Tuesday, July 10, 2007

Insaf

Assalamualaikum

Kwn2 semua mesti kerap received email forward kan..? Aku pun selalu juga dpt email2 camtu. Ada yg tah hapa2 ntah, ada yg funny & ada juga yg more to Islamic.

Tapi, kat sini aku juz nak share dgn kwn2 ttg satu email yang boleh menimbulkan keinsafan dlm diri kita as a Muslim. Mungkin kwn2 pun ada received email yg sama. Ceritanya bermula di Mekah.. Ada seorang wanita melahirkan baby seakan2 rupa ular. From my view, baby tu seakan2 rupa Alien pun ada jugak. Itulah kebesaran Allah S.W.T.. Nak tau kenapa jadi mcm tu?

Kisahnya begini, si wanita itu ada 2 orang anak perempuan. So, baby dlm kandungannya kali ni, dia sgt berharap supaya baby lelaki. Tapi, setelah scan, tau lah dia yg baby ketiga ni pun adalah perempuan. Wanita ni agak kecewa kerana dia masih mengharapkan yg baby ketiganya adalah lelaki walaupun kenyataannya telah diketahui.

Nak dijadikan cerita, betapa kecewanya wanita itu, dia sanggup mengatakan dia mengandungkan anak ular apabila ada org bertanyakan jantina baby yg dikandung itu. Begitulah keadaannya sehingga sampai waktu untuk melahirkan baby tersebut. Dan Allah itu Maha Agung, setelah baby itu dilahirkan, doktor, jururawat semua terperanjat dgn apa yang mereka lihat. Baby tersebut tidak spt baby normal lain. Dgn mata yg tersembul (tidak menyerupai mata pun, lebih kpd seketul daging merah), kulit yang bersisik, berkeping2 seperti parut terbakar, jari berwarna hitam.. Allahuakbar..

Itulah balasan kepada orang yang tidak tahu bersyukur.. Wanita itu cuba utk melawan takdir Tuhan. Kerana tidak tahu bersyukur dgn rezeki yg Allah kurniakan, begitulah jadinya. Pengajaran yg kita perolehi dari cerita tersebut adalah, belajarlah utk bersyukur di atas setiap rezeki, nikmat yg Allah berikan. Jangan cuba utk mencabar Keagungan, Kebesaran Allah S.W.T..

Wallahualam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...