Monday, July 16, 2007

Bulan Rejab -> Bulan Allah S.W.T..

Assalamualaikum

Aku nak share kelebihan bulan Rejab yg aku ambil dari post kwn aku, Anem. Kredit to Anem.. Marilah kita hayati dan amalkannya.

Hari ini adalah hari Isnin bersamaan 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH swt. Mari kita semak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab [Isra Mi'raj] (1428, Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat.

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, InsyaAllah permintaannya akan dikabulkan ALLAH swt.

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga.

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi, "Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as 'Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?'. Maka berkata Jibril as, 'Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini.' ".

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita, "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada baginda, 'Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?'. Lalu baginda bersabda 'Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.' ".
Sabda baginda lagi, "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya, "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?".

Sabda baginda, "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda baginda lagi, "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."
"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

4 comments:

kakLuna said...

arinih akak posa, hang posa dak? :)

comotgurl said...

kakluna -> mesti lah posa kak. sia2 je sara post artikel tuh tanpa apply.. ye tak.. hehehe

faisal said...

walaupun hadis yg cita pasal fadhilat ni tak kuat tapi sbnarnya elok juga kalau kita berpuasa cam biasa..:) Asal Allah terima alaman kita dah bersyukur sangat...

comotgurl said...

Faisal -> yup, janji kita ikhlas atas setiap perkara yg kita buat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...