Assalamualaikum
Salam 3 Syawal, 12 September 2010.
Yeayyy, SELAMAT HARI RAYA semua!!!
Cepatnya masa berlalu, tup2 dah berlalu bulan Ramadhan. Huhu, sekali je aku buat entry puasa ek.
:P
Bz la..
Lagipun dah sarat2 ni, malas nak wat apa2 pun, rasa nak dok saje je. Hohoho.. Sekarang aku dah 37weeks ++. Dah 9 bulan lebih dah. Gugugu, nervous oke nak hadapi time bersalin, tapi at the same time rasa excited dan x sabar nak tgk baby.
;)
Last checkup Khamis lepas (sehari sblm raya), baby head lum engage lg. Hmm, nurse kat situ ckp, slalunya anak sulung, time2 gini dah engage dah.
Mungkin baby aku ni suka dok diam2 kat dlm ek.. :P
Dok doa2 juga la moga baby keluar sblm cuti raya aku ni tamat. Heee, tapi takpela.. Apapun alhamdulillah sempat sambut raya dlu. Puas la mkn kuih raya, ketupat, lemang, rendang sume. Almaklum le pasni kena pantang lama oOoO nak bleh makan pulut plak.
Brg2 baby so far semua dah ada, cuma tggl brg2 besar je tak beli lg, cthnya baby car seat, stroller.. Sebab rasanya dlm pantang tak guna lagi sume menda tu.
Aku plak skrng ni, punya la susah nak tdo malam. Sakit kat celah kangkang la, kat ari-ari la, kat rahim la.. Huhuhu.. Dugaan ibu mengandung. Maybe baby tgh pulun cari laluan kot.
**Good girl!**
Baju2 baby pun belum start basuh lagi, igt esok kot baru nak basuh.
Owh, abes cite psl baby. :)
Raya tahun ni adalah 1st time aku beraya sebagai seorang isteri. Tapi, yg sedihnya Mr Berry kena keja.. Sob Sob!
So, aritu dia juz antar aku blk kg, & balik semula ke KL utk bekerja. Raya ke 5 ni insyaAllah baru dia blk semula. Kiranya, raya aku bermula pada hari ke 5 lah. Hihihi.. Time tu la baru nak salam raya sume.
Dgn mak & adik2 of course dah settle raya pertama lg. Cuma dgn Mr Berry je tak berkesempatan nak salam betul2 lagi.. Cuma wish dlm fon je aritu. :(
Apapun syukur la kan.
:D
P/S: Raya Haji ni insyaAllah bertiga. Yeay!
No comments:
Post a Comment