesuatu itu ada sebabnya.....
okies...dah tau dah la yg mana angah yg mana along :)
A.L.O.N.G ALONG!
A.N.G.A.H ANGAH!
kakluna -> hehehe, akak ni kelakar lah. mesti xtau lagi tuh..
Post a Comment