Wednesday, July 18, 2007

Respect each other is very important in a relationship

Assalamualaikum

Title post aku hari ni agak dipengaruhi oleh emosi+mood. Tak salah kan sometimes aku nak share feeling aku. Mungkin dengan post aku ni ramai di antara kita dapat jadikan ia sebagai pengajaran, atau sekadar mengutip pengalaman dan dijadikan panduan di masa depan. Cewaaahh.. Hehe..

Actually, sejak dua tiga hari ni, emosi+mood aku tak berapa ok. Semuanya boleh di 'describe' kan berpunca dari satu perkara je, iaitu 'respect'. Setiap dari kita mesti mempunyai perception yg berbeza ttg 'respect'. Ada yg anggap 'respect' itu adalah mcm ni, ada yg anggap mcm tu.. So many perception & understanding. Perception kita ttg sesuatu perkara pula boleh dipengaruhi oleh byk faktor. Antaranya didikan family, environment, observation dan lain2.

Bagi aku 'respect each other' adalah sgt penting dalam sesuatu perhubungan. Tak kira lah apa jenis perhubungan sekalipun. Percintaan, kekeluargaan, persahabatan atau pun perniagaan. Ada statement yg mengatakan 'jika kita menghormati orang, orang pun akan menghormati kita'. Ye ke?? Bcoz apa yg aku alami, yg telah menyebabkan emosi aku terganggu tidak seperti statement tersebut.

Dari kecil lagi, mak ayah aku didik aku supaya menghormati semua org. Contohnya, jika org tua tgh bersembang, jgn menyampuk dan jgn juga pasang telinga. Itu menunjukkan kita tidak menghormati mereka sebagai orang tua. Contoh lain, jgn ambil barang orang tanpa meminta izin tuan empunya. Dan byk lagi lah. Semuanya ttg adab menghormati org. Aku juga pasti ramai di antara kita juga dididik seperti mana aku dididik.

Cuma bezanya, apabila kita sudah dewasa, sikap kita banyak dipengaruhi oleh environment, kwn2 dan lain2. Sebab tu ada di antara kita terlupa didikan yg telah diberikan sedari kecil. Apapun dlm sesuatu perhubungan, jika hilangnya rasa hormat menghormati, ketika tu perhubungan tersebut mungkin sudah tidak dpt diselamatkan. Itu lah yg menunjukkan betapa pentingnya respect each other.

Dalam family kita sebagai contoh, walaupun kita sgt rapat dgn mereka, tapi kita masih lagi perlu utk menghormati sesama sendiri. Ada yg berandaian, "mak ayah aku sporting, kelakar, diorang ok je.." adakah itu bermaksud kita x perlu menghormati diorang? TIDAK sama sekali. Hanya dgn panggilan 'mak, ayah' tu pun dah menunjukkan kita hormat diorang. Selain tu, adat dan budaya kita melarang sama sekali kita meninggikan suara kepada mak ayah kita. Malah agama turut melarang kita berbuat demikian. Sampaikan agama melarang kita menyebut 'huh' kepada mak kita. Itulah bukti betapa 'hormat' tu penting sgt.

Itu antara family, bagaimana pula dgn kwn2? Hubungan dgn kwn juga wajib ada rasa hormat menghormati. Ini lah yg menyebabkan aku agak beremosi hari ni. Walaupun kita sudah berkwn dgn kwn kita selama bertahun2 pun, kita masih lagi wajib menghormati mereka. Inikan pula kalau kita baru berkawan. Lagi lah byk perkara yg menjadi jurang dan kita perlu menghormatinya.

Ermp, agak panjang introduction post aku hari ni. (",) Selama hampir 6 tahun aku berada di Shah Alam, aku sudah ada 5 orang sahabat baik yg aku kenali sejak semester pertama di UiTM. Usia perkenalan kami juga hampir tuanya dgn usia aku menetap di Shah Alam ni. Walaupun kami rapat dan sudah lama kenal, tapi itu bukan tiket utk kami tidak menghormati sesama sendiri. Nak pinjam brg pun kami masih lagi meminta permission sebelum meminjamnya. Kami memang sering bergurau senda, berlawak jenaka, usik mengusik, tetapi semuanya masih berlandaskan rasa hormat menghormati. So, tak kan ada yg melampaui batas. Agama kita juga menyeru kita supaya tidak melampaui batas dalam apa jua perkara yg nak dilakukan. Bawah ni gambar best2 frens aku.. -->





Dan itu adalah salah satu jwpn mengapa kami masih lagi berkwn rapat walaupun sekarang ramai yg sudah berjauhan, membawa diri ke kampung halaman masing2. Salah satu teras perhubungan adalah 'hormat menghormati'. Dan jika kami terlajak bergurau sehinggakan ada yg berkecil hati, kami tidak akan biarkan. Mesti ada kata maaf yg menyusul selepas itu. Betapa hormatnya kami sesama sendiri.

Tetapi bukan semua orang mempunyai pendirian dan dididik sperti itu. Ada di antara kawan yang aku baru kenali, belum lagi 5 bulan usia perkenalan (bagi aku, masih lagi asing), tiada didikan utk menghormati rakannya. Tak perlu tunggu 5 bulan, baru kenal seminggu pun, dah mula tunjukkan sikap x respect tu. Reason aku ckp mcm tu adalah, kata-katanya, gurau sendanya, lawak jenakanya, usik mengusiknya terlalu melampaui batas. Hinggakan boleh dianggap hinaan. Selain itu, dia tidak reti utk menghormati perasaan org, brg2 org dan sebagainya. Kita semua patut bear in mind yg setiap org yg kita baru kenal, akan ada gap utk diri sendiri.

Tolong lah, setiap dari kita perlu ada kesedaran ini. Kita perlu belajar utk menghormati barang, perasaan, dan hak orang lain. Kita hidup di dunia ni berkongsi. Bukannya seorang diri. Dan Allah hanya pinjamkan kita semua nikmat2 dunia ni. (Ada relation nya, tp xtau nak kaitkan. hehehe)

Disebabkan itu je, post aku utk hari ni jadi panjang sgt.. Hehehehe..

P/S: harap kwn aku yg baru aku kenali itu menyedari kesilapannya supaya dia tidak mengulangi perkara yg sama

3 comments:

13may said...

hmmm...memang masalah kalau kita hilang respek...

kakLuna said...

tapi akak masih percaya pd hukum karma. buat baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.dengan izin Allah.

kdg2 kita ditakdirkan bertemu orang semacam itu sebagai ujian untuk mengetahui tahap kesabaran dan kematangan kita mengawal emosi.

kalau takde orang mcm tu, kita tak tahu lah yang kita ni penyabar,kan. :)

comotgurl said...

kakluna ->

terima kasih kakluna. mungkin betul apa yg akak katakan tu. kalau kita x berjumpa dgn org mcm tu, kita takkan realize yg kita ni penyabar. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...