Monday, December 20, 2010

Ragam Auni

Assalamualaikum

Hari ni Auni dah 2 months 11 days. Sgt cepat masa berlalu kan. Dan hari ni juga ada appointment utk dptkan 2nd injection for her. Hepatitis B ke 2.

Dalam kul 1130pagi baru bertolak ke klinik sebab nak tunggu Auni bangun, nyusu, dan mandi2 dulu.. Then selesai sume tu, terpaksa tunggu dia beyak pulak. Hee, sebab itu adalah rutin Auni pagi2. Kalau tak, kang ada yg kena salin diaper kat klinik. Huhu, mencabar tu.

:P

Seperti rutin every time checkup, memula akan timbang berat la kan. Coz nak tgk perkembangan baby. Mana la tau, instead of increasing weight, ada plak yg makin decrease. Hee, tak cukup makan la tu! :D

So di usia 2bulan 11 hari, berat Auni dah cecah 5.2 kg!

Hoho, mcm 'semangat' je kan. Mungkin sebab lahir2 je pun dia dah sedia 'semangat' kan. Tak heran la sgt. Apapun syukur, alhamdulillah.

Mengikut kebiasaannya, setiap kali lepas mandi, Auni akan tido. Tapi dah nak pi klinik tadi, so dia tak sempat tido. Kejap je dia terlelap dlm keta, otw ke klinik td. Jadi, kesannya...

Apa lagi, asik merengek dan meraung je la. Huhuhu..

Auni ni masa dalam pantang dulu, susah sgt nak dengar dia nangis. Kalau lapar pun, dia hanya menjerit je, tapi tak menangis. Sekarang ni, makin besar, makin kuat menangis. Lambat salin diaper pun dia boleh nangis smpai bengkak mata. Huhuhu..

So tadi masa kat klinik, keje dia nangis je la. Sebab dia sgt menantuk la tu. Masa nak inject tu, nak menitis airmata aku tgk Auni nangis bagai nak rak. Sian sgt. Nasib baik Mr Berry yang pegang Auni. Aku awal2 lagi dah surrender, sbb aku tak smpai hati nak pegang dia kuat2.

Yelah, kang dia menggelupur, patah lak jarum kan.

Masa inject utk 1st month pun, aku tak pegang Auni. Mak yang buat. Aku hanya jadi pemerhati kat sebelah sambil menahan sebak. **sigh**

Misi ada pesan yg after 2nd injection ni, kemungkinan baby nak demam tu ada la. So klinik dah kasi ubat demam. Balik je rumah selepas nyusukan Auni, terus bagi ubat demam tu kat dia. Bdn dia alhamdulillah tak panas, cuma dia asik merap je arini. Mungkin dia rasa tak selesa kot.

Dan sekali lagi aku bersyukur sebab Mr Berry sgt membantu aku utk jaga Auni. Kiranya bab dodoi2 Auni ni, dia la yg akan buat.

"Thanx B sebab tlg sara.. Luv U!"

Memang nak jaga anak kecik ni sgt mencabar. Terkejar sana, terkejar sini. Mana nak masak lg, kemas rumah lagi, cuci baju lagi.. Aduyai..

Kadang2 timbul juga rasa cemburu dgn dorang yg tak keje. I meant, surirumah. Ada masa sepenuhnya utk jaga anak smpai besar. Boleh bagi sepenuh perhatian kat anak, kasih syg yg tak berbelah bagi. Huhuhu..

Anak pun boleh makan air tgn ibu tetiap hari.

Argghh!

Tapi, apakan daya. Aku mesti keje. Pendapatan dari satu punca je tak cukup buat family aku. Takpela, anggap je tu pun pengorbanan yg aku buat utk family, utk anak.

**MODE: Susah hati, cemburu**

Lusa mungkin aku dah kena hantar Auni ke nurseri. Aritu dah p tgk2 nurseri tu. Boleh la kot.. Aku ni jnis kurg yakin kat org. Walaupun aku ni cetek lagi ilmu nak jaga baby, tp aku tetap rasa kurg yakin nak bg org lain jaga Auni. Haishhhh..

Yelah, kita mama dia, mesti la kita tau apa yg terbaik utk anak kita kan.

Tapi.. Malangnya, sekali lagi dinyatakan disini, aku takde daya. Memang nak tak nak, kena juga hantar Auni utk org ngasuh.

;(

Lepas blk dari tgk nurseri tu, aku siap nangis2 lagi. Hanya kerana menda remeh.

Puncanya apabila owner nurseri tu cite betapa sygnya si pengasuh di situ smpaikan kdg2 tak bg baby blk..

Aku pun dan2 terasa seolah2 hak aku sebagai mama akan dirampas oleh si pengasuh tu. Hahaha, nonsense kan! Apa salahnya if pengasuh tu betul2 sygkan anak kita mcm anak dia sndiri.

Tapi aku pulak terlebih emosi. Huhu.. Aku taknak la nanti Auni lebih rapat dgn si pengasuh tu berbanding aku. Uwaaaa!!

So the solution is, aku akan cuba sedaya upaya utk jaga Auni sendiri. Maksudnya if aku hanya ada kelas pagi dan mlm, so tengahari aku akan blk dan jemput dia dari nurseri. Bila nak pi kelas mlm, baru aku g anta semula. Coz nurseri tu bleh berkhidmat 24 hours, upon request. Hee..

Sedih kan nak anta baby ke nurseri, tmbahan plak, dia kecik sgt lagi.

Baru le aku fhm perasaan other mommies.

Oh!!


P/S: Feel bless having such a wonderful husband, may our r/ship lasting forever.

Sunday, December 19, 2010

Contest Si Manjaku Comel

Salam 19 Disember..

Tgh2 berblogging, tetiba rasa nak join contest Si Manjaku Comel anjuran Masyimalo's Heart ni.


;)

Ni la contest pertama yg aku join since mula blogging tahun 2007.. Saje syok2, ada rezeki ada la kan..

Yela, parents mana yg kata anak dorang tak comel kan. Sume akan kata anak dorang la paling comel. Itu adalah normal.. Tak salah utk berperasaan camtu. Kan.. Heeee..

So syarat2 yg ditetapkan oleh organizer contest ni, boleh click kat link di atas. Kot2 ada kekwn yg lain berminat nak join kan. Coz 25hb br tutup utk penyertaan.

Setelah belek membelek, ni la gambar Auni yg paling aku suka. Not to say paling comel la kan, tp yg aku suka la, sbb dia senyum time nak snap.. :) Mcm reti plak ye..


Nama Penuh: Auni Irdina
Umur: 2 bulan 8 hari


Photo ni diambil masa Auni sebulan ++.. Time berenti jap kat Hentian Rehat Sg Perak. Mak yg pangku dia.. Mr Berry snap photo. Sume teruja sbb dia sengih lebar. Hohoho..
Okela, nak tag sape ek..
Mungkin dorang ni kot, tu pun kalau dorang baca entry ni la. Heee..
1) Mira @ Sweetcraving --> Pun baru je dpt baby, seusia dgn Auni.
2) UmmiBatrisyia --> Anak2 akak ni sgt comey! ;)
3) Maswani --> Anak akak ni sgt adorable..
Lagi 2 org taktau nak tag sape, since rmai yg masih belum ada bby. Hee.. Tapi ni bkn syarat wajib kan Juliana.
;) **wink2**
Oke, dah siap entry utk contest ni!
Hoyyyyeh!!
P/S: Nak p join Auni tdo.. Nite!!








Sunday, December 12, 2010

12 Disember 2010



I'm already 27yrs old!



:)



Friday, December 10, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam

Tak terlambat kot nak wish "Selamat Menyambut Awal Muharram" walaupun hari ni dah 4 Muharram.

:)

Life is getting busy since ada si tecit auni tu. Tapi sgt best! Challenging.. Huhu..

Dan hari ni adalah hari pertama aku masuk keje balik slps confinement period. Haihh, sgt mls rasanya, almaklum le dah cuti lama sblm ni. Dah tu nak kena tinggal si tecit tu kat rumah.

Pagi tadi time siap2 nak p keje, Auni dah bangun & nak susu. Nak tak nak, papa dia la kena bg susu kat dia. Huhuhu.. Yg rasa berat sgt hati nak tinggal dia tu, sbb pagi2 dia suka sembang2 dan sengih2 tau. So pagi tadi, sempat la sembang kejap dgn dia. Rindu plak.. **tears**

:)

Tapi aku agak itu ada la perasaan normal yg sume ibu2, mama2, mak2, ummi2, akan facing kan.. Sbb aku baca blog2 lain pun, sume ckp menda yg sama.

:P

Sempena masuk tahun baru hijrah ni jg la, kami sekeluarga pn berhijrah. Heee.. Aku dah slmt berpindah ke Melaka. Kalau sblm ni aku stay rumah ayah, skng tak lg (mcm iklan plak)..

Sume berlaku dgn cpt. Isnin cari rumah. Selasa cuci rumah. Rabu, pindah masuk rumah. Jumaat keje blk. So cuma ada Khamis je utk ngemas sket2. Sooooo tired oke!

Duit pun mcm air je kuar.. Uwaaaa, stress plak rasa.. Tapi takpelah, takleh pk sgt kan. :D

Okelah, next time la aku update panjang2.. Da!


P/S: Rindunya si tecit Auni.

Friday, November 26, 2010

Yeay!

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ke 46.

Yeay!

Maksudnya aku dah slmt berpantang RASMI. Hohoho.. Sbb wpun dah abes 44 hari, byk lg makanan yg aku kena pantang.

Sob sob!

Semalam tmpt pertama aku pi setelah sebulan lebih tak jejak tanah (except to clinic/hosp), adalah SALOON.

;)

Rimas weh dgn rambut panjang ni. Dah smp paras belakang dah rambut aku. Last potong adalah seminggu sblm kawin. Means, setahun lepas. Huhuhu..

Dan pulak, 2 bulan lebih kot aku tak drive. Masa sarat aritu Mr Berry je dok drive bwk aku ke sana sini. So memula pegang stereng pagi semalam, nervous juga skit!

Nak reverse keta pun cam siput lembapnya. Huhu!

Setelah beberapa minit, aku back to normal. Dah bleh start memecut. Hoyyeh!!

:D

Lepas pi saloon, konon nak pi shopping la kan.. Almaklum le barang2 mekap sume dah takde, since during pregnancy aritu langsung tak mekap. :P

Tapi lama sgt plak spent masa kat saloon, so tak jadi. Cancel lah plan tu.. Si tecit Auni tu ada di rumah, mak jaga. Kena la cepat balik kan..

Rasa tak sbr nak bwk Auni p jejalan Mall ke.. Memandangkan stroller dia takde kat sini, so tak dpt la nak bwk. Tak terdaya aih nak dukung. Heee, berat oke!

Owh, dah le dulu entry kali ni.

:) Daaa!


P/S: Sejak ada si tecit Auni ni, rasa masa cpt betul berlalu..

Monday, November 22, 2010

2 days to go, yeahh!

Assalamualaikum

Salam 22hb November..

Lagi 2 hari je aku akan abes pantang, yeay! Walaupun hakikatnya mcm2 menda lg aku kena teruskan pantang, tapi takpela. Janji, pantang RASMI akan berakhir.

:P

Yg bestnya, leh keluar jalan2. Tu je..

;)

Tempat pertama aku nak p lepas abes pantang ni adalah SALOON. Heee.. Nak p wat hair treatment dan potong pendek. Dah mls nak urus rmbut yg panjang.

Alasannya, masa aku pasni, byk diabeskan utk auni. Hohoho!

Dan mungkin awal bln dpn aku akan bertolak blk KL. Utk uruskan urusan pindah randah plak. Haihh, dh dpt rasa betapa pack nye hari2 aku lps ni. Tapi takpe, it's exciting.

Oke, tu je nak update. Sila la jamu mata dgn gambar latest auni.


**wink**

P/S: Stroller, baby car seat dah takyah beli, alhamdulillah.. :D

Saturday, November 13, 2010

33 Days

Assalamualaikum

Salam 13 November..

Hari ni dah 33 hari berpantang. Alhamdulillah kesihatan aku pun semakin baik..

:)

Dan baby (Auni Irdina) pun bertambah tembam. Hee..


Jahitan utk secondary surgery pun dah dibuka mggu lepas. Semuanya nampak baik, syukur ya Allah.

Skrng pun aku dah boleh mandikan Auni, jaga dia memalam (sesorg oke, bangga kan!), dan kurang stress.

:D

Alhamdulillah. (",)

Tapi ye la, nak jaga baby ni agak mencabar dan menguji kesabaran gak. :P So jauh lagi perjalanan aku utk blaja memahaminya.

Hee..

Owh, aku skrng sgt tak sbr nak abes pantang, sbb nak bwk auni jejalan. Hoho.. Pastu nak manjakan diri (pi spa ke, saloon ke).. Almaklum le lepas besalin aritu, keadaan diri adalah tidak terurus, tambahan plak, 2 kali masuk wad kan.

Tapi satu je merisaukan aku, berat aku susah turun la. Masa sarat aritu berat aku 69.8kg, so smggu slps bersalin berat aku turun ke 57kg. Mmg le best kan, almost 13kg gak tuh. Cumanya, smp saat ni, hari ke 33, berat aku masih remain 57kg..

:(

Apakah petandanya??

Huhu, maknanya 57kg tu mmg berat aku sndiri la. Aritu lagi 13kg tu mmg berat Auni, uri dia, air ketuban, darah lg..

So kena pulun la utk kurgkan lagi 7kg ni. Mampu ke aku?

Mampu ke tak ke, aku MEMANG, WAJIB kena kuruskan bdn. Konon nak jadi ibu anggun kan.

;)

Oleh sbb aku bersalin secara ceasar, maybe take times sket la nak reduce weight kan. Ye la, nak wat a'bic cam sblm pregnant dlu xleh lagi. Kita taktau kan, luka kat dalam dah betul2 elok belum. Sekadar exercise ringan2 dan diet je la yang mampu aku buat pun.

**Sigh**

Di kesempatan ni juga, aku nak wish SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA. Aku kan jarang update entry dah kan, so wish siap2. :P


P/S: Auni dapat present best2 tau. Hee

Sunday, October 31, 2010

Secondary Surgery

Assalamualaikum

Salam 31 Oktober, bersamaan 23 Zulkaedah..

Hari ni kalau diikutkan, dah hari ke21 aku berpantang. Tapi ada cerita di sebalik 21 hari ni. Sob sob!

:(

Pada hari ke11 aku berpantang, aku admitted ward once again. Huhuhu..

Nak tau kenapa???

Sebab luka jahitan ceasar was infected. Arghhhh!! Aku perasan ada bengkak2 dan merah2 kat area jahitan. Then, aku demam..

Kebetulan pula hari aku demam tu, Mr Berry otw balik sini. So esoknya tuh dia bwk aku p private clinic. Doc kat clinic tu bgtau luka aku infected, so dia xleh buat apa, aku kena refer blk kat hosp.

Huhu, aku siap nangis2 lagi, sbb tau dah akan ditahan kat wad kalau kes infection gini.

So, terus pegi hosp, dan seperti sangkaan aku, aku terus ditahan kat wad. Dorang siap buka balik jahitan aku (tanpa bius oke!), dan cuci luka, buang nanah sume. Ya Allah, seriussss pedih sgt3.

Dan dipendekkan cerita, aku ditahan di wad selama seminggu. Dan setiap hari aku terpaksa melalui keperitan dan kesakitan ketika dicuci luka kt area jahitan yg ditetas semula tu. Sehingga la dijahit semula pada hari ke5 aku di wad.

Proses jahitan semula ni lebih kurg sama ja mcm aku nak bersalin aritu. Kena bius separuh bdn. Huhuhu. Semua tu sgt menakutkan. :(

Tapi, apapun alhamdulillah semua tu dah berlalu, dan aku berdoa moga aku cpt sembuh dan xperlu melalui pengalaman spt tu lg.

:)


P/S: Semua ni dugaan dan ujian Allah utk aku..

Saturday, October 16, 2010

Saat Getir



Assalamualaikum

Salam 17 Oktober..

1st of all, alhamdulillah sebab aku sudah selamat melahirkan baby girl, seberat 3.76kg, pada 11hb, 920malam secara ceasar. Tu pun setelah overdue 8 hari.

:)

Tapi of course bukannya aku sengaja memilih utk ceasar. Huhu. Ada ceritanya..

Meh aku sharing pengalaman aku berada di ward ye selama 6 hari. Kronologinya:

9hb Okt:

Admitted to ward since overdue 6 hari.. Pegi hosp dlm jam 11pagi. Kena went trough checkup process, ada la dalam 4jam. Lama kan.. Siap kena seluk bagai oleh doc, dan kata doc, bukaan rahim hanya la 1cm. So doc try korek2 utk percepatkan bukaan kononnya..

Then dalam jam 3petang, aku dihantar masuk wad. Aku masuk wad yg satu bilik ada 4 katil. Then ada 2 toilet. So kira agak selesa la kan.. Time ni aku x sakit apapun, so bleh enjoy2 lagi la even dok wad.

Mr Berry pun over night kat hosp la, wpun xbleh teman aku kat wad. Sgt terharu dgn layanan Mr Berry kat aku. Luv U B!

10hb Okt:

Pagi2 jam 630, nurse suh aku bangun & kencing sbb doc nak masukkan ubat (induce). Nervous oke time ni.. So pas masuk ubat aku disuruh baring selama sejam. Tapi smp ke tghari aku x rasa sakit langsung. Nurse siap kata aku ni "kebal" sbb dah masuk ubat pn x sakit2 lg. Huhuhu..

Dalam kul 1ptg lebih, doc check bukaan rahim lagi. So means kena seluk lg la kan. Tgk2 baru buka 2cm. Uwaaaa. Lambatnyaaa, 1cm je. **sigh**

Even baru bertambah 1cm, tp aku dah start rasa contraction, wpn x teruk sgt, tp ckup membuatkan aku x senang duduk. Bila Mr Berry dtg waktu melawat, airmata ni mula la mudah mengalir. Huhuhu.. So malam tu aku tido lagi di wad.. :(

11hb Okt:

Pagi2 juga doc lagi skali nak check bukaan rahim aku dan dorang plan nak masukkan ubat kedua. Tapi elok je check doc kata dah terbuka 3cm, so xperlu induce lgi. Katanya aku dah bleh masuk labor room. Time ni aku mcm excited plak sbb xsbr nak tgk bby kan. Tak sakit sgt pun..

Aku masuk labor room jam 11pg. Time ni adegan seluk menyeluk mmg kerap la kan. Doc tlg pecahkan ketuban aku, konon nak percepatkan bukaan katanya. Aku pun dah dimasukkan ubat melalui drip air. Pastu time by time aku dh mula rs contraction. Betul ckp mak, sakit contraction tu, sakit sgt3. Rasa mcm haihhhh, xdpt nak cite.

Aku sedaya upaya bertahan dgn sakit tu. Rasa mcm nak putus nyawa. Doc dtg check bukaan jam 4ptg, tpi baru 4cm. Huhu, so dia korek2 lagi dgn hrpn akan membantu bukaan lebih cepat..

Pastu dia kata nanti jam 745mlm, dia akan dtg wat final check.. InsyaAllah katanya akan terbuka 9cm dah by the time. Aku mcm nak nangis time tu, sbb kena tunggu lagi smp mlm.

Dah la xbleh makan kan, minum je. Pastu dok baring je, menahan contraction.

Dalam jam 815malam, baru doc dtg utk buat final check. Tgk2 bukaan rahim stucked at 4cm ja. Huhu.. Pdhal time tu aku dah alami strong contraction, 5min sekali. So doc risau takut baby lemas since ketuban pn dah dipecahkan sejak pagi kan.

Doc buat keputusan aku dibedah, emergency ceasar.

Aku time tu dah separuh nyawa dah, penat menahan sakit, lapar yg amat. Sbb last aku makan adalah jam 9pagi, tu pun biskut cicah milo je.

Doc siap p panggil Mr Berry utk dtg jumpa aku sblm aku dihantar ke wad bedah. Aku dah mcm separa sedar dah time tu, tp bila contraction dtg, rasa mcm ya Allah, sakitnyaaaa lah.

Selepas diberi sedikit explanation oleh doc sume, aku slmt dibedah dan bby berjaya dikeluarkan dgn selamat. Alhamdulillah. Tapi, condition aku lepas operate tu je mcm menyedihkan. Dgn badan yg shaking, separa sedar, aku dihantar masuk wad. Baby nurse amek jaga.

Mr Berry ada bgtau aku, dia sedih sgt tgk keadaan aku time tu. Huhuhu..

Memang pengalaman bersalin anak sulung aku ni, memberi trauma kat aku. :P Sebab aku dpt rasa sakit dua2 jenis. Normal contraction dan sakit slps dibedah. Pedih tau. Pastu susah nak jaga. Hari ni baru hari ke 6. Long way to go nih. :(

Doc pn advise suh aku merancang. Seeloknya 2-3 tahun. Tapi Mr Berry awal2 lagi ckp kt aku, maybe plan utk 4,5 tahun kot. Sbb dia sgt kesian kan aku tgk penderitaan aku.

Thanx B!

So skrng bermula la new journey kitorg as parent. Huhu. Aku skrng tgh cuba menyabarkan diri utk berjaga malam, sbb baby aku nih asik jaga 2 jam skali. Utk nyusu.

:)

Takpe, pengalaman baru kan..



P/S: Selepas melalui penderitaan mcm ni, baru tau mcm mana besarnya pengorbanan seorang ibu.

Thursday, October 7, 2010

Belum Sampai Masanya Barangkali.. :)

Assalamualaikum

Salam 7 Oktober, 28 Syawal..

Hereby, officially announcing, I am 4 days overdue. Huhuhu.

4 hari sudahhh..

Masa jumpa doc Isnin lepas, doc kasi extend smp Jumaat ni je. So by Sabtu, if aku takde turun tanda, or any contraction, by hook or by crook, terpaksa la aku meng'admit'kan diri aku ke hosp.

:P

Takut + nervous sgt tau, since Sabtu ni maybe kena induce.

Mmg le aku xpenah rasa mcm mana kena induce since ini adalah cahayamata sulung kan. Tapi dok dgr org tu cite gini, org ni cite gitu, so jadi takut. Sbb mostly gtau kata induce pain lg horrible compared than normal pain. Aiyaaa!!

Utk menenangkan diri sendiri, aku asik motivate diri je.

Antaranya adalah, kan aku xpenah rasa sakit bersalin tu camne, so takpela yg 1st ni normal ke induce ke.. Jadikan ia as a memorable experience. Since xpenah rasa lg kan. Lain la kalau aku penah rasa camne sakitnya bersalin secara normal, then nak banding2kan dgn sakit kena induce kan.

Huhuhu.

Logik tak motivation aku tu??

Lagi satu, aku + Mr Berry kan super duper excited tggu si kecik ni kuar kan, jadi, redah sudahhh. As long as si kecik ni kuar normal dan sihat, alhamdulillah dah..

Asik tgk brg2 dia je, mana sabar kan.

:P

Apapun hrpn aku, semoga kami berdua selamat dan sihat sejahtera. Amin..


P/S: Please pray for us.. :)

Sunday, October 3, 2010

Not Yet!

Assalamualaikum

Salam 3 Oktober, 24 Syawal..

This entry juz to update the latest news.

:)

I'm not giving birth yet! Baby still inside my womb. Looks like she really enjoy being inside her mommy.

:P

Look at the daisy path ticker, I've already 40 weeks 2 days. Huhuhu.. But the real counting is, 40 weeks, coz today is the due date.

So by tmorow, I've to go for checkup everyday, until doctor decide when I've to admit myself to hosp.

Takpe la, janji anak mama ni sihat dan selamat ye sayang..

:)



P/S: "Baby keluar hari ni ye sayang" :P

Sunday, September 26, 2010

7 days to go..

Assalamualaikum

Salam 26 September, 17 Syawal..

Lagi 7 hari nak sampai due date aku. Huhuhu, so far masih belum ada apa2 major sign nak deliver..

**dup dap dup dap**

Oleh sebab itu, aku masih berupaya utk menjalankan tanggungjawab aku utk mendidik. Hohoho!

:D

Cuma rasanya setakat hari Selasa je kot. Dah tak larat sgt dah hjung2 pregnancy ni. Tinggal sket je lagi aku nak habiskan sume la, evaluations, quizzes, presentations, markings.. Lepas tu, legaa dah..

Mungkin baby jenis mendgr kata kot.

:P

Betul2 dia tunggu smp aku settle sume keje dlu. Hihi.. Takpela, oke gak camtu kan.

Okela, nak sambung marking report students.

:)


P/S: Doa semoga proses melahirkan baby ni berjalan lancar.. Amin!

Sunday, September 19, 2010

@38 weeks

Assalamualaikum

Salam 19 September, 10 Syawal..

Kandungan aku dah pun mencecah 38 minggu.

:)

Hari tu igtkan baby akan kuar time cuti raya, tp tunggu punya tunggu, dia takmoh kuar juga. Huhuhu.. Baby head dah engaged, cuma belum ada bukaan rahim lagi.

So jumaat aritu, ptg, aku btolak balik ke Serdang.

Doc ckp kalau ada bukaan even 2cm pun, dia mmg xkan benarkan aku travel jauh. Tapi, oleh sebab takde bukaan lagi, dia ckp, it's oke if nak travel, cuma kena alert la if ada contraction or turun tanda.

Alhamdulillah perjalanan aku berjalan lancar. Sesekali je perut mengeras. Huhu.

Isnin pagi baru aku btolak ke Melaka, p keje as usual. Tapi dah tak drive sendiri, mnta Mr Berry antar. Dah tak larat nak drive jauh2 ni. Alang2 masuk keje blk ni, hrp2 baby tak kuar lagi la.. Biar siap sume keje yg perlu disiapkan dlu.

Dear baby:

"Baby sayang.. Baby kuar ON TIME ye, on this coming 3rd Oct. Bagi mama siapkan keje mama dlu. :)"

So aku ada lagi 2 mggu sblm smpnya EDD tuh.

Aku akan cuba siapkan sume keje, evaluate students' projects, key in marks sume. Supaya lecturer lain xperlu susah2 time take over part aku nanti.

:)

Cdg2 nya 30hb Sept or 1 Oct, baru nak start cuti utk preparation bersalin.. (Tu pun kalau masih belum bersalin laaa..)

Harap2 semuanya berjalan mengikut perancangan.. Amin!



P/S: Semangat keje tgh membuak2.. :P

Monday, September 13, 2010

Need some changes

Assalamualaikum

Salam 4 Syawal, 13 September..



Sometimes in life, we do need some changes..

In order to give us new air, new environment, new mood..

So we can go further in the future..

InsyaAllah!

I think I am also need some changes, but where to begin??


P/S: Ibu mengandung tak moh stress2 ye!!

Sunday, September 12, 2010

Anytime.. :)

Assalamualaikum

Salam 3 Syawal, 12 September 2010.

Yeayyy, SELAMAT HARI RAYA semua!!!

Cepatnya masa berlalu, tup2 dah berlalu bulan Ramadhan. Huhu, sekali je aku buat entry puasa ek.

:P

Bz la..

Lagipun dah sarat2 ni, malas nak wat apa2 pun, rasa nak dok saje je. Hohoho.. Sekarang aku dah 37weeks ++. Dah 9 bulan lebih dah. Gugugu, nervous oke nak hadapi time bersalin, tapi at the same time rasa excited dan x sabar nak tgk baby.

;)

Last checkup Khamis lepas (sehari sblm raya), baby head lum engage lg. Hmm, nurse kat situ ckp, slalunya anak sulung, time2 gini dah engage dah.

Mungkin baby aku ni suka dok diam2 kat dlm ek.. :P

Dok doa2 juga la moga baby keluar sblm cuti raya aku ni tamat. Heee, tapi takpela.. Apapun alhamdulillah sempat sambut raya dlu. Puas la mkn kuih raya, ketupat, lemang, rendang sume. Almaklum le pasni kena pantang lama oOoO nak bleh makan pulut plak.

Brg2 baby so far semua dah ada, cuma tggl brg2 besar je tak beli lg, cthnya baby car seat, stroller.. Sebab rasanya dlm pantang tak guna lagi sume menda tu.

Aku plak skrng ni, punya la susah nak tdo malam. Sakit kat celah kangkang la, kat ari-ari la, kat rahim la.. Huhuhu.. Dugaan ibu mengandung. Maybe baby tgh pulun cari laluan kot.

**Good girl!**

Baju2 baby pun belum start basuh lagi, igt esok kot baru nak basuh.

Owh, abes cite psl baby. :)

Raya tahun ni adalah 1st time aku beraya sebagai seorang isteri. Tapi, yg sedihnya Mr Berry kena keja.. Sob Sob!

So, aritu dia juz antar aku blk kg, & balik semula ke KL utk bekerja. Raya ke 5 ni insyaAllah baru dia blk semula. Kiranya, raya aku bermula pada hari ke 5 lah. Hihihi.. Time tu la baru nak salam raya sume.

Dgn mak & adik2 of course dah settle raya pertama lg. Cuma dgn Mr Berry je tak berkesempatan nak salam betul2 lagi.. Cuma wish dlm fon je aritu. :(

Apapun syukur la kan.


:D



P/S: Raya Haji ni insyaAllah bertiga. Yeay!

Tuesday, August 17, 2010

7 Ramadhan

Assalamualaikum

Salam 17 ogos, 7 Ramadhan..

Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi 7 hari dlm bulan Ramadhan tanpa masalah. :) Rupanya ibu mengandung pun diberi kekuatan utk terus berpuasa..

Time nak mengganti puasa dulu rasa seksa yang amat, tapi time puasa di bulan Ramadhan, takde apa masalah pun. Maybe nafsu je kot sebelum ni. Uhuhu!

Cuma bezanya, kalau bujang dulu, tak sahur pun aku kuat je utk terus berpuasa, kali ni, mmg kena sahur. Sebab siankan baby. If tak, nanti baby tak dpt nutrien yg cukup kan. Dan time sahur, aku memang akan amek heavy meal. ;)

Yg tak bestnya, lepas je berbuka, aku terus lembik, tak larat nak preparing teaching material sume. Uhuhu. Memang tiap malam tdo awal. Pas terawih je terus tido. Kalau time ada kelas smp lewat ptg, aku akan berbuka kat rumah kwn, then pas solat magrib baru blk rumah ayah. Sama juga la kesnya, smp je rumah ayah, mandi dan solat Isyak, then tdo.

:P

Mmg flat terus bdn ni..

So skrng ni segala teaching material aku dah prepare siap2 kat ofis during gap antara class ke, atau pada hari yang takde class. Terpaksa buat camtu, if tak, kat rumah mmg aku tak buat dah.

Selama seminggu puasa ni, weekend baru ni la aku sempat berbuka & bersahur dgn Mr Berry. Hee.. Tu pun aku balik sana ptg2 Sabtu, lepas class ganti kan. Sampai ngam2 azan. :)

Sempat la aku berbuka puasa bersama Mr Berry 1st time as husband&wife.

Then pagi esoknya aku masak la utk sahur. Sian Mr Berry, selama beberapa hari berpuasa tu, dia tak pernah sahur dgn proper, slalunya dia juz minum susu je segelas. Huhu, sedih oke! Sebenarnya rasa satu kepuasan tau dpt masak utk suami, basuh baju utk dia, kemas rumah, dan sume2 lah.

;)

Betul la kan, bila kita buat sesuatu dgn ikhlas, kita akan dpt rasa kepuasannya.

Mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah kan. :) Tak kisah la dlm apa juga keje yg kita buat, yg penting kena ikhlas..


P/S: Ya Allah Ya Tuhanku, aku hambaMu yang lemah ingin memohon.. Engkau panjangkan lah umur ku, umur suami ku dan umur ahli keluarga ku, supaya aku masih dapat bersama-sama mereka, kerana aku masih perlukan mereka semua dlm hidupku.. Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...