Assalamualaikum
Balik kerja petang semlm, aku berjalan ke Hentian B**dar dekat dgn Oficce aku. Sempat juga peluh menitik walaupun dekat je.. Time blk kerja office aku adalah 6ptg. So time tu geng Govt dah pakat blk. Smp je kat Hentian tu, bas R**id KL utk ke Klang yg melalui kwsn rumah aku belum ada.
Agak ramai le yg menunggu. Tapi, utk ke destinasi masing-masing la. Aku menunggu dgn penuh kesabaran. Berdiri je berdekatan tmpt parking bas. Saja memilih utk tidak duduk di kerusi yg disediakan. Satu tabiat aku apabila berada di public ni, adalah aku suka melihat ragam, dan kerenah orang ramai. Sambil tgk tu, otak aku pun turut sama ligat berfikir.. :)
Lebih kurang 15minit menunggu, bas pun smpai. Ramai le yg turun utk menukar bas. Aku pun terus naik dan duduk. Padahal aku sudah maklum yg driver akan turun berehat beberapa minit sebelum mulakan perjalanan. Yelah, baru je smpai dr Klang.. Aku x kisah, janji aku dpt duduk dlm keadaan selesa.
Driver matikan enjin & aircond, hanya radio je berkumandang. Penumpang pun makin ramai naik. Tapi belum ada yg berdiri. Keadaan dlm bas pun makin panas, almaklum la ramai. Aku duduk di seat yg mengadap antara satu sama lain.. Lama juga la menunggu driver tersebut. Mungkin driver tu nak minum2 dulu ke, regangkan kaki ke.. Tgh2 aku layan perasaan aku (bosan kan), tetiba aku terdengar dengusan2 & rungutan2 dr belakang. Aku paling & dpt lihat seorang makcik, lingkungan umur 50-55tahun sedang merungut2 dan tidak selesa.
Mulanya aku ambil sikap tidak peduli. Tapi rungutan makcik tu makin kuat hinggakan setiap kali dia merungut, semua penumpang yg duduk seat depan akan berpaling serentak ke arah makcik tu. Nak tau apa yg dirungutkan? Dia marahkan driver sebab ambil masa yg lama utk berehat. Antara butiran percakapan makcik tu yg aku dpt dgr adalah, "ish, bila bas nak jln nih, aku nak blk masak lagi.." "Cepatla..." dan mcm2 lagi lah. Aku pun x igt.
Makcik tu pun sekejap bangun sekejap duduk. Nampak sgt yg dia kurang selesa.. Apabila melihat senario mcm ni, mcm biasa lah otak aku akan berfikir dan terus berfikir. Hehehe.. Antara ramai2 penumpang dalam bas tu, hanya makcik tu je yang kurang sabar hinggakan boleh merungut2 sendirian. Penumpang lain aku tgk, masih boleh bersabar dan terus menanti. Sedangkan majoriti di dalam bas tu adalah pekerja2 yg masing2 keletihan selepas seharian bekerja. Makcik tu, aku x pasti lah. Melihatkan dari gaya berpakaiannya, tidak seperti pergi bekerja. Tapi xtau la pulak kalau dia kerja kantin or restoran sbgai tukang masak or apa2 lah. Di tgnnya sarat dgn barang2 dapur. Mungkin dia baru blk dari supermarket yg berdekatan kot... Hehe..
Orang selalu berkata bahawa orang muda je yg selalu kurang sbr, manakala orang yg lebih tua ni penyabar.. Tapi dlm situasi ni, terbalik pulak. Mungkin makcik tu tersgt la penat kot. Hehe.. Entah lah..
So lebih kurang 20 minit juga lah menunggu driver. Then, baru bas bergerak menuju ke destinasi. Sampai di bus sto K***leks PK**, lagi ramai penumpang yg terdiri dari student berebut2 naik bas. Bas jadik padat macam tin sardin. Aku yg duduk ni pun rimas sebab pelbagai bau bercampur baur. Smpai di Seksyen 2, student2 ni turun, tapi ganti dgn student2 yg ingin pulang ke Seksyen 7 (Kwsn perumahan Flat). Ramai sgt.. Hinggakan masa aku nak turun bas pun susah. Menyelit2 di celah orang ramai.
Akhirnya aku sampai rumah hampir pukul 7mlm. Padahal office ke rumah sepatutnya ambil masa kurang 15minit dgn kenderaan. Lumrah hidup..
P/S: Blk rumah mcm nak pengsan sebab kelaparan yg teramat.. Tgn pun luka masa siang ayam. Huhu
No comments:
Post a Comment