Monday, July 30, 2007

Redha

Assalamualaikum

Agak lama aku tak update blog ni. Mungkin sebab takde idea dan juga sebab2 lain yg tak dpt dinyatakan di sini.

Aku tgh frust kerana tidak memperolehi sesuatu. Sedangkan aku dah give full effort & berdoa & tawakal. Tapi, aku mengingatkan diri aku sendiri, jika kita sudah berusaha, berdoa, memohon pada Allah S.W.T., kita perlu tawakal dan berserah kepadaNya. Kita kena redha menerima apa jua keputusan, sama ada baik atau buruk. Itu yg sepatutnya. So, aku sedang cuba setting diri aku supaya redha dgn keputusan ini. Allah tau apa yg terbaik buat diri kita. Kalau Allah xnak bagi rezeki itu utk kita, mesti bersebab. Setiap ujian Allah utk kita adalah tanda Allah menyayangi kita.

Salah satu perkara yg harus dititik beratkan selepas kita melakukan solat sunat hajat pun, kita kena redha dan berserah kepada Allah yg Maha Agung dan Mengetahui. Kita telah berusaha,berdoa, so kita kena tawakal. Ya Allah,ampunkanlah hambaMu ni, aku redha dgn segala keptusan yg Engkau tentukan.


P/S: Kita sebagai manusia hanya mampu merancang,tapi Allah yg menentukan..

2 comments:

kakLuna said...

ya betui tu sara...sebenarnya ada 3 cara Allah memakbulkan permintaan kita;

1. Ya - dan Dia beri apa yang kita nak
2. Tidak - dan Dia beri kita yang lebih baik dari itu
3. Tunggu - dan Dia beri yang TERBAIK untuk kita

kesemuanya pun tanda Allah sayang dan merahmati kita.

comotgurl said...

kakluna -->

thanx kakluna.sara redha dgn apa jua keputusan yg Allah tentukan. Dia tahu apa yg terbaik buat diri kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...