Assalamualaikum
Tamak betul aku hari ni, sampai dua post dlm sehari. Heee, saje cover utk esok & lusa sekali. Almaklum le, ofis cuti, blog pun cuti sekali lah.
Refer tajuk aku kali ni, maybe ada diantara kwn2 yg ada saudara mara pasangan kembar atau pun just pernah terjumpa dgn pasangan kembar ataupun adik beradik yg kembar. Bagi aku, kejadian kembar ini adalah salah satu bukti kebesaran Allah S.W.T.. Kan? Yelah, bagaimana terbentuknya dua janin dalam satu kandungan.. Allahuakbar. Dan kembar ini terbahagi kepada 3 jenis, kembar siam (yakni mana2 anggota badan melekat diantara satu sama lain), kembar seiras dan juga kembar tak seiras.
Sebenarnya aku takde lah nak bercerita bagaimana proses terbentuknya 'kembar' ni. Sebab aku bukannya expertise bab-bab ni. Aku pun tahu daripada pembacaan. Tapi, utk pengetahuan kwn2, aku sendiri adalah pasangan kembar. Kwn2 rapat aku je yang tahu psl hal ni. (",) Buktinya adalah gambar kat bawah ni -->
Kadang2 aku terlupa yang aku mempunyai kembar. Heee.. Hampir 24 tahun kami hidup sebagai pasangan kembar. Kembar seiras. Mesti kwn2 confuse kan yg mana satu adalah aku.. Cluenya adalah aku 'kakak'. So, bagi sesiapa yg biasa dgn pasangan kembar, anda akan dapat membezakan yg mana kakak dan adik..
Bila kami sekeluarga berkumpul di rumah, mak aku mesti buka cerita dulu2 masa kami berdua masih kecik lagi. Kelakar pun ada. Nanti2 bila aku blk kampung, aku akan ambik gambar kami berdua masa kecik ok. Kecik2 dulu comel je, dah besar ni kurang le sikit. Hehe.. Byk kenangan kami berdua masa kecik dulu. Yg pastinya kenangan kami sedikit berbeza dgn kanak-kanak lain. Kerana apa2 hal je, kami mesti berdua.
Cuma dah besar ni, kami dah x bersama. Kembar aku study kat UPM, aku UiTM. Kami mula berpisah selepas SPM. Masa sekolah rendah kami satu sekolah, darjah 1 dan dua sekelas. Darjah tiga berlainan kelas. Dia kelas Merah (kelas 1st), aku kelas Kuning (kelas 2nd). Aku kurang pandai..**Sedih** Tapi naik darjah 4-6 kami dah kembali sekelas.
Masuk sekolah menengah, kami lagi sekali berpisah. Aku ke sekolah lain, dia sekolah lain. Tapi, at least kami masih boleh berjumpa di rumah. Mula2 berlainan sekolah, kami memang rasa agak pelik, kerana tidak bersua muka di antara satu sama lain. Sedih pun ada.. Masa tu lah permulaan kami mula bawa diri masing2. X semua kwn2 sekolah tau kami adalah pasangan kembar. Hanya kwn2 dari sekolah rendah je yang tahu.
Mak pulak sudah semestinya memakaikan kami berdua baju yg sama masa kecik2 dulu. Bukan setakat corak, kaler pun sama tau.. Mak daftar kami masuk Pertandingan Kembar masa darjah 1 dan 3. Pertandingan menyanyi. Of course lah kami menang. Heee.. Tmpt ketiga dan kedua. Time tu hadiah yg diberikan adalah hamper barangan Nestle. Kami terpaksa mengusung bersama sebab saiz hamper sama besar dgn saiz bdn kami. (Kami berbdn kecik masa sekolah rendah dulu)
Bila dah besar ni, pemilihan baju dibuat oleh kami sendiri. Mak berikan kebebasan kepada kami. Kdg2 taste kami masih lagi sama. (",) Dan antara kenangan yg aku x dpt lupakan masa kecik2 dulu adalah, apabila salah seorang dari kami sakit perut dan nak buang air, sorang lagi mesti rasa yg sama. Nak tak nak kami kena share toilet. Rumah aku dulu, toilet duduk. So, duduk sebelah2. Heee, lawak tak....
Dan kalau slh seorang dari kami sakit, salah seorang akan turut rasa kesakitan tersebut. Hal ni sampai besar kami alami. Contohnya tiga tahun lepas aku pth tgn, dan kembar aku tak tau pun aku pth tgn, tapi dia dengan sendiri rasa kesakitan kat tgnnya. Tu lah kehebatannya pasangan kembar ni. Hehehehe..
Apapun, bila difikirkan balik, rasa bersyukur sgt dilahirkan sebagai psgn kembar. Nanti2 aku tulis lagi ye cerita pasal 'kembar' ni..
P/S: Rindu bangat sama kembar aku. Huhuhu...
1 comment:
bestnyer jd kembar.. aha
Post a Comment