Thursday, July 12, 2007

Jamadil Akhir ---> Rejab

Assalamualaikum

Sekarang dah pun penghujung Jamadil Akhir. Beberapa hari lagi dah masuk bulan Rejab. Bulan untuk mengutip pahala. (",) Almaklumlah, sesiapa yg berpuasa di bulan Rejab dijanjikan dengan banyak ganjaran oleh Allah S.W.T..

Aku pun teringin sgt nak mengutip pahala2 tersebut. Nak cuba lah berpuasa di bulan Rejab. **malu** (Nampak sgt x pernah amalkan) Sebelum mulakan puasa sunat, perlulah ganti puasa yg tertinggal Ramadan lalu. Heee.. Aku pun tak terkecuali menggantikan apa yg perlu digantikan pada saat-saat akhir ni.

Kebiasaannya utk puasa ganti ni, aku jarang bangun sahur. Yelah, sorang2 bangun, x best lah.. (padahal mesti amalkan sahur, pahala beb) Tapi pagi tadi housemate aku kejutkan aku. Kami puasa bertiga hari ni. Diorang sahur dgn nasi pagi tadi. So, diorang kejutkan aku kot2 aku nak minum air. Aku pun dgn mata yang kuyu dan pedih2 (baru bangun tidur, 5.30pagi), bangun la minum milo + nestum.. Oopss, lupa pulak, mestilah aku basuh muka dan berkumur. Heeee..

Bila dah bangun tu, segar pulak mata aku. Masa tgh minum tu lah, aku 'dan2' (loghat utara) terigtkan kenangan bulan Ramadan. Actually aku memang addicted dgn Bulan Ramadan + Syawal ni. Hee... Suasana pagi2 camtu, membuatkan aku rasa seolah2 bersahur di bulan puasa je tau. X salah kot kan.. Terigt kisah ramadan tahun lepas. Semasa aku masih lagi bergelar seorang student. Masih menetap di rumah yg sama cuma bezanya bersama teman-teman lain. Teman-teman yg sama-sama berjuang utk mendapatkan ijazah (masa tu la).

Aku sgt bahagia ketika tu. **sengih** Setiap kali sahur, ada sorang teman aku, yg juga berasal dari utara, yg akan bangun dulu utk prepare nasi utk dia bersahur. Teman aku ni WAJIB bersahur setiap hari. Bukan sebab nak dptkan keberkatan tu je, tapi sebab dia memang tak thn puasa kalau x bersahur dgn nasi. Heee... Rindunya kat dia. Ada sekali tu dia x terjaga time sahur, pergi kelas esoknya, dia lesu je.. Kesiannya..

Ada juga teman aku yg memang x pernah bangun utk bersahur even sehari pun sepanjang Ramadan. Sebab kalau dia mkn atau minum masa sahur, dia akan loya + pening siang harinya. *sorry ya buddy* Entah le kenapa.. Teman aku ni mesti baca writing aku ni. Heeee, kan???? Pelbagai kerenah teman-teman aku ni. Tapi tu semua sudah berlalu dan hanya tinggal kenangan. Suka duka bersama diorang menambahkan rencah dalam kehidupan aku.

Sesungguhnya aku sgt merindui kenangan-kenangan itu. Ramadan yang akan dtg tak lama lagi ni mesti mencipta kenangan baru utk aku..

P/S : Tak sabarnya nak tunggu Ramadan.. Masa ni le nak tambah pahala & tutup mana2 lubang.

2 comments:

Miss Katokukurin said...

oit...adakah aku salah seorang 'teman yang xbersahur' itu..... hihihihihi....

comotgurl said...

Miss katokukurin -> Memang hg pun. Hoho, saja xmau mention nama hg. Kot hg malu. Heeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...